Ahad, 28 November 2010

PKR : Bau badan sendiri macam bangkai..Salahkan orang lain pula tak mandi

    6:55:00 PG   1 comment

Media arus perdana kini dipersalahkan lagi kerana sengaja hendak memburuk-burukkan PKR semasa berlangsungnya pemilihan PKR tempoh hari, dengan menyiarkan gambar-gambar serta lapuran berita yang pasti membuatkan PKR panas bontot melihatnya. Itulah realiti sebenar yang menggambarkan situasi yang berlaku dalam pemilihan PKR itu sendiri, yang memang kita telah sedia maklum semua yang ada dalam parti tersebut sudah expired, buruk dan busuk macam bangkai. Tak usah menuding jari dan menyalahkan  pada pihak lain kerana memaparkan segala penyelewengan yang berlaku dalam pemilihan PKR kerana itu memang sudah kerja mereka. Macam lah media pro pembangkan tidak pernah berbuat demikian.

Tidak perlu bersusah payah nak cover up cerita penyelewengan yang berlaku dengan menokok tambah cerita yang kununya terdapat segelintir ahli PKR yang buta huruf sehingga tidak tahu membaca dan mengeja nama serta senarai calun yang bertanding terlalu ramai. Ingatkan dalam PKR semuanya 'celik-celik' belaka, rupanya masih ada yang buta kayu, mereka 'buta'  bukan sebab tidak pernah belajar, tetapi tidak pernah melihat secara jelas bahawa parti yang mereka anuti sekarang, penuh dengan segala macam penyelewengan dan hanya untuk memperjuangkan agenda pribadi individu tertentu.

Apa yang berlaku dan tersiar di media arus perdana memang sudah jelas menunjukan Parti Keadilan Rakyat betul-betul merupakan sebuah parti yang penuh dengan segala masalah, Dari pringkat atasan sehingga ke peringkat akar umbinya. Diharap rakyat terbeliak biji mata melihat bertapa rapuh dan rakusnya parti PKR yang selama ini angkuh mendabik dada bahawa hanya parti mereka  yang mengamalkan sistem demokrasi yang terpimpin lagi telus dan lodos.


Wak J: Biar muka buruk..janji hati jangan busuk..tak gitu

Sabtu, 27 November 2010

Third Force PKR Vs Fourth Force PKR: Siapa bakal tergolek DOG!

    10:27:00 PG   4 comments
 

PETALING JAYA: Kewujudan kumpulan yang dikenali sebagai 'Third Force' dalam Pakatan Rakyat bakal menyulitkan gabungan berkenaan untuk menang besar pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Senator Dr Syed Husin Ali yang mengakui perkara itu berkata, kumpulan berkenaan perlu ditangani dengan bijaksana dan tidak boleh dipandang ringan.

"Sekarang ada percubaan untuk membentuk apa yang disebut sebagai 'Third Force'. Jika terbentuk, badan ini boleh memberi nafas kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Ia akan juga menyulitkan Pakatan Rakyat untuk mencapai kemenangan besar.
SUMBER MSTAR ONLINE

Kini PKR telah mula runsing dan pening kepala dengan kemunculan third force yang bakal menggugat dan merobek kestabilan Parti Keadilan Rakyat, gara-gara demokrasi dalam parti tersebut telah mati. Gearakan ini muncul akibat dari rasa tidak puas hati di atas pemilihan parti yang diadakan baru-baru ini.

Blog Wak Jengkol menyarankan agar PKR mewujudkan satu lagi gerakan yang diberi nama "Fourth Force" sebagai sayap kiri PKR bagi membendung kemaraan Third Force, yang dikahbarkan sekarang ini sedang bergiat aktif menyusun startegi untuk membuat onar dalam PKR. Sekiranya pihak PKR tidak mempunyai ahli-ahli yang mencukupi untuk diserapkan ke dalam Unit Fourth (4th) Force. Blog wak jengkol boleh memberikan sedikit gambaran (gambar lagi) mereka yang layak untuk menyertai unit ini. Semoga terhibur...hehehe



Wak J: Berapa banyak FORCE daa muncul dalam PKR..Nah amik nih wak kasi tambah lagi satu FORCE untuk membantu bang Nuar. Lepas ni wak harap tak ada lagi muncul FORCE yang bukan-bukan dalam PKR...Posting kali ni untuk JENAKA petang Jumaat je..hihihih

Ekspo Syok Sendiri Nik Ajis Tiada Sambutan

    8:12:00 PG   2 comments

Baru-baru ini kerajaan negeri Kelantan telah menganjurkan satu temasya rakyat iaitu Ekspo Cheng Ho. Kecewa benar Nik Ajis apabila ekspo yang dianjurkan olehnya tidak mendapat sambutan serta liputan meluas oleh media arus perdana. Tanpa liputan media arus perdana, adalah susah jika sesuatu progaram atau karnival rakyat yang dianjurkan oleh mana-mana pihak hendak disampaikan ke pengetahuan umum. Tak kira macam mana bagus sekali pun program tersebut.

