Isnin, 30 September 2013

Hairie Othman Pilih Jadi Pengemis Setelah Masuk PAS

    11:01:00 PTG   1 comment
hairie kutip derma

Setelah menyertai PAS hidup Hairie Othman menjadi semakin tak keruan. Selepas habis madunya dihisap dan diperguna untuk memuaskan nafsu serakah pemimpin politik PAS, nasib bekas pelakon filem Leftenan Adnan itu  kini boleh diibarat seperti sampah yang tidak lagi boleh dikitar semula.

Jangkaan Hairie bahawa hidupnya akan berubah menjadi lebih baik serta mendapat sanjungan penyokong taksub PAS apabila menjebakkan diri dalam kancah politik dengan menyertai PAS sebelum PRU13 lepas ternyata terpeleot sama sekali.

Hari ini, Hairie Othman terpaksa merayu bagai peminta sedakah dan merengek-rengek seperti anak kecil supaya ada pihak yang bersimpati menyuapkan 'dunkin' donat ke dalam mulutnya.

Nasib malang yang menimpa Hairie ini mungkin balasan Tuhan terhadap sikapnya sebelum ini yang begitu angkuh dan sombong macam dia seorang sahaja alim dan warak serta bakal dijanjikan syurga. Sekarang baru nak menyesal rupa-rupanya rezeki Allah tak turun melalui PAS..Padan muka!

hairie-khalwat

KUALA LUMPUR: Pelakon Hairie Othman mengakui kerjaya lakonannya sudah berakhir selepas mengambil keputusan untuk menyertai parti politik Pas sejak dua tahun lalu.

Hairie, 42, berkata, biarpun pihak stesen televisyen tidak pernah menyenaraihitamkan namanya namun kebanyakan pengarah dan penerbit masih mengamalkan diskriminasi terhadap parti politik.

"Saya sedar kerjaya saya memang sudah tamat selepas terlibat dengan politik dan menyertai Pas tapi perkara itu saya sudah fikirkan sebelum saya mengambil keputusan tersebut.

"Saya harap kerajaan negeri Kelantan dan pemimpin Pas dapat membantu artis-artis yang menerima nasib yang sama seperti saya, yang mana pendapatan saya semakin terdesak ketika ini," katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Kerajaan Negeri Kelantan Bersama Selebriti, yang diadakan di Hotel De Palma, di sini, Ahad.

Ahad, 29 September 2013

Jika Karpal Boleh Berdiri Sekalipun PR Tetap Tidak Akan Jadi Kerajaan!

    11:47:00 PTG   1 comment
karpal wheelcha
Saya akan berdiri semula demi Putrajaya

Percaylah..Cita-cita Karpal mahu melihat Pakatan Pembangkang (PR) mengambil alih pentadbiran Putrajaya tidak akan menjadi kenyataan, jika sekalipun dia mampu berjalan semula.

Soal dia tidak mahu berundur dari arena politik itu adalah haknya. Pokoknya, sampai bila Karpal Singh sanggup menunggu impianya itu menjadi kenyataan dengan kedaanya sekarang semakin uzur dan hanya menanti masa untuk masuk 'dalam'.

Tinggi sungguh angan-angan Karpal Singh ini mengalahkan Mat Jenin, harap dia tak mati celik atas kerusi roda kerana hajat tak kesampaian, sudah!

KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP, Karpal Singh menegaskan beliau tidak akan berundur dari politik selagi Pakatan Rakyat gagal membentuk kerajaan Pusat.
  
Pemimpin veteran DAP itu tidak menolak kemungkinan yang beliau akan terus kekal menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang.
  
"Saya tidak akan undur dan bersara dalam waktu terdekat. Memang hasrat saya untuk menyerahkan kepimpinan kepada generasi muda. Kita semakin tua dan orang (pemimpin) tua perlu bersara satu hari nanti.
  
"Saya akan bersara dalam masa munasabah. Munasabah bermaksud lepas apa yang kami mimpikan iaitu untuk jadi kerajaan Persekutuan menjadi kenyataan. Lepas itu baru bagi kepada orang muda," katanya pada sidang media di Kongres Khas DAP di sini, hari ini.
  
Terdahulu dalam ucapan aluannya, Karpal, 73, berkata, beliau dan kepimpinan generasi lama dalam parti itu termasuk penasihat DAP, Lim Kit Siang, 72, perlu berundur bagi memberi laluan kepada generasi muda untuk menerajui parti itu.
  
Kerjaya politik Karpal, seorang peguam, bermula pada 1970 apabila beliau menyertai parti itu.
  
Beliau memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Kedah pada 1974, dan mula menjadi anggota parlimen Jelutong, Pulau Pinang pada 1978.
  
Karpal gagal mempertahankan kawasan Jelutong yang dipegang melebihi 20 tahun pada Pilihan Raya Umum 1999.
  
Sejak 2004, Karpal menjadi wakil rakyat bagi kawasan Bukit Gelugor, Pulau Pinang dan memegang jawatan sebagai Penasihat DAP pada tahun yang sama.  - Bernama

Populariti Pak Guard 'Glamour' Tak Beri Tekanan Pada Mat Yo

    1:33:00 PTG   4 comments
mat-yo-jdt

Biarpun laporan berita menyatakan pasukan Johor DT belum boleh tersenyum kerana masih ada lagi satu perlawanan timbal balik di tempat lawan bagi saingan suku akhir kedua nanti, namun kejayaan membenam ego pasukan The Red Warrior (TRW) malam tadi di tempat sendiri tetap memberi kepuasan.

Tahniah kepada pasukan Johor DT (JDT) kerana berjaya memberi tekanan kepada pasukan Kelantan sekaligus menjadikan laluan TRW pergi ke saingan separuh akhir semakin berliku.

Persembahan Mat Yo malam tadi bersama rakan sepasukan melalui jaringan serta gerakan cantik ke pintu gol lawan wajar diberi pujian. Segala tekanan yang datang baik dari dalam stadium mahu pun dari luar berjaya diserap dengan baik walau pasukan lawan cuba merapatkan jurang gol.

