Selasa, 31 Julai 2012

Mak Andam 'Banyak Air' Punca Rumah Tangga Ahli Parlimen PKR Kuala Langat Runtuh

    11:56:00 PTG   No comments

Langit tidak selalunya cerah. Itulah nasib malang yang menimpa ke atas batang tubuh Halimah Mohd Saat apabila dihalau dari rumah oleh suaminya yang juga merupakan Ahli Parlimen PKR Kuala Langat Selangor.

Hasil perkahwinan mereka dua, keluarganya telah dikurniakan enam orang anak, seoarang menantu dan juga seorang cucu dan hidup bahagia sebelum hadirnya orang ketiga.

Namun, segala-galanya berubah selepas suaminya bergelar  Yang Berhormat  apabila menang dalam pertandingan  Pilihanraya Umum ke 12 untuk kerusi Kuala Lanagt atas tiket PKR.

Apabila sudah bergelar YB, maka selera pun kenalah seiring dengan 'title' yang dimiliki sekarang. Sikap suaminya mula berubah apabila muncul orang ketiga dalam hidup mereka.

Jantan Dayus PAS Boikot Tak Mahu Beli Dan Pakai Tudung Dari Al-Humaira

    1:47:00 PTG   No comments
Sejak berita kontrak tudung Abby bersama Al-Humaira Contemporary dibatalkan, berbondong-bondong sokongan dari jantan PAS diterima Abby sebagai tanda simpati di atas nasib malang yang menimpa batang tubuh pelakon itu sejak dia menyertai PAS.

Di laman sosial seperti Facebook sekarang ini sedang giat dilakukan kerja-kerja kempen memboikot produk keluaran Al-Humaira Contemporary oleh penyokong PAS sebagai tanda bantahan mereka terhadap pembatalan kontrak yang pernah ditandatangani Abby sebelum ini.

Sikit-sikit mahu boikot.

Tindakan pramatang yang dilakukan oleh penyokong PAS ini, terutama dari kaum lelakinya seolah-olah seperti dia orang ini yang menjadi pembeli setia dan memakai tudung tersebut. Pada hal, golongan muslimahnya tidak ambil kisah akan perkara ini.

Isnin, 30 Julai 2012

Terbitan KHAS Semperna Ramadhan: 20 Fatwa Terkenal `Mursyidul Am PAS'

    12:47:00 PG   No comments
Koleksi fatwa Nik Ajis ni Wak kutip di 'muka buku'. Terima kasih  kepada hamba Allah yang sudi menerbitkan koleksi fatwa Nik Ajis ini sebagai peringatan kepada kita dan panduan kepada penyokong PAS khasnya.

Kepada siapa yang ingin menghafal dan memahaminya, sila baca dengan hati yang tenang dan penuh kewarasan. Jika ingin meninggalkan sebarang komentar di ruangan ini, sila guna bahasa yang lembut dan bukan maki hamun.

"Selamat Membaca 20 Fatwa TGNA"


1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam."- Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.
2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu."- Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir."- Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid."- Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya."- Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima."- Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram."- Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri."- Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila diminum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?"- Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.

10. "PAS sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..."- Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

11. "Menentang PAS adalah Haram mengikut Al-Quran."- Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.

12. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam."- Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.

13. "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah."- Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.

14. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.

15. "Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)."–Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.

16. "Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga."– Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.

17. "Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak nampak simbol lain kecuali simbol PAS."– Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3,000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan ceramah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.

18. "Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka bumi tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar."– Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.

19. "Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasarkan perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka (undi PAS masuk Syurga)."– Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

20. "Nabi Muhamad, masa kecilnya seperti Mat atau Mamat, setaraf budak-budak biasa di kampung-kampung, hanya mulia ketika berumur 40 tahun iaitu setelah menerima kerasulan, malah sambut Maulidur Rasul adalah kerja orang tak sudah."- jawapan Nik Aziz semasa menyokong Kerajaan Pulau Pinang mengharamkan perarakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul.

Ahad, 29 Julai 2012

Hutang Talam: Sejak Diambil Alih Khalid Gagap, Peranan PKNS Semakin Jauh Dari Matlamat Asalnya

    10:00:00 PG   No comments

Kenyataan Media Dato’ Sri Ir Mohd Zin Mohamed mengenai isu TALAM

Isu pengambilalihan hutang TALAM dilihat cuba diketepikan oleh pihak Kerajaan Negeri pimpinan Khalid Ibrahim. Beliau masih lagi berdolak dalih mengenai isu ini dan sejak kenyataan saya yang terakhir, tiada pihak yang tampil memberikan jawapan yang benar-benar meyakinkan semua pihak.

Sekarang ini pula, beberapa NGO telah mengemukakan persoalan kepada pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengenai proses pengambilalihan hutang TALAM yang bernilai RM392 juta itu. Jumlah ini begitu tinggi untuk ditanggung oleh PKNS dan Pengurus Besar PKNS, En Othman Omar wajar memberikan penjelasan kepada seluruh rakyat Selangor.

Sabtu, 28 Julai 2012

Rakyat Terus Utuh Bersama PM, Sokongan Kaum Cina Menunjukkan Peningkatan

    12:09:00 PG   No comments
Sewaktu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak baru mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada April 2009, tika itu suasana politik negara masih lagi hangat manakala sokongan masyarakat kepada parti memerintah masih berada ditahap rendah.

Dengan kekuatan sokongan masyarakat Melayu masih terbahagi tiga manakala sokongan dari kaum Cina dan India semakin jatuh merudum, kedudukan Barisan Nasional (BN) seolah-olah berada di persimpangan dilema yang agak sukar untuk dirungkai permasalahannya.

Jumaat, 27 Julai 2012

Minta Restu Nik Ajis Tapi Masuk PKR. Hina Sangat Ke PAS Ni?

    10:00:00 PG   No comments

Tika ini banyak khabar berita menyentuh secara langsung perkembangan terkini perihal Ahli Parlimen Beaufort, Lajim Ukim yang kini sedang berura-ura untuk menyertai PKR setelah beberapa kali tertangguh sebelumnya.

Dalam satu pertemuan dengan Nik Aziz Nik Mat di Kelantan sebelum ini, Lajim Ukim dikatakan telah melahirkan hasrat untuk menyertai PKR dan memohon restu daripada Mursyidul Am PAS itu agar penyertaannya itu dapat membantu pakatan pembangkang.

