Ahad, 29 Disember 2013

Buang Penjawat Awam Pro Pembangkang Boleh Jimat Duit Kerajaan

    11:31:00 PG   19 comments
penjawat-awam-pro-pembangkang

Wak J: Wak sangat bersetuju dengan pendapat pakar ekonomi di bawah. Segala langkah yang dicadangkan kepada kerajaan dalam menjimatkan kos pentadbiran wajar diambil peduli oleh Najib Razak selaku Perdana Menteri.

Selain dari memansuhkan PEMANDU dan juga segala 'MAKMAL' di bawahnya, ada satu perkara sahaja yang tidak berani disebut dan sentuh oleh mana-mana pakar ekonomi iaitu 'menapis' semula penjawat awam yang diketogerikan sebagai tidak produktif dan mendatangkan banyak masalah kepada kerajaan.

Tak lama dulu, cadangan ini pernah disuarakan oleh pemimpin DAP di mana dalam satu kenyataanya ada menyebut, sekiranya Pakatan berjaya ambil alih Putrajaya, penjawat awam yang ada dalam pentadbiran Kerajaan sekarang akan dikurangkan.

Menurut sumber, hampir 95 peratus penjawat awam yang berkerja dengan Kerajaan adalah orang Melayu. Dari 95 peratus penjawat awam itu tadi, 70 peratus daripadanya adalah penyokong tegar Pakatan Pembangkang.

Segala masalah yang dihadapi Kerajaan seperti hal ketirisan, rasuah dan penyelewengan berlaku selama ini berpunca dari penyokong Pembangkang yang makan gaji dengan menyelinap dalam kementerian memegang pelbagai jawatan.

Sekiranya pihak swasta boleh mengurangkan pekerja mereka bagi mengurangkan kos perbelanjaan syarikat, kenapa pihak Kerjaan tidak mahu mengambil jalan serupa dengan membuang penjawat awam yang tidak produktif ini sebagai satu langkah penjimatan.

SHAH ALAM – Kerajaan boleh menjimatkan kos dengan mengurangkan perbelanjaan yang dianggap kurang penting.

Pakar ekonomi, Prof Dr Shazali Abu Mansor berkata, walaupun nampak remeh, tetapi banyak perbelanjaan yang boleh dijimatkan tanpa menjejaskan mutu perkhidmatan.

“Misalnya, perbelanjaan perjalanan pemimpin boleh dikurangkan dengan menggunakan pesawat penerbangan yang lebih murah. Selain itu, boleh juga kurangkan mesyuarat yang tidak penting.

“Itu belum lagi kos untuk makan mewah setiap kali mesyuarat diadakan. Sedangkan benda ini kalau dikurangkan, langsung tidak akan menjejaskan mutu perkhidmatan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurut beliau, setiap jabatan kerajaan juga perlu memikirkan cara kreatif untuk mengurangkan kos dalam perkhidmatan mereka.

Rancangan Letupkan Ibu Negara, PDRM Perlu Siasat Siapa Pemilik Akaun E-Mel

    9:07:00 PG   1 comment
RafiziRamli-bom

Wak J: Sebelum polis menyiasat siapa penyebar berita tersebut, ada baiknya pihak polis terlebih dahulu menyisasat siapa pemilik alamat email seperti yang tertera dalam gambar di bawah.

Pemimpin Pembangkang ni bukan boleh dipercaya sangat. Bila sudah kantoi mula lah salahkan pihak lain, padahal sendiri yang buat.

Sampai nak letup sana, letup sini..ini dah kira perkara serius. Nampak sangat ia memang agenda Pembangkang untuk mencetuskan keadaan huru-hara dalam negara. Harap pihak polis dapat bertindak segera berkenaan perkara ini sebelum mendatangkan mudarat paling besar.

Pihak SKMM juga seharusnya perlu melakukan siasatan menyeluruh dan sangat terperinci memandangkan ini membabitkan keselamatan negara serta orang ramai. Menurut sumber yang boleh dipercayai, alamat email seperti yang tertera tu memang betul milik Rafizi dan Rahim Ghous. Rafizi sendiri pun tak menafikan yang alamat email itu bukan kepunyaanya.

rafizi-rahim-chaos

Ancaman bom: PDRM perlu ambil tindakan

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat satu entri blog pro-Umno hari ini mendedahkan satu e-mel yang mengaitkan beliau dan seorang individu didakwa mendalangi komplot ancaman bom menjelang perhimpunan rakyat pada 31 Disember ini.

Beliau berkata, pihak polis wajar mengambil tindakan tegas terhadap blogger terbabit yang mereka-reka e-mel tersebut sambil menyifatkannya sebagai ‘fitnah luar biasa’ kerana ia membabitkan ancaman bom serta boleh menggugat ketenteraman awam.

