Ahad, 29 Jun 2014

'Mak Lampir' Ampang Guna Isu Air Selangor Desak Khalid Letak Jawatan

    8:16:00 PTG   No comments
zuraidah-mak-lampir-ampang
PETALING JAYA: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dituduh tidak mengendahkan masalah gangguan bekalan air yang dihadapi rakyat di Selangor.

"Beliau sudah nyatakan jaminan tapi gangguan bekalan air masih berlaku dengan kerap terutamanya di kawasan Ampang dan Gombak," kata Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin pada Ahad.

Menurut Zuraida yang juga Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), penduduk Ampang berhadapan dengan pelbagai isu bekalan air bersih yang tidak berkesudahan sejak tahun lalu.

Katanya gangguan bekalan air menimbulkan pelbagai kesulitan kepada orang ramai.

"Isu ini timbul apabila masalah air tidak diuruskan dengan baik. Kami sudah penat untuk dengar penjelasan tentang apa yang sudah dibuat bagi menyelesaikan masalah ini.

"Beliau perlu nyatakan dengan jelas langkah yang telah dan akan dibuat untuk menanganinya," katanya.

Tambah Zuraida, jaminan yang diberikan kerajaan negeri berhubung masalah air dilihat umpama janji kosong kerana kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sudah membangkitkan mengenai isu air sejak PRu-13 yang lalu.

Peluang Bertemu Wan Azizah Di Bazar Ramadan Sekitar Kajang Petang Ini

    4:00:00 PTG   1 comment
Wak J: Khabarnya Adun Kajang yang baru, Wan Azizah akan melawat bazar Ramadan di segenap pelusuk Kajang sempena hari pertama umat Islam berpuasa petang ini. Jadi sama-sama lah kita seluruh penduduk Kajang menanti kedatangan isteri Anwar Ibrahim ini dengan penuh kesabaran walau ada bazar Ramadan milik peniaga Melayu kena roboh dengan MPKj baru-baru ini.

Lagi satu, ada khabar angin yang sampai ke telinga wak bagi tahu, Bang Non akan buat majlis berbuka puasa di kediamanya yang terletak di Country Heights, Kajang, harap-harap betul lah berita angin yang tersebar itu. Maklumlah setan mana ada pada bulan puasa. Untung-untung penduduk Kajang malam ini dapat makan besar Anwar belanja.


KAJANG: Hasrat lebih 100 peniaga untuk menambah pendapatan pada bulan Ramadan tidak kesampaian selepas gerai dibina di tapak bazar Ramadan persendirian di Taman Kajang Raya dirobohkan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Tindakan itu diambil kerana tapak itu tidak mendapat kebenaran MPKj dan kerajaan negeri untuk dijadikan pusat penjaja.

Dalam operasi oleh MPKj pada Jumaat, pihak berkuasa tempatan merobohkan 64 unit khemah penjaja.

Turut dirobohkan ialah bangunan surau dan tandas di tapak bazar berkenaan.Pemilik tanah tapak berkenaan, Sam Ong meminta pihak berkuasa tempatan memberikan kebenaran kepada peniaga yang sudah melabur modal untuk berniaga di tapak itu.

wan-azizah-bazar-ramadan

Kejadian itu menyebabkan peniaga terlibat tertekan kerana semua modal bagi memulakan perniagaan itu diperoleh menerusi skim mikro 1 Bazar Ramadan yang diumumkan perdana menteri baru-baru sudah dibelanjakan.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Penguasa Kiosk Melayu Hulu Langat, Mohammad Hanapiah berkata, antara alasan MPKj merobohkan tapak itu adalah kerana ia terlalu hampir dengan ‘uptown’ Jalan Reko Kajang.

"Jadi kita amat kecewa pihak majlis dah roboh habis semua dan buka habis semua khemah-khemah kita jadi peniaga-peniaga kita yang ada 334 orang ini di mana depa nak meniaga ni baru lagi dua hari lagi mereka dah nak berniaga di bazar Ramadan, dengan pinjaman dah keluar, siapa nak ganti nak bayar mereka punya pinjaman ni yang diumumkan oleh Perdana Menteri kita baru-baru ini?" soalnya.

Pihak peniaga menyifatkan tindakan MPKj itu tidak wajar kerana mereka sudah membayar RM600 kepada penganjur tapak bazar Ramadan tersebut.

Himpunan LGBT Singapura Jadi Sumber Inspirasi Pakatan Pembangkang Malaysia?

    1:00:00 PTG   No comments
Wak J: Jika di Malaysia bab suka berhimpun beramai-ramai ini kita serahkan sahaja pada Pakatan Pembangkang yang dianggotai PAS, PKR dan DAP. Bab menyokong puak LGBT dekat Malaysia ini pun Pakatan Pembangkang juga lah yang jadi juaranya.

Jadi, tidak mustahil perkara sebegini boleh berlaku. Pasti ada pihak dari Malaysia terutamanya badan NGO pro Pembangkang menyokong dan berpendapat bahawa perhimpunan yang dianjurkan golongan pencinta kaum sejenis atau pengamal seks songsang ini wajar diberi kebenaran dan ruang atas dasar perinsip hak asasi dan kebebasan di negara kita.

Macam best...Anwar Ibrahim mesti suka...

pink-dot-lgbt-singapore

Perhimpunan LGBT Singapura Berlangsung Meriah Walau Ada Bantahan

SINGAPURA: Ribuan berkumpul di ibu kota Singapura petang tadi bagi menghadiri perarakan menuntut hak asasi bagi golongan Gay, Lesbian, Biseksual dan Transeksual, LGBT yang kini menjadi acara tahunan di republik itu.

Perhimpunan yang dinamakan “Pink Dot” tetap diadakan meskipun mendapat tentangan keras dari beberapa kumpulan konservatif agama.

Kumpulan LGBT terbabit membanjiri kawasan tumpuan di sebuah padang dengan memilih warna merah jambu bagi mencerminkan pergerakan kumpulan itu.

Turut diadakan sudut ceramah untuk mereka menyuarakan hak dan tuntutan mereka.

Penganjur berkata mereka menjangkakan lebih 20 ribu hadir di perhimpunan tahun ini.

Jurucakap kumpulan itu Paerin Choa berkata perhimpunan itu bukan bertujuan untuk membantah dan menuntut hak mereka semata-mata tetapi mengharapkan kumpulan itu dapat diterima masyarakat di republik itu.

Perhimpunan itu semakin besar skala penganjurannya sejak diperkenalkan pada tahun 2009, dimana pada asalnya hanya dihadiri lebih 2,500 pengikut LGBT.

Para peserta mengenepikan desakan oleh kumpulan Kristian dan Islam yang membantah penganjuran perhimpunan seumpama itu yang dianggap bercanggah dengan nilai agama.

pinkdot-muslimah-singapore

Seorang paderi kanan Lawrence Khong berkata lebih 10,000 pengikut Gereja Baptist yang dihadirinya menentang penganjurannya atas alasan ia satu keruntuhan moral dan menghakis nilai kekeluargaan.