Pelik bunyinya. Mahu menyertai PKR kemudian tiba-tiba mohon restu daripada Muryidul Am PAS. Samada berita itu tersalah lapor, songsang atau sebaliknya, sukar dipastikan.

Khamis, 26 Julai 2012

Pakatan 'Munafik' Pembangkang Hanya Pandai Tabur Janji Tapi Tak Pernah Nak Tepati

    12:00:00 PTG   No comments

Salah satu sifat manusia atau ciri-ciri golongan munafik ialah bila dia berjanji tapi tidak pernah ditepati. Bukan setakat tak mahu tepati malah setiasa mencari helah dan alasan apabila disuruh menunaikan segala janji yang ditaburnya. Allah melakhnat golongan seperti ini kerana sifat kemunafikanya.

Gelaran 'munafik' memang wajar diberikan kepada Pakatan Pembangkang Malaysia yang dikapalai DAP, dibontoti PKR dan diekori oleh Parti Islam PAS. Belum pernah ada lagi dalam sejarah dunia terdapat parti politik yang menabur begitu banyak janji semata-mata ingin merasai nikmat berkuasa sebagai pemerintah.

Rabu, 25 Julai 2012

PAS Menyanjung Artis, Mengharamjadahkan Ulama?

    10:00:00 PG   1 comment

Tidak berapa lama dulu, PAS pernah dikenali sebagai parti alim ulama berikutan ramainya para ulama pondok dan ilmuan agama lulusan dari Timur Tengah yang lebih selesa berjuang dari dalam PAS berbanding bersama dengan UMNO.

Bagaimanapun beberapa tahun kebelakangan ini, trend sedemikian seperti sudah berubah arah apabila para ulama dan tok guru pondok kini kelihatan semakin menjauhi PAS dimasa yang sama dilihat semakin mesra pula dengan UMNO.

Sikap PAS yang semakin angkuh dan bongkak dalam mengejar kuasa termasuk sanggup menggadai prinsip dan dasar perjuangan Islam termasuk kerap tunduk pada tekanan rakan sepakatan dari pembangkang turut menyumbang ke arah perubahan trend tersebut.

Isnin, 23 Julai 2012

Hasil Emas Sudah Habis Dirompak, Baru Sekarang Kerajaan Pas Kelantan Nak Bertindak

    10:00:00 PG   No comments

Setelah 20 tahun, baru sekarang kerajaan Pas hendak bertindak dalam menangani isu perlombongan emas haram di Kelantan.

Nampak sangat Nik Ajis tidak amanah dalam melaksana tanggunjawabnya sebagai Menteri Besar kerana menyembunyikan kegiatan perlombongan haram ini setelah mengetahui ia berlaku sejak sekian lama.

Dalam kekalutan Pas Kelantan menuntut wang royalti minyak dari kerajaan Persekutuan, rupa-rupanya kegiatan menyamun hasil bumi seperti emas di Kelantan rancak berjalan tanpa sebarang pengawasan.

Ahad, 22 Julai 2012

Konflik Air Selangor: MB Atau Rakyat. Siapa Yang Tak Faham Dan Tak Cerdik Sebenarnya?

    10:00:00 PG   No comments

Pada 04 Ogos 2010 Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim mendakwa bekalan air untuk kegunaan rakyat Selangor mencukupi sehingga tahun 2019 tanpa menerangkan sebarang perancangan selanjutnya bagi menghadapi situasi selepas tahun 2019.

Dua bulan kemudian yakni pada 06 Oktober 2010, kenyataan hampir sama diulangi sekali lagi oleh Khalid bagi menepis keperluan segera menyiapkan projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2) & Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor (PPAMPS).

17 Julai 2012 yang lepas pula, Exco kanan Selangor, Ronnie Liu mengulangi untuk sekian kalinya bahawa bekalan air untuk seluruh negeri Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur mencukupi dan tiada masalah untuk dirisaukan kerana kesemua tujuh empangan dan sungai masih dipenuhi air dan berada di paras yang tertinggi.

Sabtu, 21 Julai 2012

PAS Tidak 'Bersekongkol' Tetapi Cuma 'Bekerjasama' Dengan DAP – Nasrudin Tantawi

    2:00:00 PTG   No comments
Akhbar Sinar Harian baru-baru ini ada melaporkan kenyataan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi berkenaan hubungan PAS dengan DAP yang mana beliau menegaskan bahawa Pas tidak pernah bersekongkol dengan DAP kerana ia adalah tahaluf siasi.  Tetapi, beliau mengakui bahawa PAS bekerjasama dengan DAP kerana politik. 

Kita faham bahawa Nasrudin bercakap atas kapasiti beliau sebagai ahli politik dan bukannya agamawan dan kerana itu beliau merasa selesa bermain dengan kata-kata tanpa menghiraukan maknanya.  Dengan menggunakan perkataan ‘bekerjasama’ dan bukan ‘bersekongkol’, maka Nasrudin menyangka yang PAS akan terlepas dari dikaitkan dengan agenda DAP. 

Perkataan-perkataan seperti bersekongkol, berkomplot, berkonspirasi sebenarnya membawa kepada perlaksanaan yang serupa dengan bekerjasama.

Krisis Air Selangor Kian Tenat, Ketepikan Soal Politik, Logi Langat 2 Perlu Disegerakan

    10:30:00 PG   No comments

Suatu ketika dulu sekitar tahun 1991, negeri Melaka pernah mengalami krisis air setelah dilanda kemarau panjang yang mengakibatkan empangan Durian Tunggal hampir kering sekaligus menyebabkan kegagalan loji-loji rawatan air di negeri tersebut menyedut dan menapis air dari empangan tersebut.

Pada tahun 1998 pula di Selangor, sebahagian besar empangan dan sungai mengalami penyusutan isipadu air disebabkan fenomena El-Nino. Empangan dan sungai-sungai yang sebelumnya penuh mula menunjukkan penurunan paras airnya disebabkan bahang panas yang melanda.

Kesan daripada itu loji-loji rawatan air juga mengalami kesukaran untuk mengepam air mentah untuk dirawat sebelum dibekalkan kepada pengguna di sekitar Lembah Klang seterusnya membawa kepada krisis air yang memeritkan kehidupan ramai.

Esok 1 Ramadhan, Genap Sebulan Kita Raya...Yiiihaaa

    1:53:00 PG   No comments


Salam Ramadhan..

