MH370: Amerika Hantar Pesawat Peninjau Ke Laut Andaman
11:17:00 PG
WASHINGTON: Kapal tentera laut Amerika Syarikat dan pesawat pemantaunya kini bergerak menuju ke Laut Andaman dan Teluk Bengal untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia yang hilang sejak Sabtu lalu.
Pesawat P-8 Poseidon dan kapal pemusnah misil, USS Kidd, akan membantu gerakan antarabangsa untuk mencari pesawat MH370 berkenaan yang kini kawasan SAR diperluaskan ke sebelah barat Malaysia, demikian menurut jurucakap Pentagon.
Kolonel Steven Warren. “USS Kidd kini di utara Selat Melaka yang apa dipanggil kami sebagai operasi mencari di barat," kata Warren kepada pemberita di Washington.
USS Kidd bersiap sedia untuk menjalankan misi mencari di Laut Andaman dan Teluk Bengal.
“P-8 pula akan menjalankan misi mencari di kawasan lebih luas...di bahagian selatan Teluk Bengal dan di bahagian utara Lautan Hindi," katanya. - AFP