Rabu, 28 Ogos 2013

Betul Ke Bos Perkasa Tak Restu Tindakan Irwan Fahmi Ungut Najib Letak Jawatan?

    10:06:00 PTG   2 comments
Irwan Fahmi Ideris Perkasa
Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris yang membuat kenyataan dalam blognya yang bertajuk ‘Sudah Cukup Segalanya Di Gadai, Haji Najib Wajar Letak Jawatan’, nampaknya keseorangan.

Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Abdul Rahman Abu Bakar yang terkejut dengan kenyataan Irwan Fahmi menjelaskan bahawa Perkasa tidak pernah mengambil pendirian sedemikian.  Walaupun Perkasa agak lantang mengkritik Dato’ Seri Najib dalam mencaturkan PRU-13, namun pertubuhan itu tidak pernah mendesak beliau meletakkan jawatan.

Menurut Datuk Abd. Rahman, Perkasa sedia memberi masa kepada Dato’ Seri Najib untuk mengkaji semula strategi PRU-13 yang dianggap mereka sebagai banyak kelemahan kerana telah mengabaikan penyokong BN dan sebaliknya lebih mengutamakan tuntutan dan desakan pembangkang serta kaum Cina.

Perkasa percaya dengan kritikan pertubuhan tersebut, Dato’ Seri Najib akan dapat membuat percaturan yang lebih baik bagi menghadapi PRU-14.  Dengan itu, Datuk Abd. Rahman menegaskan bahawa kenyataan Irwan Fahmi adalah bersifat peribadi dan bukan mewakili suara Perkasa.

Kita sedia maklum bahawa Presiden Perkasa, Dato’ Ibrahim Ali adalah seorang yang lantang.  Oleh itu, kita pasti, jika Perkasa inginkan Dato’ Seri Najib meletak jawatan maka ia akan dilakukan oleh Presiden sendiri, bukan orang lain.

Memandangkan Dato’ Ibrahim Ali tidak membuat sebarang kenyataan mengenai perkara ini, maka kita pasti bahawa beliau juga tidak berpegang kepada pendirian yang sama dengan Irwan Fahmi.

Nampaknya, Irwan Fahmi telah tersalah langkah.  Beliau mungkin menyangka yang kenyataannya akan menerima sokongan padu berdasarkan kritikan Perkasa terhadap kepimpinan sebelum ini.  Namun, beliau gagal memahami bahawa kritikan bukan bermakna permusuhan.  Kritikan selalunya menandakan keprihatinan atas dasar inginkan yang terbaik untuk subjek yang dikritik.

Irwan Fahmi harus faham bahawa dalam politik, kritikan dari penyokong adalah sesuatu yang baik dan Dato’ Seri Najib cukup maklum mengenainya.  Perkasa dan UMNO adalah saudara kandung, seibu dan sebapa, sebangsa dan seagama.  Kritik mengkritik adalah atas dasar sayang semata-mata serta tidak wajar menjadi barah.   

Perkasa mengkritik bukan untuk menjatuhkan beliau, tetapi untuk mengukuhkan kedudukannya, pastinya kerana Perkasa menaruh sepenuh keyakinan terhadap kepimpinannya. 

Ahad, 25 Ogos 2013

Amerika Desak Morsi Dibebaskan...Umat Islam Kena Main Lagi!

    12:25:00 PG   3 comments
simbol-empat-jari

Wak J: Siapa yang jadi penyokong taksub kepada simbol empat jari nampaknya bakal kena main dengan Erdogan dan sekutu baratnya. Wak dah kata, si Erdogan ni hanya boneka zionis dan tukang pencetus kemarahan umat Islam di Mesir supaya bertempur dengan pihak tentera sampai mati.

Tak kan kita yang cerdik pandai dekat Malaysia ni masih tak nampak lagi permainan propaganda dia orang. Harap, sesiapa yang sudah terpengaruh dengan propaganda Yahudi ni..cepat-cepatlah kembali ke pangkal jalan.

Wak suka nak ingatkan dalam Islam tak pernah mengajar umatnya mengagung-agungkan simbol seperti yang dilakukan oleh umat Islam hari ini di seluruh dunia termasuk Malaysia. Niat tetap tidak boleh menghalalkan cara walau kita hanya menyatakan sokongan pada pihak tertentu.

Jangan diturutkan hawa nafsu dan sokongan membabi buta kalau kita tak pasti hujung pangkalnya, kelak nanti kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi.
Washington: Amerika Syarikat semalam menggesa kerajaan sementara Mesir, supaya membebaskan presiden negara itu yang digulingkan Mohamed Morsi, selepas ia melepaskan bekas pemimpinnya Hosni Mubarak.

“Ini adalah masalah dalaman Mesir dan kami menghormati keputusan kerajaan membebaskan Mubarak. Namun, dasar kami mengenai Morsi adalah sama. Kami percaya beliau juga wajar dibebaskan,” kata jurucakap Jabatan Negara Jen Psaki.
Sejak beberapa hari lalu wartawan meminta ulasan Jabtan Negara mengenai keadaan kedua-dua pemimpin Mesir itu.

Selepas digulingkan pada 2011, Mubarak didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.

Batal hukuman

Hukuman itu dibatalkan dan mahkamah diarah mengadakan perbicaraan semula.
Khamis lalu, Mubarak dipindahkan dari penjara untuk menjalani perintah tahanan dalam rumah di sebuah hospital tentera.

Morsi dipilih secara demokratik tahun lalu, digulingkan pada 3 Julai sebelum ditahan di lokasi dirahsiakan, manakala tindakan tentera ke atas penyokong Morsi menyebabkan beratus-ratus orang terbunuh dalam beberapa siri tunjuk perasaan.