Nampaknya, aura atau populariti Pak Guard 'Glamour' gagal memberi tekanan kepada Mat Yo ekoran dari isu hangat yang sedang melanda bininya.

Syabas sekali lagi kepada pasukan JDT kerana mempamerkan mutu perlawanan bola sepak yang berkelas tinggi. Dengan berbekalkan kemenangan 4-2 semalam diharap ia mampu memberi sutikan semangat kepada pemain dan mengekalkan momentum kemenangan apabila bertandang di tempat lawan sekaligus melayakkan pasukan bola sepak kesayangan rakyat Johor ini mara ke pusingan seterusnya.

pak guard nurul

Johor Bahru: Johor Darul Takzim (JDT) membawa bekalan selesa bertandang ke Kota Bharu, Sabtu ini selepas menjinakkan juara bertahan, Kelantan 4-2 pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.

Berpunca dari tindakan keras Zairul Fitree Ishak yang mengasari Safee Sali seawal minit keempat skuad Harimau Selatan dihadiahkan sepakan percuma dan Jasazrin Jamaluddin yang melakukan sepakan dari jarak 25 meter tepat menuju ke penjuru kanan gol yang gagal diselamatkan, Khairul Fahmi Che Mat.
Sorakan Larkin bergema menyambut jaringan Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo pada minit ke-21 berpunca dari rembatan Safee yang gagal ditangkap kemas Khairul Fahmi. Bola itu kemudian pantas disambar Mat Yo yang kemudian bertindak menggelecek dua pertahanan The Red Warriors (TRW) untuk mencipta gol kedua buat tuan rumah,

JDT di kelas tersendiri

Namun, pelawat bangkit merapatkan jurang gol pada minit ke-22 selepas bola sepakan leret Indra Putra Mahayuddin terbias kaki Aidi Zafuan Abd Radzak menyaksikan penjaga gol, Muhd Al-Hafiz Hamzah tersilap langkah dan sekadar melihat bola menerjah jaring.

Tindakan Khairul Fahmi yang bertindak menjatuhkan Safee di dalam kotak penalti pada minit ke-34 menyaksikan pengadil, Samsuddin Ibrahim tidak teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti.

Apa pun, Safee gagal melakukan penyudah apabila bola sepakan derasnya diselamatkan penjaga gol TRW itu.

Nyata Harimau Selatan berada di kelas tersendiri apabila mencipta gol pada minit ke-39 selepas usaha Norshahrul yang menggelecek bola dari kawasan tengah padang pantas melorongkan bola kepada Safiq Rahim yang tidak dikawal dan kemudian bertindak menyepak bola leret menewaskan Khairul Fahmi.

Penjaga garisan cedera

Namun apa yang cuba dilakarkan oleh Harimau Selatan bagaikan menjadi mimpi ngeri apabila TRW kembali bangkit merapatkan jurang gol pada minit ke-49 berpunca dari bola sepakan lintang Mohd Norfarhan Mohamad ditanduk kemas Obinna Nwaneri menewaskan Muhd Al-Hafiz.

Apa pun aksi kedua-dua pasukan terpaksa dihentikan pada minit ke-60 selama lima minit selepas penjaga garisan pertama, Mohd Sabri Mat Daud yang mengalami kecederaan otot terpaksa digantikan dengan pengadil keempat, Zulkarnain Zakaria.

Kejadian itu adalah pertukaran pertama membabitkan pengadil pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Insiden itu tidak menghalang Harimau Selatan kembali bangkit untuk mencipta jaringan pada minit ke-81 selepas pemain gantian Leonel Nunez meledak rembatan kencang dari sepakan percuma tepat ke penjuru kanan gol untuk memastikan kemenangan selesa tuan rumah.
Berita Harian

Husam Sebak Nik Aziz Hanya Derma RM5000 Bina Lebuh Raya Rakyat

    2:25:00 PG   1 comment
nik-aziz-lebuhraya-tak-siap

Cuba kita amati betul-betul klip You Tube minit-minit akhir di bawah ini di mana Nik Aziz dengan bangga dan riaknya membuat pengakuan bahawa dia telah menderma wang sebanyak RM5000 untuk projek lebuh raya rakyat yang tidak tahu bila tarikh siapnya.

Dalam pengakuanya di hadapan wartawan, Nik Aziz juga berharap dangan sumbangan sebanyak RM5000 itu dapat memberi pahala kepada diri dan juga kedua arwah ibubapanya kelak.

Sumbangan yang diberikan Nik Aziz memang patut diberi penghargaan yang tinggi kerana bukan senang orang kaya yang memiliki tanah berkepuk-kepuk sepertinya sanggup menyumbang wang sebegitu banyak demi keselesaan rakyat.

Tapi, cuma satu sahaja tabiat buruk Nik Aziz yang sukar dikikis dari hatinya iaitu sifat tidak ikhlas bila membuat sesuatu perkara. Contoh jelas seperti yang dapat dilihat dalam rakaman Youtube di bawah. Sebagai ulamak tersohor yang menjadi sembahan kepada para pentaksub PAS, sepatutnya penyakit hati seperti ini tidak harus ada dalam dirinya.

Sekiranya Nik Aziz benar-benar ikhlas hendak membantu rakyat Kelantan, sepatutnya tidak perlu lah diwar-warkan tentang sumbangan ikhlasnya itu pada media kalau niatnya semata-mata hendak mendapatkan pahala tak kira samada sumbangan yang diberi itu kecil atau besar nilainya. 

Tapi kenapa Nik Aziz buat begitu?

Sabtu, 28 September 2013

Pengurus Pak Gurad 'Glamour' Tetap Saman Siti Aisya Sebab Mat Yo Banyak Duit

    8:00:00 PTG   11 comments
pak-guard-pengurus-saman-mat-yo.jpg
Nanti kalau menang saman..I naikkan gaji U RM100 ok tak?

