Rabu, 29 Ogos 2012

Rakyat Selangor Kena Tipu, Pemberian Air Percuma Bukanlah 'Perjanjian'

    9:34:00 PTG   No comments

Rasa macam nak tergelak apabila membaca kenyataan Khalid Gagap ketika ditemuramah oleh wartawan Mstar berhubung isu pemberian air percuma untuk rakyat Selangor. Dengan selamber dan angkuh, Khalid Gagap menjawab bahawa segala janji yang terkandung dalam menifesto Pakatan Pembangkang sebelum menang PRU12 lepas bukanlah satu 'perjanjian'.

Patutlah di sepanjang empat tahun kerajaan Pakatan mentadbir Selangor, kerajaan negeri dilihat tidak bersungguh-sungguh dalam menunaikan segala janjinya. Kalau tiada desakan dibuat terhadap kerajaan negeri, alamatnya mati kempunan lah rakyat Selangor.

Dakwaan Tarif Air Naik Hanyalah Temberang Khalid Gagap

    12:30:00 PTG   No comments

Kalau ye pun nak bohong dan menakutkan rakyat Selangor dengan alasan kadar tarif air akan dinaikan sekiranya loji rawatan air Langat Dua dibina tu agak-agak lah.

Rakyat Selangor bukanya bodoh kecuali peyokong Pakatan Pembangkang sehinggakan boleh ditupu hidup-hidup macam ni oleh Khalid Gagap dan barisan exconya.

Kadar tarif air samada naik atau turun semua itu boleh dibawa berunding. Jika BN dipilih semula oleh rakyat negeri Selangor selepas PRU13 tamat, sudah tentu BN ada jalan penyelesaian yang lebih menguntungkan rakyat terhadap isu air yang berbangkit ini.

Janji Air Percuma: Rakyat Selangor Perlu Bangkit Dari Terus Ditindas Kerajaan Negeri

    10:00:00 PG   No comments

Bagaimana perkara sebegini boleh berlaku terhadap nasib rakyat Selangor. Seingat penulis, sebelum Pakatan Pembangkang menang PRU12 yang lepas dan berjaya mengambil alih pentadbiran negeri Selangor dari Barisan Nasionla (BN), mereka ada berjanji akan memberi air percuma kepada seluruh rakyat negeri Selangor jika membantu mengundi dan memenangkan Pakatan Pembangkang.

Sekarang lain pula jadinya, janji air percuma yang ditabur dulu ditunaikan tetapi tidak semua rakyat Selangor dapat merasai nikmat dari janji air percuma tersebut. Pelbagai alasan diberi oleh kerajaan Pakatan Selangor yang diwakili PKR, DAP dan PAS mengapa sesetengah penduduk kawasan perumahan terutama sakali yang tinggal di rumah flat dan pangsapuri yang menggunakan meter pukal.

Kaji Semula Pemberian Air Percuma Di Selangor

    12:25:00 PG   No comments

Selangor kena pertimbang dasar elak defisit serius

Kuala Lumpur: Kerajaan Selangor perlu mempertimbangkan semula dasar memberi bekalan air percuma kepada rakyat bagi mengelakkan defisit serius.

Pensyarah Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Amir Baharuddin, berkata ia perlu memandangkan Kerajaan Selangor tidak mempunyai sumber pendapatan yang banyak untuk menanggung kos operasi dan penyelenggaraan loji air di negeri itu.
 

Selasa, 28 Ogos 2012

Agama Dan Politik Boleh Dipisahkan Bila...

    10:00:00 PG   No comments
Umat Islam termasuk di Mesir bertelagah sesama sendiri akibat berbeza fahaman politik.

Hubungan antara agama dan politik sering menjadi polemik. Ia bukan saja masalah setempat, tetapi global. Ada yang mempersoal hubungan dua perkara ini dan ada juga yang tidak menafikan hubung kait antaranya. Persoalan berkaitannya timbul, antara lain kerana penerapan dan promosi fahaman bahawa agama dan negara adalah dua perkara yang terpisah (atau dipisahkan).