“Untuk memastikan semua proses berjalan dengan lancar, satu proses yang disertai semua pihak hendaklah dilaksanakan. Kami percaya semua pihak perlu diberi peluang untuk mengambil bahagian.

“Adalah sukar untuk melaksanakan proses ini jika ada anggota sesebuah parti ditahan,” katanya.

Amerika Syarikat sebelum ini penyokong kuat rejim Mubarak, sepanjang 30 tahun pemerintahannya sebagai presiden Mesir.

Selepas kebangkitan di rantau Arab, Washington menerima pelantikan Morsi tetapi mengenakan tekanan ke atas presiden itu supaya membawa pembaharuan ekonomi dan sistem demokrasi.

Amerika bagaimanapun belum mengiktiraf penggulingan Morsi sebagai rampasan kuasa tentera. Langkah yang akan secara automatik menyebabkan pemotongan bantuan Amerika kepada Kaherah. - AFP

Rabu, 21 Ogos 2013

Islam Dalam Bahaya! Tentera Dajjal Telah Menguasai Mekah Dan Madinah

    9:32:00 PTG   No comments
Lambang mata Dajjal

Pada ketika ini umat islam di seluruh dunia sedang menumpukan perhatian mereka terhadap krisis yang berlaku di Mesir dan Syria. Tetapi sedarkah kita bahawa apa yang berlaku itu adalah episod terakhir percaturan Dajjal sebelum pergi ke fasa berikutnya sebelum datangnya hari kiamat.

Tahukah anda, sasaran sebenar yang mereka idamkan bukanlah Palestin tapi sebaliknya iaitu MEKAH dan MADINAH. Huru-hara yang berlaku dibeberapa negara arab sekarang ini adalah sebahagian daripada perancangan tentera Dajjal untuk mengaburi mata umat Islam terhadap matlamat utama mereka.

Mungkin ramai daripada kita tidak sedar bahawa Mekah dan Madinah kini telah dikepung dan dikawal secara sistematik oleh Zionis (Israel) bersama sekutunya dari Syiah (Iran). Perancangan jahat mereka telah lama bermula sejak tumbangnya beberapa empayar Islam.

TURKI Uthmaniyah yang ditumbangkan dan jatuh ke tangan puak sekular Ekstreme, walaupun kini diperintah Pemimpin "Islamik" Erdogan, hakikatnya beliau hanyalah Puppet yang hanya bersuara tapi tidak bertindak kerana dikekang pengikut setia Attaturk.

PALESTIN yang sebelum itu makmur dibawah pemerintahan Uthmaniyah ditawan mudah oleh puak kufar sebelum diserahkan pada Zionis.

IRAQ satu-satunya negara yang lantang mempertahankan Palestin secara ketenteraan diceroboh dan diranapkan, Amerika dan negara salib dan bantuan sulit dari Syiah (Iran).

AFGHANISTAN negara mundur yang memiliki hasil bumi paling kaya didunia dirampas oleh Amerika hasil bantuan Syiah (Iran) dan segala hasil buminya disalur pada Zionist  Israel.

LIBYA pimpinan Ghadaffi merupakan musuh ketat Negara Salib dijadikan bahan "eksperimen" untuk mencetuskan "Arab Spring". Rakyatnya dihasut untuk "bangkit" dibantu dengan bersungguh sungguh oleh oleh Tentera Salib (NATO).

SYRIA adalah sasaran sebenar Operasi Arab Spring yang dirancang Zionis kerana sudah tertulis dalam kitab-kitab lama Yahudi bahawa Syria adalah medan perang Armageddon melibatkan Mesiah (Dajjal) dan Al-Mahdi.

MESIR walaupun "diserahkan" kepada Dr Morsi dari Ikhwanul Muslimin,kemudian dirampas semula oleh Tentera Firaun moden pimpinan Syiah dan Zionist bertujuan menimbulkan kemarahan tak terhingga umat islam supaya tercetusnya Armageddon dengan segera!

Cuba kita lihat pada peta dunia Arab sekarang, kesemua negara Arab yang mengelilingi Mekah dan Madinah telah ditawan secara sistematik oleh puak-puak Dajjal.

Arab-Countries-jews

Dan diakhir zaman juga disebut dalam sebuah hadis memberi tahu bahawa tempat suci umat Islam iaitu Kaabah akan diruntuhkan oleh seorang lelaki berkulit hitam dari keturunan hamba HABSHY yang diberi kepercayaan untuk memerintah Rom.......

JADI SIAPAKAH LELAKI HABSHY  ITU? Nak tahu baca sini

Jumaat, 16 Ogos 2013

Kenapa Syiah Pilih PAS Untuk Dijadikan Sarang Membiak?

    9:51:00 PTG   2 comments
pas-syiah-mutah

Walaupun ajaran Syiah telah diwartakan sebagai bertentangan dengan undang-undang tetapi nampaknya ia tidak menghalang penganutnya untuk meneruskan amalan mereka.   Yang terbaru, sebuah video di mana para jemaah mencium mulut Imam di sebuah surau di Pendang pula tersebar.  Amalan ‘mencium mulut sesama lelaki’ adalah jelas merupakan amalan Syiah.  

Ancaman Syiah dikatakan sebagai lebih merbahaya daripada ancaman Zionis, Kristian mahupun liberalis dan pluralis.  Ini kerana Syiah bertopengkan Islam dan rata-rata penganutnya membawa imej Islam konservatif lengkap dengan pakaian serban, jubah, bertudung atau berpurdah.  Malah, lebih dahsyat dari Kristian mahupun Yahudi, Syiah menghalalkan liwat mahupun muta’ah.  