Ini lah masanya kalau nak mencari wang mudah mengikut style Pakatan Pembangkang memandangkan Mat Yo sekarang ini tengah banyak duit  selaku pemain bola sepak terkenal dalam negara dengan cara menyaman.

Bijak juga kepala otak pegurus syarikat pengawal keselamatan ni ambil peluang dengan memperguana populariti sementara pekerja bawahanya yang tengah meletup-letup sekarang ni untuk membuat keuntungan.

Jika kes ini dibawa ke mahkamah dan ditakdirkan bini Mat Yo kalah, sudah tentu yang akan membayar duit ganti rugi atau saman tersebut adalah suaminya. Sekiranya yang memaki hamun Pak Gurad itu bukan datang dari orang terkenal dan banyak duit, agak-agaknya mahukah pihak syarikat pengawal keselamtan itu meneruskan samanya?

Dengar khabarnya, penguam dari Pakatan Pembangkang bakal dilantik dalam perbicaraan kes saman ini sekiranya di bawa ke Mahkamah. Sebab itu lah Nurul Izzah dengan sepantas kilat turun Air port semata-mata hendak bergambar dengan Pak Guard yang tak pernah dikenalinya sebelum ini.

Mungkin ramai dari kalangan kita rasa gembira dengan berita di bawah ini, namun harus diingat sekiranya Pak Guard 'Glamour' ini menang kesnya, adakah berbaloi segala makian yang dihambur bini Mat Yo padanya jika wang ganjaran dari kes saman tersebut disapu licin oleh pihak syarikat.

Silap-silap hari bulan Pak Guard glamor tu cuma dapat hampas saja sebagai sagu hati.

Subang Jaya: “Tidak kira sama ada laporan polis ditarik atau permohonan maaf dibuat, kami akan tetap melanjutkan kes ini ke mahkamah.”

Itu tegas Pengurus Cawangan Valiant Force Sdn Bhd Mukhveer Singh Gill susulan insiden pertengkaran kakitangan syarikat itu Azman Md Nayan, 49, dengan Siti Aisya Adam, 24, isteri pemain bola sepak negara Norshahrul Idlan Talaha, 27, atau Mat Yo, pada 12 September lalu.

Mukhveer berkata, pendirian itu diambil kerana Siti Aisya terlebih dulu mengugut untuk memanjangkan insiden itu ke mahkamah.

“Sebagai syarikat kawalan keselamatan yang bertanggungjawab, kami akan melakukan apa saja untuk mempertahankan kakitangan kami,” katanya, semalam.

Insiden pertengkaran Siti Aisya dengan Azman menjadi perhatian ramai apabila rakaman video kejadian itu yang berdurasi 55 saat dimuat naik ke Internet dan disebar luas pengguna laman sosial Facebook (FB) serta YouTube.

Harian Metro

Maki Hamun Bini Mat Yo, Jadikan 'Pak Guard' Terkenal Seperti Artis Popular

    12:22:00 PTG   1 comment
Bini Mat Yo Cun
 
Berbalik pada cerita bini Mat Yo, wak dapat tahu bahawa tuan punya body yang bersalah sudah pun meminta maaf. Seelok-eloknya isu ini tak perlu di sensasikan lagi memandangkan Pak Guard yang dimaki hamun itu sudah glamour macam artis sekarang. Berebut-rebut peminat hendak bergambar denganya di air port termasuk orang politik yang berkepentingan.
 
Actualy...Wak bukan nak bela sangat sikap kurang ajar bini Mat Yo dengan orang tua. Cuma hari tu bila terpampang muka Pak Guard bergambar bersama anak Peliwat Negara, darah terus menyirap..kalau dengan orang lain tak apa lagi. Tapi biasa lah kalau dah nama manusia tentu tak pernah sunyi dari melakukan kesilapan, nak-nak lagi bila berlakikan pemain bola bergaji mahal walau kadangkala perfomance tak seberapa bersama JDT. Wak harap dua pihak ni berdamai sesama sendiri dengan cara yang elok.
 
Kepada yang sound wak dalam artikel lepas berkaitan isu ni, wak terima dengan hati terbuka. Wak tak amal gaya politik sempit kerana mempolitik setiap isu yang berlaku termasuk isu ni. Sekiranya di sebelah Pembangkang boleh mempolitikkan hal Agama...apa lah sangat kalau wak cuba politikkan isu ni mengikut persepsi sendiri sebagai pemerhati. Tak yah la nak sentap sangat..
 
Wak doakan semoga selepas ini nasib Pak Guard akan berubah jadi lebih baik gara-gara kena maki jantan dayus. Kalau tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia..siapa tahukan. Harap setsen TV atau penerbit filem dan drama sila ambil perhatian perkara ni ok!
 
Kepada bini Mat Yo..ubah-ubah la perangai tu..awak tu perempuan tolong jaga sikit nama baik suami. Muka lawa mana pun kalau buruk perangai tak guna. Jangan sampai bila dah berkedut baru nak menyesal!

P/S: Tak tahu kenapa Wak kurang stim nak ulas pasal pemilihan UMNO...

Kuala Lumpur: "Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.

“Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku,” kata Siti Aisya Adam, 24, isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha, ketika mengulas mengenai video dia bergaduh dengan pengawal keselamatan kini tersebar luas. 

Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia tidak tahu apa motif sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan baru tersebar sejak Selasa lalu. 

“Saya tidak mengetahui mengenai penyebaran video ini sehingga dimaklumkan keluarga yang turut terkejut melihat insiden berkenaan. Apa motif individu itu menyiarkan video berkenaan. Adakah disebabkan suami saya pemain bola sepak negara?

Dua individu miliki video

“Ramai menyangka saya yang menyebarkan video berkenaan, namun di sini saya tegaskan, penyebaran video itu tiada kaitan langsung dengan saya. Apa yang saya boleh cakap, hanya dua orang yang memiliki video berkenaan, namun saya enggan dedahkan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Siti Aisya yang tertekan susulan kejadian itu berkata, selepas tersebarnya video berkenaan, ramai yang marah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, namun mereka tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku.
 