“Ia lebih berbahaya apabila polis tidak mengambil tindakan terhadap fitnah-fitnah seperti ini yang boleh menghuru-harakan ketenteraman awam.

“Apabila ada fitnah yang menyalahgunakan internet sewenang-wenangnya seperti menakut-nakutkan rakyat dengan bom dan sebagainya, polis sepatutnya mengambil tindakan dan tangkap blogger-blogger Umno terbabit,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut pendedahan sebuah blog pro-Umno yang memuat naik “print screen” e-mel yang dikatakan menggunakan alamat akaun milik Rafizi dan rakannya yang dipintas blogger terbabit pada jam 3.03 pagi, hari ini berhubung rancangan mereka untuk memasang bahan letupan di lima lokasi berasing di ibu negara.

PKR Perlu Desak Keluarga Azmin Ali Disiasat Isu Pemilikan Harta Luar Biasa

    6:00:00 PG   1 comment

Wak J: Ini kali pertama wak setuju dengan kenyataan Tian Chua bahawa mana-mana individu yang hidup melebihi kemampuanya wajar disiasat oleh SPRM.

Wak pasti anak Najib ini tidak mempunyai masalah untuk disiasat oleh pihak SPRM jika dia yakin segala harta dan aset yang dimiliki itu datang dari sumber yang halal.

Namun, untuk lebih adil dalam hal ini, Tian Chua sepatutnya menyarankan pihak SPRM menyiasat juga mana-mana pemimpin Pembangkang yang pernah didakwa memiliki harta lebih dari kemampuan hidupnya seperti keluarga Azmin Ali semasa menjadi pembantu khas kepada Anwar Ibrahim ketika menjawat jawatan Tim. Perdana Menteri sebelum di pecat keluar dari BN.

Jika Tian Chua berani mengarahkan SPRM menyiasat segala harta kekayaan yang dimiliki Azmin Ali dan isteri, barulah dapat dilihat niat ahli Parlimen Batu itu benar-benar ikhlas mahu membentras penyelewengan, salah guna kuasa atau rasuah.

PKR tuntut anak Rosmah disiasat isu kondo RM110j
 
Keluarga perdana menteri hidup melebihi kemampuan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajar menyiasatnya, kata PKR.

"Dengan segala bukti ini - sangat jelas bahawa keluarga perdana menteri hidup melebihi kemampuan mereka.

"Dari mana mereka mendapat wang dan pendapatan yang besar ini?" soal Naib Presiden PKR Tian Chua kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Tian Chua yang juga anggota parlimen Batu berkata, berdasarkan standard pemerhatian negara-negara lain, hidup melebihi kemampuan akan mendorong siasatan badan pencegahan rasuah.

Laman pembocor maklumat Serawak Report semalam melaporkan, anak lelaki isteri perdana menteri Rosmah Mansor daripada perkahwinan terdahulu yang berusia 36 tahun membeli seunit kondominium berharga AS$33.5 juta (RM110 juta) di New York.

Mkini

Sabtu, 21 Disember 2013

Hadi Awang Ni Faham Ke Apa Itu GST!!

    12:40:00 PTG   2 comments
hadi-awang-sawah-idiot

Wak J: Kalau dah bukan 'ahli' dalam bidang ekonomi tu tak payah lah nak sibuk tunjuk pandai mengulas atau memberi pandangan tentang perkara yang sediri tak ketahui.

Hadi Awang sudah teiliti betul-betul ke segala maklumat berkenaan GST sebelum ia dilaksanakan nanti. Apa yang pasti Hadi Awang sendiri pun tak berminat ambil tahu tentang perkara ini kerana dalam kepala otak dia orang telah didoktorikan bahawa GST membebankan rakyat, padahal tidak sebaliknya.

Harap Hadi Awang study dulu tentang GST sebelum membuat kenyataan, kalau tidak nampak macam orang jahil cuba menunjuk pandai kononya dia memang ahli dalam semua bidang..Hadi awang cakap orang putih pun tak tahu lagi nak sembang pasal GST!

'ULAMA'..selain ditakrifkan sebagai pewaris Nabi, ulama juga bermaksud sesorang yang menguasai semua cabang ilmu bukan sahaja terbatas pada ilmu akhirat, tetapi boleh menguasai ilmu duniawi juga.
 
KUALA LUMPUR - Cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang akan diperkenalkan kerajaan pada April 2015 merupakan satu konsep yang zalim mengikut Islam.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ini berikutan GST akan dikenakan kepada semua golongan rakyat, tanpa mengira kaya atau miskin.

