Jumaat, 29 Jun 2012

Gagal Urus Negeri, Gagal Kawal Nafsu Faekah, Nyawa Politik Khalid Kini Di Hujung Tanduk

    10:00:00 PG   No comments

Kata orang kejayaan seorang lelaki adalah kerana wanita di belakangnya, tetapi kejatuhan seorang lelaki juga adalah kerana wanita. Mungkinkah Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Khalid Ibrahim akan jatuh kerana wanita yang bernama Faekah, iaitu Setiausaha Politiknya?

Khalid nampaknya tersepit antara sayang dengan tanggungjawab. Kita tahu Khalid sayang pada Faekah kerana itu beliau telah cuba sedaya upaya untuk membela Faekah dengan berkata, “Faekah hanya menandatangani surat sokongan itu tanpa dia sendiri mempunyai kuasa untuk memberikan projek kepada syarikat yang disokong”. Dalam kes ini, Faekah didapati telah merekomenkan syarikat anak saudaranya sendiri sebagai panel peguam kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri.

Penyenaraian Felda Jana Kekayaan Kepada Peneroka

    12:10:00 PG   No comments

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd di Bursa Malaysia pada Khamis mampu menjana kekayaan yang bakal diagihkan kepada lebih 112,000 peneroka Felda.

Beliau berkata Felda Global Ventures, pengendali ladang kelapa sawit ketiga terbesar dunia, telah mencatatkan penyenaraian bersejarah di Bursa Malaysia hari ini dengan tawaran awam permulaan (IPO) kedua terbesar tahun ini selepas Facebook Inc.

Khamis, 28 Jun 2012

Zaliah Zakaria Kasi Pecah Lobang, Anwar Pernah Main Dengan Kuda

    3:30:00 PTG   No comments
 Ingat Cerita ni?...Lumba Kuda Longkang

SEINGAT-INGAT penulis, nama Zaliah Zakaria ini tidak terpacul dimana-mana sepanjang siasatan berkaitan wang RM 3 billion yang dikatakan berada dibawah kawalan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berlangsung .  Tapi itu logik kerana terlalu banyak nama yang naik (majoriti nama usahawan Cina), sudah tentu sukar nak ditentukan individu mana satu yang penting untuk dijadikan isu pada ketika itu.

Bagaimanapun, yang menarik ialah pengakuan dan penafian Zaliah Zakaria baru-baru ini setelah gambar dan kaitan dirinya dengan Anwar didedahkan Ummi Hafilda dan media.

Pengakuan: Tentang dirinya yang memiliki aset bernilai ratusan juta ringgit hasil dari perniagaan lumba kuda (sebut judi), simpanan dalam bank bernilai RM 26 juta, cukai pendapatan RM 50 juta, rumah RM 3.6 juta dan lain-lain yang juta-juta juga nilainya.  Ingat, ini yang didedahkan, yang tidak didedahkan itu wallahualam.  Lagipun seperti pengakuannya, dia pernah tingaal di Dubai, konon nak melupakan kisah kematian anak lelaki dan seperti yang kita tahu kos kehidupan di Dubai bukan murah.

Saham FGVH Naik Mendadak Dalam Masa Singkat, Petanda Tidak Baik Buat Pakatan Haram

    11:29:00 PG   No comments

Harga saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) mencatatkan peningkatan 19 peratus walaupun hanya selepas dua puluh minit mula didagangkan di Bursa Malaysia hari ini.

Dibuka pada harga RM4.55, harga saham FGV meningkat 18 peratus kepada RM5.41 pada jam 9.19 pagi - menjadikan ia saham syarikat paling laris didagangkan di pasaran.
FGV merupakan IPO terbesar di Asia dan kedua terbesar di dunia, selepas Facebook.

Rabu, 27 Jun 2012

Reformasi Ala Indon Bukan Budaya Kita Tapi Amalan Anwar & Pakatan Haram

    11:46:00 PTG   No comments

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Nasional Media Group Indonesia, Noor Syamsuddin Chatib, "reformasi Indonesia telah menyebabkan rakyat menemui matlamat yang palsu, bukannya matlamat baru, hak rakyat untuk memberi pendapat, bebas berbicara dan ekspresi semuanya dijamin oleh negara".

Luahnya lagi, reformasi 1998 di Indonesia telah mengakibatkan lebih banyak peningkatan masalah rasuah yang seterusnya menjejaskan program pembangunan negara. Kewujudan kerajaan pusat yang lemah juga diikuti dengan masalah demonstrasi jalanan yang berterusan pula mengakibatkan pertumbuhan ekonomi terbantut.

Terdapat logik di sebalik kata-kata beliau yang diucapkan pada 28 Februari 2012 itu. Sejarah reformasi Indonesia 1998 yang dimulakan oleh gerakan jalanan mahasiswa Indonesia terbukti menyebabkan banyak pelaburan dari luar terhenti disebabkan suasana tidak tenteram dalam negara.

Hidup Dah Lama di Malaysia Tapi Baru Sekarang Nak Daftar Sebagai Pengundi..Errr

    5:28:00 PTG   No comments


SHAH ALAM 27 Jun - Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini menarik perhatian para pengunjung di Pejabat Pos Besar Shah Alam di sini hari ini, apabila beliau hadir mendaftarkan diri sebagai pengundi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurut beliau, langkahnya mendaftarkan diri sebagai pemilih kerana menyedari ini adalah masa paling tepat untuk menggunakan hak sivil sebagai warganegara bagi memilih kerajaan yang memperjuangkan hak anak seni sepertinya.

"Sebenarnya saya berasa malu dan bersalah kerana baru sekarang mendaftar sebagai pengundi.

"Namun hasil kesedaran yang diberi oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dua hari lalu (semasa Hari Perhimpunan Bintang 2012 anjuran akhbar Kosmo! dengan kerjasama Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) menyebabkan saya hadir hari ini untuk mendaftar," katanya kepada pemberita.

Heyyy Najib! Bila Nak Debat?..Gua Dah Tak Tahan Sangat..Tolonglah!

    12:30:00 PTG   1 comment

Bagai sudah tidak tahan kerana lama menunggu jawapan Najib Razak untuk berdebat denganya, Anwar Ibrahim hari ini sekali lagi meluahkan perasaan bengangnya kepada media sambil menujukan soalan kepada Najib Razak, sama ada hendak berdebat atau tidak.

Dalam hal ini, Najib Razak berjaya mempermainkan perasaan Anwar Ibrahim, yang kini berada dalam keadaan tertekan kerana pelawaanya tidak dilayan hingga ke hari ini.

Seperti yang kita sedia tahu, Anwar sememangnya seorang tokoh debat yang hebat dan tiada siapa yang boleh menandinginya bila bercakap biar pun apa yang dicakapkan itu semunaya bohong belaka.

Isnin, 25 Jun 2012

Tak Kenal Anwar Tapi Kenal Wan Azizah..'Wanita Misteri' Yang Sangat Misteri

    1:05:00 PTG   No comments

Wanita misteri yang dikaitkan dengan kes pemilikan akaun induk berjumlah RM3 bilion oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini muncul menafikan menjadi proksi kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Zaliah Zakaria, 56, bagaimanapun mengakui mengenali isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika memegang jawatan Presiden dan juga pemilik Syarikat Wira Tangkis Sdn. Bhd.

Jumaat, 22 Jun 2012

Perhatian! Pengesahan Sepina Dari Mahkamah Perancis Dijangka Sampai Minggu Depan

    10:00:00 PG   No comments

Sampai bila lagi harus menunggu dan sampai bila agaknya penyokong Pakatan Pembangkang akan terus ditipu, diberak oleh pemimpin mereka.

Bagai tidak serik menganga mulut, walau sebelum ini telah banyak kali dikencing Anwar dan juga balaci suruhanya bila setiap kali  isu kapal selam ini dibangkitkan.