Oleh itu, secara umum, boleh dikatakan persoalan hubungan kedua-duanya ini lahir berikutan pemasyhuran idea sekularisme. Ia adalah fahaman yang mahu dijadikan budaya atau tamadun antarabangsa. Dalam fahaman sekular, agama dirujuk berasal daripada tuhan dan politik dikatakan berasal daripada manusia . Justeru, fahaman sekular ini menyifatkan hubungan antara kedua-duanya sebagai bertentangan atau berlawanan.

Isnin, 27 Ogos 2012

Kesediaan PAS Letak Calon Bukan Islam Di 6 Negeri Bukti PAS Bukan Parti Islam

    11:58:00 PTG   No comments

Penulis terpanggil dengan kesediaan kepimpinan PAS Pusat mengarahkan PAS negeri khususnya Selangor, Johor, Perak dan Kedah di samping Sarawak dan Sabah memberikan perhatian dalam pembahagian kerusi termasuklah meletakkan calon daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bertanding dalam PRU13 nanti.

Ini adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat Dr Mujahid Yusof Rawa yang berkata, keputusan calon DHPP dibolehkan bertanding atas tiket PAS sejak tahun 2010, malah ia diputuskan oleh Majlis Syura. (Sumber: Harakahdaily)

Ahad, 26 Ogos 2012

Bila Anak Angkat Perli Bapa Angkat 'Syaitan'

    10:05:00 PG   1 comment


Sabtu, 25 Ogos 2012

Wanita Bukan Muhrim Ambil Kesempatan Disaat Isteri Masih Lagi Bersama Suami

    10:40:00 PTG   No comments
Riang ria di Hari Raya

Inilah dia kehebatan menjadi manusia  'Anugerah Tuhan'. Perempuan lain dok gosok-gosok belakang, empunya badan buat selamber badak jer. Si bini pula sangat sporting sambil tersenyum buat tak kisah....atau mungkin tak perasan kut.

Bak kata Abby Abadi, walau bukan muhrim tapi 'berlapik' tidak menjadi kesalahan dan jatuh hukum. So...apa ada hal nak pegang-pegang atau usap mengusap. Yang kau orang busy body sangat apa hal..kak Wan kita tu releks je macam tak ada perasaan..hehehehe

Nak lebih berair klik sini tapi sebelum tu sediakan tisu terlebih dahulu..

Sah! Nurul Izzah Terpkasa Lari Ke Titiwangsa Untuk Selamatkan Karier Politikinya

    2:00:00 PTG   No comments
Nurul Izzah Anwar, Duta produk subun pencuci lantai KR1M

Sebelum ini kita pernah dikhabarkan yang Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim telah berura-ura untuk lari dari kampung halaman untuk mencuba nasib di Parlimen Nibong Tebal bagi menyelamatkan karier politik peribadi setelah mengetahui cengkaman pengaruhnya di Permatang Pauh saban waktu semakin merosot.

Pun demikian apabila menyedari hasratnya itu sudah terdedah pada umum, mahu tidak mahu untuk mengelak malu dan polemik yang berpanjangan, terpaksa digagahkan jua kakinya untuk terus bertahan di Permatang Pauh sekalipun tahu hujung hayat politiknya dalam PRU 13 mungkin bakal ternoktah di sana.

Anwar Dan Azmin Sedap Berpeluk Cium, Melihat Khalid Gagap Yang Sedang Kelemasan

    12:30:00 PTG   No comments
Mampos aku..celaka ko Nuar...what the fcuk!!

Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim nampaknya sedang berjuang mempertahankan kredibiliti pentadbirannya dalam keadaan keseorangan melawan serangan politik daripada Umno dan Barisan Nasional.