Memandangkan masyarakat Islam di Malaysia amat obses dengan penampilan luaran, maka ramai di kalangan kita mudah ‘terpesona’ dengan imej Islam kumpulan Syiah.  Jangan terkejut jika janggut dan serban imam Syiah sahaja sudah cukup untuk mengaburi mata sebahagian dari umat Islam di sini.   Inilah yang terjadi apabila kita meletakkan ‘imej’ atau ‘simbol’ ke atas Islam sehinggakan ramai yang keliru antara kepentingan imej dan simbol, berbanding ajaran Al-Quran itu sendiri.

Justeru, tidak hairanlah Syiah mampu bertapak di dalam PAS di mana penampilan luaran adalah segala-galanya.

Walaupun PAS menepis dan menafikan kewujudan dan penyebaran ajaran Syiah di dalam parti itu, tetapi penyokong-penyokong PAS sendiri tahu akan hakikat sebenarnya.  Beberapa blog pro-PAS turut menyuarakan kebimbangan dan teguran, namun entah kenapa kepimpinan PAS terus berpura-pura tidak mendengar dan tidak sedar akan hakikat yang sebenar.

Sedar atau tidak, hipokrasi PAS itulah yang menjadi ‘resepi’ penting bagi Syiah untuk bertapak.  Oleh itu, Syiah tidak mungkin menyertai UMNO kerana UMNO tidak menepati keperluan hipokrasi Syiah.

UMNO tidak bergantung kepada imej, simbol atau slogan dalam mengamalkan ajaran Islam.  UMNO berpegang kepada Islam secara rohani dan menyerlahkannya secara kifayah dengan berlandaskan AlQuran dan Sunnah.  Ini tentu sekali bertentangan dengan Syiah yang menolak AlQuran sebagai tulen dan sebaliknya menggariskan kepercayaan mereka berdasarkan hawa nafsu terutama sekali dalam konteks seks.   

Kebetulannya, PAS merupakan parti yang paling sinonim dengan seks.  Pendedahan mengenai pemimpin-pemimpin PAS ‘bertukar-tukar’ isteri bukanlah sesuatu yang mengejutkan lagi, termasuklah di kalangan pemimpin tertinggi bertaraf Ulama.   Hakikat ini menjadikan PAS dan Syiah sebagai satu gandingan yang amat sesuai sekali. 

Kerjasama PAS dengan PKR meningkatkan lagi keserasian PAS dengan Syiah memandangkan PKR memperjuangkan hak untuk meliwat yang mana dihalalkan dalam ajaran Syiah.

Oleh itu, tidak mustahil, keberanian puak-puak Syiah menonjolkan diri hari ini adalah berkait rapat dengan kerjasama PAS dengan PKR.   Hari ini, Syiah mempunyai platform untuk memperjuangkan kebebasan seks melalui PKR, atas hipokrasi imej Islam di dalam PAS.

Berdasarkan hakikat ini, inilah diseru penyokong-penyokong PAS agar bertegas dalam menentang Syiah.

Apa guna berkongsi dan menyeru simpati melalui gambar-gambar dan kisah-kisah pembunuhan Ahli Sunnah di Syria oleh golongan Syiah jika tidak mampu menentang Syiah di dalam parti sendiri?

Penyokong-penyokong PAS yang sedar wajib bangkit membongkar hipokrasi pemimpin mereka dan membersihkan parti dari kesesatan yang nyata.   Bagaimana pemimpin PAS mampu membawa ahli ke syurga, jika terus ‘menternak’ para pemfitnah sahabat-sahabat Rasulullah SAW di dalam parti mereka?     

Khamis, 15 Ogos 2013

Anwar Masih Lagi Rindu Dengan Bau Lubang Jubur Umno?

    10:12:00 PTG   1 comment
anwar-jubur-umno

Beberapa pihak akhir-akhir ini heboh memperkatakan tentang kemungkinan Anwar kembali ke dalam UMNO.   Berbagai teori dikemukakan, antaranya perjanjian sulit antara Anwar dengan Dato’ Seri Najib yang memberi syarat dan ruang tertentu bagi membolehkan Anwar selamat.  Kemudiannya, heboh pula berita bahawa Pak Lah merupakan ‘tali perhubungan’ utama yang bakal menarik Anwar kembali.

Desas-desus ini dikuatkan lagi dengan munculnya buku ‘The Awakening’ yang menjadikan Pak Lah sebagai subjek dan juga laporan Asia Sentinel mengenai pengakuan Anwar bahawa beliau telah berbuhung dengan Dato’ Seri Najib sebelum pilihanraya-13 untuk berbincang soal ‘perjanjian’.

Menurut teori yang dikemukakan, Dato’ Seri Najib kini berada dalam keadaan lemah dan takut lantaran kemenangan PRU-13 yang tipis.   Justeru, Dato’ Seri Najib memerlukan sokongan dari kumpulan Pak Lah dan juga Anwar Ibrahim bagi mengukuhkan kedudukan beliau di dalam UMNO.   Kononnya, kritikan dari kumpulan pro-Tun Mahathir dilihat sebagai pemangkin kepada kejatuhan Dato’ Seri Najib.

Teori ini tidak lain tidak bukan pastinya diilhamkan oleh mereka-mereka yang tidak berpijak di bumi nyata. 