Dalam kesempatan yang terbatas ini, blog Wak Jengkol ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan kepada seluruh pembaca dan pelayar blog ini


Semoga di dalam bulan yang penuh barakah ini, dapatlah kita sama-sama menambahkan lagi pahala amalan masing-masing dengan melakukan kebaikan.

Akhir kalam, selamat menunaikan ibadah puasa esok dan hari seterusnya hingga genap sebulan. Kepada pemimpin pembangkang dan penyokongnya, kurang-kurangkanlah menabur fitnah di bulan yang mulia ini.

Kalau boleh berhenti terus lagi baik. Sementara syaitan tengah tak ada ni, jangan pula ada yang berani-barini nak jadi syaitan atau ambil alih tugas syaitan. Nanti masuk neraka baru padan muka.

Selamat beramal...

Khamis, 19 Julai 2012

'Saya Tak Tahu'..'Itu Masalah Teknikal'..Dah! Jangan Kacau Saya Nak Tidur, Pergi Main Jauh-Jauh..

    11:19:00 PTG   No comments
Demi menjaga ‘air muka’ partinya, Dato’ Seri Azizan Razak membuat kanyataan merelakan PKNK melepaskan ‘tuah’ dan membiarkan negeri kerugian. 

Walaubagaimanapun, ini bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana selama ini juga PAS sentiasa mendahulukan politik daripada rakyat, mahupun agama.  

Alasan Azizan bahawa pembelian saham tersebut adalah ‘masalah teknikal’ membuktikan cakap-cakap orang selama ini bahawa beliau sememangnya tidak tahu apa-apa. Kerana tidak mengambil tahu apa-apa termasuk apa yang berlaku di dalam organisasi di bawah kawalannya, negerinya malah partinya, membuatkan Azizan seringkali terhantuk baru tergadah. 

Mungkinkah Azizan tidak tahu bahawa beliau merupakan Pengerusi PKNK? Bagaimana seorang Pengerusi merangkap Menteri Besar boleh terlepas pandang akan pelaburan berjumlah RM2 juta lebih yang dilakukan oleh organisasi utama kerajaan negeri yang bertanggungjawab untuk menjana pembangunan sosio ekonomi negeri?

Kerajaan Selangor Sarankan Rakyat Supaya Minum Air Empangan & Sungai Yang Belum Dirawat

    10:00:00 PG   1 comment

Apabila EXCO kanan Selangor, Ronnie Liu mengatakan air di tujuh empangan termasuk sungai-sungai utama masih penuh dan mendakwa ia sebagai bukti kukuh yang Selangor tidak mungkin menghadapi masalah bekalan air, ia adalah satu kenyataan dangkal dari seorang pemimpin negeri yang tidak faham hujung pangkal isu sebenar.

Kenyataan Ronnie Liu itu hampir sama dengan kenyataan oleh MB Selangor, Khalid Ibrahim hampir dua tahun lepas (04 Ogos & 6 Oktober 2010) yang turut menjadikan alasan bekalan air empangan dan sungai mencukupi sehingga tahun 2019 untuk menampung keperluan rakyat dan industri.

Eloklah, kedua-dua MB dan EXCO satu kepala berfikiran mendatar dan gagal memahami isu sebenar. Semacam MB Selangor dan EXCOnya menggalakkan pula rakyat Selangor membiasakan diri minum air mentah dari empangan dan sungai yang belum dirawat.

Rabu, 18 Julai 2012

Tukar Menteri Besar Jika Rakyat Mahu Kemelut Isu Air Selangor Selesai

    12:30:00 PTG   1 comment

Air adalah sumber kehidupan. Tanpa air, bukan sahaja manusia yang akan berdepan dengan masalah malah kegiatan ekonomi juga terencat dan kesannya bila berlarutan amat memeritkan.

Tapi di Selangor, kerajaan negeri memandang remeh isu air dan lebih selesa bermain politik berbanding mencari penyelesaian jangka masa panjang demi kebaikan lebih 7 juta pengguna termasuk Kuala Lumpur & Putrajaya.

Laporan oleh Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) secara terperinci menyebut Selangor bakal berdepan dengan krisis air menjelang tahun 2014, sepatutnya tidak dipandang enteng begitu sahaja.

Selasa, 17 Julai 2012

FGVH: Azizan Razak Buktikan PAS Dan Seluruh Ahlinya Si Munafik Yang Bertopengkan Islam

    10:19:00 PTG   No comments
Maka benarlah bahawa Pakatan Rakyat itu tidak sepakat. Bukan sahaja tidak sepakat sesama parti sekutu tetapi juga di dalam parti sendiri.  PKR sudah lama diketahui mempunyai masalah dalaman antara kumpulan penyokong Azmin dengan penyokong Khalid Ibrahim.  Dan PAS pula antara Anwarinas dengan pro-Ulama. 

Tetapi, akhir-akhir ini semakin terserlah satu lagi kumpulan atau individu di dalam PAS yang tidak pro sesiapa, tidak terlibat dengan apa-apa perancangan, aspirasi atau strategi parti tetapi hanya mengikut kepala sendiri, iaitu Ustaz Azizan Razak, Menteri Besar Kedah. 

Sebelum ini, Ustaz Azizan telah mencipta masalah kepada PAS dan PR dalam isu-isu agama dengan ‘menyinggung’ perasaan DAP, serta isu pentadbiran negeri sehingga beberapa EXCO bertindak biadap dengan menolak kepimpinannya secara terang-terangan.   Akibatnya, beliau diletakkan di bawah ‘seliaan’ Jawatankuasa Pemandu untuk memastikan beliau tidak ‘memandu’ Kedah ke arah yang berlainan dari destinasi yang ditetapkan oleh PR. 

Isnin, 16 Julai 2012

Dap, Pas & Pkr Bergaduh Sesama Sendiri Kerana Ingin Jadi 'Abang Besar' Dalam Pakatan Haram

    8:00:00 PG   No comments
Kekalutan pembahagian kerusi yang akan ditandingi oleh pakatan pembangkang dalam PRU 13 hingga ke hari ini seakan belum menemui titik noktahnya lagi.

Dalam perkembangan terbaru, Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP mendakwa partinya hanya akan bertanding di sekitar 60 kerusi parlimen sahaja, kurang 30 berbanding jumlah pembahagian yang didedahkan kepada umum sebelum ini.

