Jumaat, 29 Mac 2013

You Besok Kerja Tak? Kerjakan I....kikikiki

    11:36:00 PTG   5 comments
papa-gomo-anwar

Sampai bila agaknya Anwar Ibrahim boleh bertahan dengan pendedahan prilaku homoseksualnya yang tersiar di blog PapaGomo.com yang kini sudah masuk ke episod tiga. Ntah berapa banyak lagi episod yang masih tersimpan?

Sehingga ke hari ini, Anwar Ibrahim terus berdiam diri dalam isu video seks sejenis yang melibatkan dirinya walaupun asakkan bertubi-tubi dari rakyat Malaysia yang mahukan penjelasan dari mulut beliau sendiri.

Setakat ini tiada lagi kenyataan dari Anwar membuat penafian bahawa individu yang terlibat dalam klip video tersebut bukan dirinya. Sebaliknya Anwar mengenakan tindakan saman terhadap blogger yang mendedahkan perbuatan tidak bermoralnya itu untuk tujuan menutup mulut.

Buat masa ini, hanya Rafizi Ramli sahaja telah mengesahkan bahawa lelaki yang sedang beramah mesra dengan seorang lelaki 'lembut' di dalam bilik hotel seperti yang disiarkan di blog PapaGomo adalah Anwar Ibrahim.

Sebagai seorang pemimpin yang bercita-cita tinggi hendak menjadi Perdana Menteri, Anwar harus beranikan diri dengan tampil dikhalayak ramai memberi penjelasan tetantang apa sebenarnya telah berlaku dan tidak perlu lagi bersembunyi di balik kain isteri apabila isu moralnya timbul.

Sekarang sudah jelas lagikan bersuluh, sebagai rakyat yang masih lagi boleh berfikir secara waras cuba tanya pada diri sendiri, adakah pemimpin seperti ini yang mempunyai masalah moral begitu teruk mahu diangkat sebagai pemimpin no.1 negara?

Tepuk dada, tanyalah iman masing-masing...

Selasa, 19 Mac 2013

En. Anwar...Adakah Anda Homoseksual Atau Biseksual ?

    1:32:00 PTG   6 comments
anwar-gay

Di bawah ini adalah dialog temubual antara Anwar dengan seorang wartawan wanita. Suka diingatkan bahawa dialog tembual dibawah hanyalah rekaan semata-mata bagi mengambarkan situasi sebanar di mana Anwar Ibrahim GAGAL menjawab pertanyaan mudah samada dirinya homoseksual atau biseksual?

Jawapan yang sepatutnya Anwar perlu jawab ialah YA atau TIDAK, itu sahaja. Oleh kerana Anwar tidak mampu menjawab soalan mudah tersebut, seperti biasa jawapan 'koner baring' yang tiada kena mengena dengan soalan diberikan.

Wartawan : Adakah anda homoseksual atau biseksual?

Anwar Ibrahim : Err..Sebenarnya..Err..macam ni, cuba tanya Wan Azizah, hari itu saya terbang bersamanya ke India untuk menghadiri jemputan makan malam bersama Manmohan Singh.

Err..selepas itu kami berdua dot..dot..dot..biasa lah dah lama tak dapat kikikiki (ketawa nakal).

Setelah dua hari di sana, kami membeli tiket penerbangan ke Bali, Indonesia..Err..dan bercadang pulang ke Malaysia keseokkan harinya...sampai sahaja di Malaysia, saya terus menghadiri mesyuarat parti..

Wartawan : Adakah anda homoseksual atau biseksual?

Anwar Ibrahim : You ni kan! geram tau i tengok (sambil kenyit mata)..kenapa asyik ulang soalan yang sama? You ni dari media mana? Utusan, TV3? Kalau you ulang, i saman you ok!

Wartawan : @#$%^&*()


Ahad, 17 Mac 2013

Panas!!! Siapa Bekas IGP Yang Akan Serah Borang Keahlian PKR Malam Ini?

    12:58:00 PTG   12 comments

PANAS!!! Ini berita yang baru wak terima dari khidmat pesanan ringkas (SMS) yang memberitahu seorang bekas Ketua Polis Negara akan menyertai PKR malam ini .

Dimaklumkan juga, selepas Anwar Ibrahim menyempurnakan sesi solat hajat yang dikepalai oleh PAS hari ini di rumahnya. Anwar akan berada di Bandar Puteri, Puchong untuk meyakasikan upacara penyerahan borang keahlian tersebut.

Untuk mengetahui siapakah bekas IGP yang bakal menyertai PKR malam ini, ayuh kita beramai-ramai turun bawa kelurga, anak beranak untuk meramaikan dan memeriahkan majlis penyerehan borang keahliam PKR yang akam diadakan pada malam ini. Maklumat lanjut seperti lokasi dan masa upacara boleh dirujuk pada banner di bawah..

ceramah tolak pakatan haram

Sabtu, 16 Mac 2013

Tian Chua Bakal Jadi Batu Penghalang Pakatan Pembangkang Menang PRU13

    2:00:00 PTG   1 comment
pengkhianat-tian-chua

Kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang mendakwa pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah merupakan sandiwara Umno, akhirnya mula memakan dirinya. Terutamanya dalam memastikan dirinya terus terpilih sebagai calon yang mewakili PKR dalam Pilihan Raya Umum Ke -13 (PRU13).

Timbul cakap-cakap di kalangan pemimpin dalaman parti itu sejak beberapa hari lalu yang dikatakan mula melahirkan rasa kecewa ekoran tindakan bodoh Tian Chua itu, kerana telah merugikan pakatan pembangkang khusunya PKR.

Tambah membimbangkan mereka, bilamana penurunan mendadak sokongan pengundi di kalangan anggota polis dan tentera yang sebelum ini, dilihat mula beralih kepada pakatan pembangkang.

Namun ekoran perkembangan di Lahad Datu, pakatan bukan sahaja bakal kehilangan undi anggota polis dan tentera, namun akan turut menyaksikan penurunan sokongan di  kalangan keluarga, sanak saudara dan golongan atas pagar dari kumpulan tersebut.

Kegagalan Tian Chua dalam menjaga sensitiviti tersebut, dilihat akan memberikan kesan terhadap calon-calon PKR yang bakal diletakkan bertanding khususnya di kawasan yang mempunyai peratusan majoriti undi Melayu. Malah menurut sumber tersebut, penurunan secara mendadak sokongan rakyat di Sabah juga amat merungsingkan, kerana sebelum ini, mereka hampir pasti dapat merampas negeri tersebut dari pengaruh BN/Umno.

“Kenyataan bodoh Tian Chua itu, akan menyebabkan ramai calon-calon ‘favorite’ PKR ‘tersungkur’, malah kalau Ketua Umum (Anwar Ibrahim) gagal menjelaskan dan menarik kembali sokongan rakyat boleh menyebabkan Pas dan DAP turut menerima kesan yang sama” menurut sumber tersebut yang meminta agar identitinya dirahsiakan.

Menurutnya lagi, sebelum ini dia yakin akan dapat mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada pilihanraya yang lalu, namun ekoran kenyataan tersebut telah menyebabkan ramai dikalangan pengikut dan penyokongnya mula menjauhkan diri. Untuk rekod, beliau sebelum ini adalah merupakan salah seorang ahli parlimen yang bertanding atas tiket PKR di salah sebuah negeri di Pantai Timur.

Seorang lagi pemimpin PKR yang ditemui menjelaskan, hasil kajian dan analisa yang dilakukan melalui media-media sosial seperti Facebook, Twitter, Instigram dan sebagainya juga melihatkan penurunan sokongan pengundi atas pagar khususnya generasi muda.

