Selasa, 9 Disember 2014

Kerajaan Patut Lantik Mahfuz Jadi CEO MAS

    9:47:00 PTG   10 comments

mahfuz-lepasan-srp

Pelantikan Christoph R Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAS didakwa bukti kegagalan kerajaan BN dalam merealisasikan slogan Malaysia Boleh.

Ketua Penerangan Pas, Mahfuz Omar berkata, pemilihan warga asing itu juga membuktikan rakyat Malaysia tidak layak menerajui syarikat penerbangan itu walaupun dibantah banyak pihak termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed sebelum ini.

"Dengan pelantikan warga asing sebagai peneraju baru MAS membuktikan kegagalan Malaysia dalam melahirkan tokoh pengurusan korporat tempatan.

"Ini menjadikan slogan Malaysia boleh adalah slogan palsu," katanya dalam satu kenyataannya, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas keputusan Khazanah Nasional Berhad yang melantik Mueller sebagai CEO MAS, berkuat kuasa 1 Januari depan.

Mueller yang kini CEO Aer Lingus, iaitu syarikat penerbangan kebangsaan Ireland juga dinamakan sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Lembaga Pengarah MAS.

Pelantikan Mueller dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam pada itu, Mahfuz berkata lagi, pelantikan itu juga membentuk sikap kepercayaan rakyat Malaysia terhadap kebolehan anak Malaysia untuk diberi tanggungjawab besar untuk masa depan negara.

"Adakah ini bermakna kerajaan bercadang untuk menyerahkan jawatan menteri kewangan yang disandang oleh Datuk Seri Najib juga warga asing yang lebih berkeupayaan untuk pemulihan ekonomi negara yang lebih baik?

"Adakah orang luar ini lebih berkeupayaan untuk memulihkan ekonomi negara susulan beban hutang negara yang begitu besar serta kejatuhan nilai ringgit Malaysia?" soalnya.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
10 ulasan:
Write comments
  1. Memang tepat sekali kerajaan sepatutnya melantik Mahfusss jadi CEO Mas kerana beliau pernah berkhimat sebagai CEO di Lapangan Terbang Bayan Lepas. HE HEEEEEE.

    BalasPadam
  2. Tiba tiba teringat pulak masa sekolah rendah dulu ramai budak budak main kapal terbangs dari kertas yang dilipat-lipat....

    BalasPadam
  3. Suruh aje mahafusfus jd ceo persatuan bulan jatuh ke riba.

    BalasPadam
  4. Kejatuhan nilai ringgit tiada kiatan dengan hutang negara..ramai yang mengiyakan kata mahfuz ni....

    BalasPadam
  5. WJ, jgnlah terusan jadi PEMBODEK UMNO- walaupun UMNO salah! Yg. kau heran kepurtusan ni diumumkan LEPAS Konvensyen UMNO dan sekrg. baru Pemuda UMNO-LIBERAL nak bising - tak payah MENYAMAQlah berterusan! Nasi dah jadi bubur - baru nak bising! Inilah puak LIBERAL-PENakut - yg. SENTIASA MENGKHIANATI di belakang tabir!

    Patutnya ISMA/NGO-NGO Islam-Melayu-TULEN MENYAMAN Khazanah Nasional/Kem. Pengangkutan kerana MENGGADAI MAS pd. warga asing - dgn. mengambil CEO Jerman tu! Dahlah paramugari Islam/Melayu MAS yg. kepunyaan NEGARA ISLAM kita ini, diDISKRIMINASI, tak dibenaqkan pakai tudung dan diPAKSA hidangkan arak! Dasyat betul!

    Inilah akibatnya bila si PENGKHIANAT-LIBERAL Islam/Melayu terus MENGUASAI UMNO - keuntungan/WANG melebihi segalanya termasuk identiti/KEDAULATAN NEGARA ISLAM kita ini serta ISLAM/hak umatnya!

    Dahlah si HIPOKRIT-KEPARAT NGO Tranparency International yg. asyik nak masuk hal-ehwal kat Malaysia ni berpusat di JERMAN, pusat ZIONIS no-1 di EU - lihat di http://www.presstv.ir/detail/2014/02/22/351741/germany-offers-to-represent-israel/, Germany offers to represent Israel in some Muslim countries, Feb 22, 2014!

    Sedangkan RASUAH berleluasa kat Jerman sendiri - lihat di http://wolfstreet.com/2013/12/30/leaked-confession-cesspool-of-greek-german-corruption-2/, LEAKED Confession: Cesspool Of Greek-German Corruption, by Wolf Richter, December 30, 2013!

    Bahkan kat Jerman yg. kononnya negara industri-no-1 kat dunia, lagi lawak! Banyak flat-flat yg. dibina oleh sy. gergasi yang MEMONOPOLI industri pembinaan/perumahan (selalunya dari keturunan Jerman terkaya, berzaman) untuk si miskin terutamanya puak imigran - dinding nipis dari 'cardboard'! Itulah jenis dunia KAPITALIS Barat/Zionis-PENIPU/PEROMPAK/amat TAMAK!

    Dan lebih dari 300 serangan ke atas MASJID-MASJID serta umat Islam di Jerman - tapi 88% kes tak diselesaikan pun oleh POLIS mahupun PERISIKnya yg. disyaki dikuasai ejen NAZI/ZIONIS-anti Islam- lihat di http://www.islamophobiawatch.co.uk/turkish-parliament-report-88-of-attacks-on-german-mosques-unsolved/#more-38818 , Turkish Parliament report: 88% of attacks on German mosques unsolved, Posted on November 20, 2014 by Bob Pitt , Today’s Zaman, 2014!

    Dan lihat ini di mana disyaki puak PERISIK Jerman BEKERJASAMA dgn. puak NAZI-anti Islam untuk MEMBUNUH lebih kurang 10 orang, yg. MAJORITI usahawan Turki-Islam - di http://www.wsws.org/en/articles/2013/11/14/nsu-n14.html, New evidence points to German secret service collaboration with far-right NSU, By Christoph Dreier , 14 November 2013!

    Nenek TUA Sambal Petai.

    BalasPadam
  6. PEMBETULAN: (perenggan pertama)

    WJ, jgnlah terusan jadi PEMBODEK UMNO- walaupun UMNO salah!

    Yg. aku heran kepurtusan ni diumumkan LEPAS Konvensyen UMNO dan sekrg. baru Pemuda UMNO-LIBERAL nak bising - tak payah MENYAMAQlah berterusan! Nasi dah jadi bubur - baru nak bising! Inilah puak LIBERAL-PENAKUT - yg. SENTIASA MENGKHIANATI di belakang tabir!

    Nenek TUA Sambal Petai.

    BalasPadam
  7. Idris jala pernah jadi, nasib baik MAS tak dijualnya , asyik jual mestilah untung tapi sekejap aje.

    BalasPadam
  8. Aku sokong Mahfuz dilantik Ceo Mas dengan syarat dia lulus Spm dulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mahfuz omar tak lulus spm kah.... patutlah dia selalu talking RUBBISH.. tap gaya dia kan macam hebat kau... kenapalah pengundi2 kat sana tu undi dia ya... agaknya sebab style dia kot... segak....? haktuihhhhhhhhhh...............

      Padam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.