Rekod PRU 2008 menunjukkan DAP telah bertanding di 47 kerusi dan menang 28 daripadanya dengan majoriti selesa.

Sekiranya angka 60 seperti yang disebut oleh Lim Guan Eng adalah angka 'muktamad', ini bermakna wujudnya peningkatan sebanyak 13 kerusi baru diperuntukkan kepada DAP yang berkemungkinan besar diambil alih dari kuota PKR.

Ahad, 15 Julai 2012

Pejabat Menteri Besar Terlibat Melindungi Pelombong Emas Haram Di Kelantan?

    10:35:00 PTG   No comments

Apabila Utusan Malaysia mendedahkan kewujudan lombong emas haram di beberapa lokasi di Kelantan, ramai yang terkejut tidak menyangka yang negeri tersebut turut menyimpan hasil bumi yang berharga.

Bagi sesetengah penyokong PAS pula mereka memanipulasi pendedahan tersebut sebagai bukti negeri Kelantan berada dibawah rahmat Illahi kerana dikurniakan hasil galian mineral bernilai tinggi.

Tanpa mereka sedari, sejarah perlombongan emas di Kelantan sudah bermula berkurun lamanya dan bukannya mineral berharga itu hanya timbul beberapa tahun kebelakangan ini sahaja.

Tapi biasalah, standard pemikiran penyokong dan pemimpin PAS sentiasa gemar bermain propaganda untuk menggambarkan dirinya sentiasa diredhai oleh Allah s.w.t hingga lupa pada hakikat realiti.

Pembangkang Jadikan Himpunan Oren Sebagai Medan Untuk 'Pau' Duit Rakyat

    10:00:00 PG   No comments

Mulanya penganjur Himpunan Oren anti Felda menjangkakan 20,000 orang peneroka akan menyertai perhimpunan tersebut yang bermatlamat menyampaikan memorandum kepada YDP Agong seterusnya menuntut campurtangan Tuanku untuk menarik balik penyenaraian FGVH dari BSKL.

Bagi meramaikan lagi perhimpunan itu, PAS melalui Setiausaha Agungnya mengeluarkan pula surat pekeliling kerahan tenaga kepada semua ahli PAS dengan tujuan untuk meramaikan lagi kehadiran di himpunan anjuran Persatuan Kebangsaan Anak-anak Peneroka Peneroka (ANAK), sebuah NGO yang merupakan proksi kepada PAS.

Manakala portal berita pro pembangkang, Malaysiakini menyatakan sehingga 5,000 orang telah menyertai himpunan tersebut yang bermula sejak jam 2.00 petang hinggalah tamat pada hampir jam 4 petang.

Harubirukahdaily yang merupakan lidah rasmi online PAS pula berkata puluhan ribu peserta menghadiri himpunan tersebut. Nampak sangat temberangnya.

Sabtu, 14 Julai 2012

Keyakinan & Sokongan Peneroka Felda Terhadap BN Kini Sudah Meningkat Ke Tahap 85%

    10:00:00 PG   No comments

Tindakan pembangkang yang gemar menyerang BN dengan fitnah bolehlah diumpamakan seperti menembak dengan peluru kapur.  Ini kerana, ia mungkin sakit tetapi tidak membawa kematian.  Lama kelamaan, peluru pun habis dan sakit pun tidak dirasai lagi. 

Begitulah yang terjadi di Felda.  Setelah berhempas pulas memburukkan BN dengan berbagai fitnah kini apa yang berlaku ialah pembangkang pun sudah letih, peneroka pun sudah muak dan BN kekal teguh bergaya dari segi sokongan di Felda-Felda.

Lalu, dengan beberapa peluru mengenai kaki sendiri, pembangkang kini melompat-lompat tanpa tujuan.

Mana tidaknya kerana mengikut analisis, sokongan peneroka Felda terhadap BN selepas penyenaraian semakin meningkat iaitu sehingga 85% walaupun beberapa pihak meramalkan sebaliknya.

Jumaat, 13 Julai 2012

'Saya Tak Terlibat Dengan Kerja Pembangkang Menabur Pasir Dalam Periuk Nasi Peneroka'

    11:33:00 PTG   No comments
KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menegaskan bahawa beliau tidak terlibat dan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan kumpulan yang berhasrat untuk mengadakan perhimpunan 'Oren' esok.

Sehubungan itu, Abdullah kesal dengan tindakan kumpulan itu yang menggunakan gambar beliau pada poster mereka. "Mereka tidak patut menggunakan nama atau gambar saya untuk apa jua matlamat mereka," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) melalui pegawai khasnya kepada Bernama, di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan kumpulan tertentu yang menggunakan gambar beliau dan tokoh veteran Umno yang juga Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah pada poster Himpunan Oren.

Tengku Razaleigh bagaimanapun enggan mengulas berhubung perkara itu. -BERNAMA

Jika Undi BN, Bukan Sekerat Tapi Seluruh Rakyat Selangor Merasai Nikmat Air Percuma

    10:00:00 PG   No comments
SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah untuk meneruskan pemberian air percuma di Selangor jika berjaya merampas semula negeri itu tetapi ia akan dilakukan melalui pendekatan berbeza demi kepentingan rakyat.
  
Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata jika dasar itu dilaksanakan, ia akan dibuat dengan lebih menyeluruh termasuk menambah bilangan meter padu air percuma dan memastikan seluruh rakyat Selangor menikmatinya.
  
"Kalau sekarang dia (pembangkang) beri air percuma tetapi tidak semua rakyat dapat. Beratus ribu rumah yang mempunyai meter pukal tidak dapat faedah ini dan adakah orang kaya pun nak dapat juga air percuma ini.
  
"Apa juga dasar dibuat untuk kebaikan rakyat kita kena teruskan tetapi selesaikan dulu masalah meter pukal terlebih dahulu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Mengenai Isu Bekalan Air Selangor anjuran Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), di sini hari ini.

Kalau Nak Kekalkan PR Sebagai Pembangkang Di Malaysia, Fahami Dulu 7 Muslihat Ini

    8:00:00 PG   No comments
Politik adalah seni pengurusan angka, persepsi dan permainan propaganda. Dalam mana-mana parti di seluruh dunia atau peringkat antarabangsa, mereka mempunyai strategi tertentu dalam konteks untuk mempengaruhi sikap, pendirian, pemikiran rakyat yang mereka dampingi.

