Artikel Terkini

Biar Betul! Rosmah Mansur Sanggup Menabung Demi Rakyat Palestin


Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor telah menyerahkan sumbangan bernilai RM1 Juta kepada Tabung Kecemasan GAZA pada Majlis Persidangan Antarabangsa Mengenai Isu Kanak-kanak Menjadi Mangsa Peperangan.

Majlis yang berlangsung malam tadi di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mantan Perdana Menteri dan Pengerusi Yayasan Menjenayahkan Perang Kuala Lumpur (KLFCW) Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali selaku Pengasas Kelab Menjenayahkan Perang (Bahagian Malaysia) dan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim yang turut diiringi isteri, Datin Seri Masnah Rais.

Sumbangan yang dibuat atas nama Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin itu melibatkan sumbangan daripada pelbagai pihak yang telah dimulakan oleh Rosmah sejak 2008.

Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali selaku Pengasas Kelab Menjenayahkan Perang (Bahagian Malaysia) turut melahirkan rasa bangganya terhadap tindakan Rosmah ke atas keprihatinannya dalam usaha membantu rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman serangan Israel.

Yayasan Menjenayahkan Perang Kuala Lumpur (KLFCW) turut menyerahkan sumbangan bernilai RM100, 000 kepada Tabung Kecemasan Gaza selain Pharmaniaga dengan sumbangan bernilai RM437, 130.

KL POS

0 Response to "Biar Betul! Rosmah Mansur Sanggup Menabung Demi Rakyat Palestin"

Wak tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya mewakili pendirian Wak selaku pemilik blog.

Sila guna bahasa dan ayat yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan melambangkan ciri keperibadian diri anda sendiri.