“Malah, masyarakat menuduh tindakan saya memalukan suami. Saya bukan seorang biadap, kejadian ini berlaku apabila individu lain mencabar saya sehingga menimbulkan kemarahan. 

“Jujur saya katakan, saya hormat orang tua kerana kehilangan bapa sejak berusia 12 tahun. Tatkala masyarakat mencemuh saya selepas melihat video berkenaan, saya tidak mampu mempertahankan diri sebaliknya hanya mampu berdoa supaya kebenaran sebenar akan timbul,” katanya sambil menangis.

Insiden kekecohan membabitkan isteri kepada pemain bola sepak negara dengan pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mula tersebar secara meluas sejak Selasa lalu.

Rakaman selama 54 saat itu turut menampakkan wajah Nor Shahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, yang menyaksikan perang mulut antara isterinya dengan pengawal keselamatan terbabit, Azman Md Nayan, 49.

Tak terlintas saman

Siti Aisya turut meminta masyarakat tidak mencemuh suaminya disebabkan insiden membabitkan dirinya, sebaliknya Nor Shahrul tiada kena mengena dalam kes terbabit.

Ditanya sama ada beliau bertindak menyaman pengawal keselamatan itu, Siti Aisya menjelaskan tidak pernah terlintas untuk bertindak sejauh itu, sebaliknya peguam dilantik selepas video berkenaan mula tersebar.

Berita Harian

Jumaat, 27 September 2013

Nik Aziz Banyak Duit, Banyak Tanah...Tapi Hanya Mampu Sumbang Tongkat Jerk!

    8:51:00 PTG   3 comments
Nik Aziz Lelong Tongkat

Macam tak percaya bila harga sebatang tongkat boleh mencecah RM15 ribu. Ada apa-apa kuasa atau syafaat ke tongkat milik Nik Aziz tu sampai ramai yang berebut-rebut membuat bidaan untuk memiliki tongkat tersebut.

Wak difahamkan, Nik Aziz melelong tongkat miliknya bertujuan untuk mengumpul dana bagi membantu mangsa kebarakaran. Usaha yang dilakukan Nik Aziz tu memang wak puji tapi janganlah kemut sangat.
Walau dah tua dan uzur dan kadang-kadang pelupa, namun akal Nik Aziz masih lagi ligat memikirkan helah terutamanya jika perkara itu melibatkan wang. Kenapa wak kata macam tu...Untuk mengelak dari menyumbang wang sendiri dengan jumlah yang banyak, Nik Aziz hanya memberi tongkatnya untuk dilelong dengan harapan ia mampu memberi pulangan lumayan hasil bidaan para penyokong taksubnya.

Mudah bukan..itulah untungnya jadi penjual agama!

Kalau wak tak lupa, dulu Nik Aziz pernah melelong gambarnya bersama isteri, sekarang giliran tongkatnya pula, lepas ni ntah apa agaknya yang akan dilelong Nik Aziz. Yang menjadi tanda tanya sampai sekarang, apa dia orang buat dengan barang-barang tersebut...sembahan...pujaan..barang perhiasan atau ambil berkat?..

Memang Patut Pun Pak Guard Ni Kena Sepak Dengan Bini Mat Yo

    12:56:00 PG   26 comments
pak-guard-nurul

Masa mula-mula wak dengar kisah Pak Gurad yang menyayat hati ni adalah sikit rasa simpati dengan nasib malangnya kerana dimaki sebagai jantan dayus oleh bini Mat Yo.

Namun hari ni, rasa simpati tu hilang tiba-tiba bila terlihat foto Pak Guard sedang tersengih kambing bersama anak Peliwat Ulung Negara, Nurul Izzah.

Biar pun ada yang kata, kemunculan Nurul Izzah bersama Pak Guard tu sekadar menangguk di air yang keruh atau cuba mencari publisiti murahan. Namun persepsi orang lain pasti akan menganggap dan mengata bahawa si Pak Guard ni adalah penyokong tegar Pakatan Pembangkang.

Sudah tentu selepas ini rasa simpati orang ramai akan bertukar menjadi benci dan meluat gara-gara anak puaka Anwar Berahim. Nasib badan lah!

Selasa, 24 September 2013

Siapa Kata PAS Main Duit Untuk Dapat Undi Bakal Masuk Neraka!

    10:44:00 PTG   1 comment
nik-aziz-beri-rasuah

Pemimpin PAS nampaknya masih tidak sedar-sedar tentang kenapa orang Melayu menolak parti itu dalam PRU yang lalu.  Penolakan orang Melayu bukan sahaja kerana PAS bekerjasama dengan harbi dan pluralis, tetapi juga kerana sikap PAS itu sendiri yang terlalu takbur dan riak dalam agama.  Sedangkan hakikatnya, PAS tidak pernah menyumbang apa-apa kepada umat Islam negara ini selain membawa perpecahan.

Malah, sehingga ke hari ini juga, PAS masih tegar membawa strategi mengkafirkan UMNO dan mengangkat diri sendiri sebagai maksum.  Lebih dahsyat, PAS juga membawa kesesatan dengan bersekongkol dengan parti yang memperjuangkan kristian dan juga LGBT.

Tanpa mempelajari apa-apa dari keputusan PRU-13 yang lalu, PAS terus menuduh UMNO menang secara tidak adil.  Memandangkan isu 40,000 pengundi hantu sudah dapat dipatahkan dan isu blackout juga sudah terkantoi, maka PAS memaksakan isu baru bagi menafikan kekalahan mereka.

Kali ini, akhbar Harakah menuduh UMNO menyogok dan mengugut pengundi bagi memastikan kemenangan pada PRU lalu. 