Dalam konteks meneroka 'strategi' parti-parti pembangkang di negara ini, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Fuad Hassan berterus-terang mengenai politik semasa tanah air.

"Dalam konteks memahami strategi parti pembangkang di Malaysia, kita tak boleh mengasingkan strategi parti dengan strategi individu tertentu khususnya Anwar Ibrahim.

"Ini disebabkan strategi pada pandangan umumnya adalah strategi yang didasari oleh pemikiran-pemikiran politik baru yang dicanangkan oleh ketua pembangkang itu," kata beliau dalam satu pertemuan di Kuala Lumpur.

Fuad membahagikan pengamatan beliau kepada elemen strategi berikut. Ia, kata beliau untuk renungan dan penilaian rakyat yang diakuinya kini matang dalam mengikuti perkembangan politik tanah air.

Khamis, 12 Julai 2012

Lim Kit Siang Sanggup Telan Racun Tikus Sekiranya Dap Hanya Bertanding 60 Kerusi

    10:00:00 PG   No comments
Pengagihan kerusi pilihanraya bagi parti-parti sekutu dalam Pakatan Rakyat nampaknya masih kabur. Walhal, Ketua Pembangkang, iaitu Anwar Ibrahim sebelum ini telah menyatakan bahawa pembahagian kerusi PRU telah pun dimuktamadkan. 

Dan nampaknya sekali lagi Anwar menipu. 

Dari sumber-sumber tertentu, kita telah dimaklumkan bahawa PKR akan bertanding 66 kerusi.  Manakala PAS sebelum ini ada mewar-warkan bahawa mereka akan bertanding 80 kerusi.  Namun, mengikut perkiraan berdasarkan PRU yang lepas, PAS hanya mampu meletakkan 66 kerusi sahaja dan itupun hanya berjaya memenangi 22 kerusi. 

Justeru, jika PAS ingin bertanding 80 kerusi menunjukkan betapa PAS itu akan tetap dengan angan-angan Mat Jeninnya.

Rabu, 11 Julai 2012

Bukan Setakat Wan Azizah, Malah Seluruh Ahli Keluarganya Pun Boleh Bertanding PRU

    4:17:00 PTG   No comments

PKR adalah parti untuk keluarga, apa ada hal. Diharap tiada sesiapa pun berani menghalang ahli keluarga Anwar bertanding dalam pilihanraya.

PUTRAJAYA: Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak menghadapi sebarang masalah untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, tiada halangan bagi Wan Azizah untuk bertanding di mana-mana kerusi DUN.

Lebih Banyak Pekung Khalid Gagap Akan Terdedah Jika Skandal Talam Dibahaskan Dalam Sidang Dun Selangor

    12:59:00 PTG   No comments

Keberanian Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim tampil dalam memberi penjelasan berhubung isu hutang Talam di sidang DUN amat dinanti-nanti oleh rakyat Selangor.

Oleh kerana isu hutang Talam ini ada melibatkan kepentingan rakyat, maka wajarlah ia diperjelaskan kepada umum secara terperinci.

Yang menjadi persoalan di sini ialah mengapa Menteri Besar Selangor seakan ingin mengelak perkara ini dari dibentangkan di dalam sidang DUN?

Debat Dengan Pemimpin Pembangkang Memang Kerja Sia-Sia Dan Membuang Masa

    9:35:00 PG   No comments
Debat antara Presiden MCA, Chua Soi Lek dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng agak menarik juga. Menarik, di sini adalah dari segi pembentangan hujah mengenai isu yang 'menambat' masyarakat Cina di Malaysia akhir-akhir ini.

Diketahui bahawa faktor 'kaum Cina' merupakan faktor penting dalam menentukan keputusan pilihanraya ke-13. Oleh itu, isu yang menambat hati mereka, pastilah menjadi isu penting untuk semua.

Selama ini, pihak pembangkang giat menanam dalam fikiran penyokong mereka bahawa parti Barisan Nasional langsung tidak membela rakyat. Seolah-olah selama ini, UMNO, MCA dan MIC tidak berbuat apa-apa dan negara ini kekal aman, makmur dan maju secara semulajadi.

Selasa, 10 Julai 2012

'Pas Paling Kuat Dalam PR' Hadi Awang Didapati Sedang Berkhayal Ketika Ditemuramah Wartawan

    10:22:00 PG   1 comment

Rasa macam nak tergelak pun ada bila terbaca kenyataan Hadi Awang di Sinar Harian yang mendakwa Pas adalah parti PALING KUAT dalam Pakatan Haram. Boleh kena stroke Lim Kit Siang bila dengar kenyataan Hadi Awang ni.

Mungkin Hadi Awang sedang berkhayal ketika membuat kenyataan ini tanpa melihat realiti sebenar yang berlaku terhadap Pas sejak parti itu bergabung dengan Dap dan Pkr untuk menjatuhkan kerajaan BN

Mungkin juga, Hadi Awang merasakan jumlah ahli Pas lebih ramai daripada ahli Dap dan ditambah pula dengan kemasukan sekumpulan artis yang menggelarkan diri mereka sebagai 'artis yang sudah insaf' telah membuatkan Hadi Awang dengan konfidenya mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.

'Suami Saya Orang Baik Dan Saya Bukan Seperti Wan Azizah'

    6:00:00 PG   No comments
Nampaknya kerusi Betty Chew tiba-tiba menjadi tidak selesa apabila skandal suaminya terdedah.  Dengan mengelak untuk menjawab soalan mudah dari Datuk Gan Tian Loo dan meninggalkan dewan, Betty Chew telah menunjukkan kepada kita bahawa beliau hanyalah seorang wanita yang lemah.  Beliau tidak layak menjadi ahli politik dan seharusnya hanya duduk di rumah menjaga anak lelakinya yang bermasalah.

Media juga gagal mendapat jawapan jelas dari Guan Eng mengenai perkara ini kerana Guan Eng juga, hanyalah seorang lelaki biasa yang tidak cukup jantan untuk mengaku mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain.

Hanya Chua Soi Lek yang sanggup mengaku perkara sedemikian dengan penuh kesal dan rendah diri, kerana beliau adalah lelaki sejati yang matang dan cukup kuat untuk mengakui kesalahan dan cuba memperbaikinya.  Beliau menerima segala kritikan kerana beliau tahu beliau telah berbuat kesalahan. Dan kerana itu, beliau telah dimaafkan.

