Sabtu, 29 Disember 2012

Bodoh Betul Penyokong PAS Tak Tahu Beza Surat Sokongan Dengan Surat Tukar Milik Tanah

    8:00:00 PG   3 comments

Isu tanah Kelantan seluas 4,210 hektar yang bernilai hampir RM30 juta di lokasi seperti Relai, Daerah Chiku dekat Gua Musang telah dijadikan ‘habuan’ kepada Upayapadu Plantation Sdn Bhd oleh kerajaan Nik Aziz kini terbarai.   Ia dikatakan ‘habuan’ kerana melibatkan kepentingan ahli-ahli politik iaitu Adun DAP Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham yang merupakan antara pelabur dalam syarikat tersebut. 

Pemberian ‘habuan’ daripada kerajaan PAS kepada pemimpin DAP Perak itu dikhabarkan bertujuan bagi membolehkan PAS meletakkan Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar Perak ketika itu.

Mogok Lapar, Demo Sana Sini, Bukti PR Makin Terdesak

    1:46:00 PG   No comments

Kumpulan Himpunan Hijau anti Lynas meneruskan rancangan mereka untuk mogok lapar di Dataran Merdeka selama 100 jam bermula pada jam 8.00 malam 27 Disember dan dijangka tamat pada 12 tengahari, 1 Januari 2013.  Laporan jam 8.00 semalam, mendapati terdapat tidak sampai pun 20 orang yang tiba di ‘tempat kejadian’.

Sebelum itu, kita harus faham bahawa mereka ini hanya mogok lapar tetapi tidak mogok dahaga kerana mereka tidak sanggup mati dalam ‘perjuangan’ ini.
 

Khamis, 27 Disember 2012

PAS Rela Pertahankan Amanat Hadi Walau Terpaksa Masuk Neraka

    9:53:00 PTG   2 comments

Amanat Hadi terus menjadi isu hangat yang menggelegak walaupun Hadi Awang sengaja ‘menghilangkan diri’ dengan harapan ia akan dilupakan dan basi begitu saja.   Walaubagaimanapun, kita percaya yang beliau sedia maklum bahawa mendiamkan diri tidak akan melepaskan dirinya dari akibat memecahbecahbelahkan ummah, termasuk suami isteri serta ibu bapa dan anak.  

Usaha pihak media, terutamanya Utusan Malaysia untuk menghangatkan dan membongkar pengakuan mereka-mereka yang telah mengkafirkan sanak saudara sendiri akibat berpegang kepada amanat tersebut patut dipuji.  Ini kerana amanat ini bukan perkara kecil yang boleh diselesaikan dengan mudah.  Ia merupakan soal rohaniah, soal kepercayaan, soal akidah, soal hidup mati dan perpaduan ummah.  Adalah tidak wajar bagi mana-mana umat Islam untuk meremeh atau memperkecilkan, apatah lagi melupakannya.
   

DAP Is In Trouble As Internal Conflicts Take Shape Along Racial Line

    2:00:00 PG   No comments

With the year ending and the general election is considered as still few months away, the oppositions are still grappling with internal conflicts and also within the alliance itself.

The three parties – DAP, PAS and PKR – are not seeing each other ‘eye-to-eye’ in every political sense as each party go their way to gain as much influence as each can, forgetting the ‘togetherness’ they are supposed to forged to take over Putrajaya.

Rabu, 26 Disember 2012

Firaun Pasti Menangis Jika Melihat Nik Aziz Sama Gila Kuasa Denganya

    9:53:00 PTG   No comments

Di akhir dekad 1990-an dulu, gerombolan pembangkang yang terdiri daripada penyokong PAS dan pemuja Anwar Ibrahim cukup seronok memanggil Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan gelaran mahafiraun.

Gelaran tersebut dipopularkan oleh mereka bagi merujuk pada Tun Dr Mahathir yang dikatakan begitu gilakan kuasa seakan mahu menongkat langit dan enggan melepaskan jawatan duniawi selama-lamanya.