"Konsep adil dalam Islam ialah bukan semua orang akan kena. Kalau cukai, kena ikut kemampuan masing-masing.

"Tapi GST semua kena bayar.. ini konsep yang salah. Ini konsep yang zalim dalam Islam," katanya ketika berucap di majlis perasmian kempen Faham GST Tolak GST anjuran PR, di sini.

Beliau berkata, selain GST yang bakal diperkenalkan, beberapa siri kenaikan harga yang diumumkan jelas menunjukkan kerajaan tidak mampu mengurus sumber yang ada dengan baik.

"Kewangan tak cukup sebab sumber yang ada bocor dengan projek mewah. Bocor dengan rasuah dan pelbagai salah laku.

"Maka kerajaan terpaksa ambil duit rakyat untuk bayar hutang yang akhirnya membebankan semua rakyat," katanya.

Ahad, 15 Disember 2013

Pak Menteri Pesan...Jangan Naik Kereta Kalau Tak Nak Bayar Tol Mahal!

    4:07:00 PTG   4 comments
tol-naik-2014

Wak J: Sejak pengumuman Kerajaan tentang kenaikan kadar Tol lebuhraya pada tahun hadapan, para pengguna jalanraya yang biasa menggunakan jalan bertol sudah mula menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap langkah kerajaan itu.

Ada yang berpendapat, pentadbiran Najib hari ini semacam ada yang tidak kena. Najib dilihat gagal mengawal gelagat para penasihat yang berada disekelilingnya. Pada zaman Tun Mahathir dulu ada juga berlaku kenaikan dan pengurangan subsidi, tetapi tidak lah berturutan sebegini di mana kuasa beli rakyat juga disesuaikan dan difleksibelkan.

Sebarang kenaikan dan pengurangan subsidi adalah perkara normal dalam sistem ekonomi bagi mana-mana negara pun. Langkah Kerajaan me'rasionalisasi'kan harga barangan dan perkhidmatan selepas PRU13, seolah-olah Kerajaan tidak lagi dapat menahan dan ingin dihambur keluar segalanya setelah sekian lama diperam sebelum pilihanraya.

Dengan isu kenaikan yang berlaku, akan menyebabkan Barisan Nasional (BN) yang menjadi kerajaan hari ini tumbang pada PRU14 akan datang. Setelah kehilangan sokongan masyarakat Cina pada pru lepas, adakah BN mahu kehilangan undi orang Melayu pula pada pru akan datang akibat dari tindakan 'rasionalisasi' yang tak rasional ini!

Jangan selepas ini ada pak menteri yang gatal mulut berkata...'Jangan naik kereta kalau tak nak bayar tol'..mampuiiii..

KUALA LUMPUR: Kenaikan kadar tol yang dijangka berlaku tahun hadapan tidak dapat dielakkan memandangkan perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata telah tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan, memandangkan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.

"Bagaimanapun kadar itu tidak dinaikkan dan kerajaan membelanjakan RM400 juta untuk membayar pampasan untuk mengekalkan kadar sedia ada, yang boleh digunakan untuk perkara lain.

"Telah tiba masanya untuk mengotakan perjanjan yang telah dipersetujui," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah pertandingan mewarna dan melukis sambutan ulang tahun ke-50 Bangunan Parlimen di dataran Parlimen di sini, Sabtu.

Abdul Wahid juga memberitahu kenaikan itu pada tahun hadapan, dapat mengelakkan daripada berlakunya peningkatan secara mendadak yang lebih membebankan rakyat, apabila masa untuk menyemak semula kadar baharu tiba.

Petikan BERNAMA

Bulu Mah Tersangkut Di Tekak, Punca Mat Sabu Tak Mahu Jawab Bukti KDN

    2:09:00 PG   No comments
mat sabu syiah
Wak J: Para penganut fahaman Syiah yang sealiran dengan Mat Sabu selama ini bersembunyi dalam Pakatan Pembangkang mula timbul di permuakaan dan memberanikan diri tanpa segan-silu membela idola mereka.

Pendedahan yang dibuat KDN baru-baru ini tentang fahaman Syiah yang dianuti Mat Sabu betul-betul telah membuatkan pengikut Syiah kepanasan seperti cacing kerawit yang dipaksa keluar dari lubang burit......mah!.

Dengan 10 bukti yang dikeluarkan KDN bahawa Timbalan Presiden PAS itu adalah penganut Syiah, maka Mat Sabu juga perlu tampil dengan 10 bukti yang kukuh untuk membela dirinya sekaligus menafikan dakwaan KDN itu tidak benar.

Tapi..beranikah Mat Sabu berhujah secara ilmiah apabila berdepan ulama ASWJ atau Mat Sabu terpaksa menggunakan khidmat peguam Kafir seperti Karpal Singh bila kes ini dibawa ke mahkamah kelak?