Isnin, 9 Julai 2012

Menang Atau Kalah, Pas Dan Pkr Tetap Kekal Menjadi Babi Tunggangan Dap Dalam Pakatan

    12:30:00 PTG   No comments

Ramai sudah mengetahui bahawa DAP adalah parti paling dominan serta paling berkuasa dalam gabungan Pakatan Pembangkang yang turut dianggotai oleh Pas dan Pkr.

Hala tuju Pas dan Pkr dalam Pakatan Pembangkang banyak ditentukan oleh Dap jika dilihat dari beberapa isu panas yang timbul sebelum ini.

Walau ia adalah kenyataan yang tidak boleh disangkal, namun Pas dan Pkr tidak dapat menerima tanggapan tersebut dangan alasan ianya adalah propaganda  Umno-BN untuk memecahkan kesepakatan yang terjalin antara Dap, Pkr dan Pas dalam Pakatan Pembangkang.

Ahad, 8 Julai 2012

'Felda Tak Bankrap' Pembangkang & Mazlan Aliman Digesa Supaya Meminum Racun Rumpai

    10:00:00 PG   No comments
Malam tadi telah berlangsungnya majlis perasmian Menara Felda yang disempurnakan oleh Perdana Menteri DS Najib Tun Razak. Upacara perasmian ini dibuat bersempena sambutan Hari Peneroka Felda yang ke 56.

Menara Felda setinggi 50 tingkat yang terletak di wiliayah segitiga emas ibu kota Kuala Lumpur itu dibina dengan kos RM700 juta dan diberi tahu juga bahawa nilai semasa bangunan Felda itu sekarang sudah melebihi RM900 juta.

Kini Peneroka Felda sudah boleh berbangga dengan terbinanya mercu tanda ini sebagai simbolik setelah berpuluh tahun membanting tulang manikan taraf hidup keluarga serta membantu Felda dalam mencapai matlamatnya hari ini.

Inilah trangformasi paling nyata selepas penyenaraian FGV di Bursa Malaysia, yang dilakukan oleh Najib Razak selaku menteri yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal Felda.


Jelajah Janji Ditepati: Peluang Rakyat Bertemu PM Esok di Teras Jernang, Bandar Baru Bangi

    12:24:00 PG   No comments

Siri jelajah Janji Ditepati kini berkunjung pula  ke Bandar Baru Bangi. Banyak program menarik telah diatur di sepanjang berlansungnya program tersebut esok.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk bertemu Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak di Teras Jernang, Bandar Baru Bangi.

Jumaat, 6 Julai 2012

'Tukang Karut' Pas Sudah Bersuara, Khidmat Anwar Dalam Pakatan Masih Diperlukan

    10:57:00 PG   No comments
Apabila Nik Ajis sudah menyuarakan pendapatnya agar Anwar jangan bersara dari kancah politik tanah air, ini bermakna gesaan tersebut mewakili  pendirian parti Pas biar pun Hadi Awang adalah Presiden Pas yang sebenar.

Melalui gesaan yang disuarakan oleh Mursidul Am Pas ini, menunjukkan kepada kita bahawa Pas sangat memerlukan Anwar bagi menentukan hala tuju parti itu kerana sejak akhir-akhir ini, apa jua keputusan yang dibuat oleh Pas dalam Pakatan banyak dipengaruhi oleh pemimpin parti Keadilan itu.

Dalam hal ini, Nik Ajis seperti sudah tahu apa peranan yang perlu dia mainkan apabila Anwar melontarkan hasratnya ingin bersara dari politik jika Pakatan kalah lagi pada PRU13 akan datang.

Khamis, 5 Julai 2012

Pendedahan Terbaru Skandal Talam Buat Khalid Gagap Fikir 2 Kali Sebelum Ingin Saman MCA

    11:31:00 PTG   No comments

Dua hari lepas kita dikejutkan dengan pendedahan dari Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong mengenai skandal RM 1 bilion melibatkan pentadbiran Khalid Ibrahim.

Selama ini Khalid dan Faekah sering mendabik dada kononnya berjaya mengutip hutang dari Talam.Rupanya itu semua palsu. Cubaan untuk mengelirukan orang ramai dan anggota pentadbirannya.

Talam telah berhutang sebanyak RM 392 juta dengan tiga pihak
  1. UNISEL
  2. PNSB (GLC induk kepada KHSB)
  3. SAP Holdings Berhad
Tanah-tanah milik Talam telah diambil alih oleh Kerajaan Selangor dan diletakkan dibawah MBI. Untuk pengetahuan anda , rancangan untuk mengambil alih tanah-tanah Talam telah mula digerakkan di zaman BN dan orang yang bertanggungjawab menguruskannya ketika itu adalah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ramli.

Pakatan Haram Selangor Sedang Menuju Zaman Kehancuran

    6:04:00 PTG   No comments
Lepas satu, satu lagi masalah timbul dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor. Tak selesai lagi isu surat sokongan yang melibatkan Setiausaha politik kepada Menteri Besar, timbul pula bala yang baru.

Sekarang ini di Selangor sedang heboh dengan isu skandal hutang Talam Corp. Kesan dari pendedahan yang dibuat, telah menyebabkan kerajaan Pakatan Selangor terpaksa mengambil tindakan undang-undang bagi menutup mulut terhadap sesiapa sahaja yang membongkar atau menyebarkan isu ini.

Rasanya tak salah kalau dikata, bahawa kerajaan Pakatan Selangor yang diawakili oleh DAP, PKR dan PAS hari ini sedang menuju zaman kehancuranya dek kerana perebutan kuasa, penyelewengan dan rasuah serta salah guna kuasa tanpa kawalan yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Penulis Blog 'Kaki Fitnah' Pembangkang Bakal Dihumban Ke Dalam Neraka Jahanam

    11:24:00 PG   No comments
Oleh kerana keadaan Perdana Menteri, DS Najib Razak sekarang ini terlalu ampuh dan sukar diserang serta tak makan dek difitnah, maka seluruh askar upahan dajal dalam Pakatan Pembangkang terpaksa mencari jalan alternatif lain dengan menjadikan isteri Perdana Menteri, DS Rosmah Mansor sebagai sasaran utama mereka.