Isnin, 24 Disember 2012

Arah Pulang Gelaran Datuk Bukti DAP Tidak Hormat Raja Melayu Sebagai Ketua Negara

    11:59:00 PTG   2 comments

Pengerusi DAP, Karpal Singh tanpa berselindung dan dolak dalik telah mempertikaikan tindakan dua orang pemimpin kanan DAP menerima darjah kebesaran yang dianugerahkan oleh Sultan DYMM Sultan Selangor dan DYMM Sultan Perak.

Berikutan itu kedua-dua pemimpin DAP yang dimaksudkan itu ialah Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim dan pemimpin DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dikatakan telah diarah untuk memulangkan kembali gelaran kebesaran yang diterima itu.

Sabtu, 22 Disember 2012

Apa Barang Mogok Lapar 100 Jam, Mogok Lapar Sampai Mati Lagi Bagus!

    1:16:00 PG   8 comments

Nampaknya, masih ada tangan-tangan ghaib yang berdegil ingin terus mempolitikkan Kilang Lynas di Gebeng walaupun terbukti kilang tersebut menepati tahap keselamatan serta syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa alam sekitar dan badan antarabangsa bagi sebuah kilang kimia.

Usaha untuk menghentikan operasi kilang ini melalui proses mahkamah dan undang-undang gagal memandangkan pihak yang menentang, iaitu Himpunan Hijau tidak mampu mengemukakan sebarang hujah yang bernas dan bukti yang kukuh bagi menyokong tuduhan bahawa kilang tersebut tidak selamat.   Manakala, hujah pihak Lynas disokong dengan fakta, angka, serta bukti dari pakar serta pihak berkuasa dan badan antarabangsa.
 

Khamis, 20 Disember 2012

Dewan Ulama PAS Restu Tindakan Laman Web PR Samakan Mufti Perak Dengan Anjing

    11:50:00 PTG   3 comments

Laman web Suara Pakatan Rakyat yang sering menjadi kontroversi nampaknya semakin keterlaluan dalam membela PR.  Mungkin kerana ketandusan idea untuk membela PAS dalam berhadapan dengan serangan peluru Amanat Hadi, maka laman tersebut sanggup menyamakan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dengan anjing.  Ini dilakukan dengan menggabungkan gambar wajah Tan Sri Harussani dengan badan anjing. 

Kita sedia maklum dengan sifat takbur dan riak para pemimpin PAS yang mengangkat diri sendiri sebagai Ulama.  Justeru, kita tidak terkejut jika apa yang dilakukan oleh laman web Suara PR itu direstui oleh mereka.
 

Rabu, 19 Disember 2012

Zairil Khir Johari Sekadar Umpan DAP Untuk Menipu Orang Melayu

    10:40:00 PTG   5 comments

Kegagalan semua 8 orang ahli DAP Melayu dalam pemilihan parti semasa Kongres Kebangsaan DAP ke-16 pada 15 Disember 2012 yang lalu lebih daripada mencukupi untuk membuktikan sememangnya parti cauvinis Cina itu agak terlalu tebal semangat perkaumannya.

Perlantikan dua orang 'pemimpin Melayu' bagi mengisi jawatan lantikan dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC) mudah untuk difahami ramai yang tujuannya sekadar pelengkap kepada sandiwara politik sahaja untuk mengabui mata khalayak ramai.

Selasa, 18 Disember 2012

Memahami Maksud Demokrasi Ala Malaysian-Malaysia Ciptaan DAP

    10:25:00 PTG   No comments

Konvensyen Kebangsaan DAP dikritik hebat apabila tiada seorang pun pemimpin Melayu, termasuk yang telah berjuang lebih tiga dekad bersama parti itu mendapat tempat dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).   DAP yang mendabik dada sebagai parti berbagai kaum dan memperjuangkan ‘persamaan total’ dilihat bercakap tidak serupa bikin sekali gus membuktikan bahawa mereka adalah rasis tulen.

DAP bagaimanapun, cuba membela diri dengan berkata bahawa keputusan pemilihan itu adalah demokratik dan perlu diterima dengan baik oleh semua pihak serta bertegas bahawa DAP bukan parti rasis kerana menerima ahli dari berbagai kaum.  Malah, puak penyokong PAS dan PKR juga turut membela DAP dengan menuduh BN lebih rasis kerana membahagikan kaum mengikut parti komponen.
 