Sekiranya tiada liputan meluas diberikan kepada ekspo anjuran Nik Ajis ini, makanya sudah tentu tidak ramai pengunjung yang datang. Kalau dah tak ada orang yang datang, jadi lah ekspo syok sendiri. Yang hadir cuma ahli-ahli Pas dan Pakatan sahaja. Dalam kes Nik Ajis ini, tidak tahu sejak bila Pas dan gabungan Pakatan meraka, memerlukan khidmat media arus perdana untuk mewar-warkan program yang mereka anjurkan. Selama ini media arus perdana hanya menjadi bahan sindiran oleh pihak Pakatan sahaja. Yang terbaru berlaku di negeri Kedah, di mana pengamal media terutama media arus perdana dilarang dari membuat liputan sidang DUN Kedah yang berlangsung ketika itu.

Jangan nak salahkan wartawan atau media arus perdana kerana tidak ambil port langsung mengenai ekspo ini. Sebaliknya Nik Ajis dan rakan-rakanya dalam pakatan perlu  melihat kembali dalam diri mereka serta berfikir bertapa besarnya peranan media arus perdana yang selama ini menjadi bahan lekehan mereka. Mengapa harus ditolak peranan media ini dalam menyampaikan maklumat kepada rakayat, Tidak semua media arus perdana hanya melapurkan kisah-kisah politik 24 jam dalam seminggu kalau hendak dibandingkan dengan media pembangkang, seperti akhbar naymuk Pas HARAKAH dan Suara KeAdilan. Secara umumnya rakayat Malaysia masih lagi boleh meneriama segala bahan dan maklumat yang disampaikan oleh media arus perdana. Segala cakap-cakap yang mendakwa rakyat masa kini sudah tidak lagi mengikuti media arus perdana hanyalah sebagai kata penyedap hati untuk juak-juak Pakatan sahaja. Realiti sebenar adalah sebaliknya.

Wak J: Orang berbudi kita berbahasa. Orang memberi kita merasa..Tak ramai yang hadir tapi ekspo berjalan lancar. Apa maknanya tu.

Kongres Nasional Medan Ahli PKR Tayang Bontot

    3:41:00 PG   1 comment

Kongres Nasional PKR 2010 khabarnya bakal gamat dengan berbagai demonstrasi yang dirancang ahli-ahli parti itu tanda protes proses pemilihan pucuk pimpinan yang diadakan baru-baru ini. Agendadaily difahamkan sekurang-kurangnya lima kumpulan sudah sedia untuk ‘beraksi’ sepanjang kongres yang bermula 26 hingga 28 November ini yang diadakan di Dewan Sivik Petaling Jaya itu.

Sumber memberitahu, demo terbabit dirancang oleh mereka yang tidak puas hati dengan perjalanan pemilihan PKR sebelum ini.

“Esok (26 Nov) masa Kongres Nasional sayap Angkatan Muda dan Wanita, satu kumpulan yang dipercayai pro Badrul Hisham Shaharin akan melakukan protes.

“Mereka dipercayai akan pakai baju warna hitam tanda berkabung dengan demokrasi yang mati dalam PKR,” kata sumber tersebut.

Badrul Hisham merupakan calon Ketua Angkatan Muda yang khabarnya tewas tipis dengan penyandang Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Selain Angkatan Muda, Agendadaily turut difahamkan bahawa ada satu kumpulan dari Johor, dua dari Selangor dan satu dari Perak akan turut ‘beraksi’ sepanjang kongres tersebut.

“Kumpulan yang rancang demo ini kebanyakkannya dari mereka yang tewas masa pemilihan di peringkat cabang,” kata sumber tersebut.

Selain demonstrasi yang memang sinonim dengan PKR, penyebaran risalah berhubung berbagai penyelewengan dalam pemilihan parti itu juga khabarnya akan dilakukan.

“Bolehlah kalau nak tengok ‘pesta demokrasi’, dengan risalah, banner dan macam-macam lagi,” ujar sumber terbabit.-25/11/2010 SUMBER ANGENDA DAILY

Wak J: Jangan lupa kita datang berdemao yer. Macam-macam boleh kita lihat nanti. Segala macam 'BONTOT' ada, nak bontot kuali ada, bontot periuk ada, kuih bontot ada. Semuanya tentang 'BONTOT' ada di sana. Ayuh!! Ramai-ramai kita ke sana memeriahkan Pesta Demokrasi yang dianjurkan oleh PKR (parti suka bontot)

Jumaat, 26 November 2010

TAUBAT NASUHA: Anuar Ibrahim bila lagi?

    8:24:00 PG   2 comments
KUALA LUMPUR 25 Nov - Pengerusi Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama (BIPPA) Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Dr Muhammad Nur Manuty menasihatkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melakukan taubat nasuha kerana menjadi punca sebenar perpecahan bahkan kemunduran masyarakat Melayu selama 23 tahun mentadbir negara.

Menurut Dr Muhammad malah sejak mutakhir ini Dr Mahathir dilihat menjadi penyebab maraknya api perkauman dikalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. SUMBER SUARA KELDAIAN On9

Erm..Bukan main lagi pak lebai PKR menasihatkan Tun Mahathir supaya bertaubat nasuha. Adakah ini satu seruan kepada Tun atau satu sindiran yang ditujukan kepada Anuar Ibrahim. Almaklumlah nak tegur ketua yang memang sedia tak betul tu payah sikit, takut-takut nanti kena tendang keluar pula dari PKR. Ibarat pukul anak sindir menantu la ni. Betul ke pribahasa yang wak guna nih. Hentam saja lah..