Terbaru, Suara Anak Haram atau SUARAM dalam kenyataanya di Malaysiakini memberi tahu, penghantaran sepina sedang dibuat oleh peguamnya dan dijangka tiba beberapa hari lagi.

Khamis, 21 Jun 2012

LYNAS: Pembohogan Pakatan Terbongkar Lagi, Gara-Gara Kebodohan Fuziah Saleh

    1:47:00 PTG   No comments

Di Malaysia hari ini, sudah menjadi pengetahuan umum bahawa jika sesuatu perkara itu berkaitan dengan pembangkang, maka ia tidak boleh lari dari pembohongan.

Lynas, adalah salah satu pembohongan pembangkang tahap paling memalukan. Ini kerana angka matematik dan fakta saintifik tidak boleh ditipu.

Fakta dan angka telah membuktikan bahawa Kilang Lynas adalah selamat. Fakta dan angka ini bukannya direka-reka cipta sepertimana Raja Petra Kamaruddin mereka-cipta kisah pembabitan Perdana Menteri dalam pembunuhan Altantuya dari imaginasinya. Ia juga bukan seperti Anwar Ibrahim berimaginasi menjadi Perdana Menteri pada 16 September.

Fakta dan angka dari kajian saintifik lengkap yang dikemukakan oleh pihak International Atomic Energy Agency (IAEA) dan AELB mengenai Lynas bukannya imaginasi. Justeru, eloklah sekiranya Fuziah Salleh, Tian Chua, Tan Bun Teet (Pengerusi Save Malaysia Stop Lynas) berhenti menyalak dan menerima hakikat bahawa Lynas adalah selamat. Belajarlah merasa malu dan bersalah apabila berbohong. Apatah lagi apabila sekutu sendiri iaitu Che’ Rosli Che Mat, Ahli Parlimen PAS Hulu Langat yang juga seorang saintis, sendiri mengakui bahawa Lynas adalah selamat.
Fuziah, Tian Chua, Bun Tee sebelum ini begitu galak menyebarkan pembohongan bahawa kerajaan cuba ‘mengecat-putihkan’ apa yang gelap mengenai Lynas. Mereka mengenepikan segala dapatan dari kajian yang dilakukan oleh pihak-pihak yang pakar mengenai radioaktif dan nuklear sebaliknya menampilkan pakar-pakar politik serta ‘pencinta alam’ yang sesetengahnya diimport dari Singapura untuk menguatkan hujah kononnya Lynas adalah merbahaya.

Kerajaan bagaimanapun, tetap memberi ruang kepada mereka untuk membangkitkan isu ini sebagai usaha memastikan keputusan yang paling tepat untuk negara. Untuk itu, kerajaan telah menubuhkan panel parlimen untuk mengkaji apa yang dituduh oleh para penentang Lynas ini.

Bagaimanapun, pihak yang menentang langsung tidak mampu bercakap dalam bentuk fakta dan angka tetapi semua hujah mereka adalah bersandarkan emosi yang berbekalkan air liur semata-mata. Justeru, panel akhirnya memutuskan bahawa “Jawatankuasa mengambil maklum bahawa melalui kajian, kadar purata dos sinaran di projek LAMP adalah 2 mSv setahun untuk pekerja (had dos tahunan dibenarkan adalah 20 mSv setahun) dan 0.002 mSv setahun untuk orang awam (had dos tahunan dibenarkan adalah 1 mSv setahun) dan ini menunjukkan bahawa kadar di projek LAMP adalah rendah dan selamat.” Dan, “Jawatankuasa berpuas hati bahawa projek LAMP telah memenuhi keperluan standard dan perundangan di Malaysia.

Malahan, terdapat peruntukan undang-undang dan standard yang dikenakan ke atas projek LAMP adalah lebih ketat berbanding standard antarabangsa. Jawatankuasa mengesyorkan agar lesen Kelas A (Mengilang – Peringkat Pengendalian Sementara) atau (Temporary Operating Licence – TOL) dikeluarkan... (dan) satu jawatankuasa pemantauan (monitoring committee) dibentuk bagi memantau secara berterusan operasi LAMP.”

Jika Fuziah dan kuncu-kuncunya mampu berhujah dengan fakta yang meyakinkan tentulah keputusan panel akan berbeza sama sekali. Sifat pembangkang yang suka berbohong ini telah merugikan bukan sahaja Lynas, tetapi juga negara dan rakyat yang berpeluang bekerja di sana. Menurut Lynas, penangguhan dalam mendapatkan lesen untuk kilangnya, yang pada mulanya diluluskan pada bulan Januari, mungkin akan ada “akibat yang sangat serius” untuk tempahan bumi nadir bernilai RM80 bilion yang sudah diterima, kerana sudah ditempah untuk “10 tahun yang akan datang”.

Ini bermakna kerugian juga dialami oleh negara ini selama 10 tahun akan datang kerana pendapatan kilang Lynas juga bermakna pendapatan kepada negara. Apatah lagi dengan nadir bumi menjadi antara sumber penting untuk menampung keperluan dunia yang semakin canggih ini. Oleh itu, kita melihat tindakan menghalang operasi Lynas, adalah umpama menolak rezeki.

Nampaknya, dalam isu ini, yang merbahayakan rakyat, negara dan alam sekitar bukanlah Lynas, tetapi Fuziah Salleh dan kuncu-kuncunya. Terbukti radioaktif dari air liur dan hati mereka yang busuk mampu menjejaskan rakyat dan negara.

Kita percaya, majoriti rakyat Malaysia mampu membezakan antara fakta dan angka dengan emosi dan air liur. Kedegilan pembangkang untuk terus memainkan isu Lynas dilihat sebagai bukti bahawa mereka amat terdesak kerana ketandusan isu di kala pilihanraya semakin hampir.

Pembangkang nampaknya masih tidak sedar bahawa semakin degil sikap mereka untuk menolak Lynas, semakin kuat gelombang penolakan rakyat terhadap mereka. 

Rabu, 20 Jun 2012

Agenda SUARAM & BERSIH di Malaysia Dibiayai Sepenuhnya Dari Dana Yahudi Zionis

    11:52:00 PTG   No comments

Tidak sesiapa menafikan hak, Suaram sebagai pertubuhan yang memperjuangkan hak asasi manusia, untuk membuat pengaduan berkaitan isu urusan pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia kepada pihak pengadilan Perancis.

Yang dipertikaikan ialah motif sebenar Suaram melakukan tindakan membawa satu isu yang berkaitan negara sendiri untuk diadili oleh negara luar.

Apatah lagi kini Suaram bukan lagi dilihat sebagai sebuah organisasi bebas yang berpegang kepada prinsip keadilan sejagat tetapi telah bertindak melebihi peranan sebenarnya.

Selasa, 19 Jun 2012

Baru Empat Tahun, Sudah Banyak Tanah & Eset Milik Kerajaan Selangor Digadai Khalid Gagap

    10:00:00 PG   No comments

Melihat gerak kerja Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim, pasti kita akan mengingati semula cerita-cerita lama tentang kegemaran orang Melayu menjual tanah hatta untuk berkenduri kahwin. Kegemaran Khalid Ibrahim adalah menjual tanah. Datanglah sebanyak mana pun masalah, penyelesaian Khalid Ibrahim adalah JUAL TANAH.

Tanah mana yang tidak lagi dijual oleh Khalid Ibrahim. Habis segala tanah Yayasan Selangor telah dijual oleh Khalid Ibrahim. Habis juga tanah YBK digadai oleh Khalid Ibrahim. Sehinggakan ramai yang memperkatakan kegemaran dan pendekatan Khalid Ibrahim dalam tempoh empat tahun ini ialah MENJUAL TANAH.