Isnin, 17 Disember 2012

Jangan Jadi Melayu Bangsat! Dari Hidup Sampai Ke Mati Jadi Barua DAP

    8:00:00 PTG   No comments

Pemilihan bagi Jawatankuasa Eksekutif DAP (CEC) yang berakhir semalam menunjukkan kesemua calon-calon Melayu gagal dipilih untuk memenuhi 20 slot jawatankuasa tersebut hanya menunjukkan bertapa kuatnya semangat perkauman bagi DAP.

DAP telah ditubuhkan atas rasa angkuh dan sifat 'kiasu' mereka terhadap kaum Melayu. Ini adalah antara rahsia yang telah diketahui rakyat dimana DAP masih lagi menyemai semangat perkauman dari parti PAP di Singapura. Selagi semangat kiasu mereka masih membara, selagi itulah DAP tidak boleh dijadikan kawan, apatah lagi untuk memimpin rakyat.

Seluar Dalam Pun Mak Bapak Beli, Ada Hati Nak Jadi Wakil Rakyat

    10:00:00 PG   3 comments

Wak kurang bersetuju dengan keputsan kerajaan membenarkan pelajar yang masih belum habis menuntut ini masuk bertanding menjadi calon pilihanraya.

Bukan apa, pada usia yang masih mentah, bulu jagung baru belajar nak tambuh dan belajar pun tak habis lagi sudah mula berangan nak jadi calon pilihanraya.

Ahad, 16 Disember 2012

Lari Topik Sikit: Kondom Wanita Yang Banyak Kelebihan, Dapatkan Segera!

    11:49:00 PTG   No comments

Wak J: Maaf, sebab lari topik sikit. Sekadar ingin berkongsi maklumat kepada pembaca blog wak yang  setia lagi dihomati. Harap tak ada yang teruja bila baca info di bawah ni dan jangan pula sesekali bertanya pada wak bagai mana hendak mendapatkan benda alah tersebut (wak nak sebut pun malu he..he..he)

London: Sekumpulan penyelidik mencipta kondom wanita yang bukan hanya mampu mencegah kehamilan, menghindarkan penyakit kelamin (STD), dan mampu larut secara beransur-ansur.

Jumaat, 14 Disember 2012

'Saya Anwar Ibrahim, Mengaku Pernah Berzina Dengan Seorang Chinadoll'

    11:35:00 PTG   14 comments

Perletakan jawatan sebagai Speaker di Parlimen Singapura oleh seorang pemimpin politik negara itu, Michael Palmer berikutan pendedahan skandal seksnya dengan pekerja wanita sebenarnya memberi satu teladan yang mulia untuk diikuti pemimpin pembangkang di Malaysia.

Mulia bukan kerana skandal nafsu seksnya tapi mulia kerana berani mengaku kesilapan dan sanggup memikul tanggungjawab dengan melepaskan jawatan yang disandang sekaligus mengelakkan parti dan kawasan yang diwakilinya menanggung malu.

Khamis, 13 Disember 2012

Riwayat Politik Karpal Singh Bakal Berakhir Tak Lama Lagi?

    10:20:00 PTG   7 comments

Di Pulau Pinang pada Sabtu ini (15 Disember 2012) dikatakan akan menjadi penentu untung nasib beberapa 'otai' DAP Pusat. Antaranya yang begitu disebut-sebut ialah survival 'singa DAP', Karpal Singh.

Desas-desus bertiup kencang mengatakan Pengerusi DAP itu bakal 'tersungkur' untuk mempertahankan kedudukannya dalam Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) pada pemilihan Kongres Kebangsaan DAP ke-16 itu.

Opposition is Scared Of Rosmah Mansor's Biography Book

    2:00:00 PG   3 comments

Malaysian Opposition few of the examples of people with third world country mindset with hopes of leading this country to become a developed country. As if they are the true democracy fighters which fights for freedom as same as other developed countries. As if they are the icon of transparency and integrity which could safe this already safe country.

Despite that, as they kept on insulting the government and Barisan Nasional, including the Prime Minister's family members on things that have nothing to do with the country's politics, they do not give any freedom to anyone to do the same thing to them. That is why we can see them boycotting and even burning newspapers that do not write the things which they like.