Khong juga lantang menentang  usaha untuk meminda Seksyen 377A, Kanun Jenayah negara itu yang menetapkan  hubungan seks sesama lelaki dianggap satu tindakan jenayah dan boleh dihukum penjara selama dua tahun.

Meskipun peruntukan itu telah diperkenalkan sejak zaman pemerintahan British lagi, ia dilihat tidak dilaksanakan secara ketat oleh pihak berkuasa.

Khong juga membidas tindakan kerajaan Singapura memberikan ruang untuk perhimpunan “Pink Dot” itu diadakan, selain menuntut kerajaan memberikan penjelasan mengenai pendirian mereka.

Paderi itu turut melahirkan sokongan terhadap satu lagi perhimpunan berasingan yang diadakan oleh kumpulan Islam yang dipimpin oleh Ustaz Noor Deros.

Perhimpunan yang dinamakan “Perhimpunan Pakaian Putih” itu diadakan untuk menyeru masyarakat agar kembali kepada nilai asal yang dipupuk oleh Islam.

Pihak kerajaan Singapura dilihat cuba tidak memihak kepada mana-mana kumpulan, sebaliknya menggesa debat mengenai LGBT tidak disuarakan secara terbuka.

Kerajaan PAP, berkata seksyen 377A harus dikekalkan berikutan nilai masyarakat negara itu yang masih konservatif dan tidak menerima perhubungan sejenis.

Dalam satu kaji selidik yang dijalankan oleh sebuah institut berkaitan polisi keatas 4,000 responden mendapati hampir 78 peratus berpendapat hubungan sesama jenis adalah satu kesalahan. - Agensi

Khalid Tidak Peduli Desakan Anwar Agar Berundur

    11:00:00 PG   2 comments
PELABUHAN KLANG - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak akan berundur sebagai Menteri Besar Selangor walaupun tewas dalam persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR dan didesak pelbagai pihak.

Beliau menegaskan, tidak akan sebarang syarat mengatakan bahawa beliau perlu melepaskan jawatannya itu sekiranya tewas dalam pemilihan parti.

“Itu tidak perlu. Tidak ada dalam syarat sekiranya kalah maka seseorang perlu mengakhiri tugasnya. Jika kamu memegang jawatan yang sudah dilantik, kamu masih lagi perlu menjalankan tanggungjawab itu sehingga pilihan raya akan datang,” katanya selepas Majlis Sumbangan Kepada Fakir, Miskin, Anak Yatim dan Masjid, Surau di Pulau Indah, semalam.

khalid-anwar-mb-selangor

Abdul Khalid berkata, selain jawatan Menteri Besar, beliau juga akan terus melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Adun Pelabuhan Klang dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Pada masa yang sama, beliau menggesa Jawatankuasa Pemilihan Parti PKR (JPP) membuat pengiraan semula undi bagi jawatan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor.

Abdul Khalid sebelum ini tewas kepada Manikavasagam pada pemilihan itu.

Beliau berkata, hal itu adalah atas permintaan penyokongnya yang tidak mungkin berpuas hati dengan kemenangan  Manikavasagam.

“Atas permintaan, kita akan buat bantahan dan melihat borang supaya ada kesahihan berlaku perkara tidak diingini,” katanya.

Mengulas lanjut dakwaan beberapa pihak yang terdapat wujudnya sabotaj dalam pemilihan itu, Abdul Khalid berkata, beliau tidak mahu membuat sebarang tuduhan.

Sementara itu, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan berkata, kedudukan menteri besar bukan agenda atau milik peribadi tetapi merupakan keputusan bersama parti itu dan PR dan mendapat perkenan Sultan Selangor.

“Saya rujuk beberapa kenyataan yang dibuat baru-baru ini mengenai kedudukan Menteri Besar Selangor. Saya menegaskan bahawa semua Adun  dan pimpinan parti harus menghormati peraturan dan tatasusila berkaitan isu ini,” katanya.

Piala Dunia 2014: Brazil Bakal Berdepan Saingan Sengit Pada Perlawanan Suku Akhir

    10:00:00 PG   No comments
brazil-squad-2014-worldcup

TUAN rumah, Brazil menjadi pasukan pertama menempah tiket ke aksi suku akhir Piala Dunia selepas menewaskan Chile 3-2 melalui penentuan sepakan penalti pada perlawanan awal pagi Ahad.

Aksi penuh dramatik kedua-dua pasukan pada pusingan kalah mati ini terpaksa diheret ke masa tambahan selepas terikat 1-1 pada masa perlawanan sebenar.

David Luiz menjaringkan gol tunggal Brazil minit ke-18, namun Alexis Sanchez menyamakan kedudukan 14 minit selepas itu.

Babak kedua menyaksikan Hulk berjaya menambah jaringan kedua Brazil, namun tidak dikira selepas pengadil Howard Webb memutuskan bola terkena bahagian lengan pemain itu.

Kedua-dua pasukan gagal mencari gol kemenangan dalam tempoh masa tambahan sehingga membawa ke sepakan penentuan penalti.

Tiga sepakan penalti Brazil dilakukan David Luiz, Marcelo dan Neymar.

Manakala dua gol penalti Chile oleh Aranguiz dan Diaz.

Brazil bakal berdepan dengan Colombia atau Uruguay pada aksi suku akhir yang keenam pasukan kendalian  Felipe Scolari ini.

Piala Dunia 2014: Alexis Sanchez Kesal Mutu Pengadilan FIFA Meragukan

    9:00:00 PG   No comments
"SAYA tidak risaukan pasukan Brazil, tetapi pengadil pada perlawanan itu harus bersikap terbuka dan tidak memihak mana-mana pasukan,”

Itu pandangan penyerang Chile, Alexis Sanchez yang berharap pengadil perlawanan mampu mengadili aksi pusingan kalah mati membabitkan kedua-dua pasukan tersebut dengan cekap dan tidak membuat keputusan meragukan.

alexis-sanchez-worldcup-2014

Nada risau itu diluahkan selepas pengendali Croatia, Niko Kovac pernah mempertikaikan mutu pengadilan ketika bertemu Brazil apabila pengadil (Yuichi Nishimura) memberikan sepakan penalti kepada tuan rumah sedangkan ulang tayang televisyen jelas menunjukkan pemain Brazil (Fred) sengaja menjatuhkan dirinya.

Sanchez berkata, jika boleh dia tidak mahu insiden tersebut berulang sekali gus merugikan mereka seperti mana dialami Croatia.

"Brazil pasukan yang memiliki pertahanan yang bagus dan mempunyai kualiti yang hebat dalam skuad mereka. Sudah tentu saya hormat dan gembira dapat bertemu mereka pada perlawanan ini.

"Cuma yang merisaukan kami ialah mengenai tahap pengadilan kerana apa yang berlaku sebelum ini satu pengajaran buat kami, Apa pun, kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku," katanya.

