Khamis, 21 November 2013

40k Bangla..Blogger UMNO..Wan Azizah Mengandung Dulu..Blogger UMNO Juga

    11:51:00 PTG   3 comments
anwar-dan-wan-azizah-main
Wak J: Penyokong Anwar Ibrahim memang bodoh!
 
Ramai yang ketawa terbahak-bahak dengan kenyataan Anwar terbaru Anwar berhubung isu pengundi hantu seramai 40,000 orang yang diterbangkan khas dari Bangladesh bagi membantu parti Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya umum yang lalu.

Setelah gagal memberikan bukti yang sahih terhadap dakwaan tersebut, Anwar akhirnya terpaksa ‘pusing 180 darjah’ dengan mengatakan ia adalah manipulasi penulis blog Umno.

Anwar juga dilaporkan berkata, bahawa pembangkang tidak pernah menuduh kerajaan membawa sebanyak 40,000 warga Bangladesh tersebut sebaliknya hanya menyentuh tentang dakwaan membawa pengundi dari luar pada hari membuang undi awal.

Sedangkan sekiranya kita teliti, ia adalah merupakan kenyataan Anwar yang kemudiannya dilaporkan dalam semua media rasmi pembangkang termasuk Keadilan Daily dan Malaysiakini. Tidak cukup dengan itu, laporan tersebut turut dimainkan dalam portal-portal antarabangsa seperti Straits Times Singapore, Telegraph, UK, dan sebagainya.

Berikut adalah link kepada semua laporan yang dinyatakan tadi.

Straits Times Singapore
http://www.stasiareport.com/the-big-story/asia-report/malaysia-elections/news/story/foreigners-flown-malaysia-vote-bn-anwar-2013

Telegraph, UK
http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/asia/malaysia/10036283/Malaysias-opposition-leader-Anwar-Ibrahim-aims-to-seize-final-chance.html

Wall Street Journal
http://online.wsj.com/news/articles/SB10001424127887323687604578468953798092968
 

Korean Press
http://e.koreanpress.net/detail.php?number=1341&thread=

Sedangkan menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof ketika diminta mengulas kenyataan Anwar itu mengatakan, pihaknya mempunyai segala rekod termasuk rakaman video tentang kenyataan Anwar berhubung kemasukan pengundi hantu dari luar menggunakan pesawat Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) dan AirAsia Berhad (Air Asia).

"Saya cukup pelik apabila ada orang yang sanggup menafikan perkara yang pernah disebut apatah lagi perkara itu diulang-ulang walaupun telah dinafikan kami dan kerajaan.

Hakikatnya ini bukanlah kali pertama, dia berbohong kepada rakyat. Jika 16 September 2008 kita menyaksikan bagaimana Anwar berbohong kononnya pembangkang akan menubuhkan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) terbongkar, kini selepas PRU-13 sekali lagi tembelang pembangkang terdedah.

Semalam media arus perdana melaporkan, Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina menafikan pembabitan warga Bangladesh dalam proses demokrasi di Malaysia dan menolak dakwaan pembangkang kononnya sebanyak 40,000 rakyat negara itu mengundi dalam pilihan raya umum lalu.

Najib dalam pertemuannya dengan Sheikh Hasina ketika lawatan rasmi beliau ke negara itu memberitahu, pemimpin Bangladesh berkenaan turut menggeleng kepala tanda tidak percaya dengan dakwaan kononnya rakyatnya terbabit dalam proses pengundian di negara ini.

Malah sebelum ini tohmahan pembangkang itu telah mencetuskan kemarahan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, A.K.M. Atiqur Rahman yang menyifatkan tuduhan pembangkang itu sebagai tidak berasas dan hanya dibuat oleh golongan yang tidak berakal.

Beliau berkata, adalah mustahil untuk kerajaan Malaysia membawa masuk seramai 40,000 rakyat Bangladesh yang didakwa menjadi pengundi hantu di negara ini dalam tempoh yang singkat.

"Bagi saya, pihak yang membuat tuduhan tersebut adalah 'gila' dan menggunakan hak bersuara mereka dengan cara yang salah serta tidak profesional," jelasnya.

anwar bangla

Paling menarik, Pemikir Strategi DAP, Ong Kian Ming sebelum ini turut mengatakan bahawa dakwaan kononnya wujud pengundi hantu dalam kalangan warga Bangladesh dan berlaku gangguan bekalan elektrik adalah tidak benar dan turut diakui oleh Pas.