Rabu, 12 Disember 2012

Anwar Dalang Utama Gerakan Untuk Mengkucar-Kacirkan Sistem Keselamatan Negara

    10:47:00 PTG   No comments

Kumpulan pembangkang yang didalangi oleh Anwar Ibrahim kini berusaha keras untuk melaga-lagakan kepemimpinan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dengan tujuan untuk melemahkan institusi berusia lebih dua abad itu.

Portal-portal berita yang menerima dana daripada yayasan yang dinaungi oleh oleh penyangak matawang, George Soros, seperti The Malaysian Insider dan Malaysiakini, saban hari menerbitkan artikel yang menjadi gelanggang perbalahan antara pemimpin-pemimpin PDRM masa kini dan lalu.

Apa Sudah Jadi! DAP Sendiri Akui Pakatan Rakyat Gagal Di Selangor

    12:00:00 PTG   No comments

Ketika Pakatan Rakyat menang besar tanpa diduga di Selangor pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu menubuhkan kerajaan negeri buat pertama kalina sejak Merdeka, bermacam-macam janji manis dibuat kepada rakyat.

Pada peringkat awal, pembangkang mengatakan kerajaan negeri yang akan ditubuhkan akan berlandaskan kepada prinsip ketelusan, keadilan, kesamarataan serta menabur pelbagai lagi langkah-langkah drastik yang bakal merubah landskap politik di negeri itu.

Tawaran Mega Atau Jam Omega, Tukarlah Apa Pun Ianya Tetap Bukan Janji

    8:00:00 PG   No comments

Manifesto bukanlah satu perjanjian, demikian kata-kata keramat yang terpancul keluar dari mulut Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim pada 29 Ogos 2012 yang lepas ketika mengulas tuntutan rakyat Selangor yang mahu tunggakan air percuma berjumlah RM300 juta dilangsaikan oleh Kerajaan PKR Selangor.

Maksud pemimpin PR itu ialah apa sahaja yang termaktub dalam manifesto yang dicanangkan oleh PR bukanlah satu bentuk perjanjian yang wajib dipenuhi sebaliknya ia hanya satu umpan politik semata-mata untuk mengaburi mata pengundi.

Selasa, 11 Disember 2012

Punca Sebenar Kenapa AES Ditentang Oleh Segelintir Rakyat Malaysia Telah Dikenal Pasti

    10:34:00 PTG   3 comments

Bila sudah terkantoi memang malu. Mungkin sebab inilah terdapat segelintir pengguna jalanraya di Malaysia menentang habis-habisan pemasangan AES yang dilakukan oleh Kerajaan.

Bukan setakat bimbang disaman kerana memandu melebihi had laju, tetapi bimbang perbuatan tidak senonoh yang dilakukan bersama pasangan di dalam kenderaan dilihat orang apabila dirakam oleh kemera AES.

Wow! Kerajaan Pusat Peruntuk RM5.7 Bilion Bagi Pembangunan Negeri Selangor

    7:30:00 PG   No comments

Macam tak percaya pula apabila membaca berita di bawah ini. Hampir setiap hari kita didendangkan oleh penyokong Pakatan di Selangor bahawa Kerajaan Pusat telah menganak tirikan kerajaan negeri.

Memang terkejut bila mendapat tahu peruntukan yang diberi kepada kerajaan negeri untuk pembangunan negeri Selangor sebanyak ini dalam jangka masa satu tahun. Adakah peruntukan sabanya RM5.7 bilion ini bukti Kerajaan Persekutuan zalim? Rasanya tak lah sezalim kerajaan Pakatan Selangor yang merobohkan tempat ibadat agama lain baru-baru ini.

Isnin, 10 Disember 2012

'Ajaran Sesat' Bawaan PAS Punca Umat Islam Dan Orang Melayu Berpecah

    7:37:00 PTG   13 comments

Sekali lagi Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat cuba mencuci tangan dengan memutar belitkan fakta apabila menuduh UMNO sebagai punca berlakunya perpecahan sesama orang Melayu Islam di negara ini.