Piala Dunia 2014: Puasa Bukan Halangan Untuk Beraksi Lincah Di Padang

    8:03:00 PG   No comments
RIO DE JANEIRO: Kehadiran Ramadan, bermula hari ini menjadi ujian besar buat pemain beragama Islam yang kini beraksi pada kempen Piala Dunia di Brazil.

Ini adalah pertama kali dalam tempoh 28 tahun, Ramadan disambut serentak dengan kejohanan bola sepak berprestij itu. Kali terakhir adalah ketika Mexico menjadi tuan rumah pada tahun 1986.
Suhu semasa dicatatkan adalah antara 25 hingga 32 darjah celsius dan kebanyakan perlawanan pula berlangsung sebelah petang.

Ketua pasukan Algeria, Madjid Bouguerra ketika diwawancara media negaranya mengakui ia cabaran besar kepada pemain, namun baginya bukan asing dan pernah melalui pengalaman sama ketika beraksi bersama kelab Eropah, Glasgow Rangers.

“Ia memang sukar, tetapi cuaca di sini baik. Beberapa pemain akan menangguhkan puasa, tetapi saya akan meneruskannya bergantung kepada keadaan fizikal,” katanya.

Pertahanan Perancis, Bacary Sagna pula yang ditemubual The Associated Press (AP) di Ribeirao Preto, tahu bahawa terdapat kelonggaran tertentu yang membolehkan seseorang untuk menangguhkan puasa.

world-cup-ramadan-2014

“Secara peribadi saya tidak akan melakukannya, tetapi semua orang bebas untuk meneruskan puasa dan saya benar-benar menghormati mereka,” katanya.

Selain Bacary, pemain tengah, Moussa Sissoko dan pertahanan sensasi Real Madrid, Karim Benzema antara pemain Perancis beragama Islam.

Pemain tengah Manchester United, Marouane Fellaini, pula mewakili negaranya, Belgium, selain dua tonggak Jerman, Sami Khedira dan Mesut Ozil.

Lain-lain pemain, Xherdan Shaqiri, Admir Mehmedi dan Gokhan Inler mewakili Switzerland, sementara Wakaso Mubarak dari Ghana serta Vincent Aboubakar mewakili Cameron terlepas daripada beraksi pada Ramadan selepas pasukannya gagal ke peringkat kedua, saingan 16 pasukan.

Antara pasukan yang mencatatkan ramai pemain Islam dan layak beraksi pada pusingan kedua adalah Algeria. - Agensi

Sabtu, 28 Jun 2014

Anwar Arah Khalid Letak Jawatan Selepas Hari Raya?

    9:32:00 PTG   2 comments
anwar-khalid-mb

SHAH ALAM - Kedudukan jawatan menteri besar bukan agenda atau milik peribadi mana-mana pihak sebaliknya ia merupakan keputusan bersama antara PKR dengan parti komponen PR dan juga setelah mendapat perkenan Sultan Selangor, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya menegaskan bahawa semua Adun dan pimpinan parti harus menghormati peraturan dan tatasusila berkaitan isu kedudukan Menteri Besar Selangor itu,” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Sebelum ini, media melaporkan Pas Selangor menolak Abdul Khalid ekoran tindakannya yang sering membelakangkan PR dalam membuat keputusan.

Perkara itu disuarakan Pengarah Pilihan Raya Pas Selangor, Jaafar Sulaiman yang menyebut mesyuarat Badan Perhubungan Pas Selangor bersetuju agar Abdul Khalid ditukar kerana dianggap membawa masalah.

Pas Selangor turut menyifatkan barisan pimpinan PR wajar bertemu untuk berbincang bagi mencari pengganti Abdul Khalid.

Rakyat Selangor Akan Mati Kebulur Kalau Tak Makan Babi?

    6:00:00 PTG   2 comments
babi-pr-selangor
Wak J: Kalau ikut slogan 1Malaysia Najib, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Tapi di Selangor lain pula bila kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pakatan (PAS, PKR, dan DAP) sibuk memikirkan bagaimana cara untuk memaju dan memodenkan sektor ternakan BABI di negeri itu.

Akibat kedunguan rakyat Selangor sendiri yang mengundi Pakatan Pembangkang pada PRU ke 13 lepas, habis semua yang tidak terlibat turut terpalit dengan najis babi yang dibuang oleh tokeh-tokeh Cina DAPig. Babi betul!

Penting sangat ke BABI pada rakyat Selangor?

Selangor Kaji Pelaksanaan Ladang Babi Moden

BANTING - Kerajaan negeri sedang menunggu kajian daripada dua buah syarikat bagi perlaksanaan Modern Pig Farming di Ladang Tumbuk.

Yang Di Pertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Mohd Azhar Mohamed Ali berkata, Unit Perancang Ekonomi Negeri  (Upen) ditugaskan untuk meneliti syarikat terlibat sebelum memilih syarikat mana yang sesuai bagi memastikan projek itu dilaksanakan walaupun dalam tempoh jangka masa panjang.

Menurutnya, mengikut rekod terdapat 128 pengusaha ternakan babi di Kuala Langat.

"Keadaan ini memerlukan lokasi sesuai untuk penternakan,” katanya kepada media selepas menerima aduan daripada pelbagai pihak mengenai status kawasan penternakan itu.

Azhar memaklumkan, di Ladang Tumbuk sahaja terdapat empat buah ladang di mana ia menempatkan 1,000 ekor babi di kawasan seluas empat hingga lima ekar tanah.

Katanya, penduduk mula meluahkan rasa tidak selesa ekoran bau kurang menyenangkan berikutan pertambahan bilangan haiwan berkenaan.

“Bagaimanapun, jika penternakan secara moden dibangunkan di Ladang Tumbuk secara berkelompok ia bakal mengelakkan masalah pencemaran sungai disebabkan sisa buangan ternakan itu yang dipercayai dibuang secara berleluasa.

“Namun, pelbagai langkah sedang dilakukan termasuk pemantauan lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan veterinar dan mesyuarat khas yang dipengerusikan oleh pejabat daerah setiap dua minggu,” katanya.

Selain itu, pihaknya mengharapkan kerjasama semua pihak termasuk Lembaga Urus Air Selangor (Luas) memantau kualiti air yang dilepaskan oleh pengusaha terlibat ekoran keadaan air yang berwarna hitam dan berbau.

Tinjauan yang dilakukan ke beberapa lokasi ternakan babi di sekitar Kuala Langat mendapati beberapa sungai berwarna kehitam-hitaman.

Felixia Yeap Akan Peluk Islam 5 Ramadan Ini Tapi Tidak Bercadang Sertai PAS

    2:00:00 PTG   2 comments
Felixia-Yeap-peluk-islam
Wak J: Syukur! Akan bertambah lagi satu saudara baru seagama sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Felixia Yeap juga telah membuktikan pada kita semua bahawa untuk mendalami Islam serta hukum hakamnya tidak perlu masuk parti politik atau lebih tepat lagi menyertai PAS.