Mungkin inilah harga yang perlu dibayar oleh DS Rosmah setelah bergelar isteri kepada Perdana Menteri. Sikap berdiam diri dan tidak memperduilkan segala fitnah yang dilempar, telah membuatkan pemimpin dan penyokong Pembangkang sentiasa berada dalam kepanasan dan terus berusaha menabur fitnah hingga ke hari kiamat.

Dari sudut padangan mereka, Pembangkang melihat DS Rosmah sebagai kunci utama kelemahan Najib Razak. Oleh itu ia menjadi sebahagian daripada 'master plan' Pakatan yang dirancang oleh Anwar untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada PRU13 akan datang.

Rabu, 4 Julai 2012

NFC Corp Saman Malaysiakini & Rafizi Sebanyak RM500 Juta

    6:14:00 PTG   No comments
Saman jangan tak saman, jangan biar tinggal sehelai bulu pun.

Akhirnya, pihak NFC Corp telah memulakan langkah pertamanya dengan menyaman tukang fitnah bernama Rafizi dan medium penyebar fitnah Pakatan Pembangkang iaitu Malaysiakini.

Diharap selepas ini akan ada lebih banyak saman menyusul dari NFC Corp berdasarkan fitnah-fitnah yang dilempar oleh Pembangkang terutama sekali dari PKR.

Mungkin inilah punca penyebab kenapa Rafizi meletakan jawatan CEO dalam kerajaan negeri Selangor secara tergesa-gesa atas alasan ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada parti.

Anwar Ibrahim Mula Rayu Simpati 'Pilihlah Aku Jadi Perdana Menteri'

    3:26:00 PTG   No comments

Di saat nyawa politiknya sudah tiba ke pangkal halkum, Anwar Ibrahim cuba bermain jiwa dengan menyatakan hasrat akan berhenti dari arena politik atau lebih tepat lagi, melupakan cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Pembangkang kalah lagi pada PRU13 akan datang.

Bunyi macam cerita sedih bila mendengar kenyataan Anwar ini. Namu bagi yang begitu mengenali perangai Anwar, pasti sudah boleh menjangka bahawa ia hanyalah sandiwara Anwar untuk meraih sebanyak mungkin simpati rakyat.

Siapa yang percaya bahawa Anwar akan mengalah dalam merebut jawatan Perdana Menteri jika kalah PRU13, memang tolol lah orang itu. Setelah bermacam cara dan taktik digunakan Anwar dan Pembangkang untuk menjatuhkan Barisan Nasional dan merampas Putrajaya, takkan nak mengalah begitu sahaja.

Lawan tetap lawan.

Bapa Saiful Rayu Peguam Negara Segera Failkan Petisyen Rayuan Agar Kes Liwat Anwar Disambung Semula

    1:16:00 PTG   No comments

Baru-baru ini Mahkamah Tinggi telah mengeluarkan keputusan penghakiman penuh berhubung kes pertuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim.

Di bawah ini adalah kenyataan media bapa Saiful, Azlan Mohd Lazim yang menyeru agar pihak peguam negara dan barisan pendakwaraya dapat memfailkan petisyen rayuan dalam tempoh kurang 10 hari mulai dari sekarang.

Diharap pihak peguam negara dapat memfailkan petisyen tersebut dengan kadar segera supaya kes pertuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim dapat di sambung semula di peringkat yang seterusnya.

Lebih 10,000 Murid Di Selangor Terima Kemudahan Tuisyen Percuma

    12:30:00 PTG   No comments

PELANCARAN I-TR1M (Interakrif-Tuisyen Rakyat 1Malaysia) yang dilakukan oleh Perdana Menteri di Seri Perdana pada 28 Jun yang lepas, dijangka memanfaatkan lebih 10,000 orang calon SPM, PMR dan UPSR dari kalangan keluarga berpendapatan rendah di negeri tersebut.

Ia adalah program mulia, tidak berunsurkan politik yang dilaksanakan kerajaan persekutuan bagi membantu pelajar yang berasal dari golongan susah di Selangor.

Tapi semulia-mulia program ini pun, ia tidak terlepas dari menjadi isu politik oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, yang juga melaksanakan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) untuk calon SPM di negeri tersebut sejak tahun 2009.

Inilah yang disebut Exco Pendidikan Selangor, YB Dr. Halimah Ali yang menyifatkan 1-TR1M sebagai meniru program PTRS. 

Halimah dipetik sebagai berkata “Dia suka ikut-ikut, tapi kami okay bila kita jadi contoh dan jadi model ikutan. Dia nak pakai tak apalah.  Kita seronok, sebab selain manfaat daripada Tuisyen Rakyat(program kerajaan negeri) rakyat Selangor juga akan dapat manfaat daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).Kami gembira,"

Penulis tidak menafikan I-TR1M dan PTRS ada persamaan kerana kedua-duanya tentang Tuisyen juga.  Begitu juga bila Anwar menjanjikan untuk menurunkan harga minyak sebaik menawan kerajaan Persekutuan, itupun ditiru dari idea BN yang dimulakan Tun Dr. Mahathir semasa  mula menjadi Perdana Menteri pada 1981.

Tapi yang itu dia tidak mahu sebut ditiru dari kerajaan BN, yang ada sedikit persamaan ini pulak yang heboh nak dikatakan sebagai program yang dia cipta dan kita meniru dia.

Malah kalau nak disebutkan disini juga, apa pun janji bulan bintang dibuat Pakatan Rakyat untuk mengumpan pengundi sekarang ini, adalah ditambah baik dari skim sama yang telah diberikan kerajaan BN.  Contohnya, kita bagi subsidi, dia bagi percuma, kita bagi subsidi sekian banyak, dia bagi subsidi lebih banyak lagi, tapi itu juga bendanya.

Balik pada I-TR1M.

Walaupun sama dari segi nama dan matlamat perlaksanaan, tapi program I-TR1M adalah jauh lebih komprehensif dan lengkap dibandingkan dengan PTRS.  PTRS hanya menawarkan Tuisyen percuma untuk pelajar SPM sahaja.  Disamping itu program ini terhad kepada 100 orang pelajar bagi setiap kawasan DUN, dan hanya terbuka untuk pelajar dari keluarga berpendapatan rendah dan memiliki tahap pencapaian akademik sederhana.

Yang pelajarannya merosot dan pandai, tidak layak untuk mengikuti kelas tersebut.  Pendek kata tidak menyeluruh.

