Ahad, 23 November 2014

Hapus Subsidi Petrol Berperingkat Atau Serta-Merta Sama Sahaja Kesanya

    12:07:00 PTG   No comments

petrol-naik-harga

Berita penarikan balik subsidi terhadap Petrol dan Diesel kembali menjadi topik hangat di dada-dada akhbar serta media sosial. Bagi Pembangkang, berita ini bagaikan satu bonus atau rahmat buat mereka kerana selepas ini boleh menghasut orang kampung, orang bandar dan pekerja kilang supaya tinggalkan kerja, jangan cari duit dengan mengajak turun demonstrasi, berguling atas jalan setiap hari.

Penasihat Proton, Tun Dr Mahathir (Tun M) juga telah bersuara dan menyarankan supaya Kerajaan di bawah kepimpinan Najib Razak fikir masak-masak sebelum menghapuskan subsidi petrol serta-merta yang dijangkan akan memberi kesan pada rakyat.

Dari sudut lain, mungkin Tun M bimbang jualan kereta Nasional akan menurun kerana pembeli terpaksa berfikir dua kali sebelum membeli kereta disebabkan petrol tiada lagi subsidi.

Bagi wak pula, samada penarikan balik subsidi ini dilakukan secara serta-merta atau beransur-ansur mengikut keadaan semasa, kesanya tetap juga sama untuk jangka masa pendek mahupun panjang.

Wak sebenarnya bukan suka sangat bila subsidi petrol ditarik balik, maklumlah, sepanjang hidup ini, wak bergantung harap pada subsidi macam yang lain-lain. Bila nikmat subsidi Allah tarik mahu tak terkesan. Tapi bila difikir sedalam-dalamnya, sampai bila nak hidup macam ini?

Penarikan serta-merta subsidi petrol 1 Disember depan jika jadi kenytaan, wak memang setuju benar, sebab dah banyak sangat bantuan kerajaan ini tiris ke tempat lain.  Selepas ini tidak lagi kedengaran suara-suara orang merungut 'minyak naik lagi' bila setiap kali pengumuan penarikan subsidi dibuat. Sekiranya, Pembangkang nak anjurkan demo saban hari, saban minggu kerana subsidi petrol pun tidak mengapa, kita tengok sampai bila dia orang boleh bertahan buat kerja tak berfaedah tu.

kantoi cium mulut
Klik sini. Siapa artis kantoi cium mulut
Cuma satu sahaja yang wak harap sangat dari Kerajaan (itu pun kalau dia orang nak dengar lah) iaitu tolong pantau harga barangan  keperluan pengguna selepas ini, tidak kira dengan apa cara sekalipun. Jangan tunggu aduan dari rakyat, baru terhegeh-hegeh nak ambil tindakan.

Apa yang wak dapat bayangkan dalam kepala tentang masa depan Najib dan Barisan Nasional selepas 1 Disember ini hanya dua perkara sahaja, samada ini penggal terakhir dia jadi Perdana Menteri dan Barisan Nasional lingkup pada Piliharaya Umum ke-14 akan datang ATAU kerajaan sekarang kekal  menjadi pemerintah sekiranya dasar baru yang bakal diperkenal selepas ini betul-betul efektif (bukan cobaan) dan mampu meringankan beban rakyat.

Setiap hari dalam hidup kita, pasti akan berlaku bermacam-macam kejutan. Rancangan menarik balik pemberian subsidi petrol dan diesel ini adalah sebahagian daripadanya. Memang perit bila rasa kehilangan. Itu lah hakikat yang perlu kita terima TAPI tolong jangan guna alasan 'Rakyat belum bersedia' terima ini semua sedangkan MATI pun boleh terjadi bila-bila!

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.