Hakikatnya, Pak Lah dan Anwar adalah dua pihak yang kalah dan ditolak oleh rakyat Malaysia.  Oleh itu, ‘apa ke jadahnya’ bagi Dato’ Seri Najib untuk melukut meraih sokongan dari pihak yang ditolak oleh rakyat?  Bukankah tindakan itu hanya mengundang penolakan terhadap dirinya juga?  

Perlu diingatkan bahawa perjuangan bukan hanya setakat Perhimpunan Agong UMNO sahaja, tetapi perjuangan sebenar ialah PRU-14.

Dalam politik, yang mengkritik tidak semestinya menentang dan yang menyokong kadangkala membawa rebah dan kita pasti Dato’ Seri Najib cukup maklum akan prinsip ini.  

Dalam politik Malaysia pula, sudah jelas bahawa Anwar Ibrahim adalah musuh Dato’ Seri Najib, musuh UMNO dan musuh negara - bukan Tun Mahathir, biar betapa pedas pun kritikan beliau.  Malah, hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah UMNO mungkin gagal meningkatkan jumlah kerusi dalam PRU-13 jika Tun Mahathir tidak bertungkus lumus menjelajah ke serata ceruk negara, berkempen untuk BN. 

Dan semua rakyat Malaysia sedia maklum mengenai situasi ini melainkan mereka-mereka yang punya agenda tersendiri yang enggan mengakuinya.

Sedangkan Anwar sanggup memfitnah Dato’ Seri Najib membunuh dan tidak peduli sekiranya orang yang tidak bersalah dihukum.   Anwar sanggup memburukkan imej Datin Seri Rosmah seburuk-buruknya.  Anwar telah merosakkan UMNO dengan politik wang dan Anwar jugalah yang memburukkan imej negara di serata dunia.

Oleh itu, sekali lagi diulang bahawa Anwar adalah musuh dan tidak ada sebab bagi Dato’ Seri Najib untuk bekerjasama dengan musuh apatah lagi dalam keadaan di mana kedudukan Dato’ Seri Najib adalah jauh lebih kukuh dari kedudukan Anwar sendiri.

Tidak kira apa jua keputusan post-mortem yang dibentangkan, hakikatnya, BN menang dalam PRU-13 semata-mata kerana rakyat, khususnya orang Melayu, menolak PR/Anwar sebagai pemerintah.  Walhal, orang Melayu pada ketika itu, masih ragu-ragu dengan UMNO kerana kewujudan kumpulan pro-Pak Lah di dalamnya.

Namun, orang Melayu masih memberi sokongan kepada UMNO atas faktor keyakinan terhadap kepimpinan Dato’ Seri Najib.

Maka, dengan kekuatan yang ada pada dirinya, untuk apa Dato’ Seri Najib perlu menumpang kelemahan Pak Lah dan Anwar Ibrahim?  

Bukankah lebih logik jika Dato’ Seri Najib bekerjasama dengan kumpulan yang terbukti lebih kuat dan mendapat sokongan rakyat seperti kumpulan pro-Tun Mahathir?

Justeru, teori Anwar akan kembali kepada UMNO ini membuktikan bahawa Anwar sebenarnya sudah tidak lagi menaruh harapan tinggi terhadap partinya sendiri.  Anwar tahu bahawa hanya UMNO yang mampu memberi kuasa kepadanya.

Dalam kata lain, hanya ‘orang-orang Melayu’ yang mampu menentukan Perdana Menteri Malaysia dan kerana itu, Anwar sedaya upaya ingin kembali kepada UMNO.

Malang bagi Anwar kerana orang-orang Melayu sudah serik dengan Anwar mahupun Pak Lah serta kuncu-kuncu mereka.  Dan bagi mana-mana pemimpin UMNO untuk mengharapkan kerjasama dengan dua personaliti ini untuk terus berkuasa, pastinya merupakan satu perhitungan yang salah. 

Selasa, 6 Ogos 2013

Hidup Bersama Anjing Pun Boleh..Apalah Sangat Kalau Melayu Di Anjing-Anjingkan

    12:19:00 PG   5 comments
melayu bersama anjing

Mesti kau orang rasa seronok dan kelakar bila tengok video klip You Tube ni kan? Wak pun rasa macam tu juga bila melihat penguatkuasa dari MPSJ ni dianjing-anjingkan oleh kaum cinabeng yang kononya sangat kuat dan kebal ni...pada hal kaum Cinabeng inilah paling takut mati.

Sayabas kepada melayu-melayu dalam Pakatan Pembangkang kerana telah memberi lesen agong kepada cinabeng-cinabeng ini untuk terus memijak-mijak kepala saudara seislam sendiri seperti yang dapat kita lihat dalam klip video di bawah ini.

Sabar itu separuh dari Iman..takpe kita biarkan je Melayu terus dilayan seperti Anjing kerana Melayu itu adalah bangsa yang sopan, bangsa yang sangat beradab serta bertoleransi, malah sekarang ni pun sudah ada Melayu yang sanggup sehidup semati bersama Anjing! Apa ada hal...

Sabtu, 3 Ogos 2013

Kadar Jenayah Meningkat, Rakyat Wajar Salahkan Pembangkang

    6:21:00 PG   4 comments
nik aziz pistol
Gambar hiasan

Jenayah tembak menembak yang semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini meresahkan semua pihak.   Hampir setiap hari ada sahaja pembunuhan terancang berlaku.  Dari apa yang dilaporkan, semua pembunuhan ini nampaknya dilakukan oleh pembunuh professional atau pembunuh upahan di mana sasarannya telah dikenalpasti lebih awal dan mempunyai motif tertentu.  Dalam kata lain, ia bukan pembunuhan rambang atau rompakan.