Secara jujur, Khalid Ibrahim kelihatan sangat GEMARKAN MASALAH melanda Selangor. Datang masalah air, Khalid Ibrahim jual tanah. Datang masalah PTPTN, Khalid Ibrahim cepat-cepat umumkan yang dia dah jual tanah UNISEL. Datang masalah Teoh Beng Hock yang mati terjun bangunan untuk selamatkan punggung Exco Selangor, Khalid Ibrahim juga jual tanah dan pasir. Muncul masalah tentang bonus untuk kakitangan kerajaan negeri, Khalid Ibrahim dah pun jual tanah.

Apa-apa masalah, jual tanah adalah jawapannya.

Justeru apabila Faekah Hussin ‘membelasah’ Khir Toyo kerana bekas Menteri Besar Selangor itu bercakap tentang Khalid Ibrahim yang menggunakan kuasanya untuk meluluskan kontrak menggunakan dana Geran Selangorku untuk memperkukuhkan kedudukan politiknya, sebenarnya ia tidak lebih daripada upaya Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor itu untuk menggapai awan dengan sembang-sembang kosong serta cubaannya untuk melarikan tajuk dan persoalan yang dibangkitkan.

Dan yang paling menariknya ialah apabila Faekah Hussin mempersoalkan ketidakcekapan Khir Toyo yang tidak dapat mengutip ‘hutang rakyat’ yang sebenarnya dimaksudkan oleh Faekah Hussin ialah, menaikkan cukai tanah dan cukai pintu, memberikan air percuma, tetapi pada masa yang sama, berhutang dengan SYABAS lebih RM1 bilion yang akhirnya akan terpaksa dibayar oleh rakyat Selangor dengan apa cara sekalipun.

Paling kelakar ialah apabila Faekah Hussin dengan mulutnya yang termoncong-moncong dan hidungnya yang tersorong-sorong menyatakan kononnya Geran Selangorku itu adalah kecekapan Khalid Ibrahim mengutip hutang yang tidak dibuat oleh Khir Toyo pada zamannya!

Sama ada peguam seperti Faekah Hussin cuba membohongi atau membodoh-bodohkan rakyat Selangor, telatahnya acapkali menimbulkan jenaka yang maha hebat. Satu dunia tahu, penyelesaian yang dilakukan dan kecenderungan Khalid Ibrahim adalah MENJUAL TANAH. Dari tanah kubur, sehinggalah tanah pasir dan tanah selut, semuanya dijual oleh Khalid Ibrahim. Dan yang paling besar sekali jualan tanahnya ialah melibatkan tanah-tanah milik entiti atau agensi kerajaan negeri.

Sehinggakan bangunan-bangunan Yayasan Selangor dan bangunan-bangunan milik PKNS juga dijual oleh Khalid Ibrahim.

Kalau itulah yang dikatakan dan dibangga-banggakan oleh Faekah Hussin kononnya itu adalah kecekapan Khalid Ibrahim mengutip hutang, sememangnya, wajarlah kita semua menghempuk kepala masing-masing kerana MANUSIA SEBODOH FAEKAH telah dilantik ke jawatan SETPOL dan dia pula cuba menyebarkan kebodohannya ke serata alam.

Klik imej di bawah untuk bacaan seterusnya

 

Isnin, 18 Jun 2012

Dulu Bertaraf Anjing, Kini Martabat SUARAM Diangkat Anwar Jadi Babi Tunggangan Pula

    12:30:00 PTG   No comments


Pembangkang sedang giat mengeksploitasi isu pembelian kapal selam Scorpene bukan sahaja di dalam negara malah menjajanya di luar negara.

Pembangkang tidak langsung berasa bersalah untuk memburuk-burukkan nama baik Malaysia dan imej kerajaan yang kononnya terbabit dalam amalan rasuah dalam urusan pembelian kapal selam itu dari sebuah syarikat milik kerajaan Perancis.

Sasaran pembangkang hanya satu iaitu menconteng imej buruk kepada pimpinan dan diri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan harapan rakyat akan marah dan undi akan beralih kepada mereka pada pilihan raya umum ke 13 nanti.

Untuk menjayakan muslihat ini, mereka memperkudakan Suaram untuk mengaburi mata rakyat dan masyarakat antarabangsa. 

Suaram dilihat sebagai landasan terbaik bagi Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncu kumpulan pembangkangnya dalam Pakatan Rakyat untuk menyerang Perdana Menteri kerana sebagai sebuah pertubuhan yang dianggap memperjuangkan isu-isu hak asasi manusia, sudah tentu tindakannya membawa isu Scorpene ke mahkamah Perancis tidak akan dipersoalkan.

Tetapi apakah Suaram benar-benar ikhlas membangkitkan isu Scorpene atau sekadar menjadi anjing salakan Anwar?

Sebenarnya Suaram secara senyap telah menukarkan kulitnya sebagai pejuang hak asasi kepada sebuah cawangan PKR atau lebih spesifik lagi salah satu tali barut Anwar.

Sikap toleransi tinggi yang ditunjukkan oleh kerajaan dan Perdana Menteri dalam hal ini bukanlah kerana disebabkan kelemahan atau sebab ada sesuatu yang hendak disorokkan daripada rakyat.

Jika diikuti isu Scorpene, kerajaan telah bertindak secara pro-aktif sejak pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi lagi.

Ketika itu, Datuk Seri Najib selaku Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan telahpun memberi jawapan rasmi di dalam Dewan Rakyat apabila isu pemberian komisyen sebanyak RM540 juta dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang masa itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Ini berlaku seawal 6 Mei 2008 lagi di mana Datuk Seri Najib menegaskan rundingan perolehan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi kapal selam Scorpene, dan juga pesawat Sukhoi SU30MKM telah mendapat kelulusan daripada semua peringkat serta mematuhi Tatacara Pelaksanaan Kontrak-Kontrak Perolehan Peralatan Pertahanan Negara.

Rundingan ketat dan telus ini termasuk mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Rundingan Harga setelah proses penilaian dilakukan selari dengan keperluan ATM.

Bahkan segala aspek dan klausa dokumen perjanjian kontrak pembelian peralatan tentera itu juga tidak terlepas daripada penelitian rapi Pejabat Peguam Negara.

Kesimpulannya, tidak mungkin mana-mana aspek kontrak dan urusan pembelian kapal selam Scorpene telah diseleweng atau dipengaruhi oleh kerajaan jika proses rundingan mengikuti aliran tatacara yang amat ketat dan wibawa.

Tujuan pembangkang hanya semata-mata untuk mengeliru dan membakar hati rakyat dengan mereka-reka isu yang palsu dan tidak berasas.

Jika isu ini gagal diperbesarkan oleh pembangkang semasa era Tun Abdullah, kali ini Anwar melihat peluang keemasannya ketika Datuk Seri Najib menerajui Putrajaya.

Tidak berjaya mendapat sokongan di negara sendiri, Anwar menggunakan Suaram untuk terus menyerang kerajaan.

Bukan itu sahaja, Anwar juga sebenarnya telah memperkudakan sistem mahkamah Perancis untuk menyerang kerajaan Malaysia.

Suaram bukan lagi bertindak sebagai organisasi bukan kerajaan yang pendaftarannya tertakluk kepada undang-undang Malaysia, tetapi telah mengangkat martabatnya sebagai pendakwa, hakim dan seterusnya pelaksana hukum.

Tidak cukup dengan membuat aduan mengenai isu kapal selam Scorpene ke Perancis dengan dibantu oleh dua peguam negara itu, Suaram bersama peguamnya membuat sidang akhbar di Bangkok baru-baru ini.

Jika benarlah Suaram berjuang hak asasi rakyat Malaysia mengapa perlu mengadakan sidang akhbar di negara jiran dengan dihadiri kebanyakannya oleh media asing?

Apa agenda sebenar Suaram membuat fitnah dan tuduhan serius kepada kerajaan Malaysia jika tidak lain tidak bukan ia adalah sebahagian daripada strategi licik Anwar?

Lebih memeranjatkan bagaimana pihak mahkamah Perancis boleh memberi layanan yang sungguh istimewa kepada Suaram melalui akses penuh kepada 153 kertas siasatan dari pejabat Pendakwa Raya. 