Sepatutnya bukan Tun yang perlu disuruh bertaubat, tapi sebaliknya  Anuar Ibrahim lah orang yang perlu bertaubat nasuha dan bersara dari arena politik. Sebelum ini jika kita semua masih ingat, Karpal Singh yang kafir tu pun pernah menyuruh Anuar Ibrahim bertaubat kerana menyebabkan kerajaan  DAP Perak tumbang. Frust menonggeng Karpal masa tu. Celako kau Nuar.

Alasan yang digunakan oleh pak lebai PKR untuk menyuruh Tun bertaubat tu hanya dua sahaja. Itu pun alasan yang tak boleh diterima dek akal, hanya orang yang hilang akal seperti pak lebai PKR yang mampu mengelurakan kenyataan seperti ini. Setelah 23 tahun Tun mentadbir Malaysia. hanya orang Melayu di Kelantan di bawah pentadbiran Nik Ajis sahaja yang mundur, kalau nak dibandingkan dengan negeri-negeri lain. Kerana kerajaan negeri di bawah Nik Ajis kurang mementingkan soal ekonomi dan pembangunan rakyat Kelantan. Rakayat Kelantan terlalu banyak disuapkan dengan ceramah-ceramah maki hamun, sehinggkan ada yang tidak tahan kerana bebanan hidup yang melampau, sehingga terpaksa mengambil keputusan cabut keluar ke negeri lain demi mencari rezeki. Dalam hal ini pak lebai PKR juga perlu menyeru supaya Nik Ajis bertaubat nasuha kerana sepanjang memegang kuasa di Kelantan, orang Melayu di bawahnya selama ini hidup dalam kemunduran.

Dah terlalu banyak onar dan perpecahan yang dilakukan oleh dua orang makhluk Tuhan ini. Seorang yang terkenal dengan fatwa-fatwa songsang. Yang lagi sorang pula terkenal dengan tabiat 'meliwat'. Habis semua nak diliwat tidak kira lelaki, bini orang, pemikiran dan minda rakyat, habis semua hendak diliwatnya.Orang seperti ini lah sepatutnya pak lebai PKR harus nasihatkan supaya bertaubat nasuha. Sejak ditendang dari Umno dan dipecat dari jawatan Tim. Perdana  Menteri, Anuar Ibrahim lah punca segala perpecahan orang Melayu dan dia jugalah pencetus dan pemabakar api perkauman sehinga sekarang ini. Oleh kerana dendamnya terhadap Tun tidak pernah padam dan tak pernah redha dengan ketentuan Allah, Anuar Ibrahim sanggup berbuat apa sahaja demi mencapai matlamatnya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. yang ke?????????



Wak J: Anuar Ibrahim harus bertaubat, sebelum pintu taubat tertutup. Maaf gambar yang tersiar dalam artikel blog wak ini tak ada kena mengena dengan tajuk yang wak tulis..jangan konfius yer..

On Target 9 Golds: Tahniah Skuad Sukan Malaysia

    7:54:00 PG   1 comment

Wak J: Akhirnya berjaya juga skuad Malaysia mencapai target untuk mendapatkan 9 pingat emas dalam Sukan Asia ke-16 yang berlangsung di Guangzhou China. Harap-harap selepas ini ada pertambahan pingat emas lagi. Jangan lupa untuk menyaksikan perlawanan akhir hoki nanti, pertemuan antara Malaysia dan Pakistan...Sekiranya Malaysia berjaya menundukan Pakistan, secara automatiknya Malaysa layak ke sukan Olimpik..Malaysia..terbaik!!

Khamis, 25 November 2010

Inilah Gambaran Sebenar 400,000 Ahli PKR..Percaya lah..

    8:37:00 PG   5 comments

KUALA LUMPUR: Dakwaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kononnya ia mempunyai sehingga 400,000 anggota menjadi tandatanya banyak pihak termasuk ramai bekas pemimpin parti itu sendiri.

Menurut mereka sehingga kini dakwaan itu gagal dibuktikan sama ada menerusi rekod bertulis mahupun pemilihan Majlis Pimpinan Pusat yang berakhir Ahad lepas yang menyaksikan hanya 10 peratus daripada jumlah yang dikatakan anggota parti keluar mengundi.

Anuar Shaari, bekas setiausaha sulit Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata saiz keanggotaan PKR itu amat diragui bahkan sebelum beliau keluar dari parti itu pada Mei 2007, tiada satu rekodpun ditunjukkan bahawa parti itu mempunyai ahli sebanyak itu.

"Setiausaha agung dulu (Datuk Salehuddin Hashim) tidak pernah menunjukkan rekod jumlah keahlian dan setiausaha sekarang ini (Saifuddin Nasution Ismail) pun tak pernah tunjuk. Jadi ini amat meragukan."

"Kalaulah betul ada ahli sebanyak yang dikatakan, buktikanlah. Daripada pemilihan MPP pun, yang mengundi Mohamed Azmin Ali (calon timbalan presiden) tak sampai lima peratus pun," katanya kepada Bernama.