Pelbagai isu menghantui menteri besar yang dahulunya dikenali sebagai tokoh korporat yang disegani menerajui sebuah syarikat pelaburan Bumiputera terbesar di dunia (Permodalan Nasional Berhad) dan kemudiannya memimpin sebuah konglomerat perladangan (Guthrie Berhad).

Sambutan Aidilfitri 2012 Terakhir Buat Nik Ajis & PAS Kelantan

    10:30:00 PG   No comments

Sebagaimana biasa tiap kali menjelang hariraya Aidilfitri, ramai anak Kelantan di perantauan akan bersesak-sesak pulang ke kampung halaman masing-masing dengan wajah ceria kerana berpeluang bertemu sanak saudara.

Barangkali bagi anak Kelantan yang mencari rezeki di negeri orang, ada sesetengahnya yang masih menyokong PAS belum pun menyedari bahawa inilah Aidilfitri terakhir yang dapat mereka sambut tatkala Kelantan masih lagi dikuasai PAS.

Jumaat, 24 Ogos 2012

Pakatan Pembangkang Bersama Janji Syaitan Yang Bakal Menjahanamkan Negara

    10:00:00 PG   No comments

Peringatan seorang Negarawan bertaraf dunia, Tun Dr. Mahathir mengenai Pakatan Rakyat (PR) wajar diberi perhatian serius.  Kata beliau, ‘banyak yang akan musnah jika PR memerintah’ dan ‘lebih baik syaitan yang kita kenal dari bidadari yang kita tidak kenal’.

Walaupun mungkin ada yang memusuhi Tun Dr. Mahathir tetapi tidak seorang pun dari musuh-musuhnya yang dapat menafikan jasa-jasa dan kejayaan beliau melonjakkan negara serta kehidupan rakyat dengan begitu pantas, bergaya serta cemerlang sekali.  Oleh itu, peringatan yang beliau berikan di atas tidak wajar dipandang sinis kerana ia bukannya peringatan kosong, tetapi berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan pengalaman beliau dalam mengurus-tadbir negara selama 22 tahun.

Ahad, 19 Ogos 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitiri Dari Wak J Untuk Semua

    12:18:00 PG   No comments

Assalammualaikum..

Esok Hari Raya, cepat betul!. Dikesempatan ini, blog Wak Jengkol ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia yang berugama Islam terutama sekali buat pelayar dan pembaca setia blog wak ini.

Semoga hari raya pada tahun ini adalah lebih baik dari tahun yang sebelumnya. Sempena hari baik ini, wak ingin menyusun 10 jari sebagai tanda kemaafan sekiranya ada melakukan salah dan silap sepanjang blog ini wujud di alam maya.

Sabtu, 18 Ogos 2012

Kemelut Air Selangor: Takut Kebenaran Terbongkar, SYABAS Diarah Supaya Tutup Mulut

    10:00:00 PG   No comments

DI AWAL permulaan isu berkaitan krisis air di Selangor ini, Khalid Ibrahim selaku ‘Timbalan’ Menteri Besar (kepada Anwar Ibrahim, the real MB), menuding jari kepada SYABAS sebagai pihak yang bertanggungjawab kepada masalah yang berlaku.  SYABAS dituduh mensabotaj kerajaan negeri Selangor yang sebelumnya mendabik dada krisis air tidak mungkin berlaku sehingga tahun 2019.

Alasan Khalid ialah air empangan penuh tapi sebab SYABAS, rakyat tidak dapat air.

'Saya Bukan Anti Islam, Saya Cuma Menentang Hudud Dan Penubuhan Negara Islam'

    6:53:00 PG   No comments

Wak J: Bai sekor ni memang kuat betul belitan dia. Hanya pemimpin dan penyokong taksub PAS sahaja susah dan tak faham-faham apa yang diperkatan oleh si Karpal ini.