"Setakat yang saya tahu, tidak ada pengundi asing (warga Bangladesh) atau gangguan bekalan elektrik. Jadi saya bersetuju dengan pandangan mereka (Pemantau)," katanya sebelum ini.

Malah kenyataan itu turut disokong oleh salah seorang pemimpin yang meminta agar namanya tidak disiarkan.

"Terlalu sukar untuk menipu menggunakan pengundi warga asing atau gangguan bekalan elektrik, “ katanya.

Kesimpulannya, SPR perlu segera mengambil tindakan undang-undang terhadap Anwar Ibrahim yang jelas merupakan BAPAK SEGALA PENIPU bagi mengelakkan perkara itu dari terus berulang.

SPR sebelum ini menegaskan, pihaknya tidak bercadang mengambil tindakan terhadap pemimpin Pas dan DAP berikutan dakwaan mereka tentang wujudnya 40,000 pengundi hantu pada pilihan raya umum Mei lalu. SPR sebelum ini mengatakan tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap perkara tersebut.

Ini kerana menurut mereka masih banyak urusan lain yang perlu difikirkan dan tidak perlu melayan kerenah mereka yang tidak faham peraturan itu. SPR sebelum ini hanya membuat laporan polis pada 16 Mei lalu dan menyerahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk membuat keputusan bagi mendakwa Anwar.

Isnin, 18 November 2013

Jika PAS Betul-Betul Nak Tubuh Negara Islam..Mahfuz Omar Wajib Dimenangkan!

    12:36:00 PG   No comments
mahfuz-omar

Wak J: Selain dari Mat Sabu, Pesuruhjaya Pas Kedah, Mahfuz Omar juga wajar dikekalkan jawatanya dalam kempimpinan Pas melalui pemilihan parti yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Oleh itu, wak ingin menyeru kepada seluruh perwakilan Pas yang bakal memilih nanti dapat membuat pilihan yang tepat dengan memenangkan Mahfuz Omar.

Sesungguhnya, Mahfuz Omar merupakan seorang pemimpin yang berkaliber serta memliki tahap keintelektualan yang sangat tinggi berbanding dengan pemimpin UMNO.

Sekiranya perwakilan tidak memilih Mahfuz Omar, Pas akan berada dalam kerugian yang amat sangat. Jangan diulang kesilapan lalu Pas yang pernah tenggelam, di mana hampir semua ulamak menjadi pemimpin.

Sekali lagi wak merayu agar perwakilan tetapkan tekad untuk memenangkan Mahfuz Omar dan Mat Sabu.

P/S: Wak nak minta tolong pada anda semua KLIK SINI bagi membantu dan memberi sokongan terhadap kempen 'Jangan Beli Rokok Tidak Sah'....Terima kasih

Nilai Kemampuan Saya - Mahfuz
 
YAN - Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar, menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukan nasibnya sempena Muktamar Pas ke-59 pada 22 November nanti.

Beliau berkata, kebijaksanaan perwakilan diperlukan untuk membuat pilihan bukan atas dasar sentimen sebagai kawan sebaliknya berasaskan kemampuan beliau sendiri.

“Pemilihan mestilah melalui perkiraan kebolehan dan kemampuan saya untuk menerajui kepimpinan parti untuk terus menyambung khidmat yang saya berikan sebelum ini bagi membantu parti meningkatkan keupayaan di masa akan datang.

“Kita perlu menerajui perubahan. Pas berjaya mencetus perubahan dan memimpin perubahan itu,” katanya yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Pusat Khidmat Adun Sungai Limau dan kenduri kesyukuran atas kemenangan Pas dalam PRK baru-baru ini.

Ahad, 17 November 2013

Mat Sabu Ajak Penyokong PAS Tengok Konsert Alicia Key?

    1:20:00 PTG   1 comment
Alicia Keys

Diberitakan Alicia Key akan mengadakan konsert sulungya di Malaysia bulan November ini. Pada kebiasaanya bila ada konsert-konsert artis dari barat pasti akan mendapat bantahan kuat dari PAS.

Namun  kali ini, suara pemimpin PAS dan juga penyokongnya  tak kedengaran membantah konsert tersebut yang akan berlangsung pada 27 Nov ini.