PAS boleh terus menuduh apa saja tanpa mampu membuktikan apa-apa tetapi PAS juga tidak boleh menafikan yang parti itu turut menggunakan wang bagi membeli undi.  Semua orang tahu bahawa PAS turut memberi wang kepada pengundi luar untuk pulang mengundi.  Malah, PAS turut memasukkan wang melalui bank terlebih dahulu untuk memastian pengundi tersebut pulang mengundi pada pilihanraya.

Semua ini telah pun didedahkan berkali-kali dan diakui oleh orang-orang PAS sendiri.  Justeru, bagi PAS untuk mendabik dada sebagai bersih dan tidak bermain politik wang merupakan satu pembohongan dan kemunafikan yang jelas sekali.

Lagipun, tiada siapa yang akan lupakan gambar Nik Aziz yang tersebar ketika mengagihkan wang kepada orang asli bagi di ambang pilihanraya.  Gambar tersebut akan kekal dalam ingatan dan sejarah politik negara.  Apa yang menarik, Nik Aziz juga tidak menafikan bahawa itu adalah dirinya tetapi hanya mengelak dengan berkata bahawa wang tersebut adalah sedekah dan bukan rasuah.

Soalnya, kenapakah sedekah diberi kepada satu kawasan yang kontroversi di ambang pilihanraya dan diberi pula kepada kumpulan masyarakat yang tidak begitu terdesak memerlukannya?  Sedangkan begitu ramai lagi rakyat Kelantan yang memerlukan sedekah berbanding mereka itu?

Jawabnya, kerana PAS adalah parti yang busuk sebusuk-busuknya.  Parti ini menggunakan agama untuk berbohong, memfitnah dan juga untuk merasuah.  Selagi PAS terus membawa pendekatan ini dalam politik, semakin ramailah pengundi yang akan meninggalkan PAS dalam PRU nanti.

Ahad, 22 September 2013

Selamat Bertanding Dato Sri Hishammudin Hussein.. Wak Caya Lu!

    11:41:00 PTG   4 comments
kerismudin-2.jpg

Sekarang ni masing-masing tangah galak dan sibuk pasal Pemilihan Agong Umno (PAU). Pada calon yang bertanding pula sekarang ni tengah sibuk berkempen mempromosi diri sendiri supaya dipilih.

Dikhabarkan seramai 148 ribu pemilih bakal menentukan siapa yang layak jadi pemimpin UMNO kelak. Di peringkat tertinggi pula, jawatan Presiden dan Timbalan Presiden sudah selamat kerana menang tanpa bertanding. Bagaimana pula nasib yang lain-lain seperti Hishammudin Hussein terutamanya.

Dikhabarkan juga nasib Hishammudin kini bagai telur di hujung tanduk. Ramai ahli UMNO yang menyampah dengan sikapnya yang terlalu lembut, kurang tegas dan mudah tunduk kepada desakkan pihak lain.

Agak seram juga pemilihan kali ni, kerana nasib calon yang bertanding sukar diramal.  Apa yang wak boleh kata, selamat bertanding dan semoga berjaya dipilih. Jangan main duit, jangan tikam belakang kerana tu budaya Anwar Ibrahim.

Baca sini juga pasal Hishammudin Hussein yang dikhabar tak cukup 'jantan' dan  Melayu jiwanya. Bila setiap kali cium Keris mesti kena minta maaf sebab nak jaga hati puak Cinabeng yang mudah terasa dan terancam.

kerismudin-1

kerismudin-3

Isnin, 16 September 2013

16 September, Hari Malang Buat Seluruh Penyokong Pembangkang

    1:50:00 PTG   2 comments
pembohongan-anwar-16september

Pada tanggal 16 September setiap tahun ada dua perkara bersejarah  berlaku dalam negara kita. Pertamanya ialah penyertaan Sabah dan Sarawak bersama negeri-negeri Semenanjung untuk membentuk Persekutuan Malaysia. Keduanya ialah episod pembohongan terbesar Anwar Ibrahim yang berjaya memperdaya seluruh penyokong PKR, PAS dan DAP bahawa dirinya akan ditabal menjadi Perdana Menteri pada tarikh tersebut.

Biarpun sudah beberapa tahun  peristiwa Anwar Ibrahim mahu menjadi Perdana Menteri melalui saluran belakang yang amat digemarinya itu berlalu namun ia tetap kekal terpahat dalam sanubari hati rakyat Malaysia sampai bila-bila.

Disaat seluruh rakyat Malaysia bergembira menyambut Hari Malaysia dengan percikan bunga api yang indah-indah di angkasa, terdapat sekumpulan manusia menganggap kedatangan 16 September yang berlaku setiap tahun ini sebagai hari kekecewaan atau tahun malang dalan hidup mereka apabila impian untuk melihat Pakatan Pembangkang mengambil alih Putrajaya dengan menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri bersepai di tengah jalan.



Berakhirnya PRU13 pada 5 Mei lepas, Barisan Nasional (BN) telah berjaya sekali lagi membentuk Kerajaan dengan mandat baru yang diberikan rakyat walau tidak mendapat sokongan kaum Cina. Dengan itu, peluang Anwar Ibrahim mahu menabalkan dirinya sebagai Perdana Menteri semakin mengecut apabila masa yang diberikan  oleh para pendana Yahudi padanya  semakin suntuk kerana hasil yang diharapkan tidak kunjung tiba setalah banyak duit habis dibelanjakan.

Ada pihak beranggapan berakhirnya PRU13 maka tamat sudah impain Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri. Suka diingatkan di sini supaya jangan sesekali memandang rendah tentang keupayaan Anwar Ibrahim walau pada waktu sekarang kelibatnya kurang menonjol di media massa. Dalam keadaan terdesak sekarang, Anwar Ibrahim sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan dirinya menjadi Perdana Menteri walau terpaksa melawan takdir Tuhan yang telah ditetapkan dalam hidupnya.