Wak doakan semoga Lim Guan Eng dan seluruh ahli keluarganya mendapat hidayah dari Allah agar terbuka hati untuk mendekati Islam sempena hari baik dan bulan baik ini.

Felixia Yeap  Secara Rasmi Peluk Islam 5 Ramadan ini

Setelah hampir lima bulan mendalami agama Islam, bekas model Playboy Felixia Yeap secara rasmi mengumumkan hasratnya memeluk Islam pada 5 Ramadan, atau 3 Julai, yang akan datang.

Jelitawan berusia 28 tahun itu berkata tarikh tersebut dipilih kerana selain jatuh pada hari lahirnya, ia juga merupakan tarikh kegemaran Rasulullah.

"‎Saya akan memeluk agama Islam pada 5 Ramadan, pada Khamis ini. Saya memilih tarikh  hari jadi saya, hari kegemaran nabi, maka saya berharap ia menjadi hari paling bersejarah dan diingati dalam hidup saya," katanya di hadapan kira-kira 2,000 hadirin di Program Semarak Ramadan di Shah Alam, malam tadi.

‎Sebelum ini, Felixia mengejutkan orang ramai dengan keputusannya memakai tudung walaupun belum memeluk agama Islam.

Dalam pengakuannya secara eksklusif kepada media tahun lepas, beliau mengakui begitu tertarik dengan pemakaian berlandaskan ajaran Islam.

Anak kelahiran Ipoh selepas itu mengakui akan hasratnya memeluk Islam namun masih belum memutuskan waktu sesuai dan mahu mendalami terlebih dahulu ajaran agama.

Felixia ketika program malam tadi turut mengakui perubahan dirinya yang berhijab kini menyebabkan disisih oleh rakan-rakannya.

"Bezanya adalah kawan-kawan saya dulu kebanyakan lari menyisihkan saya. Mereka menyangka saya berhijab kerana ingin menjadi Melayu tetapi sebenarnya saya tertarik dengan Islam," katanya.

Bagaimanapun, katanya, keluarganya terutama ibunya begitu menyokong perubahan positif dirinya.

Tambahnya setelah hatinya terbuka mendalami Islam, beliau merasakan perubahan kerana meskipun ditimpa pelbagai dugaan, beliau yakin Allah akan melindunginya.

Ahli PAS Sanggup Berbunuhan Kerana Syurga Yang Telah Dijanjikan

    10:23:00 PG   4 comments
suicide-bomber-pas.jpg
Wak J: Rata-rata yang menyertai misi 'Jihad' di negara Arab yang sedang bergolak seperti Syria adalah ahli PAS. Para penyokong PAS di Malaysia terasa apabila Tun M mengibaratkan misi jihad kawan-kawan mereka di sana sebagai misi untuk membunuh diri.

Seperti biasalah, berbakul-bakul maki hamun dihambur keluar dari mulut ahli PAS ini apabila sel-sel otak mereka mula berhubung setelah terfikir apa yang dikata oleh bekas Perdana Menteri Malaysia itu ada kebenaranya.

Dr M: Orang Melayu sanggup bunuh kerana syurga

Susulan dakwaan penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti militan, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membidas orang Melayu yang didakwanya sanggup membunuh diri dan umat Islam lain kerana perbezaan politik atau ideologi demi menuju syurga.

Dalam tulisan blognya hari ini, tokoh politik itu berkata umat Islam belum mendengar ulama Malaysia memberi pendapat atau membuat fatwa berhubung perbuatan seumpama itu.

"Jika pendapat berkenaan bunuh diri, bunuh saudara seagama akan dapat balasan syurga, mungkin ramai lagi orang Melayu yang akan melilit bom di badan dan meletupkannya supaya dapat membunuh ramai orang Islam lain yang tidak dikenali dan tidak bermusuh dengan mereka," katanya.

Beliau juga cuba mencari seruan dalam Al-Quran yang menyeru membunuh diri atau orang Islam lain tetapi beliau tidak menjumpai firman Allah yang menyuruh meningkatkan permusuhan dengan memihak mana-mana pihak.

"Al-Quran menyuruh kita damaikan antara dua orang Islam jika mereka bermusuh. Jika mana-mana pihak menolak kedamaian barulah boleh pihak ketiga memihak kepada pihak yang menerima kedamaian.

"Sesungguhnya Allah berkali-kali menyatakan tidak suka mereka yang mencetuskan huru-hara," katanya.

Beliau belum pernah menjumpai seruan supaya bermusuh sesama Islam, syahid dengan membunuh diri atau membunuh orang Islam lain melalui sabda Nabi Muhammad SAW.

"Mungkin ada hadis yang menyuruh kita bermusuh sesama Islam. Tetapi saya belum jumpa... Saya cuma ingin tahu pendapat ulama di Malaysia berkenaan syurga yang menanti mereka sebagai pejuang Islam ini," katanya.

Jumaat, 27 Jun 2014

Kemaruk Nak Menang, 'Mak Lampir' Ampang Disaman Ahli Cabang Sendiri

    10:02:00 PTG   2 comments
mak-lampir-ampang
Wak J: Makin kalut dan karut pemilihan PKR.. Anwar mana?..Ambiga mana?

PETALING JAYA: Kontroversi pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin kusut apabila ahli parti itu kini menggunakan saluran mahkamah bagi membatalkan keputusan pemilihan bagi Cabang Ampang.

Saman yang difailkan Ahli Jawatankuasa PKR Cabang Ampang, Nasharudin Md Isa itu menamakan tiga defendan iaitu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Johari Abdul; JPP dan Ketua Cabang Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Writ saman difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam kira-kira pukul 2.45 petang Jumaat.

Menurut Nasharudin, tindakan mahkamah adalah jalan terakhir bagi menuntut keadilan daripada parti itu berikutan dua aduannya kepada JPP sebelum ini tidak mendapat pembelaan sewajarnya.

"Saya yakin terdapat unsur rasuah oleh defendan ketiga (Zuraida), wakil serta penyokongnya hingga mempengaruhi keputusan pemilihan bagi Cabang Ampang.

"Malah JPP sendiri gagal mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap dua bantahan saya sebelum ini walaupun semua bukti kukuh dikemukakan," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Menurut Nasharudin, beliau mengemukakan bantahan sebanyak dua kali pada 21 dan 22 Mei lalu, namun JPP tetap meneruskan pengiraan undi dan mengesahkan keputusan.

"Malah ketika pengiraan undi, tiada wakil calon dipanggil untuk memantau proses itu," katanya.

Pemilihan PKR Cabang Ampang diadakan pada 11 Mei lalu dan Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang diisytihar berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai ketua cabang.