Walaupun pada mulanya mereka hanya ingin melahirkan rasa simpati terhadap apa yang telah terjadi, namun kegagalan pimpinan PKR dalam menjawab kembali semua dakwaan yang dilemparkan telah memburukkan keadaan. Ia kerana tragedi berdarah ini,  telah memakan masa yang agak lama dan menelan angka korban yang ramai khususnya di kalangan anggota keselamatan. Maka perasaan simpati mereka, telah bertukar kepada tanda tanya dan persoalan yang akhirnya telah menyebabkan mereka mula sangsi dengan pakatan pembangkang.

Menurut sumber tersebut, ada dikalangan ahli dan penyokong akar umbi yang telah mula mendesak pimpinan kawasan agar mengusulkan kepada pimpinan PKR pusat agar mengugurkan Tian Chua dari senarai calon PKR. Ia bagi mengelakkan isu tersebut terus digunakan dan dimainkan oleh media BN/Umno untuk menarik undi simpati.

“Sesuatu perlu dilakukan oleh pimpinan PKR pusat, kerana isu Tian Chua telah mula menjadi liabiliti kepada parti” katanya.

Beliau turut mengharapkan agar Perdana Menteri tidak mengambil keputusan untuk membubarkan parlimen dalam masa yang terdekat. Ini kerana, PKR memerlukan sedikit masa untuk memastikan jentera penerangan dapat digerakkan secara menyeluruh bagi membetulkan keadaan.

“Kalau (Datuk Seri) Najib bubar Parlimen, sebelum pimpinan PKR pusat sempat mengerakkan jentera bagi membetulkan keadaan, maka PKR bakal berhadapan dengan satu masalah yang besar” katanya lagi.

Bala Sudah...Anwar Bila Lagi?

    10:00:00 PG   2 comments
bala-deadP Balasubramaniam (PI Bala) yang menjadi antara watak utama dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu diberitakan telah meninggal dunia kerana mengalami serangan jantung kedua. 

altantuya-dadSerangan pertama adalah pada 5 Mac lalu iaitu sehari sebelum beliau dijadual berucap dalam ceramah di Parit Sulong, Johor dan dimasukkan ke Unit Rawatan Jantung (CCU) selama empat hari.  Beliau kemudian dirujuk ke Institut Jantung Negara dan dijadualkan menjalani pembedahan dalam masa terdekat. 

Sebelum itu, ketika progam di Bachok, Kelantan beliau dikatakan telah mengadu sakit dada dan gastrik.

PI Bala baru saja ‘dipulangkan’ dari luar negara oleh pihak PR bagi membantu dalam PRU-13.  Beliau sebelum ini telah melarikan diri keluar negara kononnya kerana ‘diancam’ oleh pihak yang bertanggungjawab membunuh Altantuya.

PR yang terkenal dengan sikap suka mempolitikkan nyawa orang, nampaknya tidak sabar-sabar untuk mempolitikkan kematian Bala.  Ini terbukti apabila sejurus selepas serangan jantung pertama, pihak PR telah pun membuat kenyataan yang membayangkan Bala telah disihir.

Kredibiliti Bala menjadi persoalan penting dalam kes Altantuya memandangkan beliau bukan sahaja telah membuat dua Akuan Bersumpah yang bertentangan tetapi juga didapati mempunyai rekod jenayah ketika bertugas sebagai polis.   Antara jenayah yang dilakukannya turut tertakluk di bawah Akta Penculikan.  Beliau telah diarahkan meletakkan dalam masa jawatan 24 jam. 

anwar-deadBala menggambarkan dirinya sebagai orang tengah dalam kedua-dua Akuan Bersumpah tetapi mengubah ‘watak penting’ iaitu yang menyampaikan arahan kepadanya.   Satu-satunya kisah yang masuk akal dan kekal dalam kedua-dua Akuan Bersumpah Bala ialah hubungan Razak Baginda dengan Altantuya serta wang yang diminta oleh Altantuya. 

Bala dikhabarkan telah menerima amanah dari Razak Baginda untuk menyampaikan sejumlah wang RM50,000 kepada Altantuya.   Versi yang lain pula mengkhabarkan jumlah USD500,000 iaitu komisen pembelian scorpene. 

Memandangkan kes scorpene telah terbukti tidak wujud dan Altantuya juga bukan seorang penterjemah dan tidak pernah ke Perancis dalam waktu urusniaga berjalan maka secara automatik kisah komisen tersebut tidak boleh digunapakai lagi. 

Justeru, kita kini berpegang kepada kisah RM50,000 yang diamanahkan oleh Razak kepada Bala untuk disampaikan kepada Altantuya.  Jika benar Altantuya menerima wang tersebut, kenapakah beliau perlu membuat kecoh di pejabat dan rumah Razak?   Ia hanya masuk akal jika Altantuya sebenarnya tidak menerima wang tersebut.  Jika ini benar, maka hanya Bala yang mampu mengesahkannya. 

Maka tidak mustahil, inilah yang menyebabkan cerita Bala berpusing-pusing dan berbelit-belit.  Dan tidak mustahil ini juga yang menyebabkan Bala diserang sakit jantung setelah dipanggil pulang ke Malaysia bagi membantu PR. 

Ini kerana, Bala tahu apa yang benar apa yang tidak.  Dan kita tahu bukan senang untuk menyorok kebenaran dan menyebarkan penipuan secara berterusan, terutama apabila melibatkan nyawa.  Lebih dahsyat lagi jika diri sendiri yang melakukan kesalahan tersebut.

Seluruh dunia tahu bahawa Bala tinggal di luar negara atas saraan pihak yang memusuhi kerajaan.   Ini kerana, Raja Petra yang turut lari ke luar negara telah memuatnaik gambarnya bersama Bala, bergembira bersama peguam-peguam mereka sambil mengutuk dan mengetawakan kerajaan.   

Jika benar Bala diancam oleh pihak di dalam kerajaan, dan jika benar kerajaan begitu korup lagi berkuasa dan kejam sehingga mampu mengawal keputusan mahkamah serta membunuh, bukankah lebih logik jika Bala juga menerima nasib yang sama dengan Altantuya?  Dan kenapa beliau berani pulang ke Malaysia dan berkempen untuk PR?  Malah, ketika meninggal dunia, beliau berada di rumah bersama isteri, dan bukannya bersembunyi kerana bimbangkan ancaman pihak berkuasa yang korup dan kejam seperti yang dituduhnya? 

Jelaslah, bahawa kerajaan tidak terlibat dalam apa jua mainan atau drama yang diceritakan oleh Bala.  Tidak mustahil Bala sendiri yang menjadi kunci semua kekusutan ini.  Altantuya mungkin tidak akan mati jika benar RM50,000 itu sampai ke tangannya.  

Apapun, Raja Petra telah membuat pengakuan bahawa semuanya hanyalah rekaan.  Zulkefli Noordin yang membela tertuduh dalam kes pembunuhan Altantuya juga telah membuat pengakuan bahawa beliau telah diarahkan oleh Anwar untuk memaksa pelanggannya itu mengaitkan nama Perdana Menteri sedangkan ia tidak benar.  Penipuan SUARAM mengenai scorpene dan Altantuya yang telah terkantoi menguatkan lagi bahawa semua ini hanyalah rekaan semata-mata. 

Paling menarik, bapa Altantuya sendiri telah membuat kenyataan bahawa satu-satunya pihak yang berhubung dan cuba membelinya ialah pihak pembangkang, bukan kerajaan. 

4 pihak telah mengesahkan penglibatan Anwar dan PR, maka apakah ini belum cukup untuk kita melihat kebenaran?   Patutlah Bala tidak mampu menghadapi dunia lagi. 

Kita ucapkan Takziah kepada keluarga Bala.  Harapan kita agar PR tidak mempolitikkan kematiannya pula.   Biarlah dia tenang menerangkan kepada Altantuya ke mana perginya RM50,000 yang diamanahkan melaluinya. 

Semoga mereka yang terlibat dalam fitnah ini insaf, bahawa ajal maut boleh tiba pada bila-bila masa dan tidak semestinya menunggu keputusan Pilihanraya.