Pihak polis telah mengenalpasti beberapa suspek dan mendapati kebanyakan mereka merupakan bekas tahanan EO yang telah dibebaskan.  EO adalah sebahagian dari Akta ISA yang telah dihapuskan ekoran desakan dan asakan hebat dari pembangkang. Akta EO dan ISA membolehkan mereka yang disyaki membahayakan masyarakat dan negara, ditangkap atau dikenakan tahanan rumah iaitu satu tindakan ‘mengurung’ dan ‘mencegah’ mereka dari merancang operasi jenayah.

Pembangkang telah berhujah bahawa Akta ini tidak adil kerana ia membolehkan seseorang dihukum atau ditahan tanpa bicara sedangkan jenayah belum lagi dilakukan mereka.  Kata pembangkang, tindakan ini bertentangan dengan hak asasi manusia.  Lagipun, kata mereka, rakyat Malaysia telah terdidik dengan baik dan tidak lagi memerlukan sebarang Akta yang tidak bertamadun sebegini.

Akhirnya, kerajaan menerima hujah pembangkang.  Sejurus selepas itu, seramai lebih kurang 2,000 tahanan EO di Simpang Renggam telah dibebaskan.

Pembangkang pun begitu bangga mendabik dada atas kejayaan mereka menegakkan hak asasi manusia dan memperjuangkan keadilan dalam negara.  

Namun, apa yang dikhuatiri oleh pihak polis yang meragui keputusan untuk menghapuskan Akta tersebut kini menjadi nyata.  Hari ini, penjenayah tegar, kepala samseng, pembunuh upahan kembali menyambung perancangan mereka yang tergendala apabila ditahan.  Mereka juga pastinya mempunyai rancangan baru.  Hasilnya ialah apa yang dapat kita lihat pada hari ini di mana kejadian tembak menembak menjadi-jadi.

Apa yang berlaku menyebabkan rakyat marah dan geram serta menyalahkan pembangkang.  Rakyat juga musykil mengenai motif sebenar pembangkang untuk melepaskan penjenayah serta meletakkan negara dalam keadaan cemas.   

Menyedari masyarakat kini mencemuh mereka, pembangkang terpaksa mencari jalan mengalih pandangan rakyat ke arah lain.  Maka, muncullah video-video program-program anjuran kerajaan yang dikatakan sebagai mengalih perhatian polis sehingga terlepas pandang terhadap jenayah yang berleluasa.  Kononnya, polis tidak menumpukan perhatian pada kerja yang penting kerana sibuk mengawal program kerajaan.  Muncul juga saranan agar menambah pasukan polis bantuan atau polis swasta bagi membantu mengawal keadaan.

Namun, rakyat lebih tahu bahawa penyelesaiannya sebenarnya terletak kepada Akta EO dan ISA.  Kembalikan saja akta tersebut dan tidak perlu melalut melilau terpinga-pinga mencari jawapan.   Tidak perlu dijaga air muka lagi atau ego sesiapa lagi.  Ini adalah soal nyawa rakyat dan keselamatan negara.  Ini adalah soal kestabilan dan imej negara.  Dan jika berlarutan ia boleh menjejaskan ekonomi negara.

Justeru, pembangkang perlu mengaku sahaja bahawa mereka telah tersalah langkah.  Mengaku sahaja bahawa idea mereka untuk menghapuskan Akta-akta pencegahan adalah idea yang tidak bijak.

Maka, pembangkang wajar mendesak dan mengasak kerajaan sekali lagi agar mengembalikan akta tersebut dan bukannya menghentam polis atau mengambil sikap tidak ada kena mengena dengan apa yang berlaku kini.  Hakikatnya, pembangkang turut bertanggungjawab ke atas jenayah yang berlaku akibat dari penghapusan Akta ISA dan EO.

Jumaat, 2 Ogos 2013

Betul Ke Mat Sabu Terpaksa Solat Jumaat Sebab Nak 'Cover Line'?

    1:06:00 PG   5 comments
mat-sabu-syiah
Bukan nak tuduh-tuduh tapi sekadar ingin bertanya kepada siapa yang rapat dengan Mat Sabu, betul ke apa yang didakwa oleh sahabat Mat Sabu sendiri iaitu Syed Azman bahawa Timbalan Presiden Pas itu hanya bertaqiyah dalam mengerjakan solat Jumaat bagi mengaburi mata penyokongya?

Sebelum anda sambung baca artikel di bawah, apa kata baca sini dulu untuk mengetahui fahaman syiah jenis apakah yang menjadi pegangan Mat Sabu - Wak J
Mengikut Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, hanya dua golongan Mazhab Syiah yang diterima untuk diamalkan di Malaysia iaitu Al – Zaidiyah dan Jaafariah.  Namun, secara dasarnya umat Islam di Malaysia hendaklah mengikut ajaran Islam yang berasaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.

Walaupun terdapat penetapan mengenai Syiah oleh Majlis Fatwa, malangnya, kita sukar sekali untuk mengenalpasti golongan Syiah yang manakah yang diamalkan oleh kelompok-kelompok Syiah di negara ini.  Namun, kita anggapkan mereka mengamalkan ajaran Syiah yang diharamkan berdasarkan pendekatan mereka yang berselindung sebelum ini serta cara mereka beramal yang jelas bertentangan dengan AlQuran.