Peranan Suaram hanya selaku pengadu atau plaintif sivil dalam kes yang di bawanya tetapi kini ia seolah-olah telah bertindak sebagai peguam bagi pihak pendakwaan!

Apakah isu Scorpene sebenarnya telah dicanai dengan begitu rupa melalui strategi yang rapi dan terancang, dengan membabitkan bukan sahaja Suaram tetapi jaringan sistem mahkamah luar negara, media antarabangsa serta jentera propaganda yang dibiayai oleh pihak Zionis?

Apakah agenda sebenar Suaram, pihak mana yang menjadi pendokong kewangan utamanya dan adakah Suaram pada hakikatnya sebuah organisasi yang radikal?

Isu ini akan dikupas selanjutnya dalam analisis seterusnya.

Gawat! Masalah Kekurangan Bekalan Air di Selangor Sudah Melanda

    10:00:00 PG   No comments

Seperti diramal banyak pihak, sikap degil MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dalam mencari penyelesaian isu air akhirnya menyusahkan semua pihak. Banyak urusan harian terganggu dek kerana kekurangan air.

Bukan sahaja penduduk Selangor yang jadi mangsa, tetapi penduduk Lembah Klang terutamanya sekitar Petaling, Kuala Lumpur, Hulu Langat dan Sepang mengalami kekurangan bekalan air berikutan penurunan paras kolam imbangan Semenyih dan Langat sejak dua hari lalu.

Keadaan itu disebabkan kadar rizab air di Selangor kini hanya tinggal 2.4 peratus berbanding kadar yang sepatutnya serta dikhuatiri berpanjangan sekiranya Kerajaan Negeri masih enggan melaksanakan Projek Loji Rawatan Air Langat 2.

Menurut kenyataan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) hari ini kejadian itu berpunca daripada permintaan bekalan air yang meningkat berikutan cuaca panas menyebabkan paras kedua-dua kolam itu mengalami penyusutan agak ketara.

Syabas dimaklumkan bahawa tahap pengeluaran air terawat di kesemua 33 loji rawatan air di Selangor semalam berada pada tahap tertinggi iaitu 4,405 juta liter sehari berbanding tahap pengeluaran reka bentuk loji berjumlah 4,371 juta liter sehari.

Bagi Kuala Lumpur, kawasan yang mengalami gangguan bekalan air dan tekanan rendah ialah Taman Maluri, Angsana Hilir, Kampung Pandan, Taman Segar dan Taman Taynton View.

Di Hulu Langat pula, kawasan yang terjejas ialah Sungai Besi Indah, Bukit Belimbing, Juara Jaya, Saujana Impian, Beranang, Bukit Semenyih, Sungai Tekali, Selesa Jaya, Taman Utama, Alamsari, Balakong, PKNS Beranang dan Kampung Baru Semenyih.

Jalan Klang Lama, Sri Petaling, Desa Petaling dan sebahagian Seksyen 52, Petaling Jaya merupakan kawasan terjejas di Petaling dan IOI Serdang di Sepang.

Syabas turut menyediakan 42 lori tangki dalam keadaan tunggu sedia untuk membantu membekal air ke kawasan yang terlibat sekiranya diperlukan.

Bagaimanapun, pemantauan secara berterusan berhubung gangguan bekalan air ini akan terus dilakukan dan Syabas akan memaklumkan status terkini kepada pengguna sekiranya perlu.

Syabas turut menasihati pengguna supaya berhemah menggunakan air bagi mengelak pembaziran ketika menghadapi cuaca panas dan kering yang dijangka berpanjangan.

Pada masa sama, Syabas menyarankan pengguna supaya tidak menjalankan aktiviti yang boleh mengakibatkan kesan pencemaran kepada sungai bagi memastikan bekalan air yang bersih dan berterusan dapat disalur kepada pengguna.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol, 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL aduan/pertanyaan dan hantar ke 39222 ataupun membuat aduan di laman Facebook atau Twitter Syabas dengan menaip 'puspel' atau 'puspel syabas'.

Bila Si Hodoh Mengata Orang Lain Anak Dara Tua..Kah Kah Kah

    2:56:00 PG   No comments

Bulu sama kerinting tapi hati lain-lain, perumpamaan yang paling sesuai untuk menggambarkan situasi sebenar yang berlaku antara kedua-dua orang perempuan ini.

Perang dingin sedang berlaku dalam kem PKR, diantara puak Azmin Jamban dan puak Khalid Gagap.

Tangan yang menghayun buaian, mampu menggoncang dunia. Tetapi, siapakah di antara mereka berdua ini lebih berpengalaman dalam bab menggoncang? Zuraidah atau Fekah?

Saksikan dahulu video klip di bawah.

Sabtu, 16 Jun 2012

SUARAM Bikin Lawak Antarabangsa, Kapal Selam Milik Negara Diberi Secara Percuma

    2:00:00 PTG   No comments

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa isu scorpene adalah isu paling hebat yang boleh dimainkan oleh pembangkang dalam menuju pilihanraya yang akan datang. Dalam kebanyakan isu-isu lain, pembangkang begitu mudah terkantoi atau tertembak kaki sendiri kerana terlalu mudah untuk dipatahkan.

Tetapi, apabila sesuatu isu membabitkan angka dan juga pihak luar negara seperti pembelian kapal selam scorpene dari Perancis, ia akan lebih mudah untuk dimanipulasi untuk mengelirukan rakyat. Alasan seperti bukti tidak boleh dikemukakan kerana berada di tangan mahkamah Perancis memudahkan pembangkang mempermainkan rakyat.

Justeru, segala tuduhan dibuat sewenang-wenang oleh mereka tanpa perlu membuktikan apa-apa.

Memetik kata-kata Cynthia Gabriel, Penyelaras SUARAM sebelum ini, beliau menyatakan, “Kes ini spesifik kepada pemberian komisen 114 juta Euro yang diberikan kepada syarikat Perimekar.”

Jelas, jumlah yang menjadi pertikaian ialah EURO 114 juta dalam transaksi pembelian kapal selam ini.

Tetapi, apabila pihak kerajaan menjustifikasi jumlah itu sebagai bayaran untuk khidmat penyelenggaraan, koordinasi dan sokongan kepada syarikat Perimekar, SUARAM tiba-tiba menukar angkanya.

Kini, angka yang disebut sebagai rasuah bukan lagi EURO 114.96 juta atau RM410.27 juta tetapi USD 1 bilion atau RM3.8 billion pula. Menurut SUARAM, mereka mempunyai bukti bahawa Dato’ Seri Najib, pada ketika itu Menteri Pertahanan, ada meminta jumlah tersebut untuk dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd sebagai komisyen.

Adalah penting untuk kita memberi perhatian kepada angka-angka yang disebut di sini kerana tidak mustahil pihak SUARAM dan pembangkang akan menukarnya sekali lagi apabila terkantoi.

Perlu diingatkan bahawa nilai keseluruhan kontrak ialah EURO 1.084 billion atau RM3.87 billion. Ia merangkumi harga 2 kapal selam scorpene termasuk pakej Integrated Logistic Support dan latihan krew bernilai EURO 969.15 juta. Selebihnya EURO114.96 juta ialah bayaran kepada Perimekar untuk khidmat penyelenggaraan, koordinasi dan sokongan.

Kesemua dokumen jual beli dan penerimaan wang dibuat secara mengikut prosedur dan boleh dikemukakan sebagai bukti.

Jika benar Dato’ Seri Najib ada meminta sebanyak RM3.8 billion bermakna kapal selam tersebut telah diberikan secara percuma kepada Malaysia. Ini kerana mengikut nilai tukaran matawang pada ketika kontrak tersebut dimeterai iaitu 5 Jun 2002, adalah seperti berikut: USD 1 bill = EURO 1.06 bill = RM3.80 bill.