Adakah kerana Alicia Key seorang perempuan, bertubuh seksi maka konsert yang bakal diadakan tidak perlu dibantah atau para pemimpin dan ahli PAS sekarang ini sedang sibuk memikirkan strategi dan fitnah bagaimana untuk menang dalam pemilihan jawatan tertinggi parti yang akan diadakan sikit masa lagi.

Difahamkan juga, Mat Sabu akan mempertahankan jawatanya selaku Timbalan Presiden PAS. Dengan kesempatan ini wak menyeru kepada rakan-rakan yang lain memberi sokongan penuh kepada Mat Sabu. Kemenangan Mat Sabu akan memberi 1001 rahmat kepada semua termasuk tiket konsert (kalau ada lah).

Orang paling banyak buat pahala dalam PAS, Nik Aziz pasti akan menyatakan sokonganya terhadap konsert ini asalkan Alicia Key menutup aurat semasa membuat persembahan kelak.

PAS Kena Langkah Mayat Karpal Dulu Jika Mahu Bawa Hudud ke Parlimen

    12:01:00 PTG   2 comments
karpal-hudud

Wak J: Ini lah masanya untuk wakil rakyat PAS tunjuk jantan dan buktikan pada rakyat bahawa Parti Islam itu mampu menyakinkan rakan mereka iaitu DAP dan PKR menerima Hudud sebagai agenda utama Pakatan Pembangkang dalam usaha untuk mengambil alih Putrajaya.

Tapi, wak tak berkeyakinan wakil rakyat PAS memiliki sifat berani untuk membawa usul ini ke dalam Dewan untuk dibahasakan. Silap-silap hari bulan, isu Hudud yang cuba dimainkan PAS ini akan memakan diri kembali.

Mungkinkah sekali lagi akan kedengaran ungkapan 'Over My Dead Body' yang keluar dari mulut Karpal Singh bagi menyanggah usul yang dibawa PAS berkenaan Hudud.

Itu pun kalau PAS ni ada 'telur' lah.

Setelah 20 tahun berlalu...
 
“Bagi masa sikit untuk kita laksanakannya, sebab benda ini tidak boleh dibuat tergesa-gesa. Kita kena tengok dari segi perundangan dan sebagainya.

"Kita tak mahu buat tanpa persediaan bagi mengelak ia  bertembung dengan banyak halangan," :- Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
 
SHAH ALAM – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menegaskan akan menerima usul perbahasan mengenai hudud di Kelantan jika ada ahli parlimen membawanya ke Dewan Rakyat.

Bagaimanapun menurutnya, perkara tersebut terserah kepada pihak Pas sekiranya mereka mahu membahaskannya.

“Kita sedia mendengar usul tersebut, tetapi keputusan tertakluk kepada sokongan semua ahli dewan.

“Kerana jika di bawa ke Parlimen, suara mereka (Pas) hanya minoriti, kita tidak tahu sokongan daripada rakan PR yang lain,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan cadangan membawa usul meminda undang-undang bagi memberi laluan Kelantan melaksanakan hudud di Dewan Rakyat sebagai tidak relevan.

Beliau bagaimanapun tetap menyokong sepenuhnya perlaksanaan hudud di negeri itu.

Sumber

Akibat Terpengaruh Cerita Lucah, Semakin Ramai Wanita Bedah Alat Kelamin

    12:02:00 PG   3 comments
doktor-bedah-puan
Wak J: Ntah apa-apa lah dia orang ni. Tak cukup sempurnakah alat kelamin yang ada sampai nak kena buat pembedahan. Ini lah akibat kalau kerap sangat berzina, yang rapat atau yang ketat boleh jadi loose dan grip tak kuat. Macam haramjadah betul!

Harap dekat Malaysia tak ada doktor atau pakar bedah pusat rawatan kecantikan sanggup buat pembedahan seperti ini sekiranya ada permintaan dari kalangan wanita tempatan.
Semakin Ramai Wanita Bedah Alat Kelamin

LONDON: Pakar ginekologi di Britain memberi amaran semakin ramai remaja perempuan dan wanita yang menjalani pembedahan kosmetik alat kelamin, berikutan gambaran tidak realistik yang ditonjolkan menerusi pornografi.

Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) menjalankan lebih 2,000 prosedur pengecilan bibir faraj pada 2010, meningkat lima kali ganda dalam masa 10 tahun, kata Royal College of Obstetricians and Gynaecologists (RCOG).

Ini mungkin hanya permulaan berbanding bilangan yang dilakukan di sektor swasta di mana data jarang dikumpulkan, kata Profesor Sarah Creighton, ahli jawatankuasa etika RCOG.