Wak J: Ini agaknya gambaran yang diamksudkan dengan kehalian PKR seramai 400,000 orang..Memang ramai betul.Tahniah buat PKR kerana mempunyai ahli seramai ini..hehehe..Jangan gelak yer..

Kongres PKR: Jom Laksana Agenda Dajjal..eh silap..Anuar

    6:46:00 PG   1 comment
KONGRES-NASIONAL

PETALING JAYA 24 Nov - Kongres Nasional Ke-7 Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang akan bermula 26 November ini bakal menghimpunkan seramai 2,460 perwakilan dari 222 cabang seluruh negara.

Disamping itu 1,025 pemerhati yang merangkumi wakil daripada parti-parti sahabat, badan bebas, individu-individu penting dan wakil kedutaan asing juga dijemput.
Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail berkata kongres selama tiga hari itu kan bermula dengan kongres Angkatan Muda KEADILAN dan Wanita.

"Mesyuarat Angkatan Muda KEADILAN dan Wanita akan diadakan pada 26 November diikuti kongres nasional parti pada 27 dan 28 November bertempat di Dewan Majlis Bandaraya Petaing Jaya," kata Saifuddin pada sidang media di ibu pejabat parti di Tropicana Isnin lalu.

Tambah Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang kongres kali ini akan dihadiri ramai muka baru oleh kerana hampir 60 peratus pimpinan baru peringkat cabang dianggotai golongan muda.

Beliau menjelaskan peratusan jumlah pengundi yang keluar mengundi semasa pemilihan yang tamat Ahad lalu adalah 13.56 peratus atau hampir 30,000 daripada jumlah keseluruhan keanggotan KEADILAN seramai 400,000 orang.

Saifuddin juga berkata semua media dijemput membuat liputan keseluruhan perjalanan kongres tiga hari itu kecuali Utusan Malaysia.
SUMBER SUARA KELDAIAN ON9

Musim MENGAWAN eh silap lagi. Pemilihan dalam PKR dah tamat.Siapa yang menang pun kita dah tahu. Tak payah sebut nama pun ramai yang dah kenal. Tak lain tak bukan, semunya orang kanan brother kita, Anuar Ibrahim. Sekarang ini sudah tiba masanya untuk berkonvesyen pulak, yang bakal bermula pada 26hb November ini. Sebelum itu UMNO, kini tiba giliran PKR.

Berdasarkan kenyataan orang kuat PKR sendiri, semasa pemilihan PKR tempoh hari hanya 13 peratus sahaja dari 400,000 ahli yang yang keluar mengundi. Pelik bebeno, ke mana pulak perginya ahli yang selebihnya. Tidor apa, atau sibuk layan bini di rumah. Atau dalam fikiran mereka, tak payah susah-susah keluar mengundi, yang konfirm menang  dah tetntu orang-orang kanan Anuar sendiri termasuk ahli kelurganya. Memang betul pun.

Ayuh ramai-ramai kita mengahdirkan atau menyibukan diri mendengar apa angeda Dajjal yang cuba hendak disampaikan masa dalam kongres yang bakal berlansung nanti. Apa pula kali ini brother kita nak kencing atas kepala ahli-ahlinya. Mesti basah lencun dan berbau hancing dalam dewan tersebut. Buat ahli PKR yang tidak berpuas hati semasa pemilihan yang berakhir pada Ahad lepas juga dijemput hadir. Jangan lupa bawak banner gergasi ka, sepanduk raksaksa ka yang tertulis "I LOVE U DSAI"..tak kuasa wak..hihihi.

Wak J:
Maaf Utusan Malaysia..anda tidak dijemput..kerana penulisan anda mampu mengugat kekuatan dan keharmonian PKR..kesian..

PAS Mula Takut Dengan Bayang Sendiri

    3:53:00 PG   No comments

KUALA LUMPUR, 24 Nov: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendakwa tindakan BN membuka keahlian langsung dan bersekutu membuktikan parti itu berdepan krisis kepercayaan rakyat yang serius.

Mengulas 'perubahan' baru dalam BN itu, Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga yakin ianya tidak membantu BN memulihkan semula imej mereka.

"Itu bermakna bahawa BN telah mengaku parti-parti komponen mereka termasuk Umno, berdepan dengan krisis kepercayaan dari pelbagai kaum khususnya generasi muda," katanya kepada Harakahdaily semalam.

Beliau mengulas demikian berdasarkan pandangan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah, yang mendakwa perubahan itu bagi membolehkan pertubuhan atau individu yang tidak suka kepada parti komponen BN, menyertai BN sebagai ahli bersekutu.

Kalau kita sempat baca di HAPRAK DAILY pagi ni, suara ketakutan PAS sudah mula kedengran ekoran daripada tindakan Barisan Nasional membuka keahlianya secara terus dan bersekutu. Suara yang paling kuat mengerang ketakutan dalam Pas ialah naib presidenya yang terkanal dengan jolokan 'Mr Bean', siapa lagi kalau bukan Mahfuz Omar.