Jumaat, 15 Mac 2013

Demi Kepuasan Anwar, PKR Tetap Mahu Politikan Isu Lahad Datu

    10:00:00 PG   4 comments
Ghafir-Abdul-Hamid-pkr-lahad-datu

Kenyataan bekas timbalan tentera, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid mendakwa seolah-olah kerajaan cuba mempolitikkan isu pencerobohan ini dan dilihat gagal menekankan keselamatan negara jelas membuktikan dirinya pengkhianat negara.

Sepatutnya selaku veteran bekas timbalan tentera yang sudah lama berkhidmat dan menabur bakti demi mempertahankan tanahair yang tercinta ini, Abdul Ghafir seharusnya berfikiran rasional dan matang memberi teguran dan nasihat membina.

Tindakan beliau menuding jari menyalahkan kerajaan sewenang-wenangnya secara tidak langsung memperlihatkan kedangkalan serta sifatnya bermotifkan dendam kepada kerajaan semata-mata.

Selepas menyertai PKR baru-baru ini, tindak tanduk serta kenyataan juga jelas mencerminkan watak peribadi Abdul Ghafir yang sebenar iaitu seorang yang rakus, tamakan kuasa serta pangkat, kemungkinan namanya tersenarai sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

Dalam sidang media di ibu pejabat PKR semalam, bekas timbalan tentera, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid berkata kegagalan pasukan perisikan negara mengesan kemasukan penceroboh Selatan Filipina di Lahad Datu menyebabkan anggota keselamatan negara terkorban.

Menurutnya, insiden pencerobohan di Sabah dapat dikekang lebih awal sekiranya pasukan itu memberi tumpuan kepada keselamatan negara berbanding isu tempatan.

Beliau yang kini ahli PKR mendakwa Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) lebih memberi tumpuan kepada isu politik tempatan berbanding mendapatkan maklumat mengenai ancaman luar.

"Saya ingin menegaskan disebabkan kegagalan ini, kebertanggungjawaban itu tidak boleh diambilkira, kalau kita semua rasa kalau ini yang perlu dijelaskan, mereka perlu jelaskan," katanya kepada pemberita.

Mengulas lanjut, Abdul Ghafir selain itu mendakwa seolah-olah kerajaan cuba mempolitikkan isu pencerobohan ini dan dilihat gagal menekankan keselamatan negara.

"Kita tidak sepatutnya...arahan politik diberikan, sepatutnya ada arahan yang jelas datang daripada operasi, politik tidak boleh masuk campur dalam urusan keselamatan negara," katanya yang merujuk kepada Amerika Syarikat yang tegas dalam soal keselamatan dan ketenteraan.

Difahamkan, Kerajaan melancarkan Ops Daulat pada 2 Mac lalu setelah beberapa anggota keselamatan negera terbunuh dalam serangan hendap di Kampung Tanduo.

Setakat ini seramai 57 orang penceroboh bersenjata Sulu yang diketuai oleh Agbimuddin Kiram berjaya dibunuh manakala 9 anggota keselamatan terkorban.

Jamalul Kiram III yang mendakwa sebagai Sultan Sulu menuntut hak sebahagian daripada Sabah.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini mengingatkan agar pemimpin pembangkang tidak membuat andaian berhubung tindakan yang dilakukan oleh tentera dan polis terhadap kumpulan penceroboh tersebut.

Najib menyelar pihak tertentu terutama pemimpin pembangkang yang mendakwa tindakan mempertahankan kedaulatan negara dari peceroboh bersenjata Sulu sebagai 'sandiwara UMNO'.

Polis beri amaran individu hina, persenda pasukan keselamatan negara dikenakan tindakan undang-undang

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran terhadap individu atau pihak yang menyebar dan membuat sebarang ulasan negatif mengenai tindakan pasukan keselamatan negara.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam, Khalid menegaskan arahan telah dikeluarkan supaya mengesan individu yang mengeluarkan kenyataan yang mencerca dan menghina tindakan pasukan keselamatan kita ini.

Beliau berkata demikian bagi merujuk kepada kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua memperlekehkan pasukan keselamatan negara yang sedang bertarung nyawa untuk hapus penceroboh bersenjata Sulu.

"Ini satu perbuatan yang amat keji. Jadi saya minta hentikan sebarang 'statement' yang menghina, mempersenda dan memperlekeh apa jua tindakan keselamatan negara kita kerana kita akan menjejaki mereka sehingga dapat," katanya.

Jelasnya, polis dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memantau semua laman web dan media sosial bagi mengenal pasti mereka yang terlibat.

Susulan itu, Khalid memberitahu polis sudah membuka dua kertas siasatan berhubung perbuatan memperlekeh pasukan keselamatan

Beliau berkata pihaknya akan berbincang dengan Peguam Negara bagi menentukan tindakan berdasarkan undang-undang yang akan dikenakan terhadap mereka yang ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan penceroboh militan itu.

"Biar kita berunding dahulu dengan pihak Peguam Negara untuk siasat kes ini di bawah Seksyen 130 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA 2012) dan Kanun Keseksaan," katanya.

Khamis, 14 Mac 2013

Tipu Jumlah Pengundi, Khalid Ibrahim Kantoi Lagi Dengan SPR

    12:13:00 PG   No comments
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepatutnya mengemukakan senarai pengundi yang didakwanya mencurigakan atau maklumat yang diperolehinya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan pilihan raya akan datang berjalan dengan telus dan lancar.

Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata Abdul Khalid tidak sepatutnya bertindak menyebarkan maklumat yang diperolehnya melalui sebuah akhbar di negeri itu kerana tindakan itu boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan penduduk Selangor.

"Tujuannya (mengemukakan senarai atau maklumat kepada SPR) supaya SPR dapat membuat semakan atau siasatan lapangan dan seterusnya menyediakan fakta serta penjelasan untuk pengetahuan menteri besar Selangor," katanya menerusi satu kenyataan, Rabu.

Akhbar tempatan SelangorKini edisi 8-15 Mac menerusi artikel bertajuk 'Projek Pendemokrasian Bongkar Pengundi Lebih Ramai Daripada Penduduk' mendakwa projek itu mendapati ada kawasan dewan undangan negeri mempunyai jumlah pengundi lebih ramai daripada penduduk.

Berhubung dakwaan pengundi lebih ramai daripada penduduk di daerah mengundi (DM) Bestari Jaya Utara dalam kawasan dewan undangan negeri (DUN) Ijok, beliau berkata DM itu tidak terhad dalam kawasan pekan Bestari Jaya sahaja malah merangkumi 18 lokaliti.

"Laporan itu yang memetik kenyataan menteri besar Selangor, dipercayai merujuk kepada kawasan Bestari Jaya Utara yang dikatakan mempunyai penduduk sekitar 1,788 orang sahaja sedangkan jumlah pengundi dalam daftar pemilih merujuk kepada jumlah pemilih merangkumi 18 lokaliti dalam DM Bestari Jaya Utara.

"Berdasarkan daftar pemilih sehingga Disember 2012, jumlah pemilih bagi DM Bestari Jaya Utara ialah 3,558 orang. Berlaku peningkatan 1,317 pemilih berbanding semasa Daftar Pemilih Induk (DPI) tahun 2006 disebabkan pertambahan sembilan lokaliti baharu," katanya.

Kamaruddin berkata artikel itu tidak benar dan bertujuan mengelirukan orang ramai untuk tujuan kepentingan politik semata-mata serta menyarankan kepada orang ramai supaya merujuk kepada SPR sekiranya mempunyai perkara yang tidak jelas mengenai pilihan raya.