Beliau berkata bahawa tiada pula peningkatan bagi penyakit labial sejak sedekad lalu untuk mewajarkan aliran berkenaan, sebaliknya ia adalah disebabkan kekeliruan mereka mengenai persoalan bagaimana rupa alat kelamin ‘normal’ yang sebenarnya.

“Salah faham ini timbul daripada kecenderungan hanya sejenis rupa alat kemaluan yang ‘kemas’ yang sering kali digambarkan oleh bahan pornografi,” kata seorang ahli falsafah, Thomas Baldwin yang juga berada dalam jawatankuasa etika RCOG. - AFP

Sabtu, 16 November 2013

Minyak Naik!..Tapi Pembekal Ayam Hadiah Mini Cooper Pada Anak Lulus UPSR

    9:11:00 PTG   No comments
upsr-mini-cooper

Wak J: Beruntung benar anak-anak sekarang ni, baru lulus UPSR dah dapat kereta sebiji, Mini Cooper plak tu pada hal bapa kerja sebagai pembekal ayam je. Mesti bapa budak ni dapat untung besar dari perniagaanya disebabkan oleh keadaan negara kita yang aman serta mudah mencari rezeki di bawah pentadbiran kerajaan BN.

Cakap-cakap Pembangkang kononya rakyat Malaysia hidup susah akibat dari kenaikan harga barang, harga petrol..tup-tup keluar cerita budak drajah 6 dapat kereta mahal hadiah pemberian bapa sebab lulus periksa UPSR je. Itu belum termasuk lulus PMR dan SPM. Ntah apa pula hadiah yang akan dapat nanti.

Sebenarnya hidup rakyat Malaysia takda lah sesusah mana pun kalau nak dibandingkan dengan nasib rakyat negara lain seperti Somalia. Baru harga gula naik sikit kecohnya macam dunia nak kiamat esok. Haramjadah punya Pembangkang!

Murid Cemerlang UPSR Terima Hadiah Kereta

KOTA BHARU - "Saya tak sangka ayah akan tunaikan hajat untuk menghadiahkan kereta Mini Cooper kepada saya,” kata pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Siti Nur Fatini Zulaika Zukila, 12.

Anak pembekal ayam di Kota Bharu itu yang juga murid Sekolah Kebangsaan Zainab 1, memperoleh keputusan 5A dalam semua lima mata pelajaran yang diduduki dalam peperiksaan UPSR, diumumkan semalam.

Menurutnya, hadiah itu anugerah istimewa baginya kerana sebelum ini dia pernah menyatakan minatnya terhadap kereta tersebut yang kelihatan comel dan menarik kepada bapanya, Zukila Deraman, 36, dan ibunya, Nor Aishah Mahmud, 31.

“Ayah beritahu saya, jika saya dapat keputusan cemerlang dalam UPSR, dia janji untuk hadiahkan kereta tersebut.

“Memang pada mulanya seperti tidak percaya dan tidak sangka impian untuk memiliki kereta idaman tercapai selepas memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Taman Tanjung Chat, di sini, hari ini.

Anak sulung daripada empat beradik ini bercita-cita menjadi juruterbang dan berhasrat melanjutkan pelajaran ke tingkatan satu di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

“Insya-Allah, mungkin enam tahun lagi apabila saya dapat lesen memandu, saya akan pandu sendiri kereta kesayangan saya ini.

“Ayah dan ibu banyak bagi semangat untuk saya belajar. Mungkin hadiah ini agak pelik bagi saya yang baru berusia 12 tahun tapi inilah pendorong semangat untuk saya berjaya dan berharap akan terus capai keputusan cemerlang di peringkat menengah nanti,” katanya.

Sumber

Bertudung Tapi Boleh Disentuh-Sentuh..Asalkan Berlapik!

    5:40:00 PTG   No comments
laki-wanita-berlapik

Wak J: Ada pendapat sesat kata, kalau masa berzina pakai kondom tak haram sebab BERLAPIK. Sebab tu bila ada orang buat benda haram ni tak rasa bersalah walau dah kantoi macam kes Anwar Berahim dan Stopa Ali.

Sama juga seperti situsai yang dapat kita lihat pada gambar di atas, bezanya cuma bukan aksi zina seperti yang dilakukan pemimpin Pakatan Pembangkang.