Kesimpulan ini didapati dari beberapa rencana serta rakaman video yang tersebar luas di internet.  Kita dapati, selain solat berbeza, puak-puak Syiah juga ada yang menambah nama imam mereka di dalam syahadah.  Ini tentu sekali bertentangan dengan AlQuran.  Itu belum  lagi disiasat sama ada mereka turut mengamalkan muta’ah, liwat serta mencerca sahabat dan isteri Rasulullah SAW sepertimana Syiah di Iran.   

Apa yang membimbangkan ialah akhir-akhir ini, Syiah di Malaysia semakin berani menyerlahkan diri.  Antara individu yang telah diketahui umum sebagai pengamal Syiah ialah Faizal Tehrani, seorang karyawan, Khalid Ismat anak muda separuh masak penyokong PKR tegar yang ‘membina nama melalui demonstrasi ganas’ serta Mat Sabu iaitu Naib Presiden PAS.

Mungkin kita boleh ketepikan saja Khalid Ismat yang tidak membawa apa-apa signifikan kepada masyarakat, tetapi Faizal Tehrani dan Mat Sabu wajar diberi perhatian oleh pihak berkuasa agama di negara ini.  Faizal Tehrani didapati sering memasukkan ideologi Syiah dalam karyanya secara nyata dengan mengetengahkan nama-nama pemimpin Syiah serta 12 imam-imam yang disanjung mereka.

Manakala Mat Sabu pula tidak pernah mengakui yang beliau berpegang kepada fahaman Syiah.  Bagaimanapun, ramai di kalangan PAS sendiri yang telah mendedahkan serta mempersoalkan pendirian Mat Sabu mengenai Syiah memandangkan beliau sering memuji-muji tokoh Syiah serta kerap berulang-alik ke Iran berjumpa dengan puak Syiah di sana.

Malah, dalam beberapa demonstrasi sebelum ini, Mat Sabu pernah membawa anak-anak muda yang turut mengangkat poster tokoh-tokoh Syiah.

Justeru, ramai di kalangan PAS yang mengesahkan bahawa Mat Sabu adalah Syiah dan kurang senang dengan beliau.

Malangnya, pemimpin PAS hanya memekakkan telinga dan memejamkan mata.  Walaupun mulut mereka lantang menghentam Syiah dan mengharamkannya di dalam PAS, namun mereka tidak pernah ‘menyoal-siasat’ Mat Sabu.

PAS sanggup membiarkan Mat Sabu menjadi orang nombor dua parti itu walaupun fahamannya diragui.   Mungkin juga alasannya ialah Mat Sabu berpegang kepada ajaran Syiah Al – Zaidiyah atau Jaafariah.  Namun, bagaimana kita boleh memastikannya jika tiada siasatan dilakukan?

Sekiranya Mat Sabu benar-benar pengamal Syiah yang haram di Malaysia, PAS wajib memecatnya sepertimana pendirian rasmi parti.  Jika tidak PAS akan dilihat sebagai munafik.  Lebih dari itu, membiarkan Mat Sabu berada di jawatannya meletakkan PAS dalam risiko dipimpin ke arah kesesatan yang pasti.

Namun, kita tidak hairan jika PAS mengambil remeh soal kesesatan Syiah kerana PAS juga mengambil remeh soal murtad.  Malah, PAS juga melebihkan kafir harbi dari saudara Islam sendiri.

Pelik sekali kerana PAS meremehkan soal sesat dan murtad tetapi lebih berminat untuk menghukum mereka yang dianggap jahil.    Selagi PAS tidak mampu mengenalpasti mana yang lebih berat antara murtad, sesat dan jahil, selagi itulah PAS sendiri berada dalam kesesatan.

Khamis, 1 Ogos 2013

Petisyen Pilihanraya Ditolak, Anwar Meroyan PR Rugi Banyak

    8:00:00 PG   No comments
gay-tua-meroyan
Setelah gagal ‘membatalkan’ keputusan PRU-13 melalui demonstrasi jalanan, Anwar bagaikan kehilangan arah untuk mengatur langkah seterusnya.   Akhirnya Anwar kelihatan terpaksa mengaku kalah dan menerima kemenangan Barisan Nasional.   Apatah lagi setelah beliau sendiri mengangkat sumpah sedangkan balaci-balacinya terus mengharapkan yang beliau menggerakkan pemberontakan besar-besaran.  Apa yang berlaku ini benar-benar membuat Anwar terdiam seketika.

Bagi memastikan namanya tidak terus tenggelam, Anwar mengharapkan agar petisyen pilihanraya yang difailkan oleh calon-calon PR akan memberi beliau sedikit publisiti.   Ini kerana, Anwar sendiri sedia maklum bahawa petisyen yang dikemukakan tidak berasas dan pasti akan ditolak.

Dan penolakan itu akan dijadikan ‘peluru’ baru untuk menghentam kerajaan, mahkamah dan apa saja yang boleh dihentamnya.  Inilah yang sedang berlaku sekarang di mana Anwar sedang membawa watak Ketua Pembangkang yang meroyan sakan kerana petisyen PRU-13 yang difailkan oleh calon PR ditolak.

Kos petisyen yang tinggi membantu Anwar melakonkan babak meroyan dengan lebih berkesan.   Malah, lebih baik lagi bagi Anwar, ia memberikan alasan pula kepada partinya untuk mengutip derma.  Pada 28 Jun lepas, Anwar telah pun mengadakan majlis makan malam untuk mengumpul dana bagi tujuan itu.  Kos keseluruhan yang dianggarkan ialah RM1.5 juta. 