Katanya, perpecahan orang Melayu Islam masa kini bukannya disebabkan oleh PAS sebaliknya berpunca dari UMNO yang didakwanya mengetepikan dasar Islam dan lebih selesa dengan semangat kebangsaan.

Khamis, 6 Disember 2012

Koperal Jenain Bebas, Keluarga Aminulrasyid Kecewa Dalam Kesyukuran

    12:17:00 PG   14 comments

Sudah-sudah lah, mahkamah telah pun memutuskan bahawa Koperal Jenain tidak bersalah serta dibebaskan. Nak kecewa apa lagi,  yang pergi pastinya tak akan kembali. Buat apa lagi hendak ditangisi.

Septautunya, keluarga arwah ini lebih menyesali perbuatan ahli keluarga sendiri kerana membiarkan anak yang masih di bawah tanggungjawab dibiar lepas bebas tanpa sekatan dan larangan.

Selasa, 4 Disember 2012

PAS Adalah Parti Dajal Yang Ditugaskan Untuk Memecah Belahkan Ummah

    1:08:00 PG   2 comments

"Dalam ucapan pemimpin UMNO(semasa penggulungan) juga mengajak rakyat mengenang jasa-jasa UMNO selama ini. Apakah UMNO sahaja yang berjasa? semacam UMNO sahaja yang berjasa."

"Pas di Kelantan pun banyak jasa," itu kata Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan yang paling banyak menabur jasa air liur untuk rakyat Kelantan.

Nik Aziz yang baru sahaja sedikit sihat selepas terkena serangan jantung nampaknya tidak dapat menahan diri dari membuka mulut apabila Presiden UMNO, Dato' Seri Najib Tun Razak bercakap perihal jasa dan khidmat bakti UMNO dan BN kepada rakyat.

Isnin, 3 Disember 2012

Pegawai SPRM Terlibat Melindungi Penyelewengan Tanah Ladang Rakyat Di Kelantan?

    12:27:00 PG   7 comments
Gambar sekadar hiasan

Pendedahan ini sepatutnya dapat menarik perhatian para pegawai SPRM untuk menyiasat penyelewengan yang berlaku, lebih-lebih lagi sebahagian besar daripada lot-lot tanah itu diperolehi secara percuma.

Sebetulnya isu ini sudah lama dalam pengetahuan SPRM Kelantan, tapi dengarnya ada segelintir pegawai SPRM Kelantan dipercayai turut terlibat menyembunyikannya dari pengetahuan umum.

Jika tidak kerana usaha sekumpulan kecil rakyat Kelantan yang anti rasuah membawa isu ini ke pengetahuan UMNO tentunya sampai kiamatlah khalayak umum percaya tiada seinci tanah pun di Ladang Rakyat yang menjadi milik pemimpin PAS.

Jika pembaca masih ingat, semasa Naib Presiden PKR, Nurul Izzah berceramah di Seksyen 24, Shah Alam lebih seminggu lalu antara jaminan yang ditekankannya ialah polisi Pakatan Pembangkang untuk menghalang mana-mana pemimpin dan wakil rakyat DAP, PKR atau PAS daripada memiliki walau seinci pun tanah.

Persoalan sekarang, apa pula komen anak perempuan Ketua Umum PKR itu bila mana terdedahnya penyelewengan tanah Ladang Rakyat serta penganugerahan tanah kepada pemimpin-pemimpin PAS? Ada tak jawapan untuk pengecualian?

Baca sambunganya di MyKMU

Ahad, 2 Disember 2012

Siapalah Yang Fitnah Nik Aziz Masuk ICU, Doakan Lah Orang Tua Tu Hidup 30 Tahun Lagi

    3:44:00 PTG   2 comments

Mungkin khabar angin yang cuba disebarkan  diruang maya baru-baru ini sekadar hendak menyakat Nik Aziz saja. Jadi tak perlu lah penyokong PAS gusar tentang kesihatan Nik Aziz kerana orang tua kutuk tu kalis dari sebarang penyakit.