Hukum hudud adalah hukum Islam, menentang hudud secara terbuka seperti yang dilakukan oleh si Karpal ini, samalah juga ertinya menentang Islam atau anti Islam.

Rabu, 15 Ogos 2012

Bekas Tim. Presiden PAS Bakal Dipecat?

    10:00:00 PG   No comments

Mynewshub – Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasaruddin Mat Isa hari ini dilihat bersama-sama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan pertemuan dengan tokoh ulama terkenal di Arab Saudi iaitu Sheikh Dr Abdullah Hamad Jalaly, Mufti Masjidil Haram Makkah Sheikh Dr Sulaiman Al Salumi dan Ketua Hakim Mahkamah Makkah Dr Saleh Darwish.

Ketiga-tiga ulama itu mengunjungi Najib yang mengetuai delegasi Malaysia pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di kota suci Makkah mulai hari ini.

Selasa, 14 Ogos 2012

Royalti Minyak: Kerana Nafsu Songsang Anwar, Rakyat Kelantan Melepas Lagi

    10:00:00 PG   No comments
Apabila Pakatan Rakyat (PR) melalui kenyataan Anwar Ibrahim dan Husam Musa secara terbuka menolak penubuhan Jawatankuasa Khas Tuntutan Royalti Negeri-negeri Pantai Timur, sudah tampak jelas permainan politik yang cuba dicorakkan oleh pembangkang bersabit isu royalti minyak ini.

Imbas semula sejarah awal isu royalti minyak ini sejak mula ianya ditimbulkan, rakyat sudah nampak hala tuju PAS condong untuk mempolitikkannya berbanding merundingkan isu untuk mencari titik temu.

Menjelang Pilihanraya Kecil (PRK) Manek Urai yang diadakan pada Julai 2009 lalu misalnya, isu tuntutan royalti minyak untuk Kelantan adalah menu utama yang dianggap oleh PAS akan menjadi daya tarikan kuat untuk meningkatkan sokongan rakyat kepada Nik Aziz dan kerajaan negeri pimpinannya.

Isnin, 13 Ogos 2012

Khalid Gagap Ditimpa Masalah, DAP Pula Yang Hilang Arah

    10:00:00 PG   No comments

Kebelakangan ini, Khalid Ibrahim dan kerajaan negeri pimpinannya menjadi sasaran ekoran pendedahan tentang kejahatan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat di Selangor dalam usaha mereka untuk menyakau dan merompak kekayaan Selangor demi tembolok dan perut sendiri. Khalid Ibrahim dalam pada itu, menghadirkan pelbagai program dan rencana yang amat menggelikan hati sekaligus langsung tidak menggambarkannya sebagai bekas CEO syarikat konglomerat yang dikagumi oleh ahli-ahli PAS.

Berkali-kali Khalid Ibrahim cuba menafikan yang masalah air terawat di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bukanlah masalah bahkan ia hanyalah retorik UMNO dan Barisan Nasional semata-mata.

Jumaat, 10 Ogos 2012

Krisis Air Selangor: Auta Khalid Gagap Terhadap Rakyat Selangor Akhirnya Terbongkar

    10:00:00 PG   No comments

Sudah tiba masanya rakyat Selangor bangkit dari lamunan mimpi indah yang kononya berkalan air bersih setiasa mencukupi sampai bila-bila seperti mana yang digambarkan oleh Kerajaan Pakatan Selangor.

Berpijak lah di bumi yang nyata dan sedarlah wahai rakyat Selangor, setiap tutur kata manis yang keluar dari mulut Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim itu hanyalah AUTA semata-mata.

Di bawah ini disenaraikan 10 fakta penting yang dinukil khas bagi menjawab segala kekeliruan yang ditimbulkan oleh Kerajaan Pakatan Selangor berkenaan isu air Selangor yang sedang hangat diperkatakan hari ini.

Rabu, 8 Ogos 2012

Paderi Gay Kahwin: Adakah Masyarakat Kristian Malaysia Bersetuju Dengan Perbuatan Ini?