Pasti ramai  sedang menjelir lidah sambil mentertawakan penyokong Pakatan Pembangkang bila menjelang tarikh 16 September kerana mengenangkan hari di mana mereka ini telah dikencing dan diperbodoh Anwar Ibrahim secukup-cukupnya. Namun apa yang pelik ntah mengapa setelah diperlakukan sedemikian, penyokong tegar Pembangkang ini tetap mempercayai idolanya itu akan menjadi Perdana Menteri satu hari nanti yang ntah tidak tahu bilanya. Ilmu sihir apakah yang diguna Anwar Ibrahim untuk menundukkan pengikutnya ini?

Ahad, 15 September 2013

Cina DAP Gelabah Bila Najib Bersungguh Mahu Memperkasa Ekonomi Bumiputera

    2:13:00 PG   16 comments
najib-perkasa-ekonomi-bumiputera

Keraguan dan kebimbangan orang Melayu serta kaum Bumiputera terhadap kepimpinan Dato Sri Naib selepas berakhirnya Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) hari ini semuanya terjawab dengan pelancaran program Memperkasa Ekonomi Bumiputera yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Sendiri.

Ketika berucap di majlis itu, Dato Sri Najib telah mengumumkan beberapa langkah untuk meningkatkan ekonomi bumiputera. Terdapat lima strategi utama yang akan memayungi Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) di mana Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri akan mengetuai program tersebut.

1 Mendaya Modal Insan Bumiputera
2 Memantapkan Pemilikan Ekuiti Bumiputera Dalam Sektor Korporat
3 Memperkukuh Pemilikan Aset Bukan Kewangan Bumiputera
4 Memperhebat Keusahawanan Dan Perniagaan Bumiputera
5 Memantapkan Ekosistem Penyampaian Perkhidmatan

Perdana Menteri dalam ucapanya turut melafazkan ikrar, selagi ada bulan dan bintang di langit dan selagi hayat dikandung badan, survival orang Melayu dan kaum Bumiputera tetap akan menjadi keutamaan dalam perjuangan hidupnya sampai bila-bila.

Dalam upacara itu juga, Perdana Menteri turut berjaya menarik perhatian umum dengan mengumumkan beberapa perkara menarik yang akan memberi manfaat kepada orang Melayu dan Bumiputera. Melalui Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kerajaan akan melancarkan unit amanah saham ASB 2.0 dengan RM10 bilion unit saham. Selain itu tambahan enrolmen pelajar UiTM sebanyak 250,000 menjelang 2020 dan penambahan kampus-kampus baru di seluruh negara.

Perdana Menteri juga menggesa kepada semua CEO agar menetapkan sasaran penyertaan Bumiputera dalam syarikat GLC. Dato Sri Najib juga menegaskan bahawa perkara ini wajib dimasukkan sebagai KPI kepada CEO syarikat masing-masing.

Najib-Perkasa-ekonomi-Bumiputera-2

Dana tambahan berjumlah RM700 juta juga telah diberi kepada TEKUN Nasional dan tambahan pembiayaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sebanyak RM300 juta untuk tempoh lima tahun. Menurut Perdana Menteri, bilangan usahawan TEKUN Nasional juga dijangka meningkat kepada 370,000 orang menjelang tahun 2015, manakala sahabat AIM pula disasarkan meningkan kepada 500,000 orang pada tahun 2015.

Sudah tentu dengan pengumuman penting ini melalui program Memperkasa Ekonomi Bumiputera yang dilancarkan itu dapat memberi banyak manfaat kepada kita semua. Peluang seperti harus direbut oleh kita semua agar segala peruntukan dan juga dana yang disediakan oleh Kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup Bumiputera tidak disia-siakan begitu sahaja.

Diharap selepas ini tidak lagi kedengaran suara-suara sumbang yang tidak berpuas hati atau mempertikai tindakan Dato Sri Najib selaku Perdana Menteri Malaysia dalam usahanya melancarkan sistem pentadbiran negara dan meningkatkan tahap ekonomi Bumiputera. Melalui agenda memperkasa ekonomi Bumiputera ini juga telah membuktikan komitmen beliau selaku orang Melayu yang tidak  akan sesekali meminggirkan bangsa dan juga nasib kaum-kaum lain di bawah jagaanya.

nga-kor-ming-twitter

Baru sehari penguman Perdana Menteri  berhasrat mahu memperkasa ekonomi Melayu dan Bumiputera, sudah ada pihak yang mula terasa bahangnya. Tentu sekali pihak itu Cina DAP. Nga Kor Ming dalam Twitter-nya menganggap penubuhan Majlis Ekonomi Bumiputera ini sebagai bersifat perkauman dan meminggirkan kaum bukan bumiputera.

Apa lagi Nga Kor Ming dan DAP mahu? Nasib kaum bukan bumiputera di negara ini suduh cukup baik dan terbela di bawah pentadbiran kerajaan sedia ada. Oleh kerana orang Melayu dan Bumiputera telah memberi mandat sekali lagi kepada Barisan Nasional (BN) menjadi kerajaan pada PRU13 lepas, maka memang  wajarlah  sokongan mereka ini dibalas kembali.

Adakah selepas diberi betis dan peha, pihak-pihak jenis tidak pernah berterima kasih ini perlu diajar dengan KAPAK supaya mereka lebih menghargai kedamaian dan kemakmuran hidup di Malaysia!

Jumaat, 13 September 2013

Hapuskan Parasit Pembangkang Dalam RTM & Agensi Kerajaan Lain Segera!

    1:47:00 PG   4 comments
rtm-angkasapuri

Sejak kebelakangan ini macam-macam hal berlaku di RTM yang merupakan agensi penyiaran penting milik kerajaan. Tak reda lagi dengan isu hina PDRM yang dilakukan oleh pereka grafik pro Pembangkang yang berkerja di agensi penyiaran tersebut, timbul pula masalah lain.