Beliau berkata undang-undang telah memberi ruang kepada pihak yang mencurigai kemasukan nama pemilih di sesuatu bahagian pilihan raya untuk membuat bantahan semasa SPR mempamerkan Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi setiap suku tahun. - BERNAMA

Rabu, 13 Mac 2013

Stupid Betul Lim Kit Siang! Perlembagaan Negara Pun Tak Faham

    12:00:00 PTG   1 comment
lim-kit-siang-stupid-pig
Setelah puas berlagak seperti pakar strategi ketenteraan berhubung tragedi pencerobohan bersenjata di Sabah, pencacai pakatan pembangkang cuba menjadi pakar perlembagaan pula  apabila Penasihat Parti Tindakan Demokratik (DAP) Lim Kit Siang mendesak agar kerajaan persekutuan untuk segera mengumumkan pembubaran parlimen bagi memberi laluan kepada pilihanraya umum ke-13 (PRU13).

Kit Siang turut mengatakan jawatan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri pada ketika ini tidak lagi sah kerana tempoh pentadbiran kerajaan sudah genap lima tahun.   Murah dan dangkal sungguh perkiraan yang dilakukan. 

Entah macamana Kit Siang boleh bermimpi ingin menjadi pemimpin negara jika tidak mampu memahami perlembagaan dan undang-undang mengenai pilihanraya?  Patutlah pemilihan CEC DAP juga haru biru jadinya, rupa-rupanya memang mereka ini ‘lembab’ sedikit otaknya.   

Mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-negeri, Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN), adalah terbubar dengan sendirinya setelah tamat tempoh lima (5) tahun daripada tarikh persidangan pertama Dewan yang berkenaan selepas satu-satu Pilihan Raya Umum - kecuali jika dibubarkan lebih awal. 

Dan untuk rekod, kali terakhir pilihanraya umum diadakan ialah pada 8 Mac 2008, apabila kerajaan pemerintah membubarkan parlimen pada 13 Februari 2008.

Sejurus selepas parti yang mendapat kerusi majoriti membentuk kerajaan, sesuai dengan perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, telah bersetuju untuk menetapkan tarikh 28 April 2008 sebagai tarikh bagi Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen Malaysia Yang Kedua Belas.

Telah tertulis juga bahawa Pilihanraya Umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran tersebut.  Peruntukkan yang serupa juga terkandung di dalam Perlembagaan Negeri-negeri bagi tujuan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri.

Oleh itu, bagaimana pula Kit Siang boleh menuduh pemerintahan BN sekarang sebagai tidak sah?  Takkanlah Kit Siang terlalu gilakan kuasa sehingga tidak boleh mengira hari? 

Kanak-kanak sekolah Tahun Dua juga sudah tentu boleh mengira bahawa parlimen akan terbubar sendiri pada 28 April 2013, dan bahawa isu yang dibangkitkan kononnya Perdana Menteri sedang melaksanakan tugas tanpa mandat rakyat adalah satu bentuk provokasi dan pembohongan oleh orang yang tidak tahu mengira tetapi gila kuasa.

Bagaimanapun, sekiranya pencacai pembangkang mengunapakai ‘kefahaman’ mereka dalam isu ini, iaitu kerajaan mempunyai tempoh 5 tahun bermula dari tarikh pilihanraya umum untuk membubarkan parlimen, maka mereka wajar membubarkan segera DUN-DUN di Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.  

Tindakan ini pasti dilihat sebagai ‘menghormati’ Kit Siang yang secara tidak langsung menyatakan bahawa Azizan, Nik Aziz, Khalid Ibrahim dan Guan Eng bukan lagi Menteri Besar dan Ketua Menteri yang sah dan perlu segera meletakkan jawatan berdasarkan analoginya mengenai perlembagaan negara mengenai pilihanraya

Anwar Bantu Misuari Reka Pembohongan Kematian Pengganas Sulu

    10:00:00 PG   No comments
lahad-datu-mayat-pengganas2

ANWAR dan pencacainya dalam pakatan pembangkang bukan ikhlas sangat bila meminta setiap rakyat menyokong perjuangan pasukan keselamatan dalam menghadapi pencerobohan lanun-lanun Sulu di Lahad Datu, Sabah.

Maklum sajalah, ini kita cakap tentang undi pasti dari beratus ribu orang yang berkhidmat sebagai anggota tentera dan polis sekarang, hilang akal ke Anwar nak hentam anggota keselamatan secara terang-terangan?  Sebagai orang yang hanya beriman kepada undi dan jawatan Perdana Menteri, apa pun tindakan Anwar perlulah berpandukan kepada mood rakyat, kalau rakyat nampak menyokong, Anwar tak akan cukup gila untuk membangkang.

Ini sikap Anwar yang sebenarnya kalau ada orang tak tahu.

Tapi kalau disokong pulak, dilemanya rakyat akan bersatu dan mengundi BN.  Sebagai bekas pemimpin UMNO dan bekas Timbalan Perdana Menteri, ada banyak peristiwa lalu yang Anwar boleh rujuk, antaranya peristiwa 13 Mei 1969 bila mana rakyat yang bersatu selepas insiden tersebut, membawa kepada kemenangan BN antara yang terbesar dan paling selesa dalam pilihanraya umum 1974,

Ini yang paling Anwar bimbang sekali.  Sebab itu anjing-anjing Anwar macam Tian Chua, Khalid Samad dan Chegu Bard diarah untuk hentam pasukan keselamatan tapi dengan beralaskan kecaman terhadap kerajaan BN.

Kononnya kerajaan BN gagal mengawal keadaan di Sabah sejak pencerobohan bermula, walaupun kita semua tahu yang mengawal situasi keselamatan di Sabah (selepas semua proses rundingan tamat) ialah pasukan keselamatan yang menjawab kepada DYMM Yang Dipertuan Agung sebagai pemerintah tertinggi, dengan kerajaan BN sebagai regulatornya sahaja.

Antara 3 nama itu, paling menjengkelkan sudah tentulah Tian Chua, tapi Chegu Bard juga tidak kurang sialnya.

Manakan tidak, CheguBard dalam akaun Facebooknya beberapa hari lepas, dengan sengaja telah menggunakan pembohongan dari akaun Facebook pemimpin MNLF, Nur Misuari (yang mendakwa kematian 53 orang lanun Sulu di Sabah adalah satu pembohongan oleh kerajaan), dengan niat untuk menghasut rakyat Malaysia supaya hilang keyakinan terhadap keupayaan pasukan keselamatan menghapuskan ancaman lanun-lanun tersebut.

lahad-datu-mayat-pengganas1

Tapi jelas kelihatan, cubaan halus CheguBard itu ditolak sepenuhnya oleh rakan Facebooknya sendiri yang tidak segan silu menempelak bekas guru tersebut sebagai tidak patriotik dan hanya menjatuhkan maruah bekas-bekas guru yang lain kerana keterlaluan mempolitikkan perkara sensitif yang tidak perlu dipolitikkan.  Dikala ada rakyat Malaysia di Sabah yang terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing untuk menyelamatkan diri dan keluarga, CheguBard lebih berminat bersekongkol dengan Nur Misuari dengan menyebarkan maklumat tidak berasas.

Untuk menambah perit kepada masa depan politik CheguBard, kerajaan hari ini membenarkan pihak media untuk mengambil gambar mayat 22 lanun Sulu yang ditembak mati anggota pasukan keselamatan sebelum ini.  Mayat-mayat itu hanya berjaya dibawa keluar semalam (Ahad) selepas pasukan keselamatan berjaya memasuki lokasi tempat mayat-mayat itu berada.

Ia ibarat malang berganda untuk CheguBard,  Tapi seperti biasa, najis berat seperti dia ini bukan berminat kepada kebenaran, sebaliknya bagaimana nak memutar belit keadaan supaya rakyat tidak cenderung keterlaluan menyokong kejayaan pasukan keselamatan dan seterusnya memberi potensi yang amat cerah untuk BN menang.

Rakyat perlu ingat, inilah orangnya yang bermimpi besar untuk membentuk kerajaan di peringkat persekutuan.  Rakyat perlu tolak orang seperti ini dan menunjukkan kepada mereka pintu keluar dalam pilihanraya umum akan datang.  Golongan keparat seperti ini perlu diingatkan batas-batas dalam berpolitik, jangan sampai melepasi sempadan yang ditetapkan.