Pada 23 Julai, petisyen yang difailkan oleh dua calon PKR dari Pulau Pinang - Abdul Halim Hussain (bagi kerusi DUN Teluk Bahang) dan Muhammad Baktiar Wan Chik (bagi kerusi Parlimen Balik Pulau) ditolak oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.   Abdul Halim dan Muhammad Baktiar yang kalah kepada calon BN dalam PRU yang lalu diperintahkan membayar kos kepada lawan mereka, pegawai pengurus pilihan raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), masing-masing berjumlah RM10,000 dan RM30,000.

Hakim Hadariah Syed Ismail mengeluarkan perintah itu kepada kedua-duanya kerana gagal mematuhi peruntukan di bawah Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954.

Minggu lepas, calon PAS bagi Parlimen Titiwangsa, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi diperintahkan membayar RM40,000 kepada SPR dan RM30,000 kepada lawannya apabila petisyennya ditolak di Kuala Lumpur.

Dalam skrip meroyan Anwar, beliau menuduh keputusan hakim sebagai tidak betul dan tidak masuk akal kerana bersandarkan alasan teknikal. 

Nampaknya, Anwar lupa bahawa selama ini  beliau sendiri telah beberapa kali terlepas dari dakwaan liwat atas alasan teknikal juga.   Lebih dahsyat, dalam kes-kes liwatnya, segala bukti dan saksi ‘menuding’ kepada dirinya sedangkan di dalam petisyen PRU yang difailkan, satu bukti atau saksi pun tidak ada.

Oleh itu, jika Anwar menolak penghakiman yang dibuat atas alasan teknikal, maka Anwar wajib mengambil sikap yang sama dalam kes-kes liwatnya. 

Walaubagaimanapun, kita faham, orang yang meroyan tentu tidak dapat berfikir dengan baik.  Sebagai aktor tersohor,  Anwar tahu yang beliau tidak perlu berhujah dengan fakta tetapi cukup dengan memainkan babak meroyan ini sebaik mungkin supaya penyokongnya terlupa akan fakta tetapi menumpukan sepenuhnya kepada dirinya.

Kesimpulannya, Anwar hidup atas publisiti, tanpa publisiti matilah dia. Sesungguhnya, petisyen PRU dan lakonan meroyan Anwar hanyalah untuk publisiti, tidak lebih dari itu.  RM1.5 juta, bukan masalah baginya.  Makan malam mengumpul dana hanyalah penyamaran bagi menjustifikasi sumber kewangan partinya, dan mungkin juga dirinya.

Tak Perlu 10 Sebab..Hapus Terus Sistem Pendidikan Vernakular Di Negara Ni!

    2:00:00 PG   No comments
najib-sjkc-cek
Hujung minggu lalu, Persatuan-Persatuan Cina Malaysia telah bersidang di Dewan Besar SJKC Chung Kwo bagi membincangkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015.  Persidangan tersebut melibatkan hadirin seramai 2,500 orang dari 728 NGO. 

Turut hadir ialah Dr Yap Sin Tian (Pengerusi Dong Zong), Teresa Kok Suh Sim (AP Seputeh), Mahfuz Omar (AP Pokok Sena), Nurul Izzah (AP Lembah Pantai), Dr Tan Seng Giaw (AP Kepong), Kulasegaran (AP Ipoh Barat), Tan Sri Robert Pang (pembawa beg duit rasuah), Tian Chua (stuntman dari Batu), Fong Kui Lun (AP Bkt Bintang), Chow Sow Hong (Timbalan Pengerusi Dong Zong), Dr Loh Yoong Keong (New Era College), Arumugam (Wakil Tamil Foundation) dan Liew Chee Woon (wakil Hua Zong).  

Untuk makluman, Hua Zong boleh dikatakan sebagai ‘wakil MCA’.

Di pendekkan artikel, persidangan tersebut diakhiri dengan kesemua yang terlibat sebulat suara menentang Pelan Pendidikan 2013-2015atas alasan ia tidak memberi ruang yang cukup untuk bahasa nenek moyang orang Cina. 

Sedikit pun Cina-Cina Malaysia ini tidak mengambil peduli hakikat bahawa Pelan tersebut telah dikaji dan disusun dengan begitu teliti bagi mengatasi masalah polarisasi kaum yang semakin meruncing di negara ini.  Sebaliknya mereka menyerang sebarang usaha murni untuk menyatupadukan semua kaum sebagai rasis dan diskriminasi.

Kita harap kerajaan tidak mengambil pendekatan ‘defensive’ dalam menangani kelancangan mereka ini, sebaliknya menyerang puak-puak Cina ekstremis ini secara bertubi-tubi atas hakikat bahawa mereka tidak layak menuntut sesuatu yang bukan menjadi tanggungjawab kerajaan.  

Bukan mereka tidak tahu yang kerajaan telah terlalu banyak memberi dan bertolak ansur dalam membicarakan soal pendidikan vernakular walhal kerajaan punya kuasa untuk menghapuskan terus sistem tersebut.

Justeru, kepimpinan tidak perlu takut atau segan untuk bersemuka dan berdiri atas kebenaran.

Apatah lagi dengan hakikat bahawa Cina-cina yang terlibat dalam persidangan tersebut tidak mungkin akan memberi undi kepada kerajaan Barisan Nasional tidak kira sama ada tuntutan mereka dipenuhi ataupun tidak.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa kaum Cina negara ini benar-benar bertekad untuk memisahkan diri dari arus nasional. Dengan itu, mereka pun mengemukakan ‘usul’ dalam persidangan tersebut, seperti berikut:

Malaysia sebuah negara berbilang kaum, bahasa, budaya dan agama. Semua aliran sekolah adalah aset negara. Kerajaan harus laksanakan dasar pendidikan pelbagai aliran.