Bagai tidak pernah serik, sekali lagi kesilapan yang hampir serupa dilakukan oleh kakitangan RTM di laman Twitter rasminya. Biar pun ada segelintir pihak menganggap kesilapan menulis nama Ketua Polis Negara itu sebagai kecil atau 'typing erorr' namun sebagai kakitangan awam yang profesional, kesilapan sebegini tidak seharusnya berlaku. Nampak sangat ada segelintir kakitangan awam yang berkerja di agensi kerajaan seperti RTM tidak peka tentang perkembangan isu semasa tanah air.

rtm-twitter-kpn

Apa yang tersirat dalam hati setiap kakitangan RTM pro Pembangkang yang makan gaji dengan kerajaan tidak lagi mampu disembunyikan sejak Pakatan Rapuh pujaan mereka kalah lagi pada pilihanraya ke 13 yang lepas. Dengan peluang yang ada, telah digunakan sebaiknya untuk mengahancurkan kerajaan dari dalam dengan cara halus yang kita sendiri tidak sedar.

Unsur-unsur sabotaj seperti ini harus dipantau dengan teliti tanpa membiarkan satu pun terlepas. Pergerakan kakitangan kerajaan yang berkiblatkan  Pembangkang ini perlu diawasi supaya parasit-parasit yang dipancutkan Anwar ke dalam angensi-agensi penting  milik kerajaan tidak terus membiak seterusnya membawa kerosakan yang sukar dibaiki.

Kepada menteri yang berkenaan tolong pandang serius tentang perkara ini. Sudah banyak aduan dibuat berkenaan parasit-parasit Pembangkang yang bersarang dan sedang berkembang biak di RTM. Tindakkan tegas perlu dikenakan terhadap pensabotaj-pensabotaj yang cuba memburukkan nama baik Kerajaan. Jika sekali silap mungkin boleh dimaafkan lagi, tapi sekiranya kesilapan yang sama berulang apa kejadahnya? Menteri jaga RTM tidur ka?

Rabu, 11 September 2013

Gadai Kalimah Allah, Khalid Samad Bakal Jadi Penghuni Tetap Neraka?

    12:19:00 PG   1 comment
khalid-samad-gereja

Pendirian Khalid Samad berhubung isu kalimah ALLAH dari dulu hingga sekarang memang  tak pernah berubah walau Majlis Syura PAS telah mengeluarkan ketetapan bahawa terjemahan perkataan God atau Lord dari mana-mana agama bukan Islam kepada perkataan ALLAH kerana ia adalah salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah.

Tidakan Khalid Samad cuba membelakangkan ketetapan yang dibuat oleh majlis syura Ulamak Pas dalam isu kalimah ALLAH ini seolah-olah menganggap dirinya lebih alim dan lebih bijak dari ulama-ulama yang menganggotai majlis syura Pas.

MP Shah Alam itu juga dalam twitternya semalam  telah meminta agar mana-mana pihak yang mempertikai pendirianya tentang kebenaran pihak Kristian menggunakan kalimah ALLAH dapat mengemukakan  dalil Quran atau hadis Nabi yang melarang penganut agama lain menggunakan kalimah tersebut (ALLAH).

Bagi umat Islam, isu kalimah ALLAH adalah persoalan aqidah. Dan kita tidak akan berkompromi walau sebesar zahrah sekalipun dalam isu ini. Jika dalam mempertahankan kalimah ALLAH kita dilabel ekstremis, maka kita rela digelar ekstrimis daripada menjadi peliwat aqidah. Jika membela kalimah ALLAH kita dilabel jumud, maka lebih baik manusia menggelar kita jumud daripada ditempelak ALLAH sebagai pengamal syirik!

Cubaan dan usaha gigih puak kristian termasuk pihak gereja yang beriya-iya mahu menggunakan kalimah ALLAH sangatlah mencurigakan! Apakah sebenarnya niat mereka?

Dalam keadaan serangan bertubi-tubi gerakan kristianisasi dalam isu kalimah ALLAH, dengan disokong oleh segelintir agamawan sesat dan politikus rakus dikalangan kita; marilah kita sama renung dan fikirkan, adakah kita yakin apabila anak kita menyebut dua kalimah syahadah iaitu "Tiada Tuhan melainkan ALLAH”, anak kita betul-betul faham bahawa maksud ALLAH Hu Ahad itu bermajsud ALLAH Maha Esa, ataupun dia memahaminya sebagai ALLAH Triniti iaitu ALLAH Bapak, ALLAH Putera, ALLAH Ruh Kudus?

Tepuk dada tanyalah iman masing-masing wahai bapa-baba dan ibu-ibu...

Rabu, 4 September 2013

Bina Lebih Banyak Kedai Rakyat 1Malaysia Kalau Najib Nak Selamat

    1:11:00 PG   5 comments
najib-kedai-rakyat

Kecoh pasal pengurangan subsidi minyak sebanyak 20 sen yang baru diumumkan kerajaan baru-baru ini masih lagi belum reda. Baik di laman sosial, kedai kopi mahu pun di persimpangan lampu isyarat, isu ini masih lagi hangat diperkatakan.

Ingatkan rakyat Malaysia sudah biasa dengan kenaikan harga minyak memandangkan ini bukan kali pertama subsidi terhadap bahan api itu dikurangkan secara berperingkat, tapi malangnya tidak.

Semasa pemerintahan Tun Mahathir dulu, kenaikan harga minyak diimbangi dengan kenaikan cukai hiburan, cukai korporat, cukai minuman keras, rokok dan sebagainya. Dengan cara itu, ekonomi negara terus rancak dan rakyat juga tidak marahkan kerajaan.

Tapi itu dulu mana nak sama dengan zaman Najib sekarang yang mana cabaranya lebih besar dan sangat memeningkan kepala. Namun tak salah sekiranya Najib mahu meniru pendekatan yang diambil oleh Tun M dulu dalam mengawal ekonomi negara untuk diaplikasikan dalam plan transformasi kerajaan (GTP) sedia ada sebagai nilai tambah.