Memandangkan keseluruhan bayaran kontrak berjumlah EURO1.08 billion sahaja, maka keseluruhan bayaran yang dibuat tersebut adalah berupa rasuah dan urusan jualbeli kapal selam hanyalah ilusi semata-mata.

Nampak benar SUARAM hanya bermain-main dengan angka untuk mengelirukan rakyat yang mungkin kurang berminat untuk menghalusi fakta dan angka.

Sudah sampai masanya rakyat Malaysia membuka mata dan memperincikan segala maklumat yang diterima agar tidak mudah dipermainkan oleh pihak-pihak yang ingin melemahkan kerajaan semata-mata untuk mencapai matlamat mereka untuk berkuasa.

Isuhot.com

Penyenaraian FGVBH, Peneroka Felda Bakal Dapat Manfaat Sepanjang Hayat

    11:13:00 PG   No comments

PORT DICKSON: Peneroka tanah rancangan Felda bakal memperoleh faedah sepanjang hayat susulan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVHB) di Bursa Malaysia pada 28 Jun ini.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, ini kerana selain setiap peneroka mendapat 'durian runtuh' RM15,000 dan 800 unit saham, mereka juga memiliki saham 20 peratus dalam FGVHB.

"Kalau masih ingat lagi kita simpan peruntukan 37 peratus itu kepada Koperasi Pengguna Felda (KPF). Tapi oleh kerana KPF tidak dapat menyertai maka 20 peratus itu kita letak di bawah tabung amanah dan 17 peratus lagi dipegang oleh pihak Felda.

"Dengan itu 20 peratus ini akan jadi milik peneroka selama-lamanya iaitu selagi wujud FGVHB, selagi itulah mereka mempunyai saham 20 peratus, tanpa mengeluarkan sebarang modal...mereka tidak perlu beli saham, bayar yuran dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Guruperingkat Daerah Port Dickson 2012 di sini Jumaat.

Menurutnya sebagai contoh, katalah selepas satu tahun untung RM100 juta, bermakna 20 peratus daripada RM100 juta mungkin ada RM20 juta, jadi RM20 juta itu akan dibahagi kepada 112,635 peneroka terbabit.
Katanya, kalau besarlah keuntungannya, maka besarlah pendapatannya dan mereka akan dapat selama-lamanya.

Mohd Isa yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang berkata, penyenaraian FGVHB berjalan lancar dan insya-Allah pada 28 Jun ini FGVHB akan disenaraikan di Bursa Malaysia.

Katanya lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyerahkan fasa kedua pemberian bonus RM5,000 sempena sambutan Hari Peneroka di Kuala Lumpur pada 7 Julai ini, serentak dengan perasmian Menara Felda. - BERNAMA

Jumaat, 15 Jun 2012

SUARAM Yang Sememangnya Haramjadah!

    5:00:00 PTG   No comments

Nampaknya SUARAM dan pembangkang tetap berdegil ingin terus bermain dengan isu kapal selam scorpene walaupun tuduhan mereka telah dijawab dan dipatahkan berkali-kali.

Sudah menjadi taktik pembangkang untuk ‘buat bodoh’ apabila terkantoi dan akan terus memainkan fitnah yang sama walaupun ia telah dijawab berkali-kali beserta dengan bukti. Contohnya, isu cincin Datin Seri Rosmah, isu anak Dato’ Seri Najib berbelanja di Australia sehinggalah isu pembunuhan Altantuya dan scorpene ini, yang mana semuanya telah diperjelaskan dan bukti telah pun dikemukakan bagi menafikan tuduhan mereka.

Dalam kes scorpene ini, SUARAM dan pembangkang telah pergi ‘agak jauh’ iaitu dengan menggunakan nama mahkamah negara asing bagi menguatkan hujah mereka. SUARAM juga menyatakan bahawa kes ini sedang disiasat dan kononnya terdapat penemuan dokumen komunikasi dan transaksi yang menunjukkan wujudnya permintaan rasuah secara terang-terangan.

Kononnya juga, Perdana Menteri akan disapina dan diheret ke mahkamah Perancis. Malah lebih dahsyat lagi, mereka mengaitkan pula urusniaga dan rasuah tersebut dengan pembunuhan seorang model Mongolia, Altantuya Sharibuu dan membayangkan pembabitan Perdana Menteri dalam semua kes ini.

Pembangkang nampaknya benar-benar berpegang dengan kata-kata bahawa, ‘lebih besar penipuan itu lebih ramai yang akan percaya’. Sebenarnya, tidak semestinya. Ada kalanya apabila penipuan itu terlalu besar ia akan menjadi raksaksa yang memakan diri.

Hakikatnya, benar, ada aduan rasuah mengenai pembelian kapal selam scorpene dari DCNS oleh Malaysia yang dibuat oleh SUARAM kepada mahkamah Perancis. Dan tidak seperti di Malaysia, di mana pihak polis atau SPRM yang bertanggungjawab menyiasat sesuatu aduan rasuah, di Perancis, pihak mahkamah yang menyiasatnya di bawah arahan Hakim.

Selama siasatan dibuat iaitu dalam masa 2 – 3 tahun, mengikut anggaran hakim Roger Le Loire dan Serge Tournaire yang bertanggungjawab bagi kes ini, pihak yang terlibat tidak dibenarkan membuat sebarang komen atau boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah. Dan sekiranya, siasatan mendapati hakim memerlukan keterangan dari mana-mana pihak di Malaysia, maka hanya polis Malaysia yang boleh mendapatkan keterangan dari pihak yang berkenaan dengan kehadiran pegawai kehakiman dari Perancis.

Oleh itu, tidak timbul soal mengsapina Perdana Menteri atau sesiapa saja dari Malaysia untuk hadir di mahkamah Perancis.

Sekiranya, hakim mendapati terdapat keperluan untuk membawa kes ke perbicaraan, maka beliau perlu mengemukakan permohonan kepada mahkamah yang lebih tinggi kerana hanya mahkamah yang lebih tinggi yang dapat menentukan sama ada kes tersebut boleh dibicarakan atau tidak.

Jelaslah, apa yang dilakukan oleh SUARAM, iaitu mewar-warkan apa yang dikatakan mereka sebagai ‘bukti’ serta membuat komen, malah kenyataan rasmi terbuka di media, adalah satu bentuk penghinaan yang serius terhadap mahkamah Perancis. Maka, secara rasminya SUARAM boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah sekiranya ada pihak yang membuat aduan terhadap mereka.

Jika kita lihat perkembangan kes ini di Perancis sendiri atau di mana-mana jua, kita akan dapati tiada langsung komen dari pihak DCNS yang dikatakan sama-sama memikul kesalahan jika benar telah terlibat memberi rasuah dalam urusniaga kapal selam dengan Malaysia.

Ini kerana DCNS cukup arif mengenai prosedur undang-undang di negaranya dan mengelak untuk memberi komen, membela diri atau menjelaskan apa-apa mengenai apa-apa jua.

Hanya SUARAM a.k.a pembangkang Malaysia yang ke hulu ke hilir menjaja cerita rasuah antara DCNS dengan Malaysia. Kerana apa? Kerana pilihanraya semakin hampir, itu saja.

Sultan Johor Murka, Nizar Lambai Patut Cium Kaki Mahathir Seumur Hidup

    2:30:00 PTG   No comments

MASA inilah yang paling sesuai, penulis tak nampak masa bila lagi yang boleh.

Sebab dan alasannya mudah, kalau tak kerana pindaan perlembagaan 1993 yang dibuat Tun Mahathir Mohammad, yang menarik balik imuniti raja dari sebarang pendakwaan jenayah, nescaya kita semua tak tahu apa nasib Nizar hari ini.

Pada budak-budak yang tak tahu, penulis nak maklum disini, dulu raja-raja ada imuniti (selain kelebihan lain) yang menghalang tindakan undang-undang dikenakan ke atas mereka, walaupun yang melibatkan jenayah berat.