Yakin benar si Mr Bean ni jika BN membuka kehalianya, ia tidak akan banyak membantu dalam menaikan imej Barisan Nasional dan parti komponen di dalamnya. Jangan ingat baru menang beberapa buah negeri pada pilihan raya lepas sudah mula mendabik dada bahawa sokongan rakyat sudah beralih arah kepada PR terutama sekali Pas. Itu pun nasib je, sebab ramai yang tidak puas hati dengan kepimpinan PM yang lepas (Abdullah). Apa-apa pun masa dah berubah dan PM pun ikut berubah juga, dah tentu Najib ada cara dan strateginya yang tersendiri. Tunggu ajalah PRU13 nanti. Kita tengok sokongan rakyat akan berpihak kepada siapa BN atau PR (pakatan Haram).

Atas alasan  jika sesuatu pihak itu tidak menyukai mana-mana parti dalam komponen atau individu dalam BN, maka pihak tersebut tidak akan menjadi ahli bersekutu dalam BN. Jika alasan tersebut diguna pakai, ada satu persoalan di sini yang harus di jawab oleh Mahfuz, sekiranya Pas atau PR itu sangat bagus dan disukai oleh rakyat tak kira generasi apa sekalipun. Kenapa masih ramai lagi tidak meyertai parti mereka?. Dan boleh kata juga ramai yang sokong Pas, oleh kerana Mr Bean ada di dalam parti Pas, membuatkan rakyat menarik diri dari menyertai Pas.

Sempat juga si Mr Bean  mempertikai tentang kemasukan Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) yang diterajui oleh Tan Sri Rozali untuk menjadi ahli bersekutu dalam BN. Katanya si Tan Sri tu memang dah ahli Umno. Tapi satu je si Mr Bean ni lupa atau buat-buat lupa, yang menjadi ahli dalam GWGF ni bukan Tan Sri Rozali seorang sahaja, malah ramai warga felda telah menyertainya, termasuk wak sebagai anak Felda pun turut sama. Ramai anak-anak muda Felda menjadikan Tan Sri Rozali sebagai ikon mereka untuk maju dalam kehidupan.

Bagi nak menyedapkan hati juak-juak Pakatan Haram terutama sekali lembu susu Pas, si Mr Bean ni menerangkan dalam sidang akhbarnya bahawa dengan kemasukan GWGF dan perubahan yang dibuat dalam BN tidak akan menambah atau mengurangkan kekuatan dan sokongan kepada Pakatan. Yer la tu Mahfuz...Jangan-jangan lepas ni lebih ramai badan-badan NGO akan menjadi ahli bersekutu BN untuk mengikut jejak langkah Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF).

Wak J:
Kalau ada 10 manusia yang sama spesis dengan Majfuz ni dalam mana-mana organisasi politik atau koprat, alamatnya terlingkup awal dibuatnya..Jangan mareee noo..nanti kena jual.

Rabu, 24 November 2010

SAMAN PKR: Sudah Jatuh..Ditimpa Batu Bata Pula..

    4:02:00 PG   4 comments
  
 Bakal Jutawan Low Profile

IPOH: Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyifatkan kemenangannya dalam saman fitnah RM100 juta terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan tiga pihak lain sebagai satu pengajaran besar kepada mereka.

Katanya, kemenangan itu bukan sesuatu untuk diraikan tetapi menjadi pengajaran kepada mereka agar tidak keterlaluan menggunakan apa cara sekalipun untuk menjatuhkan memalukan, menghina, merosakkan dan memfitnah sesorang.

"...ia juga menjadi bukti bagaimana sesuatu cerita direka semata-mata atas nama nafsu serakah yang mahu menggodam seseorang tanpa rasa dosa dan nilai kemanusiaan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini. Sumber MStar Online

Itu la nasib malang yang telah menimpa dan akan terus menimpa PKR pada hari-hari yang mendatang. Terbaca di portal berita online (MStar), Menteri Besar Perak, Dato Zambry telah berjaya mengugat gelaran 'Raja Saman' yang selama ini dipegang oleh Anuar Ibrahim, ekoran kemenaganya menyaman parti Keadilan sebanyak RM100 juta...WOW banyak tu. Lima kali mati hidup semula pun belum tentu boleh dapat wang sebanyak itu.

Dengan kejayaan kes saman ini, akan menambahkan lagi pening kepala orang-orang kuat PKR dalam menempuhi saki baki kehidupan mereka dalam arena politik, sebelum parti tersebut bakal terkubur buat selama-lamanya. Kantung wang atau dana-dana parti yang diterima dari penaja luar negara bakal kempis tidak lama lagi gara-gara kena bayar saman.

Moral dari kes saman ni, jangan terlalu ego, sombong dan bongkak bahawa kita sahaja yang betul dan terbaik. Kalau ada jalan penyelesaian cara terbaik (di luar mahkamah) untuk menguraikan segala kekusutan. Eloklah pilih jalan tersebut kerana ia tidak akan merugikan mana-mana pihak. Dengan hanya memohon 'MAAF' insyAllah terselamat daripada kena mebayar RM100 juta..Sekarang rasakan, mana nak korek duit bayar saman. Bang Nuar kata"sap..sap..sui je lah ni"..

Wak J: MB Perak dah jadi jutawan..FELDA bila lagi..saman jangan tak saman..

Selasa, 23 November 2010

Dirgahayu: Daulat Tuanku!