Perkara paling merisaukan rakyat ekoran dari kenaikan harga petrol ini sudah tentu peningkatan terhadap kos barang keperluan harian. Untuk menenangkan hati mereka ini hanya satu cara sahaja dilihat berkesan buat masa ini perlu dilakukan kerajaan iaitu dengan mewujudkan lebih banyak cawangan kedai rakyat 1Malaysia (KR1M) di seluruh negara.

Memandangkan tempoh PRU14 lama lagi, dengan mandat yang ada sekarang rasanya cukup untuk Najib melaksanakan segala plan trasformasinya yang telah dirancang sebelum ini untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Diharap Najib dapat menggunakan peluang ada ini sebaiknya.

Selasa, 3 September 2013

Ramai Jadi Orang Minyak Bila Harga Minyak Naik!

    12:56:00 PG   8 comments

Diberitakan lepas tengah malam ini, 3 September 2013 harga minyak petrol Ron 95 akan naik sebanyak 20 sen.

Seperti biasa, bila setiap kali diumumkan harga petrol naik, pasti ramai dari kita yang mana tahap imanya senipis kulit bawang, mula terlupa bahawa setiap yang berlaku ini adalah  ketentuan Illahi.

Bagi yang menyokong dan mengundi Barisan Nasional (BN) pada PRU13 lepas, mula merasa marah dan geram kerana kenaikan ini. Tak kurang juga ada yang menzahirkan rasa kesal kerana tidak memangkah Pembangkang hanya disebabkan minyak Ron 95 naik 20 sen.

Jangan kerana harga minyak naik 20 sen kita jadi manusia hilang pedoman seperti penyokong PR. Mungkin ada sebab rasional mengapa Kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak pada waktu ini.

Tak guna kita marahkan Najib sampai terkeluar anak tekak atau tercabut butang keyboard sekalipun kerana pada akhirnya tangki minyak kenderaan kita juga perlu di isi tak kira banyak mana kenaikan harga minyak diumumkan.

'Setakat minyak naik 20 sen apa lah sangat' (pinjam ayat fesbuk)...Jangan kerana 20 sen kita terus lupa segala bantuan atau subsidi lain selain dari minyak yang telah diberikan Kerajaan selama ini. Tak salah sekiranya hendak mengkritik atau meluahkan rasa tidak puas hati tapi jangan lah melampau sampai mahu menjatuhkan pemimpin yang kita sendiri naikkan. Kalau Najib disuruh letak jawatan, siapa pula yang akan menggantinya?...Anwar? 

Ramai bimbang jika harga petrol naik sudah tentu akan menyebabkan harga barang keperluan lain juga turut naik. Sudah tentu peluang ini akan digunakan oleh pihak tertentu seperti orang tengah Cinabeng, peniaga Cinabeng dan peruncit Cinabeng menaikkan harga barang keperluan  dengan alasan peningkatan kos penghantaran dan pengangkutan.

Jadi, untuk mengatasi masalah kenaikan harga barang keperluan dan mengurangkan keresahan di hati rakyat, pihak kerajaan kali ini perlu lebih tegas menangani masalah kenaikan harga barang dengan lebih banyak melakukan penguatkuasaan melaui agensi terlibat.

PRU14 bakal menjadi penggal terkahir buat Najib sebagai Perdana Menteri sekiranya perancangan kerajaan menaikkan harga minyak GAGAL mengawal peningkatan kos barang kerperluan harian hingga menyebabkan rakyat marah. Oleh itu Najib perlu menilai semula khidmat 'punahsihat' yang berada disekelilingnya kerana mereka ini dilihat sedang membawa malapetaka besar kepada kerajaan yang ditadbir oleh Barisan Nasional.

Sebagai rakyat, kita juga perlu faham dengan situasi yang dialami oleh kerajaan. Tambahan pula dengan keadaan dunia hari ini yang tidak menentu terutamaya pergolakkan yang sedang berlaku di negara timur tengah. Tidak kira macam mana pun kerajaan berusaha untuk bantu meringankan beban rakyat, kita juga perlu ingat sesungguhnya kenaikan kos dalam hidup tetap akan berlaku walau macam mana cara sekalipun kita cuba mengelaknya.

Ahad, 1 September 2013

Samad Uban Hampir Masuk Wad Dikerjakan Abang Botak

    2:30:00 PG   9 comments
abang botak samda said merdeka

Tiba-tiba nama 'Abang Botak' menjadi sebutan di blog-blog pro kerajaan dan juga di laman sosial. Fenomena ini terjadi disebabkan keberanian beliau merampas bendera 'Sang Saka' kepunyaan Pakatan Pembangkang ketika para wartawan dan jurugambar sedang khusyuk mendengar Samad Uban menyampaikan puisinya.

Tindakan berani dan spontan 'Abang Botak' merampas bendera Sang Saka milik Pembangkang yang berjaya dirakam oleh lensa kamera itu juga turut mengundang rekasi luar biasa serta  pujian hormat dari pengguna internet yang telah menonton klip video tersebut di YouTube.


Apa yang berlaku pada malam ambang merdeka itu memberi gambaran kepada kita semua bahawa Pakatan Subversif yang dianggotai oleh kelompok Melayu bodoh serta puak Cinabeng ini tidak lah sehebat dan seberani mana seperti yang sering dimomok-momokan mereka selama ini. Lihat sahaja reaksi Adam Adli dan A Samad Said serta penyokong Pakatan yang lain, tergamam kaku seperti orang hilang punca apabila bendera yang menjadi simbol perjuangan mereka dirampas begitu sahaja.

Keberanian dan ketegasan yang ditunjukkan 'Abang Botak' ketika berdepan dengan puak subversif dari Pakatan Pembangkang ini wajar dijadikan contoh kepada kita semua yang sayang dan cintakan tanah air.

Segala bentuk provokasi atau anasir-anasir subversif yang didalangi oleh Pakatan Pembangkang untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik wajar ditentang habis-habisan sebelum bibit-bibit perpecahan dan kehancuran yang dibawa mereka berjaya menyusup masuk dan merosakkan minda rakyat.
Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.