DAP Peralat Gadis Bertudung Jadi 'Pelacur' Politik

    3:00:00 PG   7 comments
Selepas PAP bukan lagi salah sebuah parti politk berdaftar di Malaysia, seorang penyokong kuat Lee Kuan Yew yang merupakan Ahli Parlimen Bangsar, Devan Nair bersama-sama seorang pendatang dari China yang baru mendapat kerakyatan, Chen Man Hin, telah menubuhkan DAP yang menggunakan kesemua Perlembagaan PAP pada tahun 1965.

Menariknya, Dyana Sofya bercakap retorik tentang pemimpin anak muda yang seharusnya diberikan peluang memimpin kerana golongan tersebut dikatakan mempunyai visi dan misi yang baru. Malah katanya lagi, golongan itulah yang akan menghapuskan kepimpinan sedia ada di mana korupsi dan penyelewengan berlaku secara meluas.

Retoriknya, Dyana Sofya menyatakan Pakatan Rakyat sangat yakin dengan golongan ini walaupun hakikatnya, pemimpin-pemimpin dari golongan muda dalam Pakatan Rakyat sebenarnya hanyalah dipergunakan untuk melakukan kerja-kerja rencam, manakala segala keputusan dibuat oleh golongan tua seperti yang berlaku di dalam DAP.

melayu-tudung-dap

Dari tahun 1965 sehingga kini, Lim Kit Siang masih lagi merajai DAP walaupun pemimpin-pemimpin parti lain bersilih ganti. Lim Kit Siang merupakan antara ahli Parlimen paling lama di Malaysia. Dan di tangan Lim Kit Siang juga, ramai pemimpin muda yang dilihat mampu mencabar anaknya, Lim Kit Siang telah dibunuh, dicantas dan diterajang keluar dari DAP seperti Lee Lam Thye dan pemimpin-pemimpin Melayu DAP pada tahun-tahun 70-an sehingga 80-an.

Majlis anjuran Rocketkini.com untuk berinteraksi secara terus dengan golongan muda. Majoriti yang hadir terdiri daripada blogger-blogger tempatan.Ucapan dan dialog yang diperbincangkan tidak menyentuh keperibadian pemimpin kerajaan tetapi lebih terarah untuk menukar kerajaan sekarang ini serta memberi peluang kepada golongan muda bagi mengubah landskap politik MALAYSIA.

Sesuatu yang menarik ialah, dalam majlis tersebut, Dyana Sofya LANGSUNG TIDAK BERPENGETAHUAN untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan mengenai isu politik semasa dan terpaksa dibantu oleh blogger-blogger pro DAP-Pakatan untuk menjawab. Tidak keterlaluan jikalau dikatakan, kehadirannya hanyalah sekadar untuk menarik golongan muda menyertai DAP.

Majlis diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh blogger dan wartawan bebas yang dikenali.

Program yang diadakan ini diaturkan oleh Democratic Action Party Socialist Youth (DAPSY) untuk menonjolkan DYANA SOFEA sebagai politik anak muda yang berani dengan cabaran kontroversi kerana telah tiba masanya politik negara di pandang dari sudut anak muda.

Sesuatu yang pasti dan telah dipelajari oleh DAP ialah, selain Dyana Sofya, mereka perlu merekrut gadis-gadis Melayu bertudung yang berwajah cantik sebagai jurucakap mereka. Dalam majlis tersebut, seorang gadis bernam SYEFURA OTHMAN (berbaju dan bertudung merah) telah diperagakan dan bakal dijadikan bidak untuk menarik lebih banyak sokongan golongan muda Melayu kepada DAP.

Baca selanjutnya di The Selangor Chronicle

Khamis, 26 Jun 2014

Nurul Izzah Sudah Tidak Boleh Bersabar Mahu Berpisah Dengan Suami

    11:00:00 PTG   1 comment
nurul-izzah-skandal

Wak J: Bak kata seorang komentar facebook, nak jaga rakyat atau nak jaga suami, pilihlah baik baik.

Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan diberitahu rumahtangga Nurul Izzah Anwar dan Raja Ahmad Shahrir Raja Salim mungkin tidak dapat diselamatkan lagi.

Jawatankuasa Pendamai menemui jalan buntu setelah Nurul Izzah berkeras tetap mahu berpisah dengan suaminya walaupun suaminya merayu untuk bersatu semula demi anak-anak.

Nurul Izzah dilaporkan tetap mahu meneruskan permohonan cerainya sementara Raja Shahrir masih sayangkan anak Anwar Ibrahim ini dan enggan melafazkan cerai terhadap beliau.

Laporan jawatankuasa yang berbincang pada 26 Mei 2014 itu juga menyebut bahawa MP Lembah Pantai itu dan suaminya sudah tidak tinggal bersama sejak 17 April 2014.

Hakim kemudian menetapkan menetapkan tarikh 7 Ogos 2014 untuk memberi peluang kepada peguam suaminya, Zulkifli Che Yong untuk meneliti laporan itu.

Nurul Izzah memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah  Persekutuan 1984, pada awal Januari.

Pasangan tersebut yang dikurniakan dua orang anak berumur tujuh dan empat tahun telah berkahwin sejak  9 Mei 2003.

'Blackout' Punca Khalid Tewas Pemilihan Jawatan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor

    8:49:00 PTG   No comments
khalid-tewas

PETALING JAYA - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor selepas ditewaskan oleh bekas Ahli Parlimen Kapar, S. Manickavasagam pada pemilihan semula parti itu pada Sabtu lalu.

Dalam pemilihan semula Sabtu lalu, Manickavasagam memperoleh majoriti undi sebanyak 186 selepas mendapat 701 undi berbanding Abdul Khalid dengan 515 undi.

Walaupun Manickavasagam bukan calon pilihan namun penggantungannya selama beberapa minggu selepas beliau lantang menentang politik wang didakwa melibatkan pesaingnya itu ternyata memberi kelebihan kepadanya.

Namun penggantungan keahliannya lebih bermakna apabila beliau kembali dalam pertandingan dan meraih kemenangan dengan mendapat sokongan luar biasa selepas akar umbi hilang kepercayaan terhadap Abdul Khalid.

Abdul Khalid bagaimanapun berjaya mendapat jumlah undi yang banyak bagi jawatan Timbalan Presiden berbanding penyandangnya, Mohamed Azmin Ali.

Anggota PKR Cabang Kuala Selangor memberikan Abdul Khalid 517 undi, manakala Azmin dan Datuk Saifuddin Nasution masing-masing menerima 440 dan 50 undi.

Namun menurut sumber pejabat Menteri Besar, Abdul Khalid akan membuat bantahan terhadap keputusan yang belum diumumkan secara rasmi itu.

Sumber itu mendakwa wujud penipuan ketika proses pengiraan undi yang berakhir pada Rabu malam.

"Ada sebanyak 390 undi rosak bagi jawatan timbalan presiden, tapi Tan Sri (Khalid) tetap menang.

"Namun masalah timbul apabila dewan pusat pengiraan undi di Ibu Pejabat PKR blackout secara tiba-tiba selama dua jam ketika proses pengiraan undi bagi jawatan ketua cabang nak bermula," kata sumber yang enggan dikenali.