Menyeru kerajaan betulkan Pelan Pendidikan 2013-2025 mengikut dasar pendidikan yang termaktub dalam Ordinan Pelajaran 1957.

Menyeru rakyat, institusi pendidikan dan pertubuhan memberi sokongan kapada kempen tandatangan untuk membuat aduan terhadap dasar2 Pelan Pendidikan 2013-2025.

‘Usul’ yang mereka kemukakan ini berupa tuntutan yang tidak berasas sama sekali kerana ia tidak disandarkan atas alasan kukuh tentang kenapa Pelan Pendidikan tersebut perlu ditolak.

Malah, mereka juga tidak dapat membuktikan sumbangan bahasa nenek moyang mereka kepada kemakmuran, kemajuan mahupun keamanan negara. Apa yang diulang-ulang hanyalah bahasa tersebut merupakan ‘aset’, namun mereka tidak mampu pula menterjemahkan nilai aset itu kepada negara ini.

Dalam perdebatan ilmiah, sesuatu usul yang dikemukakan tanpa alasan yang kukuh seharusnya dibakulsampahkan saja.

Sebenarnya pihak kerajaan punya lebih banyak hujah untuk menolak mentah-mentah ‘usul’ yang dibentangkan oleh puak ektremis ini. Antaranya:

Bahasa Mandarin tidak pernah diangkat menjadi Bahasa Kebangsaan mahupun Bahasa Kedua negara dan kerajaan tidak punya tanggungjawab untuk mempertahankannya.

Bahasa Mandarin bukan bahawa antarabangsa dan syarikat-syarikat multinasional tidak menggunakan bahasa tersebut untuk berkomunikasi.  Syarikat dari China sendiri memerlukan pekerja yang fasih berbahasa Inggeris untuk berurusan di peringkat antarabangsa termasuk Malaysia.

Bahasa Mandarin tidak penting untuk menjadi negara maju.  Singapura yang mempunyai majoriti penduduk Cina juga mampu mencapai tahap kemajuan yang pesat walaupun tidak menjadikan Mandarin sebagai keutamaan.

Bahasa Mandarin bukan faktor utama untuk mengukuhkan jatidiri Cina, buktinya Cina Singapura atau Cina Amerika masih seorang Cina walaupun tidak fasih berbahasa Mandarin.

Masyarakat Cina tidak pernah dihalang untuk belajar bahasa Mandarin walaupun dengan perlaksanaan Pelan Pendidikan 2013-2015.  Oleh itu, alasan bahawa pelan tersebut tidak memberi ruang yang cukup kepada bahasa itu adalah mengarut sama sekali.
   
Kerajaan juga boleh membuktikan bahawa segala usaha untuk mempertahankan bahasa nenek moyang kaum Cina ini telah membawa lebih banyak keburukan dari kebaikan, antaranya:

Bahasa Mandarin telah dijadikan alat untuk mendiskriminasi kaum bukan Cina di syarikat-syarikat swasta dan perniagaan.

Bahasa  Mandarin telah menyukarkan pergaulan antara kaum dan menyebabkan kaum lain terasa terpinggir dalam sekumpulan yang majoritinya Cina.

Anak-anak Cina lebih fasih berbahasa Mandarin dari Bahasa Rasmi negara iaitu Bahasa Malaysia dan ini menjejaskan usaha untuk membentuk satu bangsa Malaysia.

Bahasa Mandarin memudahkan sesetengah pihak untuk menghasut dan menanam kebencian terhadap kaum lain kerana kaum lain tidak mampu memahaminya.

Akibatnya, Bahasa Mandarin melahirkan anak-anak Cina rasis.

Dari situ, Bahasa Mandarin mampu mencetus ketegangan.

Bahasa Mandarin menjadikan anak-anak Cina sukar berkomunikasi dengan baik sehingga menyukarkan pihak lain dan diri sendiri.  Contoh:  tidak mampu membuat laporan polis dengan tepat, tidak mampu membuat aduan di pejabat kerajaan dengan baik serta menulis surat rasmi yang tunggang langgang bagaikan bukan warganegara ini.

Bahasa Mandarin menjadi punca anak-anak Cina tidak punya semangat patriotik dan tidak punya jatidiri sebagai rakyat Malaysia.

Dengan ini, kita mendesak Cina-cina Malaysia untuk menyangkal hujah-hujah ini dan memberikan sekurang-kurangnya 10 alasan balas tentang kenapa bahasa Mandarin dan sekolah vernakular perlu dipertahankan sehingga ke tahap memperjudikan perpaduan kaum dan keamanan negara?  Mungkin juga boleh tampilkan seorang anak Cina dari sekolah vernakular yang menjadi tokoh cemerlang dalam akademik serta dihormati di negara ini.  Lebih dari itu, mereka wajar mengemukakan cadangan untuk mengatasi masalah polarisasi kaum yang semakin meruncing. 

Jika ini tidak dapat dilakukan, maka seeloknya kerajaan abaikan sahaja mereka ini bermula dari hari ini.

Akhir kata, jika benar orang-orang Cina itu begitu bijak, tunjukkanlah kebijaksanaan itu dengan berhujah berdasarkan alasan yang munasabah serta mengemukakan saranan ke arah penyelesaian masalah.  Sikap suka menuntut, meminta, mendesak, merungut, mengugut dan memaksa tanpa sebab kukuh bukan sikap orang bijak, tetapi sikap samseng yang bodoh dan tidak berhati perut.
Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.