Selasa, 12 Mac 2013

Memalukan! Blogger Pembangkang Maki Hamun Perempuan Depan Orang Ramai

    10:00:00 PG   12 comments
tulang-beshit

Sebelum ini wak tak pernah peduli pun siapa Tulang Besi. Kalau nak diikutkan wak memang malas dan tak berminat langsung ambil tahu pasal blogger-blogger pro Pembangkang yang sentiasa perasan hebat ni. Nak cerita panjang lebar, diaorang ni bukan public figure pun.

Tapi bila dah terlihat klip video You Tube yang kini bertebaran ditanyangkan di blog-blog dan juga laman sosial terasa gatal pula jari-jemari nak menulis serba ringkas tentang insiden pertikaman lidah yang berlaku seperti dalam video di bawah.

Apa ni Bro! tak macho lah maki hamun perempuan, dikhalayak ramai pulak tu. Jatuh standard, nasib lah wak bukan blogger pro Pembangkang, kalau tidak haram nak ngaku member.

Dengar khabarnya peristiwa gusti lidah ni berlaku berpunca dari soalan wartawan yang menanyakan tentang sumpah lakhnat ketika sidang media bapa Saipul round kedua. Soalan biasa je yang ditanya, yang hang pi melenting macam orang tak siuman apa pasal? Nak tunjuk hero ka? Kata memperjuangkan kebebasan media, jawab saja lah! Jangan pilih-pilih soalan

Alamak..Bullshit..Fcuking Shit..Dah masuk 5 perenggan wak punya bebelan ni. Ok lah stop setakat ni dulu. Kepada Tulang Besi, buat-buat lah besabar, dengan perempuan pun hang nak tibai apa barang, lebih baik tukar je jadi TULANG BESHIT...malu la weii...Meh kita layan aksi jantan Malaya melalak depan orang ramai..

Ahad, 10 Mac 2013

Seluruh Rakyat Malaysia Tertipu, Siapa Sebenarnya Anwar Ibrahim Terbongkar

    10:43:00 PTG   17 comments
anwar-kantoi-besar

KANTOI besar.. Sebelum anda menonton klip video You Tube di bawah, wak harap anda semua dapat berlapang dada dan menerima hakikat siapakah manusia bernama Anwar Ibrahim sebenarnya.

Ini lah dia watak sebenar manusia ANUGERAH TUHAN yang begitu dibangga-banggakan oleh penyokong PKR dan sebahagian dari penyokong PAS. Lihat lah bertapa munafiknya Anwar Ibrahim ini

Kalau ada yang masih tidak percaya bahawa itu adalah ANWAR IBRAHIM..elok terjun lombong bunuh diri. Jangan kerana  terlalu taksub terhadap manusia ini, kita sanggup jadi bodoh, jadi barua keranaya. Selamat menonton sampai habis....

Sabtu, 9 Mac 2013

Hanya Dengar Cerita Orang, Azlan Tidak Nafi Anaknya Pernah Diliwat Anwar

    10:00:00 PG   2 comments
saiful-swear-azlan

Tidak mampu menepis isu pencerobohan pengganas Sulu, pihak Pakatan Rakyat pastinya mengharapkan kenyataan ‘U-Turn’ bapa Saiful Bukhari, iaitu Azlan Mohd Lazim, akan dapat menyelamatkan sedikit kredibiliti Anwar yang sudah hancur lebur. 

Kenyataan melalui sidang media itu berbunyi, “Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.  Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melibatkan anak saya,"  Dengan itu, beliau ingin memohon maaf dari Anwar secara terbuka dan juga secara bersemuka. 

Menurut Azlan, tuduhan liwat terhadap Anwar oleh anaknya, adalah konspirasi politik.  Beliau juga secara langsung menuduh pemimpin negara dengan menyatakan, "Saya percaya anak saya telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka, percakapan yang dibuat pada media juga telah diatur dan dirancang oleh pegawai khas pemimpin kanan negara”.

Beliau juga menyatakan yang beliau turut terlibat dalam fitnah tersebut dengan ‘membaca skrip’ yang disediakan atas alasan ‘sayang kepada anak’.   Bagaimanapun, Azlan tidak pula menafikan secara nyata yang Saiful telah diliwat Anwar. 

Menurut Azlan, ‘U-Turn’ ini dibuat kerana merasa tidak tenang setelah ‘MENGUMPUL MAKLUMAT’ dan MAKLUMAN dari orang ramai tetapi mengaku bahawa beliau tidak pernah berbincang dengan pihak pemerintah.  Kata Azlan, semuanya dirancang oleh dan melalui seorang pegawai khas. 

Jika benar, segala kenyataan Azlan ini, kita tertanya-tanya, entah apa yang difikirkan oleh Azlan ketika beliau ‘membaca skrip’ untuk ‘memfitnah Anwar’ dan entah apa yang dirasainya ketika duduk bersila di sebelah Saiful yang melafazkan sumpah mubahalah di dalam masjid.  

Perlu diingatkan bahawa Saiful telah bersumpah laknat di mana jika beliau telah tidak berkata benar maka sumpah tersebut akan memakan dirinya selama 7 keturunan.  Lebih dahsyat lagi, Saiful juga telah bersumpah di hadapan Kaabah di Tanah Suci Mekah.  Maka dengan itu, kita tidak terkejut apabila Saiful langsung tidak berganjak dan pantas menangkis kenyataan bapanya seperti yang tersebar luas di laman sosial dan media alternatif sekarang,:

'bapak diperguna. saya tetap istiqamah. Tidak sesekali berganjak.Tgh fikir tindakan balas, selanjutnya, sy tak mahu melatah.Salam buat rakan2 lain..'  - Saiful Bukhari

Bapa Saiful yang diketahui umum adalah penyokong Anwar tegar sebelum ini.   Beliau mengenali Anwar secara peribadi dan turut berada bersama Anwar di Masjid Negara ketika Reformasi.   Mendapat berita yang anaknya bekerja dengan Anwar Ibrahim merupakan satu kebanggaan buatnya. 

Malah, pada awalnya, beliau juga sukar menerima cerita Saiful diliwat Anwar tetapi akur dengan tangisan anaknya serta rangkaian kejadian dan bukti berkaitan.   Beliau merupakan antara yang paling kecewa apabila anaknya kalah dalam perbicaraan dan beberapa kali membuat kenyataan untuk terus membela anaknya.   Beliau membidas siapa saja, termasuk Majlis Peguam yang cuba menghalang pihaknya membuat rayuan.   Akhirnya, atas usahanya jugalah, kes tersebut kini berada di tangan Mahkamah Rayuan.  

Tetapi, tidak semena-mena, tatkala Anwar Ibrahim sudah tidak mampu menepis dan mengelak isu Sulu, Azlan tiba-tiba membuat U-Turn dan menyatakan yang Saiful tidak pernah menceritakan segala-galanya secara terperinci tetapi hanya mendengarnya melalui media. 

Bolehkah dipercayai bahawa selama beliau ke hulu ke hilir keluar masuk rumah, masjid, pejabat peguam, mahkamah dan Mekah bersama anaknya, kedua beranak ini tidak pernah bercerita secara terperinci tentang apa yang terjadi?

U-Turn jenis apakah ini?  Bagaimana Azlan boleh menuduh pemerintah berkonspirasi jika beliau tidak pernah dipanggil atau bertemu dengan pemerintah secara langsung? Apakah kredibiliti kenyataannya jika ia hanya berdasarkan maklumat yang dikumpul sendiri dan makluman orang ramai? 

Apakah sidang media Azlan lebih berkredibiliti dari sumpah laknat di Mekah ataupun bukti di mahkamah? 

Sebenarnya, tidak sukar bagi rakyat untuk menilai isu ini, kecuali bagi mereka-mereka yang telah buta kerana memuja Anwar Ibrahim. 