Tambah sumber itu, pihaknya terkejut apabila Abdul Khalid tewas hanya dengan 186 undi bagi jawatan ketua cabang walaupun menang bagi pemilihan timbalan presiden.

"Ia amat mencurigakan, malah kita dapati jumlah undi rosak bagi jawatan timbalan presiden yang sudah dikira awal juga berkurangan.

"Kita percaya wujud tindakan pihak tidak bertanggungjawab menukar kertas undi rosak kepada undi yang berpihak kepada Manikavasagam," katanya.

Selasa, 24 Jun 2014

Kabinet Baru Najib Bakal Dianggotai Cina MCA Dan Gerakan

    8:49:00 PTG   4 comments
najib-kabinet-baru

SEPANG - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi bayangan tentang rombakan Kabinet, menyatakan pelancaran KLIA2 di sini hari ini mungkin adalah yang terakhir dihadiri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan.
  
"Ini mungkin majlis rasmi terakhir anda sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan," katanya secara berseloroh pada majlis pelancaran KLIA2.
 
Hishammuddin turut hadir pada majlis pelancaran KLIA2, terminal bagi syarikat penerbangan tambang rendah.
 
Spekulasi tentang rombakan Kabinet menjadi bualan hangat akhir-akhir ini berikutan desas-desus bahawa Najib perlu melakukannya untuk membawa masuk pemimpin daripada MCA dan Gerakan. - Bernama

Isnin, 23 Jun 2014

Wardina Safiyah 'Si Kambing Yang Bertudung'

    10:03:00 PTG   9 comments
Wardina Safiyah kambing

Wak J: Kalau nak tahu kenapa Wardina Safiyah di gelar sebagai si Kambing yang Bertudung. Jom ikuti luahan hati blogger TFK di sini.

Kalimah Allah: The Herald Gagal Lagi

    9:11:00 PTG   1 comment
kalimah-allah-the-herald
 
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhbar mingguan Katolik, The Herald, pada Isnin bagi mendapatkan kebenaran untuk mencabar Kementerian Dalam Negeri berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mingguannya edisi bahasa Melayu.

Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria, yang mempengerusikan panel mendengar hujahan tujuh hakim daripada kedua-dua pihak berhubung permohonan kebenaran merayu itu.

Ini merupakan panel yang besar seumpamanya untuk menentukan permohon rayuan.

Gereja itu memohon kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk meneruskan rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 15 Oktober 2013, yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam versi bahasa Melayu terbitannya.

Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan The Herald menggunakan kalimah Allah selepas Mahkamah Tinggi mengisytiharkan bahawa keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang penerbitan itu daripada menggunakan kalimah Allah adalah menyalahi undang-undang, terbatal dan tidak sah.

Pada 2009, gereja Roman Katolik diketuai Paderi Besar Murphy Pakiam memfailkan permohonan semakan kehakiman yang menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden, antara lain memohon perisytiharan bahawa keputusan kementerian melarang penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan The Herald adalah tidak sah.

Majalah mingguan itu, yang diterbitkan dalam empat bahasa, menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada Tuhan dalam versi bahasa Melayu, terutama bagi memenuhi keperluan penganut Katolik di Sabah dan Sarawak.

Ahad, 22 Jun 2014

Lee Kim Sin 'Tikam Belakang' Wan Azizah?

    8:46:00 PTG   No comments
kajang-cikgu-lee
Sekarang ini, golongan pro-Anwar Ibrahim termasuklah dari kalangan PAS Selangor sedang menjadikan Wan Azizah Wan Ismail, ADUN Kajang merangkap isteri Anwar Ibrahim dan Presiden PKR sebagai calon Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid Ibrahim yang dikatakan tidak kompeten sebagai Menteri Besar Selangor lagi.

PKR dan jentera-jentera propagandanya sedang pening. Mereka tidak tahu bagaimana hendak menyelesaikan masalah ini. Bahkan selagi boleh, mereka cuba menyembunyikan hakikat bahawa Wan Azizah telah dianiayai oleh Pembantu Khas ADUN Kajang yang dilantiknya, terutama sekali dalam hal berkaitan pengaturan jadual program-program yang akan dihadiri Wan Azizah.

Antara punca permasalahan ini adalah:

- Tindakan Lee Kim Sin yang cuba mengawal atau mengehadkan pergerakan Wan Azizah dalam setiap program dan aktiviti parti di Kajang.

- Lee Kim Sin tidak memaklumkan senarai aktiviti yang diatur oleh bukan kroninya kepada Wan Azizah.

Disebabkan itu, Wan Azizah bercadang untuk menggugurkan Lee Kim Sin sebagai Pembantu Khasnya. Apatah lagi gelagat Lee Kim Sin pula mengatasi Wan Azizah sebagai ADUN Kajang. Tambahan pula, Wan Azizah tidak mendapat sebarang kerjasama, menjadikan usahanya untuk menggantikan Lee Kim Sin, tidak kesampaian. Tidak ada Cina PKR Kajang yang mahu mengikut telunjuk Wan Azizah.

Lee Kim Sin telah pun membuktikan bahawa Wan Azizah sebenarnya bodoh dan tolol meskipun telah pernah bergelar Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Ahli Parlimen Permatang Pauh selama dua penggal dan Presiden Parti Keadilan Rakyat.

Ini terbukti apabila Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh menolak 10 soalan yang dikemukakan Wan Azizah kerana tidak mengikut peraturan baru-baru ini. Dalam hal ini, kebiasaannya Pembantu Khas yang sepatutnya membantu ADUN dalam menyediakan soalan tambahan pula Lee Kim Sin adalah bekas ADUN Kajang yang semestinya mengetahui prosedur dalam mengemukakan soalan kepada Dewan.

Memalukan! Ahli PKR Bertempur Sesama Sendiri Kerana Rasuah

    12:15:00 PTG   No comments
pkr-bagan-serai-3
BAGAN SERAI - Kontroversi pemilihan PKR Perak bagi tahun 2014 semakin panas apabila parti itu mengesahkan dua lagi cabang parti di Perak dibatalkan keputusan pemilihan oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dua minggu lalu.

Pengerusi PKR Negeri Perak, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, dua cabang parti yang disahkan dibatalkan keputusan adalah PKR Cabang Bagan Serai dan Cabang Tambun.

Menurutnya, JPP memutuskan keputusan pemilihan PKR kedua-dua cabang dibatalkan serta-merta setelah mendapati berlakunya salah laku membabitkan politik wang sewaktu pemilihan sedang dijalankan.

“Setakat ini, PKR Perak masih tidak dimaklumkan mengenai keputusan tarikh dan lokasi proses pemilihan semula membabitkan PKR cabang Bagan Serai, manakala proses pemilihan semula PKR Cabang Tambun hari ini (semalam).