Bagi golongan yang kononya 'Open Minded' menganggap laki bukan muhrim menyentuh wanita bukan muhrim dibolehkan asalkan  BERLAPIK. Yang menjadi tanda tanya, betul ke jantan-jantan yang ada dalam klip video rancangan Sunsilk Hijabku, Gayaku tak bernafsu, 'adik' tak naik bila bersentuhan dengan model-model tudung cantik lagi menghairahkan.

Rasa macam tak sesuai rancangan realiti  yang dihostkan oleh Diana Amir ni. So..Apa komen anda tentang isu ini? Tapi sebelum tu, kasi tengok dulu sampai habis baru bagi pendapat atau kritikan yer.

Nik Ajis Guna Surat Tun M Untuk Halang Perlaksanaan Hudud di Kelantan?

    3:29:00 PTG   2 comments
nik aziz
Wak J: Urmmm...Bersediakah rakyat Kelantan menerima hukuman Hudud tersebut jika kerajaan negeri benar-benar serius ingin melaksanakan hukuman dan undang-undang Islam itu?

Sebelum kerajaan negeri Kelantan membazir wang rakyat dengan peruntukan RM1 juta bagi  menyediakan prasarana untuk perlaksanaan hukuman ini, ada baiknya kerajaan negeri bantu dan ubah dahulu nasib hidup rakyat Kelantan yang kini masih lagi dibelenggu dengan masalah kemiskinan dan sosial yang tak bekesudahan.

Langkah kerajaan negeri Kelantan menyediakan peruntukan untuk melakasanakan hukum Hudud di negeri itu wajar dipuji tapi jangan hangat-hangat tahi ayam seperti sebelum-sebelum ini dan isu Hudud hanya berkumandang bila tiba musim pemilihan parti atau pilihanraya.

Apa yang wak harap selepas ini sekiranya kerajaan negeri Kelantan tak jadi lagi laksana hukum Hudud di negeri itu, tiada lagi kedengaran suara-suara sumbang menuduh perlembagaan negara dan kerajaan pusat kerana menjadi penghalang.

Kelantan Sedia RM1j Laksanakan Hudud

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan sedang menunggu maklum balas beberapa pihak, termasuk pakar perlembagaan, sebelum melaksanakan hukuman itu di negeri ini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pihaknya serius merealisasikan hukuman itu, termasuk memperuntukkan RM1 juta dalam Bajet 2014, bagi membeli dan menyiapkan prasarana berkaitan pelaksanaan hukuman itu.

Beliau mengakui atas sebab-sebab tertentu, termasuk kekangan Pusat, pihaknya sebelum ini menangguhkan sementara usaha tersebut, namun kini kembali mengerakkan kerja untuk melaksanakannya.

“Sebelum ini kita berhenti kerana lampu merah (sekatan). Kita ‘free gear’ tetapi tidak matikan (enjin) kereta, oleh kerana lama sangat, jadi kita intai kalau-kalau polis tiada. Sekarang kita akan teruskan dengan harapan polis tidak sekat.

“Sebenarnya sebelum pilihan raya umum (lalu), kita telah beberapa kali bincang tetapi tidak dedahkan, untuk tahun depan Menteri Besar telah masuk RM1 juta dalam bajet untuk persiapan prasarana bagi melaksanakan hudud.

"Kita tengok keperluan untuk laksana hudud tetapi nak buat, kena dapatkan pandangan pakar dahulu, termasuk pensyarah universiti dan pengamal undang-undang. Insya-ALLAH mereka akan bagi pendapat dan selepas itu kita akan laksanakan,” katanya pada kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Daud Muhammad, yang menyatakan kesediaan pihaknya kuat kuasa hudud selepas bangunan kompleks Mahkamah Syariah di Tunjung beroperasi.

Semalam, seorang pendakwah dan pensyarah, Dr Abdul Basit Abdul Rahman menyarankan kerajaan Kelantan menetapkan masa bagi merealisasikan hukuman itu dengan menjadikan Brunei sebagai contoh.

Mohd Amar, yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan berkata, pihaknya tidak mahu melaksanakan hukuman itu tergesa-gesa, sebaliknya mengikut kaedah dan tertib bagi mengelak masalah di kemudian hari.

Berhubung saranan Kelantan mengikuti langkah Brunei, beliau berkata, orang ramai tidak boleh membuat persamaan kerana Kelantan hanya sebuah negeri, sebaliknya Brunei adalah sebuah negara diperintah Sultan yang mempunyai kuasa penuh.