Anwar tidak boleh mengalih perhatian kita dari isu Sulu, biar berapapun yang dilaburkannya untuk sesiapa saja membuat U-Turn mengenai apa jua isu yang berkaitan dirinya.  

Isu Sulu adalah isu nyawa rakyat dan kedaulatan negara.  Isu Azlan adalah isu maruah anak dan keluarganya.  Mungkin Azlan tidak punya maruah dan boleh dibeli dengan harga tertentu, tetapi beliau bertuah kerana mempunyai anak yang soleh kerana sanggup mempertahankan maruah dan kebenaran yang dilafazkannya di hadapan kaabah atas nama Allah SWT, walaupun terpaksa menentang bapa sendiri.

Rabu, 6 Mac 2013

Video Reformasi Tak Laku, Yassin Terpaksa Cipta Kontroversi?

    2:07:00 PG   6 comments
yassin-anwar-reformasi

Setakat ini tak ada lagi berita ahli politik atau artis yang mati bila dapat ugutan bunuh, malahan mereka ini masing-masing bebas ke sana ke sini tanpa sedikit pun rasa bimbang tentang keselamatan diri sendiri. Ambil contoh Anwar Berahim, berapa banyak ancaman bunuh diterimanya dan berapa ramai orang di luar sana hendak dia mati. Tapi tak mati-mati juga kan?

Pada wak la..Apa yang Yasin cuba buat ini hanyalah untuk mencari publisiti bagi melariskan video Reformasinya yang tak laku dan tak ada orang nak dengar. Kalau tak kerana masuk berita, wak sendiri pun tak tahu wujudnya lagu 'popular' yang menjadi siulan ramai pencacai PR masa kini.

Udah-udah la tu Yassin oiiii...jangn diikut perangai Bang Non

Wak J  

Gara-gara sebuah video nyanyian bertajuk “Reformasi” yang dimuat naik ke laman YouTube, penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman, 39, diugut dengan ancaman bunuh oleh dua individu melalui laman berkenaan.

Komen yang berbunyi, “Yassin ni patut dibunuh jer.. “ dan “Aku kalau jumpa si Yassin ni kat luar comfirm aku pijak-pijak kepala dia sampai lumat” didapati dibuat pada awal malam semalam selepas kira-kira dua minggu video itu dimuat naik.

Yasin berkata, ugutan bunuh yang diterima melalui video lagunya itu membuktikan ada pihak tidak bertanggungjawab dan menyalahgunakan medium sosial tersebut.

“Perselisihan pendapat adalah perkara biasa dan sebelum ini saya pernah menerima pelbagai pandangan negatif. Namun ugutan bunuh adalah perkara serius.

“Saya tidak pasti sejauh mana seriusnya ugutan yang dibuat itu, namun saya tidak akan berdiam diri jika ia berterusan selepas ini,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabatnya di Kota Damansara, semalam.

Justeru itu, Yasin memberi amaran kepada pengunjung laman sosial agar tidak sewenang-wenangnya meninggalkan komen berunsur ugutan dan fitnah terhadapnya sebelum dia mengambil tindakan undang-undang.

“Sekiranya saya silap dalam penulisan, kita boleh dialog, boleh mengkritik dengan platform yang betul. Bukan dengan ugut-mengugut begini.

“Saya harap individu terbabit berhentilah daripada melakukan perkara begini kepada sesiapa pun. Kebebasan bersuara perlu digunakan untuk kebaikan bukan untuk mengugut dan mencaci orang lain,” katanya kesal dengan perkara itu.

Isnin, 4 Mac 2013

Anwar Tidak Kisah Negara Porakperanda, Janji BN Kalah

    11:04:00 PTG   5 comments
anwar-taja-m16

Kemelut berdarah yang sedang melanda Lahad Datu ketika ini telah mengundang pelbagai persepsi dari pelbagai pihak khususnya di kalangan pimpinan pembangkang. Pelbagai tuduhan dan fitnah dilemparkan ke atas kerajaan BN/Umno khususnya Datuk Seri Najib bagi menambahkan sentimen kebencian rakyat yang telah ditanam sejak sekian lama.

Tidak cukup dengan kenyataan Tian Chua yang mengatakan, pencerobohan bersenjata di Lahad Datu adalah merupakan sandirawa Umno, malah ada di kalangan penyokong mereka yang tergamak menghina wira negara yang terkorban dengan kata-kata kesat seperti mati katak, anjing kerajaan dan sebagainya.

Sebelum kita membuat pelbagai andaian berhubung tragedi ini, ada baiknya kita meneliti analisa yang dikeluarkan oleh pemerhati politik dalam dan luar negara berhubung isu ini. Mereka berpendapat tindakan ketua pembangkang, Anwar Ibrahim yang mengadakan perjumpaan bersama pemimpin utama Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari adalah bertujuan untuk mempengaruhi tentera kerajaan Sulu agar datang ke Sabah.

Analisa itu juga berdasarkan kepada laporan yang dikeluarkan oleh media antarabangsa Reuters dan agensi perisikan tentera Filipina sebelum ini. Mereka antara lainnya mendakwa Anwar adalah merupakan dalang utama terhadap serangan yang dilakukan oleh kumpulan pencerobohan bersenjata.

Namun yang menjadi persoalan utama ialah, mengapakah Anwar tergamak melakukan pengkhianatan tersebut? Ini adalah disababkan kerana, menurut analisa tersebut, pakatan pembangkang tidak mempunyai keyakinan terhadap sokongan rakyat Sabah untuk menolak kerajaan BN/Umno.

Dan sekiranya sokongan rakyat Sabah gagal diperolehi, ia sekaligus bakal menyebabkan impian Anwar untuk merampas Putrajaya hancur berkecai dan bakal menjadi mimpi ngeri buat dirinya. Oleh yang demikian strategi ‘matlamat menghalalkan cara’ perlu digunapakai dalam berdepan dengan dilema ini.

Secara keseluruhan Sabah mempunyai 25 kerusi parlimen, dan pakatan pembangkang dikatakan hanya mampu mencapai kemenangan untuk kerusi Kota Kinabalu. Selebihnya masih lagi samar kerana beberapa faktor seperti jarak kawasan yang luas, pecahan pengundi dan sebagainya. Tanpa sebarang kepastian untuk menembusi kubu kuat BN/Umno ini, sudah pasti Awar tidak berani untuk memperjudikan nasibnya.

Maka sesuatu perlu dilakukan agar huru-hara dapat tercetus di Sabah dan sekaligus memaksa pemerintah untuk mengadakan darurat. Sekiranya Sabah telah diletakkan di dalam keadaan darurat, ia sedikit sebanyak dapat menghalang negeri di Bawah Bayu itu dalam menghadapi proses pilihanraya umum.

Dengan cara itu, kerajaan BN/Umno perlu menjalankan pilihanraya yang berasingan di Sabah sekaligus membolehkan Anwar untuk memberikan tumpuan dan fokus yang menyeluruh hanya di kerusi-kerusi yang boleh ditembusi dan memastikan BN kalah di dalam PRU13. Untuk mengelakkan dari menjadi tumpuan serangan, Anwar mengunakan isu pemberian kad pengenalan sabagai ‘escape point’ dalam perancanagn jahatnya itu.

Tidak ketinggalan juga, rakyat Sabah berketurunan Sulu pada ketika ini dianggarkan hampir 60 ribu orang. Oleh yang demikian, serangan yang dilakukan oleh pihak keselamatan negara terhadap penceroboh bersenjata, sekaligus mampu mengundang simpati rakyat Sabah dan seterusnya marah dengan tindakan pemerintah.

Pendekatan serampang dua mata ini, dilihat akan mampu memberikan kekuatan sokongan terhadap Anwar dalam memastikan usaha untuk menjadi Perdana Menteri tercapai. Begitulah telitinya perancangan Anwar dalam  memastikan obejktifnya tercapai dan terlaksana.