    5:00:00 PTG   1 comment

Tahun lalu, seorang rakyat Malaysia keturunan Cina, Ngeo Boon Lin yang juga seorang paderi gay telah mengambil keputusan mengahwini rakan sejenisnya di sebuah gereja di Amerika.

Pasangannya seorang lelaki kulit hitam, Phineas Newborn III adalah seorang produser pementasan muzikal Broadway. Perkahwinan pelik itu dilaporkan telah didaftarkan di New York.

Semasa di awal meletusnya berita perkahwinan gay mereka berdua, pelbagai lapisan masyarakat Islam, Hindu dan Buddha telah meluahkan bantahan, kecaman dan kemarahan mereka terhadap tidakan luar tabie tersebut.

Amat Benci Perpaduan, Hina Sesama Manusia Memang Dah Jadi Tabiat Pakatan Haram

    3:00:00 PTG   No comments

Setelah terbaca twitter ADUN DAP dan artikel di laman Suara PR mengenai kekalahan Datuk Lee Chong Wei maka sahlah bahawa Pakatan Rakyat sememangnya agen pemecah belah masyarakat.   Dan seperti yang telah diketahui, sama ada PAS, DAP mahupun PKR, semuanya berpegang kepada strategi ‘pecah dan perintah’ demi mencapai matlamat mereka. 

PAS terkenal dengan memecah belah sesama umat Islam melalui Amanat Hadi sehingga menyebabkan tragedi solat dua imam sehinggalah tragegi berdarah Memali dan Sauk. DAP pula terkenal dengan sifat perkauman yang membenci kaum Melayu serta selamanya berjuang untuk memisahkan kaum sejak di bangku sekolah serta membina ‘tembok’ ekonomi antara kaum Cina dengan bangsa lain.  Manakala PKR pula terkenal dengan strategi mengadakan huru-hara, melaga-lagakan rakyat dengan pihak berkuasa, undang-undang serta sistem kehakiman melalui sifat talam dua-ratus muka dengan semua pihak, semua agama, semua kaum dan semua golongan manusia di dunia.
 

Kerajaan Pakatan Selangor Melindungi Penjenayah Rafizi Ramli

    12:00:00 PTG   No comments
Rafizi Ramli terlibat dalam pecah amanah
Kerajaan negeri Selangor yang dipimpin oleh Menteri Besar, Khalid Ibrahim telahpun secara rasminya bersetuju menanggung bebanan kos guaman Rafizi Ramli yang didakwa mengikut Akta Institusi Perbankan dan Kewangan 1989 (BAFIA).

Rafizi yang juga Pengarah Strategi PKR merupakan orang yang bertanggungjawab mendedahkan dan memanipulasi data serta butiran akaun perbankan NFC sewaktu kemuncak isu pinjaman RM250 juta tempohari.

Berikutan kehangatan isu tersebut diperkatakan ramai, kesannya telah memaksa Shahrizat Abdul Jalil mengambil keputusan melepaskan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Shahrizat bagaimanapun disahkan bersih selepas siasatan terperinci oleh SPRM mendapatinya tidak terbabit dalam sebarang perlanggaran undang-undang atau melakukan amalan rasuah salahguna kuasa berkaitan isu tersebut.

Lepas UNISEL, KUIS Pula Bakal Dihancurkan Oleh Pakatan Haram

    10:00:00 PG   No comments

Belum pun kerajaan PR Selangor sempat memikirkan penyelesaian bagi masalah UNISEL, kini masalah Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) pula timbul.   

Seperti juga UNISEL, KUIS sedang mengalami masalah kewangan yang semakin hari semakin meruncing dengan tiada jalan penyelesaian yang tuntas mahupun bantuan dari pihak kerajaan negeri.  Tidak dapat dipastikan sama ada masalah ini timbul sejak pertukaran Rektor yang baru pada 2010, tetapi apa yang pasti KUIS tidak pernah mengalami masalah besar ketika pemerintahan BN di Selangor.  