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu hari ini diminta tampil mengemukakan bukti jika dirinya tidak terlibat dengan fahaman Syiah.

Pegawai Agama Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dr Zamihan Mat Zain Al Ghari berkata, Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu juga perlu berhujah secara ilmiah bagi menafikan 10 bukti yang dikeluarkan KDN semalam yang mengaitkannya dengan fahaman syiah.

"Kalau kata bukti-bukti ini tidak cukup kuat, (Mohamad) sila jawab secara ilmiah untuk menafikan 10 bukti berkenaan. Tidak kiralah sama ada secara bersemuka dengan KDN, jawab dalam YouTube atau dalam surat khabar," katanya kepada Bernama selepas ditemu bual dalam program Ruang Bicara terbitan BernamaTV di Wisma Bernama di sini, malam ini.

Zamihan berkata, KDN sentiasa bersedia untuk bermuzakarah dengan Mat Sabu bagi mencari kebenaran berdasarkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan di negara ini.

"Nak cari kebenaran mesti berdasarkan Sunnah Wal Jamaah, kalau Syiah tidak akan ada titik pertemuan. Untuk menganalisis bukti pun boleh kerana kami ada saksi dan rekod.

"Pihak kami dengan jelas mempunyai bukti Mat Sabu hadir kelas Syiah, bersama ustaz Syiah, jumpa dengan tokoh Syiah, melawat negara Syiah, memuji tokoh Syiah dan negara Syiah," katanya.

Selain itu, Zamihan berkata, 10 bukti mengenai pembabitan Mat Sabu dengan Syiah yang dikemukakan Ketua Setiausaha KDN  Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi semalam, dikategorikan sebagai Gred B.

"KDN ada lagi bukti eksklusif Gred A yang akan dikeluarkan kepada umum sekiranya keadaan memerlukan," katanya.

Terdahulu semasa ditemu bual dalam program itu, Zamihan berkata, KDN tidak pernah menyasarkan individu atau parti tertentu, sebaliknya bertindak untuk kepentingan umat Islam di negara ini.

"Ini soal akidah, kita tidak lihat individu, kedudukan atau pengaruh sebaliknya kita kena lihat kebenaran. Apabila dah kata doktrin atau kefahaman ini (syiah) sebagai sesat, maka tak kira siapa atau parti apa, kena patuh," katanya.

Ditanya tindakan susulan yang boleh diambil terhadap Mat Sabu, Zamihan berkata, isu berkaitan agama adalah di bawah tanggungjawab jabatan agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau jabatan agama negeri untuk bertindak.

"Pendedahan telah dibuat. Pihak berkuasa agama boleh ambil tindakan melakukan siasatan dan bawa ke muka pengadilan. Kita boleh lihat bukti kedua-dua pihak dan jika bersalah, parti kena merelakan pemimpin politik dikenakan tindakan," katanya.

Zamihan seterusnya menasihatkan parti politik untuk memastikan akidah seseorang individu sebelum dilantik menjadi pemimpin supaya 'akidah pemimpin itu tidak dilihat cantik di luar, tetapi seperti biskut kering yang lembik apabila dicicah air panas'.

Beliau juga menasihatkan mana-mana individu yang terbabit dengan doktrin Syiah supaya membuat 'pusingan u' dan kembali semula kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang merupakan pegangan majoriti umat Islam negara ini.

Beliau juga tidak menafikan adanya pensyarah universiti tempatan yang terlibat dengan penyebaran ajaran Syiah kepada pelajar, dan menyifatkan ia perkara serius yang perlu dibanteras segera kerana ia mengancam perpaduan ummah. - Bernama

Sabtu, 14 Disember 2013

Skandal Adi Putra: Si Bini Syok Tayang Lurah..Si Suami Pula Gila Cari Publisiti Murahan

    12:03:00 PG   11 comments
aida-skandal-adi-putra

Wak J: Memandang kes Adi Putra ni tengah viral di laman sosial dan medium blog, wak pun nak tumpang semangkuk komen tentang perkara ini.

Wak cuma nak bagi sedikit nasihat percuma kepada si Suami wanita yang terlibat dengan skandal ini.
Sudah-sudah lah tu cari publisiti murahan dengan bermodalkan isu ini. Seronok sangat menjaja aib sendiri sampai tak perasan aset milik bini terjojol dilihat orang.

Kalau begini lah cara bini anda berpakaian, bukan setakat Adi Putra sahaja yang nak bersekandal dengannya, malah pak lebai dari parti bulan mengambang pun sanggup...asal syok!

aida tayang lurah


Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.