Jumaat, 14 Februari 2014

KL, Selangor Sudah Mula Tak Ada Air..Salah Siapa?

    12:12:00 PG   11 comments
awek empangan selangor
Wak J: Siapa hari tu kata negeri Selangor ni banyak air walau musim kemarau berlaku? Kalau lah projek Langat 2 dibuka awal dulu, tak adalah masalah tak cukup air ini terjadi di Selangor dan Kuala Lumpur apabila musim kemarau melanda.

Sekarang ni banyak tempat disekitar Selangor dan beberapa kawasan di Kuala Lumpur sudah tidak ada air. Nak buat macam mana sekarang! Tak payah mandi, tak payah cuci najis lah macam ni.
Ini lah akibat jika terlalu layan sangat dengan karenah orang politik, akhir sekali sendiri yang merana. Padan muka!
KUALA LUMPUR: Permintaan terhadap bekalan air yang tinggi oleh pengguna ekoran cuaca panas yang dialami kini, menyebabkan berlaku masalah kekurangan air di beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan memaklumkan bekalan air dari Loji Rawatan Air Sungai Langat tidak dapat menampung permintaan yang meningkat mendadak.
Katanya kawasan terlibat ialah Angsana Hilir, Taman Pertama, Taman Bukit Pandan, Kampung Pandan Luar, Kampung Pandan Dalam, Taman Koperasi Polis, Taman Desa Baiduri, Bandar Damai Perdana, Taman Damai Perdana, Taman Desa Cahaya, Taman Sri Bahagia, Taman Bukit Anggerik, Taman SPPK Bukit Cheras dan Taman Orkid Desa.

Turut terjejas, Taman Segar, Taman Billion, Taman Supreme, Taman Cheras Utama, Cheras Hartamas, Taman Bukit Segar Jaya, Bandar Baru Segar Utama, Taman Damai Indah, Taman Minang Ria, Taman Bukit Angsana, Taman Suria Jaya, Taman Len Seng, Taman Desa Cheras dan Taman Alam Damai.

Selain itu, sebahagian kawasan Damansara iaitu Jalan Segambir, Jalan Belimbing, Jalan Setiabistari, Jalan Setiamurni 1-12, Jalan Setiabudi, Jalan Setiarasa, Jalan Setiaraya, Jalan Setiajaya, Jalan Medan Setia, Jalan Setiabakti, Jalan Setiakasih, Plaza Damansara dan Taman Seri Beringin.

Menurut kenyataan itu, penyaluran bekalan air sokongan ke kawasan terjejas tidak dapat dilakukan disebabkan ketiadaan lebihan bekalan air daripada kawasan lain berikutan kapasiti bekalan air terawat tidak mencukupi pada masa ini.

Katanya, Pelan Tindakan Kecemasan Kod Hijau telah diaktifkan bagi memantau dan mengurus bantuan air sementara melalui lori tangki dan tangki statik.

Syabas juga mengingatkan pengguna di kawasan yang tidak terlibat dengan gangguan supaya menggunakan air secara berhemah dan menggelakkan pembaziran. BERNAMA

Ahad, 9 Februari 2014

PRK Kajang: Anak Perempuan Zahid Tak Jadi Bertanding Lawan Anwar

    1:34:00 PTG   No comments
siti-anak zahid
KUALA LUMPUR: Anak perempuan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan tidak akan menjadi calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Kajang, selepas ayahnya meminta untuk tidak bertanding dalam pilihan raya itu.

Nurul Hidayah Ahmad Zahid, 35, menerusi akaun Twitternya berkata, beliau menghormati permintaan bapanya, dan berkata keputusan itu dibuat antara cita-citanya dan kasih kepada bapanya.

"Saya akur tetapi masa saya akan tiba nanti... Saya sayang Abah," kata Nurul Hidayah.

Pada Jumaat, ahli Umno Bagan Datoh itu berkata, beliau berhasrat untuk bertanding kerana merasakan drinya layak menyertai PRK tersebut.

Bapanya kemudian menolak laporan berkenaan, dengan memberitahu anak perempuannya "untuk tidak terlibat dalam politik itu".

"Ia merupakan kerusi MCA dan kita harus menghormatinya," kata Zahid kepada para pemberita sambil menambah bahawa Nurul Hidayah menetap di Kajang.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang kosong berikutan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)-PKR, Lee Chin Cheh secara tiba-tiba pada 27 Januari lalu.

Hari pengundian bagi PRK Kajang adalah 23 Mac dan penamaan calon pada 11 Mac.

Peletakan jawatan Lee dipercayai berkaitan dengan spekulasi bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah menyenaraipendek calon-calon untuk parti dalam PRK itu tetapi masih belum mendedahkan nama yang disenaraikan.
Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.