Mungkin untuk menangani masalah kewangan ini, maka akhir-akhir ini, KUIS mewajibkan pelajar-pelajarnya tinggal di asrama. Dan sejak beberapa tahun kebelakangan, KUIS telah menaikkan kadar yuran asrama dengan kenaikan yang terlalu tinggi. Contohnya, asrama jenis D dengan 4 orang bagi 1 bilik yang sebelum ini berharga RM550 setiap seorang, kini meningkat menjadi RM700 seorang.  Ada di antara asrama lain yang mana kenaikannya mencecah lebih RM1,000.
 

Selasa, 7 Ogos 2012

Sabah Bakal Menjadi Negeri Kristian Sepenuhnya Jika Anwar Jadi Perdana Menteri

    12:00:00 PTG   1 comment

Sudah lebih seminggu PAS membisu terhadap cabaran yang dilontar oleh bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali berhubung tuntutan Persekutuan Kristian Malaysia (CFM)  yang mahukan kebebasan menganut, mengamal, dan menyebarkan agama tanpa sebarang batasan di negara ini.

Sebab musabab mengapa PAS tiba-tiba diserang sindrom bisu, satu Malaysia sudah tahu.

Ini kerana pemimpin besar parti itu seperti Abdul Hadi Awang, Nik Aziz Nik Mat dan Mat Sabu sudah menjual perjuangan agama Islam kepada sekutu politiknya, DAP dan PKR demi kemaruknya untuk menawan Putrajaya.

Isnin, 6 Ogos 2012

Video Isteri Muda Ahli Parlimen Kuala Pengat 'Menggeletis' Tak Tahan Terbongkar

    9:58:00 PTG   1 comment

Habis madu dihisap, sepahnya dibuang merata-rata. Kasihan benar apabila mengenang nasib isteri kepada Ahli Parlimen Kuala Langat yang dihalau keluar dari rumah tanpa sedikit belas ehsan suami

Beginikah sikap seorang pemimpin yang diharap supaya boleh membela nasib rakyat. Kalau rumah tangga sendiri pun tidak boleh diurus dan dijaga, bagaimana pula dengan nasib rakyat nanti?

Sabtu, 4 Ogos 2012

PRU13: Khalid Gagap Bersama Pakatan Haram Bakal Diselam Rakyat Selangor Dalam Loji Air

    12:00:00 PTG   No comments
Polemik isu air di Selangor kelihatan reda sedikit selepas Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) mengemukakan data dan fakta penting bagi menjawab satu demi satu auta yang di gembar gemburkan oleh Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim.

Apabila data dan fakta dibentangkan di depan mata, semakin jelaslah rupanya selama ini Khalid langsung tidak pernah ambil tahu kedudukan sebenar bekalan air bersih di Lembah Klang yang turut membabitkan Selangor.

Mungkin disebabkan itulah, bila pasukan pemantauan Kerajaan Selangor membentangkan laporan yang meragukan berkaitan kapasiti maksimum loji-loji rawatan air bersih, terus sahaja Khalid menerima bulat-bulat tanpa memeriksanya secara terperinci.

Dalam laporan jawatankuasa pemantau tersebut, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dikatakan telah gagal melaksanakan tanggungjawab menyalurkan air bersih yang mencukupi sedangkan semua 34 buah loji rawatan air di seluruh Selangor berupaya mengagihkan sehingga 4,807 juta liter air sehari (JLH).

"Semakin Tua Semakin Bergetah Tapi Belum Tentu Boleh Keluar Air Lagi" Siapa Dia?

    10:00:00 PG   No comments

Beberapa minggu lalu, politik tanahair dikejutkan dengan pendedahan panas melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan bekas pekerjanya, Ng Phaik Kheng yang didakwa mempunyai skandal sulit dan lagi menyulitkan.

