Isnin, 13 Januari 2014

Anwar Dalang Di Sebalik Gerakan Kristianisasi Di Selangor?

    12:16:00 PG   3 comments

anwar dalang kristian
Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa melindungi gerakan Kristianisasi di Selangor begitulah kesimpulan yang dibuat oleh pelawat-pelawat laman ini.

Pelawat bernama ‘itsme’ rakaman percakapan Anwar di Pusat Reformasi, Demokrasi dan Inisiatif Sosial, Puchong, 5 Januari lalu sebagai bukti Penasihat Ekonomi Negeri Selangor memberi lampu hijau (green light) supaya gerakan Kristianisasi semakin bercambah di negeri itu.

“Amaran Anwar umpama memberi green light kepada DAP dan Kristian untuk cambah mekar selepas mereka dapat 2/3. Ini memang plan mereka cuma Melayu-Melayu luar ‘sana’ tu tak faham-faham..

“Ingat makin berat serban mereka tapi makin hilang kopiah adalah..kesian. Mereka lebih zalim dari yang ada. Sanggup makan anak bangsa sendiri.. mereka tidak sedarkah banyak musibah melanda atas kerana mungkin Allah melihat mereka itu berlaku zalim ke atas sesama manusia, lebih-lebih lagi sesama Islam,”katanya.

‘itsme’ membuat komen di atas sebagai mengulas artikel “Mesej Anwar Di Sebalik Amaran ‘Cina Di Bandar Kena Bantu.. Jangan Persulitkan Kerja Kita,’” yang merujuk amaran Anwar terhadap tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, Yeo Bee Yin (Damansara) Rajiv Rishyakaran (Bukit Gasing) dan Lau Weng San (Kampung Tunku) yang mencadangkan pindaan Enakmen 1988.

Dalam kenyataan itu, Anwar turut mengecam tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menyerbu Persatuan Bible Malaysia (PBM) dan merampas 300 Bible berbahasa Melayu serta Iban, namun dalam masa sama Anwar memberi ‘amaran’ kepada tiga ADUN DAP yang dilihatnya memberi kenyataan yang merugikan Pakatan Rakyat (PR).

“Cina di bandar pun harus tahu bahawa dia kena bantu, jangan dok tambah kenyataan yang mempersulitkan kerja kita.

“Umpamanya bila ada cadangan, apa masalah serbuan, selesaikan masalah serbuan, ini tidak, ‘pinda undang-undang,’ dah orang panik pula,” kata Anwar.

Seorang lagi pelawat, ‘XXX-PKR’ bersetuju dengan pendapat ‘itsme, menurutnya, Anwar memberi ‘amaran’ kepada tiga ADUN DAP itu bukan kerana mahu halang gerakan Kristianisasi di Selangor, sebaliknya Penasihat Ekonomi Selangor itu marah kerana cadangan pindaan enakmen 1998 ADUN DAP itu akan mendedahkan operasi gerakan Kristianinasi yang sedang berlaku di negeri itu.



“Setuju.. ia merupakan lampu hijau untuk teruskan kerja-kerja kristianisasi di Selangor secara bijaksana. Anwar marah sebab tiga ADUN DAP itu tidak bijak, nampak gopoh dan kerterlaluan menyebabkan undi Melayu-Islam akan lari.

“Anwar mahu kaedah yang lebih bijak, buat secara senyap tapi berkesan tanpa diketahui oleh pengundi Melayu-Islam.

“Apabila Pakatan dah dapat Putrajaya, baru boleh buat secara terbuka, pinda pelembagaan dan sebagainya.
Dapat kuasa dulu baru boleh buat, ini kita dapat Selangor, jadi kena buat diam-diam supaya orang Melayu tak tahu, itu mesej sebenar Anwar,”katanya.

Menurutnya kemarahan Anwar kerana ADUN DAP akan menonjolkan sifat sebenar Pakatan Rakyat, gopoh dan terburu-buru untuk menghapuskan enakmen berkaitan Islam di mana ia bakal kehilangan undi daripada masyarakat Melayu-Islam di negeri itu.

Sambil memberi bukti rakaman ucapan Anwar di New York pada tahun 2005, ‘XXX-PKR’ berkata kaedah Anwar untuk melemahkan Islam tidak boleh dibuat secara gopoh.

“Persoalan ‘kaedah’ ini pernah Anwar beritahu kepada pemikir-pemikir Yahudi dan Jesuit di New York pada tahun 2005.

“Kata Anwar untuk menyebarkan ‘demokrasi’ ke dunia Islam, ia harus dilakukan secara bijaksana, tidak boleh nampak kasar, gopoh dan imperalistik.

“Ia harus dilakukan dari ‘dalam’ di kalangan umat Islam sendiri dan tidak boleh nampak paksaan pihak luar. Jika nampak agenda pihak luar, umat Islam akan tolak,”katanya.


Seorang lagi pelawat, ‘Sman’ berkata jika PR berjaya mendapat 2/3 kerusi di parlimen, mereka akan meminda undang-undang yang sedia ada berkaitan dengan kedudukan Melayu dan Islam.

“Bila kita cakap pada Melayu PAS, Melayu PKR, satu hari nanti kalau PR berkuasa, dan dapat 2/3 mejoriti, DAP akan bawa usul pinda Perlembagaan-hapuskan hak keistimewaan Melayu,Islam bukan lagi agama rasmi, Bahasa Kebangsaan tolak tepi, dan macam-macam lagi perkara yang berkaitan dengan kepentingan Melayu Islam, mereka kata mustahil, DAP tak akan berani.

“Sekarang 3 ADUN berkaitan sudah pun membuktikan mereka ‘boleh’,yang bodoh, lembab dan mamai ialah Melayu PAS dan Melayu PKR. Mereka tak tahu DAP sudah berfikir 1,000 langkah di hadapan mereka, sedangkan mereka hanya cukup berdemo di Dataran Merdeka menjadi alat,”katanya.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
3 ulasan:
Write comments
  1. Kebenaran tulisan anda sukar dinafikan. Yang jelasnya, sememangnya Anwar adalah orang pertama di Malaysia yang mengajar dan seterusnya memberikan laluan kepada bukan Melayu khususnya untuk menunjukkan keberanian melakukan apa yang sedang berlaku sekarang...termasuk keluarganya sendiri....Kalo hendak disenaraikan tindakan mereka adalah amat banyak....Rumusan... Anwar dan keluarganya lah punca segala kemelut yang melanda negara sekarang....

    BalasPadam
  2. silap .. la Tun M ambil dan angkat dia masuk dalam kabinet dulu.... kami percaya berita ni, tak mustahil bila dia dah bersedia jadi agen zionis, murtad pun tak ada apa pada dia. Lihat shj wajahnya.. tiada nur yg sepatutnya ada pada wajah org2 yg dizalimi jika dia berada di pihak yang benar.

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.