    6:19:00 PG   No comments

SEMPENA HARI KEPUTERAAN BAGINDA
TUANKU SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR
YANG KE 52

DAULAT TUANKU!

DAULAT TUANKU!

DAULAT TUANKU!

Isnin, 22 November 2010

Jom turun SSDE malam ini di Cheras..Sure MERAPI!!

    4:57:00 PG   No comments



Wak J: Walaupun masa itu wang sekarang ni. Tapi malam ni insyAllah wak akan turun.. Dijangka  ada beberapa pendedahan penting akan diwar-warkan. Apa tunggu lagi ..Ayuh beramai-ramai turun. .Jom jelajah SSDE

Jumaat, 12 November 2010

Made In Malaysia : Jom Rembat Sebiji..Proton Inspira

    6:14:00 PG   4 comments

Dah sehari model terbaru kereta keluaran PROTON dilancarkan. Fuhh!! memang dahsyat gila dia punya design, sipi-sipi je nak sama dengan kereta keluaran Jepun iaitu Mitsubishi versi Evolution. Dengan kemunculan model terbaru dari Proton, yang canggih dan setaraf dengan harganya, sudah pasti ia akan menenggelamkan populariti kereta nasional yang lain seperti Myvi, Waja, Satria Neo dan lain-lain lagi.


Dua kali telan air liur dibuatnya sambil pandang kereta sendiri, bila la agaknya dapat tukar Waja CamPro kepada Inspira. Harap-harap lepas tiga tahun, impian nak pakai kereta model terbaru keluran Proton tercapai. InsyAllah. Bagi pemggemar dan pengkagum barangan Made In Malaysia sudah tentu tidak akan melepaskan peluang pasang agan-angan untuk memliki model Inspira ini. Rembat jangan tak rembat..


Selepas ini tak perlu pening-pening kepala dan banyak kumpul duit kalau nak angkat kereta Mitsubishi Evo.Kini Proton Malaysia pun dah keluarkan model yang hampir serupa. Tak sampai RM100,000 pun harganya kalau nak dibandingkan dengan harga Evo sebenar. Bagi anda yang banyak wang dan cintakan barangan buatan tempatan terutama sekali kereta nasional sudah tentu tidak menjadi masalah untuk beli sebiji untuk diguna atau simpan dalam garaj buat koleksi. Sekali sekala dapat lari kat highway pasti syok..


Tahniah kepada PROTON kerana berjaya menghasilkan produk automotif yang setanding dengan jenama-jenama kereta dari luar negara. Banyak perubahan telah dilakukan oleh pihak Proton terutama sekali berkaitan dangan rekabentuk luaran dan dalaman kereta serta prestasi enjin yang lebih menyakinkan. Dengan kemunculan model baru ini, semoga ia akan dapat menarik minat serta memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia terutama sekali generasi muda yakin menggunakan produk keluaran Malaysia.

Semoga dimasa hadapan pihak Proton dapat menjalinkan lebih banyak lagi hubungan dua hala dengan pembuat kereta luar negara bagi manghasilkan produk automotif yang bermutu dan berkualiti disamping itu juga dapat melonjakan nama Malaysia di persada dunia sebagai sebuah negara pengeluar automotif yang disegani..Cayalah...

Wak J: Tanggapan segelitir rakyat Malaysia selama ini yang mengatakan bahawa Proton hanya mengeluarkan kereta kotak atau kereta roti, kini sudah tidak relevan lagi dengan kemunculan Proton Inspira.

Khamis, 11 November 2010

PARTI DAJAL DI PERDAJAL..elok benor la tu..

    4:20:00 PG   3 comments
PETALING JAYA: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mustaffa Kamil Ayub akan menyerahkan memorandum bagi mendesak Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) agar menghentikan pemilihan parti dalam tempoh 48 Jam.

Beliau yang juga calon Timbalan Presiden PKR itu berkata, memorandum akan diserahkan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Pengerusi JPP, Dr Molly Cheah.

“Pemilihan kepimpinan pusat PKR sedang berlangsung pada 28 Oktober lalu sehingga kini terdapat 162 aduan terhadap kepincangan yang akan menjejaskan integriti dan kredibiliti JPP. Sumber MStar Online


Nampaknya dalam kem PKR, bapak Dajal dengan bapak Setan masing-masing bercakaran. Macam inikah rupa sebenar parti yang selama ini mendakwa diri mereka telus dan adil dalam apa jua perkara. Ini baru dalam pemilihan parti, belum lagi bila dapat pengang kuasa memerintah negara. Hancur jahanam dibuatnya. Minta di jauhi negara tercinta kita dari ditadbir oleh Pakatan Rakyat atau dalam bahasa kasarnya Pakatan Dajal.

Lepas Zaid Ibrahim kini tiba pula giliran Mustaffa Kamil Ayub mendesak supaya menghentikan pemilihan parti dalam masa 48 jam. Tak ke haru namanya tu.Nama sahaja parti KEADILAN, apa yang adil wak pun tak tahu. Adil lubang jubur kut..Kini PKR terbahagi kepada dua team, Zaid bersama Mustaffa lagi satu team Anuar berganding Azmin selaku anak emas dan rakan kongsi bini. Bergasak sakan lah dua team mangkuk jamban lepas ni.