“Kelantan adalah sebahagian Malaysia. Kita terikat dengan undang-udang dan perlembagaan. Brunei adalah negara dan sultan berkuasa mutlak. Kita di Kelantan tidak begitu. Raja ada batas, cuma kita akui tindakan Brunei bagi semangat dan iltizam kepada kita,” katanya.

 Mohd Amar berkata, Kanun Jenayah Kelantan (II) Kelantan yang diluluskan Dun bukan sahaja diambil daripada mazhab Syafie, tetapi diadunkan daripada mazhab lain mengikut kesesuaian.

Jumaat, 15 November 2013

Ini Berita Baik!! Budaya Fitnah Semakin Subur Dalam PAS..Take Beer!!

    9:39:00 PTG   3 comments
PAS-fitnah

Wak J: Sekiranya PAS ni benar-benar parti Islam dan mematuhi segala ajaran Islam, pasti kita tak akan dengar berita-berita tak elok macam ni...Betul tak?

KOTA BAHARU: Calon yang bertanding merebut pelbagai jawatan dalam kepimpinan PAS yang akan berlangsung pada Muktamar Tahunan PAS ke-59 serta para penyokong mereka diminta tidak memburuk-burukkan lawan masing-masing kerana cara tersebut tidak selari dengan tuntutan agama.

Calon Timbalan Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata kempen secara negatif bakal memberi kesan buruk kerana pemilihan tersebut adalah proses pertandingan sesama 'sahabat' di dalam satu jemaah.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata beliau yakin perwakilan matang dalam menilai setiap maklumat yang disebar dalam pelbagai medium terutama di laman sosial seperti blog dan Facebook serta percaya perwakilan bijak memilih pemimpin berdasarkan kelebihan yang ada pada setiap calon. "Saya sendiri tidak berkempen, sebab itu saya duduk relaks sahaja, kalau ada kawan-kawan nak berkempen itu biarlah, cuma saya selalu sebut kalau ada orang nak berkempen pun jangan buruk-burukkan orang lain, sebab itu bukan cara Islam, yang keduanya pula kita berlawan satu jemaah.

"(Misalnya) Mohamad Sabu (penyandang) bukan orang lain, sahabat saya juga, saya pun sahabat dia, jadi kita tak perlu buruk-burukkan sesiapa, biar orang menilai kita berdasarkan kelebihan kita, itu yang saya pesan kepada kawan-kawan yang nak berkempen," katanya ketika ditemui di sini Jumaat.

Beliau mengulas dakwaan kempen dalam pemilihan PAS kali ini adalah yang terburuk dalam sejarah parti apabila pelbagai serangan terhadap imej calon tertentu semakin hangat tersebar melalui medium sosial dan internet termasuk kes menggantikan wajah salah seorang calon Ketua Pemuda PAS dengan seekor anjing.-BERNAMA

Ahad, 10 November 2013

DAP Tak Akan Benarkan Umat Islam, Melayu Bersatu

    2:01:00 PG   3 comments
karpal-nazak
Wak J: Boleh jatuh kafir sekiranya lebai-lebai dan pencacai-pencai PAS yang berugama Islam ni percaya bulat-bulat cakap Karpal kononya orang Islam PAS dan orang Islam UMNO tidak boleh bersatu kerana berbeza fahaman politik.
Karpal bukan Tuhan untuk menentukan itu dan ini atau boleh dan tidak. Karpal hanyalah seorang OKU yang angkuh kerana berjaya mengkeldaikan pak-pak lebai dalam sebuah parti politik yang kononya memperjuangkan Islam bernama PAS!

Sebenarnya, perkara yang paling ditakuti Karpal dalam sepanjang hanyatnya ialah bila melihat umat Islam di Malaysia kembali bersatu.
GEORGETOWN - Cadangan agar Umno dan Pas bergabung adalah satu usaha yang mustahil dan tidak mungkin berlaku.

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata,  ia juga adalah usaha Umno untuk memisahkan Pas daripada PR.

"Umno cuba memisahkan Pas dari PR. Ia bukan perkara baru yang dilakukan Umno, malah ia sudah berlaku bagi tempoh yang lama tetapi tidak  berjaya.

"Saya percaya, Pas adalah satu parti yang kuat menentang cubaan daripada Umno itu," katanya, pada sidang media sebuah kedai kopi, di Air Itam.