Bagaimanapun, pindaan perlembagaan 1993 menyaksikan imuniti ini ditarik balik tapi pendakwaan yang akan dibuat (kalau ada kesalahan), hanya boleh dilakukan di Mahkamah Khas dengan kebenaran Peguam Negara.

Lebih lanjut boleh periksa sendiri tapi isi pentingnya disini, raja-raja dulu ada imuniti yang kemudian di tarik balik oleh kerajaan Tun Mahathir.  Pendek kata, dengan pindaan tersebut, raja tidak lagi kebal dari undang-undang –  tidak seperti dulu.

Tak perlu penulis jelaskan apa yang boleh berlaku kalau imuniti itu masih ada, takut-takut ditafsir perkara bukan-bukan yang keluar dari tajuk perbincangan.  Tak pasal-pasal nanti penulis pulak yang dituduh menderhaka.

Yang penting untuk semua orang tahu, institusi beraja di negara ini bukan perkara yang boleh dibuat main-main.  Tak perlu dipersoalkan kenapa, sebab ini adat berketua yang terpakai hampir dimana-mana sahaja.  Kalau Thailand jadi contoh, Nizar harus dah masuk penjara sekarang, paling  koman 2 tahun.

Penyokong PAS umpamanya, tidak perlu diberi penerangan kenapa Nik Aziz perlu dihormati, sedikit bawah dari Tuhan.  Itu ada berketua dalam PAS, buruk baik keluar dari mulut Nik Aziz perlu disokong, tak kira apa pun.

Kalau nak kritik sangat, perlulah dengan bahasa yang baik-baik dan berlapis-lapis.

Dalam soal bercakap tentang institusi beraja ini pun sama juga.  Dulu cina, india, iban dan siapa-siapa pun di negara ini tak pernah persoal hal ini pun, sekarang ini saja kelompok ini semakin ramai, macamlah kalau dibuang negeri ke England, mereka tidak perlu hormat Ratu di sana.  Masih kena hormat juga sebab itu peraturannya.

Tapi yang itu mereka boleh terima, yang disini sengaja nak diusiknya, menggunakan melayu sesat dan berdendam dengan institusi beraja macam si Nizar inilah.

Konon atas nama kebebasan bersuara, tapi kalau kita persoal Nik Aziz, hilang entah mana alasan kebebasan bersuara yang dibangga-banggakan sangat tu.  Sebaliknya yang dapat ialah kutukan, makian dan selang seli ayat al-Quran kenapa Nik Aziz tidak boleh dikritik.

Kan bahalol namanya tu.

Angan-Angan Din Pudu Panjat Pokok Kelapa, Akhirnya Jatuh ke Tanah Digoncang Nizar Lambai

    10:00:00 PG   No comments

Baru-baru ini di Bandar Baru Bangi, dalam satu ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Pembangkang, Salahuddin Ayub atau lebih mesra dipanggil Din Pudu memberi tahu jika Pakatan ingin menawan Putrajaya dengan selesa, tiga buah negeri yang menjadi kubu kuat BN perlu dilumpuhkan terlebih dahulu.

Tiga buah negeri yang dimaksudkan oleh Din Pudu itu ialah Johor, Sabah dan juga Sarawak. Dalam ceramahnya, Din Pudu memberi harapan kepada penyokong Pakatan yang hadir, sekiranya dapat melemahkan separuh dari kekuatan BN di ketiga-tiga negeri itu, peluang  Pakatan menawan Putrajaya adalah cerah.

Jika dilihat dari segi realitinya, jangan kata separuh, suku dari separuh itupun belum tentu lagi Pakatan Pembangkang mampu melemahkan kekuatan BN di negeri-negeri tersebut.

Umum mengetahui bahawa ketiga-tiga buah negeri yang dimaksudkan oleh Din Pudu itu mempunyai keadaan geopolitik yang berbeza jika dibandingkan dengan negeri lain yang ada di semenanjung Malaysia.

Oleh itu sukar bagi Pakatan Pembangkang untuk menembusi kubu kuat BN itu yang mana ia sentiasa dijaga dan dikawal rapi, selain dari sikap masyarakat setempat  yang menolak gaya politik ekstrim seperti yang sering diamalkan oleh pemimpin dan penyokong  Pakatan Pembangkang.

Kalah angan-angan Mat Jenin, kalau kita cuba bandingkan dengan harapan tinggi menggunung si Din Pudu dan PAS ini. Di hadapan penyokong Pakatan yang hadir tidak sampai seribu orang pada malam itu, Din Pudu meluahkan keyakinanya bahawa Pakatan mampu mengegkalkan kesemua negeri yang sedang diperintah sambil menawan beberapa buah lagi negeri seperti Terengganu dan Perak.

Dalam keghairahan Din Pudu untuk melemahkan kekuatan pihak lawanya yang belum tentu lagi boleh dikalahkan, adalah lebih baik Din Pudu memperbaiki dahalu segala kerosakan yang telah dilakukan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Nizar Lambai terhadap imej PAS Johor ekoran dari tindakan bidapanya mempertikai bidaan nombor plat yang dimenangi oleh Sultan Johor.

Kemarahan  Sultan Johor terhadap pemimpin PAS yang dizahirkan semasa sesi pembukaan DUN baru-baru ini sepatutnya menjadi kerisauan kepada Din Pudu kerana ini adalah kali pertama untuk dirinya bertanding di kampung halaman sendiri.

Nasib Din Pudu di Johor boleh di ibarat seperti telur di hujung tanduk. Tindakan biadap dan tidak berotak Nizar Lambai terhadap Sultan Johor telah membuatkan rakyat setempat marah sekaligus menolak PAS secara total di Johor.

Nasib ko la Din..

Khamis, 14 Jun 2012

Gara-Gara Kebodohan PAS Perak..PAS Johor Semakin Ditolak Rakyat

    3:20:00 PTG   1 comment

Sultan Johor bertitah adalah tidak perlu untuk memberi publisiti kepada semua apa yang baginda telah lakukan untuk kebajikan.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, baginda sentiasa menggunakan saluran yang betul untuk melakukan sesuatu.

Oleh itu, titah baginda, orang-orang seperti bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin tidak perlu mengulas mengenai tentang perkara yang beliau tidak tahu.

Baginda bertitah demikian dalam ucapannya pada majlis perasmian perhimpunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang kelima di sini.

Nizar, Pesuruhjaya PAS Perak, ketika mengulas tawaran Sultan untuk nombor plat kereta WWW 1 dilaporkan berkata, wang itu boleh digunakan untuk membantu golongan miskin.

Sambil menyatakan kemarahan terhadap komen Nizar, baginda bertitah adalah lebih baik Nizar berdiam diri daripada membuat kenyataan.

"Adakah dia lupa adat istiadat Melayu kita atau dia memang jahil dan berfikiran cetek?

"Beliau tidak harus bertindak seperti bijak jika dia tidak mempunyai pengetahuan tentang apa yang berlaku dan membuat kenyataan apabila tidak tahu perkara sebenar," titah Sultan.

Nombor plat kenderaan WWW 1 itu digunakan untuk kereta nasional Proton Satria milik baginda. 

SUMBER MSTAR ONLINE

Tak Mampu Jana Pendapatan Sendiri, Aset Milik Kerajaan Negeri Selangor Digadai Lagi

    12:30:00 PTG   No comments

Benarkah kerajaan Selangor hendak jual tanah Universiti Selangor (Unisel) bagi menampung kos pendidikan pengajian di unitersiti tersebut atau sebenarnya untuk menampung kerugian yang dialami oleh IPTS milik kerajaan negeri itu.

Persoalan tersebut dibangkitkan oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang mahu Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan tujuan utama mahu menjual tanah dan memperuntukan kira-kira RM30 juta untuk tabung pendidikan Unisel.