Maka itulah tidak hairan kenapa sejak 2009 tidak sampai 10,000 orang pelajar yang telah menyertai program ini.  Angka-angka ini penulis kutip dari laman web rasmi kerajaan Selangor (Selangorkini) tanpa sebarang analisa lanjut untuk memastikan kebenaran angka-angka tersebut.  Percayalah, kalau analisa yang benar-benar telus dibuat, harus jumlahnya jauh lebih kurang dari itu.

Sedangkan I-TR1M seperti yang disebutkan di atas, terbuka untuk pelajar-pelajar yang bakal menduduki 3 peperiksaan utama, selain perlu datang dari keluarga berpendapatan rendah.  Ia juga tidak terhad kepada pelajar yang berada di tahap sederhana sahaja seperti yang digariskan dibawah PTRS.

Selain itu, proses saringan dan pembelajaran dibuat di sekolah dimana maklumat yang lebih tepat mengenai kelayakan pelajar dapat diberikan.   Tenaga pengajar juga disahkan layak oleh Kementerian Pelajaran sendiri untuk mengajar semua matapelajaran yang telah diperuntukkan di bawah program ini.

Semua ini meletakkan I-TR1M berada di dalam kelasnya yang tersendiri.  Yang pasti, ia adalah 300% lebih baik dari PTRS yang hanya menawarkan kelas tambahan untuk pelajar SPM sahaja.  Disamping itu, guru-guru yang terlibat di dalam I-TR1M adalah guru-guru yang berkelayakan dibanding dengan PTRS yang tidak dapat dipastikan sejauh mana kebolehannya untuk mengajar.

Bagaimanapun penulis tetap menyokong apa juga program yang baik untuk rakyat, PTRS tidak terkecuali.  Cuma, jangan dipolitikkan isu-isu yang berkaitan dengan pendidikan dan kesejahteraan rakyat.  Kalau benar-benar baik itu tidak mengapalah, ini setelah dibandingkan pun masih banyak kekurangan jika nak dibandingan dengan program yang dilaksanakan kerajaan pusat.

Program 'Janji Ditepati' Kerajaan Kini Menjadi Igauan Ngeri Buat Pakatan Pembangkang

    10:00:00 PG   No comments
Nampaknya, semakin dekat pilihanraya semakin banyak perkara yang membuatkan pembangkang gelisah. Bukan sahaja mereka gelisah kerana tidak dapat menutup skandal-skandal mereka, tetapi perkara remeh dan kecil seperti iklan ‘janji ditepati’ juga mampu membuatkan mereka tidak senang duduk.

Begitu hebatnya penangan iklan yang bersifat sederhana itu sehinggakan laman web mereka, iaitu Suara Pakatan Rakyat terpaksa memberi peringatan mengenainya kepada para pemimpin pembangkang.

Kita faham pembangkang menjadi gelisah bukan sahaja kerana iklan tersebut dapat mengingatkan rakyat tentang jasa-jasa Barisan Nasional selama ini, tetapi di masa yang sama, ia menyedarkan rakyat bahawa janji-janji pembangkang masih lagi belum ditepati walaupun telah hampir sepenggal mereka memerintah di beberapa negeri.

Selasa, 3 Julai 2012

Jangan Jual Dulu! Saham FGV Dijangka Akan Terus Melonjak Ke Tahap Lebih Menguntungkan

    11:25:00 PTG   No comments
Nilai saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) dijangka terus melonjak berdasarkan permintaan terhadap komoditi minyak sawit yang sentiasa meningkat setiap tahun.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Hamzah Zainuddin menasihati peneroka yang memiliki saham FGV agar tidak sewenang-wenang menjualnya kerana saham terbabit akan terus melonjak sehingga ke paras yang lebih menguntungkan.


Perbicaraan Kes Liwat Anwar Pusingan Kedua Tak Lama Lagi. Mungkin Lepas PRU13?

    3:16:00 PTG   No comments

Pihak pendakwaan dan peguam bela dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima penghakiman penuh daripada mahkamah tinggi semalam.

Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Datuk Kamaludin Md Said berkata, pihaknya mempunyai tempoh selama 10 hari bermula semalam untuk memfailkan petisyen rayuan menerima penghakiman penuh dan rekod rayuan.

Untuk rekod, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkata adalah tidak selamat untuk menerima bukti DNA dalam perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerana itu ia tidak boleh menyokong bukti yang dinyatakan oleh pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan mengenai kejadian  tersebut.

Video Khalid Gagap Main 'Pocket Ball' Dalam Pejabat Tersebar

    10:33:00 PG   No comments

Masih ingatkah lagi kisah yang menggemparkan berita politik negeri Selangor apabila sebuah kamera tersembunyi dijumpai dalam pejabat Khalid Gagap MB Selangor di Tingkat 21, Bangunan SUK Shah Alam, pada jam 6 petang 10 Ogos 2010.

Adalah dipercayai peralatan itu digunakan untuk "mengintip" aktiviti harian Khalid Gagap yang disyaki ada hubungan sulit dengan salah seorang wanita 'sahabat lamanya' yang sentiasa mendapat layanan istimewa dari 'MB Office' dan menimbulkan rasa cemburu dikalangan beberapa Adun PKR.

FGV: Penilaian Harga Berdasarkan Potensi Perkembangan

    9:00:00 PG   No comments
PENGANALISIS menjangka harga wajar Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) adalah antara RM5.50 hingga RM6 sesaham apabila disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 28 Jun yang lalu.
Ia adalah antara 20 peratus hingga 30 peratus lebih tinggi berbanding harga tawaran awam (IPO) iaitu RM4.55 sesaham.
Ketua Penyelidikan Runcit Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan mengunjurkan nilai wajar harga saham FGVH itu pada RM5.50 sesaham berdasarkan peningkatan nisbah harga pendapatan 18 kali bagi tahun kewangan semasanya.
FGVH adalah syarikat peladangan yang besar dan kini mengendalikan 343,521 hektar ladang sawit di Malaysia dengan keupayaan pengeluaran 5.2 juta tan buah sawit.
Ia juga sedang dalam peringkat pengembangan dengan pengambilalihan ladang baru dan peluasan aktiviti hiliran yang mana semua ini memperlihatkan langkah pengembangan perniagaan yang menarik dan mampu menarik minat pelabur untuk menyokong kestabilan peningkatan harga sahamnya.
Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.