Sepatutnya kita semua doakan yang baik-baik sahaja terhadap kesihatan Nik Aziz. Sebolehnya kita doakan agar Nik Aziz dipanjangkan usianya selama 30 tahun lagi. Selagi orang tua kutuk tu terus bernyawa selagi itu lah ia memberi kelebihan buat UMNO-BN. Tak baik taw buat Fitnah, nant pecah perut baru tahu.

KOTA BHARU - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kecewa dengan tindakan pihak tertentu yang menyebarkan khabar angin beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di sini, Rabu lalu.

Nik Abdul Aziz berkata, setakat ini beliau berada dalam keadaan baik dan kesihatannya juga tidak terganggu biarpun sibuk dengan pelbagai tugasan mahupun baru sahaja selesai dengan Muktamar Tahunan Pas kali ke-58 baru-baru ini.

Beliau turut menyifatkan, tindakan menyebarkan berita mengenai kesihatannya yang tidak betul itu adalah satu ikhtiar terakhir (fitnah) pihak tertentu terhadap dirinya.

“Itu ikhtiar (tuduhan) yang paling akhir oleh orang yang tiada ikhtiar. Saya sihat dan sekarang ini pun saya sihatlah.

“Saya masih sihat dan mampu meneruskan kerja-kerja pentadbiran negeri,” katanya dalam nada gembira ketika ditemui media di JKR 10 di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan mengenai tahap kesihatannya setelah terdapat pihak tertentu termasuk blog melaporkan Mursyidul Am Pas itu menerima rawatan di ICU.

Terdahulu beliau menerima kunjungan rombongan dari Singapura dan pelakon Indonesia, Meyda Sefira yang membintangi filem Ketika Cinta Bertasbih serta selebriti terkenal, Heliza Helmi di kediaman rasminya sebelum mengadakan Hari Hiburan Islam di sini pada sebelah malamnya.

Penjelasan Nik Abdul Aziz itu juga sekali gus menafikan kesahihan laporan sebuah blog Rabu lalu yang memaparkan berita beliau dikejarkan ke sebuah hospital swasta kira-kira jam 6.30 pagi kerana serangan sakit jantung.

Memetik laporan itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi  Awang dan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed juga turut melawat Nik Abdul Aziz yang dirawat di hospital berkenaan.

Pada Rabu lalu ketika desas-desus mengenai kesihatan Nik Abdul Aziz tersebar sedangkan pada sebelah paginya beliau mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Nik Abdul Aziz, 81, yang memegang jawatan Menteri Besar sejak 1990 mempunyai masalah kesihatan jantung, darah tinggi dan gastrik.

Pada Ogos 2010, Nik Abdul Aziz menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia kerana saluran jantungnya tersumbat, manakala pada 8 Disember lalu beliau juga dimasukkan ke hospital sama lebih lima hari disebabkan masalah tulang belakang.

Kemudian beliau dimasukkan ke hospital sama, pada bulan sama selepas mengadu mengalami keletihan dan pada penghujung September tahun ini beliau dinasihatkan berehat beberapa hari di HUSM - Sinar Harian

Piala AFF Suzuki 2012: Skuad Garuda Tewas Lagi Dibaham Harimau Malaya

    2:47:00 PG   21 comments

TAHNIAH buat skuad Harimau Malaya  kerana berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir. Memang tidak sia-sia wak beli tiket yang berharga RM30 walau tidak dapat duduk di tempat VIP, namun persembahan anak buah Rajagobal ketika menentang Indonesia malam tadi sungguh membanggakan.

Kemenagan ini patut diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia walaupun perjalanan skuad Harimau Malaya masih lagi berliku sebelum bergelar juara kerana akan berdepan pasukan Thailand.

Sabtu, 1 Disember 2012

Besar Sangatkah Kubur Nik Aziz Sampai Memerlukan Tanah Yang Banyak?

    2:08:00 PG   5 comments

Pemimpin PR terutama sekali dari PAS sering mendakwa pemimpin UMNO dan BN adalah perasuah serta sinonim melakukan salah guna kuasa ataupun penyelewengan.

Pantang timbul polemik isu tertentu terus sahaja mereka berkata ia berlaku kerana UMNO rasuah ataupun ia terjadi disebabkan wujud penyelewengan dikalangan pemimpin BN.

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.