Sama-sama kita tunggu dan lihat, berjayakah Zaid menundukan pengaruh Anuar dan anak bininya dalam PKR, untuk memastikan Parti Keadilan Rakyat benar-benar bebas daripada cengakaman gabungan bateri 3A dan kroni-kroninya. Sekiranya Zaid Ibarhim berjaya menumbangkan legasi Anuar Ibrahim. Sudah pasti nama Zaid Ibrahim akan terpahat dalam lipatan sejarah sebagai seorang yang paling hebat dan berani menajatuhkan ketua de-factor dalam partinya sendiri. Manusia dalam BN terutama sekali UMNO pun tak berajaya dan berani menentang Anuar Ibrahim secara semuka setelah banyak peluang yang diberikan, tapi sayang semua nak main play save..Hampeh..

Wak J: Apa dah mula nak menyala, minyak jangan lupa kasi tambah ya....

Rabu, 10 November 2010

Jom Sahut!.. Save AIDC..musnahkan si Peliwat Ulung Negara

    7:26:00 PG   No comments
Kenapa AIDC perlu diselamatkan dan penting kepada perjuangan membela Agama Bangsa Tanah Air ini ?

  
Baca tulisan berikut :

1.Youtube AIDC adalah youtube pro-kerajaan yg paling ramai dikunjungi.

2.Sejak April 18, 2008 sehingga kini sebanyak 2,911,798 kali video AIDC diview oleh penonoton. Angka ini tidak dpt dicapai oleh video2 pro kerajaan melainkan AIDC sahaja.

3.Dengan subcribers seramai 570 orang ini telah mmbuatkan video ini terus sampai ke masyarakat kampung yg ada capaian internet. Ini telah membuatkan masyarakat terbuka pintu mata dan hati sehingga masyarakat mengetahui kebenaran yg sejelas2nya.

4.Dengan mencapai lebih kurang 654 video tentang pendedahan siapakah sebenarnya Anwar Ibrahim telah menyebabkan Malaysia terselamat kerana rakyat telah berubah undi utk tidak sokong PKR yg diterajui Anwar.

5.Melalui video ini, rakyat yang menganggap kes liwat Anwar sebagai FITNAH telah mengubah paradigma tersebut kepada Anwar HAKIKATNYA seorang Peliwat. Bahaya untuk negara Islam.

Melihat kepada fakta di atas, rela kah kita AIDC terus mati? terus terkubur? terus hancur? Ayuh semua rakyat Malaysia yg cintakan kebenaran mari sama2 kita bantu AIDC melalui pelbagai usaha !!!!

Wak J: Buat bloger yang sudi sahut kempen ni, jadi lah orang yang pertama sudi menyumbang..yang penting ikhlas atas nama perjuangan..

2011 - Selangor Bakal Kehabisan Air Percuma

    3:51:00 PG   No comments
SHAH ALAM: Peruntukan bagi menampung bayaran 20 meter padu air percuma kepada rakyat negeri Selangor dikurangkan dalam bajet 2011, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Baca seterusnya di MStar Online

Kita berhenti sebentar cakap-cakap bab 'NENEN'. Kali ini kita masuk bab air pulak, bukan air 'nenen' tau..tapi air di Selangor. Nampaknya peruntukan bekalan air percuma (20meter padu) yang dijanjikan dalam menifesto pilihanraya 2008 kerajaan Pakatan Rakyat akan dikurangkan dalam bajet 2011 mulai tahun depan.

Apa sudah jadi nih..Takan kerajaan PR Selangor sudah tidak mampu menaggung kos air percuma tersebut. Yang anehnya di sini bila berjanji pun boleh separuh-separuh dan boleh kurang-kurang. Kalau sekarang 20 meter padu, agaknya tahun depan tinggal 10 meter padu je yang free. Ini lah akibat suka membuat janji yang tak masuk akal, yang kununya akan dapat memancing hati rakyat Selangor. The end of the day, kerajaan negeri sendiri yang menanggung beban keewangan, sedangkan ada segelintir daripada mereka yang dapat air free ini berpesta air di rumah.

Nasib rumah wak tak dapat air free. Kalau tak memang sakit hati bila dengar berita macam ini. Buat rakyat Selangor mulai tahun dapan kenalah berjimat cermat bila guna air. No more water festival at home. Untuk penyokong PR, nanti masa PRU akan datang, sekiranya anda ingin memangkah Paktan Rakyat, pastikan tanda pangkah (X) itu ditulis separuh sahaja..

Wak J: Otak orang koprat seperti Khalid Gagap dan penasihat ekonomi bernilai RM1, Anuar Ibrahim, memang tak boleh pakai. Kalau lama-kelaman berterusan macam ni. Selangor yang kaya pun boleh jatuh miskin.

Selasa, 9 November 2010

PANAS: Wanita Melayu Gemar Tayang Eset..Benarkah?

    5:58:00 PG   31 comments

Tajuk hangat..gambar panas..Benarkah wanita melayu zaman sekarang gemar membuat perkara sedemikian? Sejak mula wujudnya laman-laman sosial di internet seperti Facebook, Tagged, Friendster dan lain-lain lagi. Macam-macam hal dapat kita lihat dan tahu, dari yang biasa-biasa hingga ke luar biasa. Dari luar baju hngga dalam baju. Mungkin bagi sesetengah indvidu menganggap perkara ini adalah normal pada mata mereka. Tapi apa pula pandangan masyarakat yang berada di sekeliling kita?