Skandal sulit tersebut tambah panas diperkatakan ramai apabila turut mendapat tempat dalam Sidang DUN Melaka berikutan desakan beberapa wakil MCA yang mahukan isteri Lim yang juga ADUN Bukit Tunggal, Betty Chew memberi penjelasan terhadap isu itu.

Penjelasan itu diminta kerana timbul dakwaan kecederaan di dahi Lim dikatakan akibat terkena hentakan sesuatu benda keras selepas diserang oleh Betty yang ketika itu berang dengan skandal sulit membabitkan Lim dan Ng Phaik Kheng.

Jumaat, 3 Ogos 2012

Lajim Ukin Sedang Membantu BN Menang Dalam PRU13

    10:00:00 PG   No comments

Keluarnya Lajim Ukin dari Barisan Nasional sebenarnya merupakan satu kesyukuran kepada kepimpinan yang sedia ada.  Itu pendapat penulis.

Sungguhpun begitu, tidak boleh dinafikan, ia tetap menjejaskan Barisan Nasional.  Cuma, samada tindakan Lajim Ukin itu memberi impak yang maksima, atau minima, tergantung kepada kredibiliti empunya diri.

Perlu kita kenali bahawa suasana politik di Sabah agak berbeza dengan di Semenanjung. Walaupun populariti seseorang pemimpin tidak boleh ditolak begitu sahaja, kebanyakkan rakyat Sabah lebih mementingkan sebuah parti yang besar dan berpengaruh untuk menjamin masa depan mereka.

Saya Pilih Malaysia..Saya Pilih Mengundi..Anda Bagaimana?

    2:04:00 PG   1 comment
Klik pada imej sebagai tanda sokongan anda semua..

Khamis, 2 Ogos 2012

Jangan Guna Duit Rakyat Selangor Untuk Bela Nasib Penjenayah Seperti Rafizi

    12:35:00 PTG   No comments

MB Selangor, Khalid Gagap tanpa berselindung telah menyatakan kesediaan kerajaan negeri untuk menggunakan wang rakyat bagi tujuan membiayai segala kos guaman yang bakal ditanggung oleh Rafizi Ramli yang kini berhadapan dengan tindakan mahkamah atas pertuduahan pecah amanah dan melanggar akta perbankan (BAFIA).

Tindakan Khalid itu, boleh di ibarat sebagai tindakan kerajaan Pakatan Selangor menandatangani cek untuk kroni mereka iaitu peguam Rafizi yang juga merupakan pemimpin Pakatan.

Kes Rafizi ini adalah peluang keemasan bagi pemimpin Pakatan mengaut duit rakyat dengan menjadi peguambela kepada Rafizi yang mana mereka sendiri tahu bahawa peluang untuk menang terhadap kes yang bakal dibicarakan ini kelak adalah amat tipis sekali.

Rabu, 1 Ogos 2012

Senjata Makan Tuan, Rafizi Bakal Ke Penjara Tidak Lama Lagi

    3:07:00 PTG   No comments
Perinsip matlamat menghalalkan cara yang sering kali menjadi amalan Pakatan Pembangkang dalam usaha untuk menjatuhkan pihak lawan, akhirnya mula memakan diri.

Penangkapan Rafizi Ramli, selaku Pengarah Strategi PKR atas dakwaan melanggar akta BAFIA kerana membocorkan maklumat sulit pelanggan bank kepada umum, menjadi bukti bahawa perbuatan pecah amanah yang dilakukanya itu tidak boleh diterima sama sekali.

Tidak kira apa tujuan atau niatnya suci macam mana sekalipun, perbuatan Rafizi membocorkan maklumat yang dilindungi di bawah akta BAFIA itu tanpa kebenaran pihak mahkamah, tetap menjadi satu kesalahan dan boleh dikenakan dengan hukuman yang sangat berat sekiranya didapati bersalah.

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.