Ahad, 3 Mac 2013

RAMD Siap Sedia Gempur Pengganas Sulu Di Sabah

    11:00:00 PTG   5 comments
ramd-tempur-pengganas-sulu

Inilah yang rakyat semua nanti dan mahukan..Melihat pada keadaan semasa di Sabah yang tidak menentu tahap keselamatanya, kini sudah tiba masanya pihak tentera mengambil alih tugas mengawal suasana serta keselamatan penduduk di kawasan yang terlibat dengan insiden pencerobohan ini.

Semoga dengan kehadiran unit Rejimen Askar Melayu Diraja ini dapat membantu PDRM mengekang pergerakan pengganas Sulu ini supaya tidak terlepas dari kawalan seterusnya mengancam nyawa dan keselamatan penduduk setempat.

Wak sangat yakin, dengan adanya campurtagan dari pihak tentera dalam menagani isu pengganas di Sabah ini, segala kemelut yang melanda dapat diselesaikan dengan cepat dan berkesan. Sabagai rakyat Malaysia, wak menyeru pada diri sendiri dan juga sahabat-sahabat sekalian agar terus berdoa dan memberi sokongan kepada anggota keselamatan negara agar misi yang dilaksana berjaya tanpa melibatkan sebarang kemalangan jiwa. InsyAllah.

rejimen-askar-melayu-tempur

KOTA BAHARU: Sekumpulan anggota tentera 21 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem 8 Briged Pengkalan Chepa berlepas ke Sabah sebagai batalion tambahan untuk menangani krisis pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna.

Suasana pilu kelihatan di kalangan anggota keluarga yang menghantar anggota tentera itu di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa di sini. "Ya Allah, selamatkanlah ayah kami," doa dua adik-beradik, Mohammad Faris Aiman Mohd Faizul Anuar, 6, dan Arisya Sofia, 4, melalui telefon bimbit ketika bercakap dengan bapa mereka, Kpt Mohd Faizul Anuar Fazil.

Siti Nor Juliana Ismail, 28, isteri kepada Koperal Ismail Ibrahim, 31, berkata beliau berasa berat hati melepaskan suaminya namun faham tanggungjawab yang dipikul suaminya demi menjaga keselamatan negara.

Beliau yang berasal dari Pasir Tumboh, di sini, berharap keadaan di Sabah berakhir dengan segera.
Sarimah Othman, 34, isteri kepada Mejar Zaki Kadir berkata perasaannya tidak menentu selepas mengetahui suaminya diarah ke Sabah sebagai anggota tambahan menjaga keselamatan negara.

"Perasaan saya menjadi bimbang, sedih mengenangkan anak-anak yang masih kecil. Saya harap suami pulang dengan selamat," katanya.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dilaporkan berkata bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap tahap keselamatan mereka, dua lagi batalion tambahan tentera dikerah hari ini ke beberapa lokasi di sekitar pantai timur Sabah.

Krisis pencerobohan telah mengorbankan tujuh anggota polis dalam insiden berasingan Jumaat lepas di Lahad Datu dan malam tadi di Semporna.

Dilaporkan sehingga ini 15 orang pengganas Sulu terbunuh, termasuk seorang yang dilapor dibelasah setelah mengancam penduduk sebuah kampung di Semporna.-BERNAMA

Selepas Lanun Sulu, Giliran Anwar Pula Bakal Dibelasah Penduduk Sabah Sampai Mati

    7:38:00 PTG   No comments
anwar-dalang-lahad-datu

Tanpa sebarang AMARAN diberi..tindakan sekumpulan penduduk memukul sehingga mati seorang lelaki yang disyaki lanun Sulu memang wajar dipuji di atas sifat berani yang ditunjukkan walau keadaan pada waktu itu amat berisiko.

Tindakan penduduk kampung membelasah hingga mati lanun Sulu itu juga patut dijadikan peringatan buat Anwar dan juga pemimpin Pembangkang di Sabah yang terlibat dalam rancangan pencerobohan ini agar tidak bertindak mengikut sesuka hati mereka.

Sebagai rakyat yang cintakan keamanan, rakyat Sabah perlu bangkit bersama dengan pihak keselamatan menentang habis-habisan segala anasir subversif yang cuba menimbulkan keadaan huru-hara dan tidak tenteram di negara ini.

Tahniah kepada penduduk Kg Senallang Lama, keberanian anda wajar menjadi contoh ikutan kepada penduduk kampung lain terutama yang tinggal bedekatan di kawasan berlakunya pencerobohan kerana hal begini boleh berlaku tanpa dijangka. Paling penting sekali, utamakan keselamatan diri dan keluarga sebelum melakukan sebarang tindakan.

org-kampung-belasah-lanun-sulu

SEMPORNA - Puluhan penduduk bertindak memukul sehingga mati lelaki bersenjata M16, yang dipercayai terlibat dalam serangan hendap yang mengorbankan lima anggota polis, di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna malam tadi.

Bagaimanapun sehingga kini polis belum memberi pengesahan tentang identiti lelaki itu.

Dalam insiden 7 pagi hari ini, seorang lelaki berbadan besar, berpakaian serba hitam, memegang senjata M-16 dan berumur dalam lingkungan 50-an turun daripada sebuah bukit dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah surau di Kampung Senallang Lama, Semporna di sini.

Seorang penduduk, Abdul Hani Samaullah, 44, berkata, selepas melepaskan tembakan lelaki itu turut menjerit di hening pagi bahawa ‘saya yang menembak polis malam tadi’.

"Lelaki itu kemudian membuka setiap pintu rumah penduduk dan mengarahkan mereka berkumpul di satu kawasan lapang,” katanya yang turut berkumpul bersama penduduk di dalam keadaan ketakutan.

Abdul Hani berkata, penduduk menyerang lelaki terbabit apabila dia bertinggung dan memasang api rokok serta meletakkan senjatanya.

Beliau berkata, lelaki itu dipukul hingga mati dan mayatnya diletakkan dekat dengan sebuah pokok di kampung itu.

Wartawan Bernama yang dalam perjalanan membuat liputan majlis perasmian jambatan baharu oleh Menteri Kemajuan Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal di Kampung Nihak Nihak, pada 8.30 pagi iaitu 30 kilometer daripada Kampung Senallang Lama, sempat melihat mayat lelaki itu dan mendapati kepala lelaki itu berlumuran darah.

Kelihatan penduduk mengemas beg pakaian mereka dan mengosongkan rumah mereka dengan membawa anggota keluarga, termasuk kanak-kanak dan wanita, untuk melarikan diri ke kawasan kampung lain.

Kebanyakan penduduk adalah petani dan pekebun ladang kelapa sawit.

Cubaan untuk menghubungi Ketua Polis Daerah Semporna, DSP Mohd. Firdaus Francis Abdullah untuk mendapatkan maklumat lanjut gagal - BERNAMA

Lagi Polis Ditembak Mati, Menteri KDN Perlu Letak Jawatan Segera

    12:35:00 PG   9 comments
HISHAM KDN

Apa punya lembablah Menteri KDN Malaysia ni..Rakyat sudah naik muak, sampai bila nak bagi AMARAN!...Kasi serang lah!

Harap Najib dapat mengkaji semula kedudukan sepupunya itu dalam jawatan kabinet sekiranya BN menang lagi pada PRU13 akan datang.

Wak J

KUALA LUMPUR - Seorang lagi anggota keselamatan negara terkorban, kali ini dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh di kampung Selamat, Semporna, Sabah iaitu kira-kira 150 kilometer dari Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, Lahad Datu malam tadi.

Menurut sumber polis, pertempuran yang berlaku pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan seorang anggota cedera.

Difahamkan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Lahad Datu dan Tawau telah digegaskan ke sana bagi memberi bantuan.

Difahamkan penceroboh merancang menyerang Balai Polis Lahad Datu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut kerana identiti kedua-dua anggota keselamatan itu belum dikenal pasti.