“Bagaimanapun, saya tidak menolak kemungkinan pemilihan semula PKR Cabang Bagan Serai akan dilaksanakan selewat-lewatnya sebelum penghujung bulan Jun ini,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Ditanya sama ada lebih banyak pembatalan keputusan cabang PKR di Perak akan berlaku di Perak, Muhammad Nur enggan mengulas lanjut dan menegaskan segala keputusan di tangan JPP.

“Saya enggan ulas lanjut kerana tidak mahu melangkaui JPP. Saya turut minta media tulis yang ini sahaja,” katanya.

Sementara itu, bekas Ketua PKR Cabang Bagan Serai, Md Nasib Rahim ketika dihubungi memaklumkan tidak mengetahui keputusan JPP membatalkan pemilihan PKR cabang Bagan Serai yang diadakan pada 4 Mei lalu.

Menurutnya, sehingga kini, Ketua PKR Cabang Bagan Serai yang baharu, Sharif Sarjono memaklumkan kepadanya masih belum menerima sebarang surat pembatalan keputusan pemilihan daripada JPP.

“PKR Cabang Tambun sememangnya sudah dimaklumkan mengenai proses pemilihan semula cabang itu diadakan hari ini (semalam).

pkr-bagan-serai-2

“Namun, PKR Cabang Bagan Serai masih belum menerima sebarang hitam putih mengenai pembatalan keputusan pemilihan cabang ini sebelum ini,” katanya.

Md Nasib turut menggesa JPP bersikap telus dan tidak sekadar membuat keputusan yang dipengaruhi pihak tertentu.

Sinar Harian pada 6 Mei lalu melaporkan kejayaan Ketua PKR Cabang Bagan Serai yang baharu, Sharif Sarjono menewaskan bekas pemangku Ketua PKR cabang itu, Munawir Mahmuddan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) cabang, Azroul Shahrin Amir Hussin dalam pertandingan tiga penjuru merebut jawatan Ketua PKR cabang itu.

 PKR Cabang Bagan Serai sememangnya tidak asing daripada kontroversi apabila hampir 70 peratus ahli PKR cabang itu mengugut memboikot pemilihan dan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang PKR itu sekiranya lokasi pengundian di Hotel Kelisa, Bagan Serai dikekalkan, seminggu sebelum pemilihan berlangsung.

Jumaat, 20 Jun 2014

Wan Muhammad Azri Mohon Bayar Saman Anwar Secara Ansuran

    8:53:00 PTG   2 comments
Wan-Muhammad-Azri-nelayan

KUALA LUMPUR - Wan Muhammad Azri Wan Deris yang didakwa sebagai blogger PapaGomo meminta Mahkamah Tinggi membenarkan beliau membayar ganti rugi bernilai RM850,000 secara ansuran kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Wan Azri, beliau yang kini bekerja sebagai nelayan tidak mempunyai sumber kewangan tetap dan berharap untuk mengemukakan bayaran RM100 sebulan sehingga ganti rugi tersebut selesai.

Jelasnya lagi, beliau kini kesempitan dari aspek kewangan sehingga terpaksa menjual pegangannya dalam syarikat KL Pos Media And Production bagi membayar kos guaman untuk membela diri menentang Anwar.

Walaubagaimanapun, permohonan Wan Azri membuat bayaran secara ansuran dibantah peguam Shahid Adli dan mahkamah memerintahkan pihak plaintif dan defendan berbincang berhubung isu tersebut.

Rayuan Wan Azri untuk menangguhkan bayaran ganti rugi kepada Anwar turut ditolak mahkamah dan beliau diperintahkan untuk membayar kos RM5,000 dalam tempoh dua minggu.

Keputusan dibacakan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop dihadapan Shahid Adli dan Wan Azri.

Wan Azri ketika ditemui pemberita menjelaskan akan memfailkan permohonan di Mahkamah Rayuan bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi.

Pengurusan kes ditetapkan 24 Jun ini.

Selasa, 17 Jun 2014

Khalid Samad Cuba Lepas Tangan Tapi Tetap Pertahan Gereja

    9:22:00 PTG   2 comments
KUALA LUMPUR - Pas Selangor hari ini menegaskan tindakan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang engkar kepada keputusan Peguam Negara supaya memulangkan kitab Bible milik Persatuan Bible Malaysia (BSM) tidak mempunyai kaitan dengan keputusan parti itu.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mendakwa, keputusan badan agama itu diputuskan tanpa pengetahuan dan di luar kawalan Kerajaan Negeri Selangor.

"Tindakan itu tiada kena mengena dengan Pas, walaupun wakil Pas sebagai Exco Agama dalam kerajaan negeri Selangor, namun tindakan dan arahan itu datang daripada Mais.

"Mais dipengerusikan oleh Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dan beliau bukan ahli Pas serta tidak dilantik kerajaan negeri dan rakyat," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas pendirian Mais Sabtu lalu yang tidak bersetuju dengan keputusan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail untuk tidak mendakwa BSM dalam isu rampasan 300 Bible berbahasa Melayu dan Iban di Petaling Jaya, Januari lalu.

khalid-gereja

Menurut Mohamad Adzib, mesyuarat khas Mais Jumaat lalu menganggap masih ada ruang di dalam Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 bagi membolehkan pendakwaan dilakukan terhadap BSM.

Dalam pada itu, Khalid menambah, Pas Selangor juga akan meminta Kerajaan Negeri Selangor mengkaji semula kuasa eksekutif yang diberikan kepada Mais sehingga boleh mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tanpa perlu meminta kelulusan.

Dakwanya jika perkara itu tidak diberi perhatian, kelak ia boleh menjejaskan reputasi dan imej institusi diraja memandangkan Mais dinaungi oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Kita harap dapat kaji semula peranan dan kuasa Mais pada masa ini dan kita perlu kembali kepada kerajaan raja berperlembagaan untuk mengelakkan imej raja tercemar.

"Jika tidak dibendung Mais akan terus melakukan tindakan melulu hingga menganggap Jais itu pihak berkuasa mereka," katanya.

Khalid juga tidak menolak tindakan pengerusi Mais itu juga didakwa cuba mensabotaj kerajaan negeri Selangor sejak PR mengambil alih pentabiran negeri itu pada 2008.

Isnin, 16 Jun 2014

Kerajaan Pakatan Selangor Gadai Tanah Rizab Melayu Pada Bukan Melayu

    11:43:00 PTG   1 comment
mb-selangor-tanah-rizab-melayu
SHAH ALAM: Seluas 9.74 hektar tanah rizab Melayu di Selangor telah diberi hak milik kepada orang bukan Melayu, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2, hari ini.

Menurut laporan itu, semakan terhadap 129 carian rasmi kepada dokumen hak milik mendapati ia melibatkan 18 (13.9%) hak milik tanah di daerah Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.
 
Perkara ini menyebabkan kepentingan orang Melayu terhadap tanah rizab Melayu terjejas dan keluasan tanah rizab Melayu yang boleh diberi milik kepada orang Melayu berkurangan, menurut laporan itu.