Khalid Ibrahim juga dicabar supaya segera mengumumkan kedudukan kewangan Unisel kerana corak pentadbiran kerajaan negeri menimbulkan rasa curiga dan ditambah langkah tersebut dilihat merugikan rakyat negeri itu.

“Ini cara politik kerajaan negeri yang cuba menangguk di air keruh, apabila Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kata tangguh pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar Unisel dan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis), baru-baru ini.

“Sebagai reaksi, mereka kata akan cairkan aset bernilai RM30 juta untuk tampung pendidikan pelajar, tapi kita mahu mereka jawab adakah mereka betul-betul mahu tampung pendidikan atau untuk tampung kos kerugian yang ditanggung Unisel,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, pada Rabu.

Menurutnya, kerajaan negeri tidak layak melabelkan diri sebagai juara dalam membela pendidikan rakyat negeri itu disebabkan beberapa isu yang telah berlaku sebelum ini.

“Mereka sanggup runtuhkan asrama Yayasan Selangor demi kepentingan untuk jual tanah Yayasan Selangor di Kampung Pandan dan kini nasib pelajarnya seolah-olah tiada pembelaan.

“Tindakan mereka itu seperti menafikan hak dan peluang pendidikan yang selama ini diperjuangkan Yayasan Selangor terutama untuk anak-anak luar bandar, mereka juga berdosa dengan rakyat Selangor kerana menolak penubuhan cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di negeri itu,” katanya.

Abdul Khalid pada Februari lalu berkata, kerajaan negeri bersedia mendedahkan kepada umum kedudukan kewangan semasa Yayasan Selangor dan Unisel.

Katanya, institusi milik kerajaan negeri iaitu Yayasan Selangor diaudit setiap tahun sejak pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran di negeri itu.

Rabu, 13 Jun 2012

Apa Yang Pembangkang Dengki Sangat Dengan Peneroka & FELDA

    3:27:00 PTG   No comments

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad menyangkal dakwaan Parti Keadilan Rakyat (PKR), kononnya peneroka Felda akan kehilangan faedah sokongan kebajikan sebanyak RM100 juta ekoran penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGV) di Bursa Malaysia.

Menurutnya, dakwaan oleh Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen hanyalah 'permainan' politik direka bagi mengelirukan peneroka.

Jelas beliau, hakikatnya apa yang dinikmati peneroka sebelum ini adalah kekal termasuk sokongan kebajikan berupa insentif Aidilfitri dan bantuan pendidikan.

"Saya sepatutnya tak perlu jawab kerana setiap kali PKR membuat dakwaan itu ini, kita (tampil) jawab. Tetapi, apabila isu-isu berkaitan pemimpin mereka seperti Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR), kenapa tak mahu jawab? Ini menunjukkan mereka tidak telus.

"Perkara ini (penyenaraian FGV), Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah beberapa kali beri jaminan. Di Parlimen pun kita sudah banyak kali jawab. Apa yang peneroka dapat selama ini, mereka akan terus nikmati. Semuanya kekal," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Beliau menjawab dakwaan Wong Chen yang disiarkan dalam portal propembangkang, The Malaysian Insider bahawa peneroka akan kerugian RM100 juta dari segi sokongan kebajikan ekoran penyenaraian FGV.

Najib sebelum ini memberi jaminan penyenaraian FGV akan memberi keutamaan kepada peneroka serta pekerja Felda bagi tujuan pemilikan saham syarikat konglomerat itu.

Najib yang juga menteri bertanggungjawab menjaga hal ehwal Felda turut menyatakan komitmen untuk melindungi agensi tersebut daripada ditimpa sebarang kemudaratan dan musibah.

Mohd. Isa berkata, ekoran jaminan Najib itu, penyenaraian FGV sepatutnya tidak dipolitikkan.

SUMBER UTUSAN MALAYSIA

Tak Larat Tanggung Subsidi Air Percuma, Punca Kerajaan Pakatan Selangor Ingin Urus Air Sendiri

    12:30:00 PTG   No comments

Kenapa Khalid Gagap beriya-iya sangat mahu pengurusan air di Selangor diuruskan oleh kerajaan negeri?

Terkini, Kerajaan Pakatan Selangor sekali lagi menegaskan bahawa penyusunan semula industri air adalah langkah terbaik dalam menangani isu berkenaan yang dianggap kritikal oleh pelbagai pihak.

Kata Khalid Gagap lagi, pembinaan loji Langat 2 bukanlah jalan penyelesaian terbaik kerana isu kos dan bimbang ia nanti akhirnya akan ditanggung oleh pengguna.

Sebenarnya, isu loji rawatan air Langat 2 tidaklah serumit mana jika kedua-dua belah pihak sanggup duduk berunding dan berbincang demi kepentingan rakyat.

Berkenaan kenaikan tariff air dan juga kos yang sering dimomokan oleh Khalid Gagap sekiranya pembinaan loji rawatan Langat 2 diteruskan, hanyalah cubaan untuk mengaburi mata rakyat supaya lupa akan masalah besar yang bakal mereka hadapi bila menjelangnya tahun 2014 nanti.

Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan setiasa memikirkan tentang kebajikan rakyat, isu bebanan kos dan kenaikan tariff air ini, sepatutnya tidak menjadi masalah dan tidak sukar untuk diselesaikan jika diambil kira dengan keadaan negeri Selangor sebagai sebuah negeri yang kaya.

Semua orang tahu, untuk melaksanakan janji air percuma di Selangor, kerajaan negeri terpaksa mengeluarkan belanja yang sangat besar bagi menampung segala kos yang terlibat.

Sebab itulah setelah beberapa tahun Pakatan memerintah Selangor, barulah rakyat dapat merasai nikmat air percuma seperti yang dijanjikan walau ia bersyarat. Itupun setelah mendapat desakan dari banyak pihak. Kalau tidak, jangan mimpilah.

PRU13 sudah semakin hampir, kerajaan Pakatan Selangor sebenarnya berada dalam keadaan terdesak akibat dihimpit pelbagai masalah dan juga desakan daripada rakyat di atas kegagalan kerajaan Pakatan menunaikan segala janjinya.

Selagi tidak dapat mengambil alih pengurusan dan juga eset air di Selangor, selagi itulah Khalid Gagap tidak senang duduk. Hanya dengan modal air percuma ini sahajalah yang boleh menjamin kemenangan Pakatan di Selangor. Selain dari itu, tiada apa lagi yang boleh diharapkan.

Oleh itu, BN Selangor perlu lebih bijak dalam menagani isu air ini, ibarat menarik rambut dalam tepung, rakyat terbela, negeri Selangor dapat ditawan kembali.

Anwar Perlu 'Tutup' Mulut Ummi Hafilda Sebelum Lebih Banyak Bukti Baru Didedahkan

    10:59:00 PG   No comments

Ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali mendakwa beliau 'menyimpan' bukti-bukti baru berhubung pemilikan 20 akaun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemilikan harta Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali.

Beliau berkata, pihaknya bersedia menyerahkan bukti-bukti tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika diminta berbuat demikian oleh suruhanjaya terbabit.

Bagaimanapun, beliau mempersoalkan tindakan SPRM yang seakan-akan 'mendiamkan diri' apabila segala bukti berhubung dakwaan berkenaan telah diserahkan.

"Saya ada banyak bukti baru tentang akaun itu dan akaun-akaun lain yang belum pernah didedahkan. Saya cari waktu yang sesuai (untuk dedah). Kalau terpaksa bantu SPRM dalam siasatan, itu satu tanggungjawab dan saya sedia.

SUMBER UTUSAN MALAYSIA

Selasa, 12 Jun 2012

PAS Sanggup Suruh Ahlinya Tangguh Pergi Haji, Semata-Mata Ingin Memenangkan DAP

    11:19:00 PTG   No comments

PAS hari ini jauh berbeza dengan PAS dahulu. PAS dilihat sudah jauh menyimpang dari matlamat asal perjuanganya iaitu untuk memartabatkan agama Islam di negara ini.