Kelmarin, dua anggota komando polis VAT 69 terkorban dan tiga lagi anggota pasukan keselamatan negara cedera selepas berlaku insiden tembak-menembak apabila kumpulan penceroboh itu bertembung dengan pasukan keselamatan negara.

Dilaporkan 12 orang daripada kumpulan penceroboh turut terbunuh.
Dua yang terkorban ialah ASP Zulkifli Mamat, 29 dan Sarjan Sabarudin Daud, 46. - Bernama

Sabtu, 2 Mac 2013

Wikipedia Dedahkan Bala Kebas Duit Altantuya RM50,000 Sebelum Dibunuh

    12:00:00 PG   5 comments

Sehari dua ini, dunia politik tanahair sedikit heboh dengan kemunculan semula bekas penyiasat persendirian P. Balasundramaniam yang digunakan sebagai modal baru pakatan pembangkang dalam menarik simpati pengundi. Pelbagai program jelajah telah dirancang dan diadakan demi memastikan rakyat terus tertipu dengan kenyataan bersumpahnya yang menurut Zulkifli Nordin hanya bernilai RM4.00.

Namun apa yang menariknya ialah, ketika Bala begitu ghairah dijadikan sebagai kuda tunggangan baru puak pakatan bagi memburukkan dan menjatuhkan kerajaan dengan cerita tipu dan fitnahnya, laman wikipedia telah mendedahkan mengenai satu penipuan yang dilakukannya terhadap model Altantuya Shaariibuu. Dan penipuan tersebut, akhirnya telah menyebabkan tercetusnya beberapa rentetan peristiwa sehingga menyebabkan kepada kematian Altantuya.

Laman yang merupakan sebuah portal ensiklopedia bebas itu mendedahkan, sebelum kematian  Altantuya, Abdul Razak baginda telah melakukan satu pengeluaran wang tunai berjumlah RM50,000.00. Wang tersebut akhirnya diberikan kepada Bala untuk diserahkan kepada Altantuya.

Namun mungkin kerana sikap tamak dan ‘gelap mata’, Bala bukan sahaja tidak menyerahkan bayaran tersebut, malah telah mencuri wang yang sepatutnya digunakan sebagai kos pembiayaan pulang Altantuya ke negaranya.

Menurut sumber yang dikeluarkan oleh Wikipedia itu juga, wang tersebut adalah merupakan bayaran untuk kerja-kerja yang dilakukan oleh Altantuya sepanjang berkhidmat dengan Razak Baginda. Kegagalan Altantuya untuk menerima pembayaran tersebut, telah menyebabkannya gagal untuk pulang ke negaranya. Yang mana telah menyebabkan berlaku satu tragedi yang akhirnya membawa kepada kematian beliau.

Yang lebih menghairankan, semua kenyataan Bala sebelum ini, yang kononnya bertujuan untuk mendedahkan satu kebenaran, langsung tidak menyebut mengenai kehilangan wang RM50,000 ini. Apakah dia terlupa atau sengaja menyembunyikan fakta sebenar berhubung kehilangan wang tersebut.

Zulkifli Nordin yang juga merupakan bekas peguam bela kes Altantuya sebelum ini juga, pernah mebangkitkan mengenai transaksi wang tersebut. Namun sehingga kini, masih lagi tiada sebarang kenyataan dari Bala berhubung isu yang dibangkitkan ini.

Kegagalan dan keengganan Bala untuk menjelaskan mengenainya, seolah-olah membuktikan bahawa semua dakwaan yang dilemparkan ini mempunyai asas kebenarannya.

Kesimpulannya, bagi mengelakkan masyarakat terus ditipu dengan dakyah dan cerita rekaan pembangkang ini, ada baiknya pihak berkuasa memulakan siasatan berhubung kehilangan wang RM50,000 milik Altantuya yang dipercayai telah dicuri oleh Bala.

Jumaat, 1 Mac 2013

Lahad Datu : Serbu Penceroboh, Tindakan Polis Adalah Wajar

    10:10:00 PTG   2 comments
pencerobohan-lahad-datu-polis
Berita berhubung insiden ‘penaklukan’ Lahad Datu, yang mengakibatkan beberapa orang anggota keselamatan terkorban, begitu mengejutkan masyarakat di negara ini. Kemelut yang memakan masa hampir sebulan ini telah mengakibatkan Malaysia menjadi perhatian dunia berhubung pendekatan penyelesaian yang bakal diambil.

Pelbagai cara dan kaedah telah digunakan oleh pihak kerajaan, antaranya melakukan rundingan demi rundingan dengan ketua penceroboh bersenjata bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Tambahan sekiranya isu ini tidak ditanggani dengan cara yang berkesan, ia boleh mengugat hubungan dunia hala antara kerajaan Malaysia dan Filipina.

Namun semua pendekatan tersebut menemui jalan buntu, bilamana pihak penceroboh tetap berkeras dan enggan menerima keputusan kerajaan. Kerajaan sebelum ini bertegas meminta mereka pulang ke negara asal sekaligus menghormati kedaultanan sesebuah negara.

Namun disebalik kesedihan itu, tidak dilupakan juga setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak keselamatan negara atas tindakan yang diambil terhadap kumpulan penceroboh bersenjata itu. Dan yang paling penting, ia dilakukan setelah kerajaan dan pihak keselamatan negara mengunakan semua pendekatan dan ruang perbincangan.

Menurut sumber, kejadian serangan bermula ketika pihak keselamatan negara yang sedang berkawal di salah satu pos kawalan di sekitar Kampung Tanduo diserang oleh pihak penceroboh bersenjata. Selain senapang dan mesingan, pihak penceroboh turut dilaporkan menyerang pihak keselamatan dengan mengunakan mortar.

Apa yang menyedihkan, ada di kalangan pencacai pembangkang yang mempertikai tindakan tersebut dengan menyalahkan kerajaan dan pihak keselamatan negara di atas serangan tersebut. Namun ia bukanlah satu perkara yang pelik, kerana sudah menjadi resam pembangkang untuk ‘spin’ apa sahaja isu yang boleh digunakan semata-mata untuk merosakkan imej dan kredibilti kerajaan.

Sedangkan pada hakikat, sekiranya benar pihak berkuasa bertindak gopoh dan terburu-buru untuk menamatkan kemelut pencerobohan ini, sudah pasti strategi kumpulan penembak tepat akan digunakan. Ia bukan sahaja dapat mengelakkan nyawa pihak keselamatan negara dari menjadi korban, namun di masa yang sama ia akan dapat diselesaikan tanpa perlu mengambil masa yang lama.

Dengan kelengkapan kepakaran dan peralatan terkini yang dimiliki oleh pihak tentera, bukanlah satu perkara yang mustahil buat kerajaan untuk segera bertindak. Namun sekiranya tindakan tersebut di ambil, maka sudah pasti pihak kerajaan khususnya Datuk Seri Najib akan dikecam oleh masyarakat dunia yang sentiasa cemburu dan iri hati dengan pencapaian negara selama ini.

Dan apa yang pasti, pada ketika itu, para pencacai pembangkang akan turut sama mengambil kesempatan untuk mengkritik kepimpinan kerajaan, kononnya telah gagal menanggani kemelut pencerobohan ini dengan cara yang berkesan. Anwar pula pada ketika itu, yang telah lama merasa kononnya dirinya adalah pilihan yang terbaik bagi menerajui kepimpinan Putrajaya akan memgeluarkan kenyataan menyelar tindakan tersebut.

Isu yang pada mulanya berpunca dari pendekatan dan perancangan sulitnya dengan pemimpin kumpulan penceroboh bersenjata akhirnya telah bertukar menjadi konflik antarabangsa. Dan sekiranya gagal, kerajaan akan dijadikan sebagai kambing hitam, bagi menanggung semua masalah cipntaannya ini.

Oleh yang demikian, sekali lagi diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan dan pihak keselamatan negara diatas kecekapan dalam menghadapi kemelut ini.
Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.