Karpal berkata demikian mengulas cadangan Umno Pulau Pinang agar satu badan khas ditubuhkan bagi menjalankan kajian peringkat akar umbi Umno dan Pas untuk bergabung demi kepentingan orang Islam di negara ini.

Semalam, Ketua Penerangannya, Datuk Shabudin Yahya berkata, sudah sampai masanya ahli kedua-dua parti dbiarkan untuk menentukan  sama ada ia perlu bergabung atau sebaliknya.

Ia perlu sebagai cara menggantikan kaedah perbincangan peringkat  pemimpin kedua-dua parti yang diadakan sebelum ini tetapi tidak pernah mencapai aoa-apa keputusan.
Karpal berkata, cadangan Umno itu tidak akan mengancam kerjasama antara Pas, PKR dan DAP.
"Kerjasama dalam PR masih erat, malah cadangan Umno ajak Pas bergabung adalah tidak revelan," katanya.

Jumaat, 1 November 2013

Min..Langgan Bini Kawan Sekarang Ni Pun Kena GST..Untung Bang Non

    12:09:00 PG   1 comment
anwar-shamsidar-vacation
Foto dari Google
Wak J: Min...Bini kau yang tak berkerja tu pun ada saham berjuta-juta ringgit dalam bank. Mana dia dapat? Bang Non bagi ka sebab 'servis' bagus?

Sebelum kau bercakap atau mengulas pasal GST Min.., lebih baik kau cermin diri tu dulu. Nanti karang malu sendiri bila orang lain ungkit kembali kisah gelap masa zaman kau berak darah dulu.

Naik menyampah pulak bila ada sepesis orang kaya berpura-pura kononya hendak membela nasib golongan susah. Pada hal  mereka ni cuma nak ambil kesempatan untuk kepentingan politik dan diri sendiri...Puihhh!!

Gaji masih rendah, macam mana mahu laksana GST?

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan pakatan pembangkang tidak pernah menolak pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang mahu dilaksanakan kerajaan.

Azmin berkata, pendirian pembangkang adalah GST merupakan satu sistem percukaian yang telus, efisien dan dalam jangka masa panjang mampu memberi kebaikan kepada sistem ekonomi negara.

Bagaimanapun menurut anggota Parlimen Gombak itu, Malaysia masih belum bersedia untuk laksanakan cukai itu kerana lebih 40 peratus rakyat berpendapatan isi rumah kurang daripada RM2,500 sebulan dengan 80 peratus daripadanya adalah orang Melayu dan Bumiputera.

“Sudah pasti, jika dilaksanakan GST akan menekan golongan dalam kelompok berpendapatan rendah dan rakyat miskin,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 di Dewan Rakyat di sini, semalam.

Beliau berkata dalam pelaksanaan sistem percukaian itu, perhatian tidak sewajarnya diberi kepada golongan miskin tegar semata-mata, tetapi juga kepada golongan yang mempunyai bebanan hutang yang tinggi termasuk pekerja muda, pasangan yang baharu berkahwin dan juga mereka yang mempunyai tanggungan yang ramai.

Malah, katanya, FOMCA melaporkan sejumlah 47 peratus pekerja muda di negara ini dibebani jumlah hutang yang begitu serius, manakala Kajian Pusat Pendidikan dan Penyelidikan Pengguna menyatakan lebih 30 peratus daripada gaji golongan muda digunakan untuk membayar hutang sekaligus mengesahkan beban dan kesempitan hidup generasi muda dan rakyat secara keseluruhannya.

Azmin turut menyarankan satu reformasi sistem percukaian yang bersifat meluas dan komprehensif digubal segera bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang menyumbang tujuh peratus kepada pendapatan negara.

Azmin dalam hujahnya berkata dalam pelaksanaan GST, kerajaan perlu memperbetul falsafah dan matlamatnya agar menjurus kepada menjadi satu rangsangan kepada rakyat untuk meningkatkan simpanan serta tidak boros berbelanja.

“Pendek kata, GST bertujuan untuk mengagihkan semula atau mempelbagai, dan bukan meningkatkan bebanan cukai...bukannya berobjektifkan memperoleh pendapatan RM27 bilion,” katanya.

Katanya kerajaan perlu belajar daripada negara maju di mana negara terbabit hanya mula melaksanakan GST selepas infrastruktur cukai sudah kukuh di samping kadar cukai pendapatan juga turut dikurangkan bagi memastikan rakyat tidak terbeban. -Bernama
Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.