Terima Kasih TM (Telekom Malaysia)

    2:03:00 PG   2 comments

Salam..

Wak J kini kembali..Sebelum memulakan bicara, wak ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat rakan bloger yang selama 13 hari bertungkus lumus siang malam membuat litas langsung di blog, walau ada yang terpaksa tinggal anak bini di rumah, semata-mata untuk memastikan kekalahan Pakatan Rakayat di Dun Galas di Kelantan dan Parlimen Batu Sapi di Sabah, dalam pilihan raya kecil yang diadakan baru-baru ini.. Masih panas lagi

Lama rasanya wak tak update blog. Bukanya tak mahu menulis tapi disebabkan tuntutan kerja yang lebih mendesak dan perlu diberi keutamaan terlebih dahulu. Kalau tak siap, wang tak masuk. Terpaksa balik kerja sampai lewat malam, nak buka dekstop pun dah naik malas, tidor lagi syok. Dalam kesibukan kerja, sempat juga wak curi-curi ziarah blog member untuk mengikuti perkembangan politik semasa tanah air. Rasanya dah banyak wak ketinggalan..Huhuhu..

Berbalik pada tajuk utama di atas, kali ini wak kembali dengan membawa satu transformasi yang cukup drastik. Tapi sebelum tu wak nak ucapkan ribuan serta jutaan TERIMA KASIH kepada pihak TM (Telekom Malaysia) kerana telah berjaya menyediakan kemudahan talian tetap dan internet (Streamyx) di kediaman wak. Segala maklum balas pantas yang diberikan oleh pihak TM amat wak hargai. Jika diulang tayang kembali pada posting wak bertarikh Sep 27.2010.. baca sini. Setelah satu hari artikel ini keluar di blog, keesokan tengah harinya pihak TM telah menghubungi wak untuk bertanyakan masalah yang wak hadapi berkaitan permohonan talian tetap TM..Dalam hati wak berkata "berkesan juga blog aku nih"..hehehehe.

Dari situ lah bermulanya transformasi yang wak cakapkan tadi. Kini rumah wak telah dilengkapi kemudahan internet Wi-Fi dengan kelajuan yang boleh dibanggkan walaupun pakej yang wak langgan ini adalah pakej standard (1MB). Namun ia belum lagi pernah mengecewakan wak, berbanding dengan Beruk Band yang pernah wak guna sebelum ini. Selamat tinggal Beruk Band ku sayang..Masih ada lagi dua bulan kontrak sebelum wak tamatkan perkhidmatan broadband tersebut pada hujung Disember ni. Sekarang ni beruk band wak tengah menganggur cari tuan baru. Kalau siapa-siapa nak pinjam beruk band ni kenalah pandai mengorat (untuk perempuan) & slow talk (untuk lelaki) wak kalau ada bran la..huhuhu..mungkin wak bagi pinjam free je. Kalau kena bayar pun, suku daripada jumlah asalnya. Cepat-cepat masa terhad..hehehe.


Buat sahabat bloger yang bekerja dilapangan dan berada berhampiran dengan kediaman wak, kalau nak update blog ke, apa ke tapi tak ada kemudahan internet. Asal anda nampak SSID Jengkol-Group maknaya anda berada di kejiranan Wak Jengkol. Walaupun internet ni free, kana ada password kalau nak masuk. Apa password tu, kena tanya wak sendiri. Macam mana nak tanya wak, hang pikir la sendiri kalau memori 100TB. Peringatan kepada sahabat-sahabat wak, kalau ingin datang bertandang atau ziarah wak & famili di rumah, jangan lupa bawa laptop atau netbook bersama, sambil berbual-bual kosong boleh surf internet sekali & tak perlu beli McD..huhuhu

Wak berharap pihak TM akan terus meningkat mutu perkhidmatan mereka ketahap yang lebih cemerlang lagi dalam merealisasikan keperluan dan kehendak pelanggan, di samping itu juga dapat menyahut seruan kerajaan Malaysia supaya menajadikan rakyat di dalam negara ini celik dalam bidang IT. Sekiranya masih ada permohonan yang lambat diproses, wak minta jasa baik pihak TM untuk mempercepatkan proses permohonan mereka itu, terutama sekali bagi mereka yang tinggal diluar bandar. Untuk pengetahuan semua, promosi untuk pakej interner jalur lebar dan netbook percuma telah tamat. Bagi anda yang miss tu, gigit jari la. Nasib wak cepat.

Wak J: Killing machine wak pertama yang didatangkan oleh TM akan tiba tak lama lagi berupa 'Netbook HP'. Killing machine wak yang kedua kini sedang dalam pembikinan, dijangka awal tahun baru baru siap. Command Center Wak Jengkol akan beroperasi sepenuhnya pada awal tahun depan. Untuk sekarang ni terpaksa lah guna killing machine lama, nampak dari luar macam buruk tapi dah banyak berjasa.. Jom berblog sampai mata lebam..
Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.