Kuasa, wang ringgit serta kedudukan, tiga perkara inilah yang menyebabkan PAS berubah dalam sekelip mata dan ditambah pula dengan hasutan syaitan DAP yang tidak pernah jemu menghasut PAS agar menjerumuskan parti itu ke lembah kehinaan.

Memang patut pun PAS digelar sebagai sebuah parti ajaran sesat yang tak banyak bezanya dengan kumpulan ajaran sesat lain di Malaysia seperti Ayah Pin. Yang istimewanya parti ajaran sesat ini, di dalamnya terdapat ramai golongan pemuka agama yang tidak boleh disentuh langsung oleh sesiapa pun.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kenyataan Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man di Selangorku.com, yang mana dalam kenyataanya menyeru ahli PAS yang akan ke menunaikan ibadah haji pada tahun ini supaya dapat menanggugkan ibadah mereka bagi memberi lalulan kepada PRU13 yang menurut jangkaan mereka akan berlaku sekitar September  atau Oktober depan.

Memang tak terjangkau dek akal, PAS sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa. Ibadah haji termaktub dalam rukun Islam ke lima dan wajib dilakukan oleh sesiapa sahaja yang berkemampuan serta telah memenuhi syrat-syaratnya. Ntah dari pula PAS mendapat petunjuk mengatakan ibadah wajib tersebut boleh ditangguhkan semata-mata untuk menawan Putrajaya.

Semakin hampir tibanya PRU13, PAS menjadi semakin bercelaru. Keghairahan untuk menawan Putrajaya dan keinginan yang membuak-buak untuk mengalahkan UMNO-BN telah membuatkan PAS hilang pertimbangan. Tidak tahu mana yang wajib dan yang mana satu perlu didahulukan.

Semuanya pakai langgar sahaja.

Mungkin PAS menganggap ibadah haji ini sebagai perkara remeh, kerana ganjaran syurga telah dijanjikan kepada ahlul-ahlul PAS. Makanya, patuh sajalah arahan Tuan Guru dan jangan sampai kena laknat pula nanti sekiranya kalah pilihanraya.

Isnin, 11 Jun 2012

FGVH: Tanah Rizab Melayu Dijamin Selamat, Pembangkang Semakin Kehabisan Modal

    10:34:00 PTG   No comments

Wak J : Serangan Pakatan Pembangkang terhadap penyenaraian FGVH dibursa Malaysia semakin hari semakin tak menjadi malah dipandang sepi  oleh masyarakat Peneroka Felda sendiri.

Segala isu yang ditimbulkan oleh Pakatan Pembangkang untuk memburuk serta menjatuhkan reputasi kerajaan melalui isu penyenaraian FGVH, dapat dijawab dengan mudah dan difahami oleh setiap yang terlibat.

Setelah isu tanah rizab Melayu tidak mendapat sambutan oleh rakyat terutama dari masyarakat Felda, apa pula selepas ini modal yang akan diguna oleh Pakatan Pembangkang dalam usahanya untuk mengagalkan penyenaraian FGVH.

Segalanya mungkin, diharap pihak kerajaan  dan Felda berada dalam keadaan siap siaga untuk berdepan dengan serangan Pakatan Pembangkang yang sudah tentunya akan lebih hebat selepas ini.


KUALA LUMPUR 11 Jun - Kerajaan menafikan dakwaan pembangkang kononnya Tanah Rizab Melayu (TRM) tidak dilindungi ekoran daripada penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGV) ke Bursa Malaysia.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, langkah penyenaraian itu tidak akan menjejaskan pegangan tanah berstatus TRM kerana ia kini dimiliki oleh syarikat yang tidak dikuasai bumiputera.

Malah jelas beliau, tanah-tanah tersebut hanya disewakan untuk tempoh jangka panjang dan bayaran sewa tanah dari FGV juga akan disalurkan kepada Felda dan akhirnya untuk dinikmati oleh para peneroka.

"Tanah yang disewa bagi jangka panjang itu bukan 139,000 hektar seperti didakwa tetapi 355,000 hektar dan TRM pula 34,968 hektar," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) yang mahu mengetahui langkah kerajaan melindungi tanah milik warga Felda berstatus TRM selepas penyenaraian FGV. - UTUSAN

Rakyat Johor Bersatu Menolak Pakatan Haram Secara Total

    10:00:00 PG   No comments

Sebagai rakyat Johor, wak rasa sangat teruja dengan peristiwa yang berlaku semalam di perkarangan Istana Pasir Pelangi. Tapi sayang, sebab tidak dapat mengikutinya secara dekat kerana tinggal berjauhan di ibukota Kuala Lumpur.

Menurut laporan berita TV semalam, hampir 30,000 ribu rakyat dari segenap pelusuk negeri Johor  yang terdiri dari pelabgai kaum hadir ke perhimpunan tersebut bagi menyatakan sokongan dan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Biarpun perhimpunan taat setia kepada Sultan Johor dirancang dalam tempoh masa yang singkat, namun dengan kehadiran seramai ini sudah cukup membuktikan bahawa rakyat Johor pada bila-bila masa sahaja boleh bersatu untuk mempertahankan rajanya jika ada anasir-anasir jahat cuba mengganggu kerharmonian negeri Johor.

Tindakan bekas Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin yang melemparkan tuduhan bahawa Sultan Johor menggunakan duit rakyat untuk membida no plat WWW1 di laman tweeternya tanpa sebarang usul periksa tempoh hari, bukan sahaja menyebabkan pihak Istana murka malah rakyat Johor juga turut menyatakan kemarahan mereka dangan berpuluh laporan polis yang telah dibuat.

Gara-gara perbuatan Nizar, PAS negeri Johor terpaksa bersilat mempertahan diri dari terus dipandang serong oleh rakyat Johor. Terima kasih kepada Nizar kerana telah membuatkan PAS Johor berada dalam keadaan tertekan sekaligus merencatkan peluang PAS untuk memenangi beberapa kerusi di Johor bila tibanya PRU13 kelak.

Wak J: Menurut sumber, khabarnya Nizar Lambai ada berbesan dengan orang Johor, kalau wak tak silap, besanya itu tinggal di kawasan Felda, atau lebih tepat lagi besannya adalah seoarang Peneroka Felda. Ada siapa-siapa boleh confirmkan?

Ahad, 10 Jun 2012

Ocean's Thirteen Beraksi Malam Ini di TV2

    6:29:00 PTG   No comments

Jangan lupa saksikan cerita hebat ini yang julung kalinya ditanyangkan kembali di kaca TV.

Filem ini mengisahkan mengenai ejen perisik, Danny Ocean yang bersusah payah mempertahankan sebuah kasino yang dimiliki oleh Willy Bank daripada dirompak.

Pelabagai kisah lucu yang berlaku ketika Danny menjalani misinya itu. Sudah pasti dengan cerita ini akan membuatkan kita terhibur apabila menontonya.

Bertahun-tahun sudah cerita Ocean 13 ini tidak kembali ke layar perak dan kaca TV, Tapi hari ini tiba-tiba sahaja muncul. Mungkin ramai daripada kita tidak tahu pun adanya cerita tersebut termasuk wak sekali hehehe.



Apakah punca yang mebuatkan pihak RTM tergerak hati ingin menyiarkan cerita tersebut di TV pada jam 10 malam ini.

Adakah kerana wujudnya sebuah laman blog yang menjadikan cerita ini sebagai inspirasi untuk membongkar kisah penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku dalam kerajaan negeri Selangor hari ini yang ditadbir oleh Pakatan Haram PAS,DAP dan PKR.

Untuk mengetahui apakah laman blog tersebut sila KLIK SINI dan jangan lupa untuk 'bookmark' laman blog tersebut bagi mendapatkan informasi terkini serta cerita-cerita panas berkenaan perjalanan politik negeri Selangor.


Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.