Berdasarkan maklum balas bertarikh 7 April 2014, Pejabat Daerah Dan Tanah (PDT) Kuala Selangor memaklumkan pemilik asal tanah terlibat adalah orang bukan Melayu.

Menurut PDT Klang pula, perkara ini berlaku kerana tanah tersebut terlibat dengan proses pecah sempadan dengan endorsan tanah rizab Melayu tidak dimasukkan semasa hak milik baharu didaftarkan mengakibatkan berlakunya pindah milik kepada orang bukan Melayu.

Bagaimanapun, PDT Klang tidak mengemukakan bukti untuk menyokong urusan pindah milik ini, menurut laporan itu.

Seterusnya, laporan audit mendedahkan terdapat tanah rizab Melayu di Ampar Tenang, Sepang dan Sungai Lang, Sabak Bernam pula diduduki dan diusahakan oleh orang bukan Melayu.

Mereka menjalankan perniagaan gerai makan, bengkel kereta serta membina bangunan di tanah rizab Melayu.

Justeru, Ketua Audit Negara antara lain mengesyorkan pihak Pejabat Tanah Dan Galian Selangor (PTGS) dan PDT menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca dan kaedah bagi menyekat pemberimilikan tanah rizab Melayu kepada orang bukan Melayu.

Ia juga harus meliputi pindah milik tanah pegangan orang Melayu kepada orang bukan Melayu daripada terus berlaku serta membuat pembatalan dan penggantian tanah rizab Melayu yang sewajarnya, tambah laporan itu. - BERNAMA

Ahad, 15 Jun 2014

BN Pulau Pinang Diberi Peringatan Perbaiki Kelemahan

    9:57:00 PTG   No comments
bn-penang-diberi-amaran
GEORGE TOWN: Parti komponen Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang diminta memperbaiki kelemahan yang ada, termasuk masalah dalaman sebelum menumpukan kepada perjuangan masa depan.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, perkara itu perlu dilakukan bagi mengelak kesilapan serupa berulang terutama dari segi meraih sokongan rakyat.

"Setiap wakil rakyat perlu lihat semula apa masalah di kawasan, mereka perlu tahu apa yang mereka perlu buat dan apa yang diperlukan oleh rakyat, kita sedang berdepan dengan peperangan.

"Kita mahu ambil kembali Pulau Pinang yang telah kita bina, seperti yang semua tahu bukan DAP yang bina Pulau Pinang, agak memalukan kita memberikan negeri kepada orang yang tidak mampu menguruskannya dengan baik," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Terdahulu ketika berucap merasmikan Konvensyen Parti Progresif Penduduk (PPP) 2014, Tengku Adnan berkata, dalam perjuangan untuk membawa perubahan, semua pihak perlu mengetepikan kepentingan diri.

"Kalau pentingkan individu tertentu percayalah kita tidak akan berjaya...bukan mudah untuk kita membuat perubahan tetapi perubahan itu terpaksa kita lakukan untuk masa depan yang lebih terjamin," katanya.

Sementara itu, Presiden PPP, Tan Sri M. Kayveas dalam ucapannya berkata, fokus utama parti tersebut ialah bekerjasama dengan parti komponen BN yang lain bagi merampas semula Pulau Pinang.

Rabu, 11 Jun 2014

PR Selangor Tolak Hudud Sebab Tak Sama Seperti Kelantan

    9:45:00 PTG   5 comments
Wak J: Pulak dah! Macam ni punya alasan pun ada.

Perancangan pelaksanaan hukum hudud di Selangor perlu dibincangkan dengan Pakatan Rakyat (PR) memandangkan negeri ini dinaungi tiga rakan pakatan tidak seperti Kelantan yang dimonopoli Pas.

Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi berkata, Selangor negeri milik Pakatan Rakyat dengan Pas hanya menguasai 15 kerusi berbanding rakan-rakan lain.

“15 kerusi tidak boleh bentuk urus tadbir bersendirian. Jadi, dalam konteks Selangor, apa-apa pendirian kita akan bincang dengan dalaman PR.

 “Tidak dinafikan bahawa hudud ini satu undang-undang terbaik tetapi macam di Kelantan, rakyat yang mahukan hukum itu menjadi undang-undang negeri kerana sejak 1993 Pas tidak pernah tewas di sana,” katanya.

Sallehen Mukhyi pas

Menurut Sallehen,  bagi rakyat Selangor satu pemerhatian teliti perlu dilaksanakan sebelum membuat pilihan berdasarkan persekitaran, perbezaan budaya dan kepelbagaian bangsa bagi mendapatkan persetujuan semua pihak.

 “Kalau rakyat beri mandat untuk itu, kita akan laksanakan. Hudud ialah alat ke arah mewujudkan negeri aman dan makmur yang disepakati semua orang.

“Sekiranya kita buat tapi rakyat tak setuju maka tak ada guna ia dilaksanakan. Apa yang penting rakyat perlu diberi pemahaman terlebih  dahulu,” katanya.

Semalam BN Selangor mengadakan mesyuarat dan membuat keputusan sama ada meneruskan cadangan kajian menolak atau tidak Undang-Undang Syariah pada sidang Dun Selangor yang akan bermula Isnin depan.

Difahamkan, Speaker Dun, Hannah Yeoh mengesahkan kajian mengenai hudud adalah satu daripada empat cadangan yang diterima daripada BN untuk dibahaskan nanti.

Adun Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malik yang mencadangkan kajian dibuat telah menyerahkan cadangan tersebut pada minggu lalu.

Usul yang dibawa menggesa agar Kerajaan Negeri Selangor mengkaji kebarangkalian pelaksanaan undang-undang hudud pada masa hadapan selaras dengan peruntukan perlembagaan persekutuan perkara 3 iaitu Islam sebagai agama persekutuan.

Dalam perkembangan sama, Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh dalam kenyataannya berkata, DAP Selangor akan menentang mana-mana usaha memperkenalkan hudud di negeri itu.

“Kami dalam DAP sudah banyak kali berkata sebarang undang-undang untuk melaksanakan hudud bertentangan dengan perlembagaan," katanya.

Daripada salinan usul itu, perkara tersebut dicadangkan di bawah peraturan 26 Peraturan Tetap Dun untuk dikemukakan pada persidangan minggu depan.

Selasa, 10 Jun 2014

Lagi Berita Baik! Mungkin Ada PRK Di Kuala Terengganu

    10:11:00 PTG   3 comments
Wak J: Kalau betul-betul muflis pun bagus..

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin menolak khabar angin bahawa beliau diisytiharkan muflis.

Mesej yang disebarkan menerusi media sosial dan khidmat pesanan ringkas (SMS) pada Selasa mengatakan bahawa Ahli Parlimen dari PAS itu diisytiharkan muflis oleh mahkamah di Terengganu kerana mengalami masalah kewangan.

Bagaimanapun, ketika dihubungi, Raja Kamarul berkata, beliau tidak tahu bagaimana khabar angin itu bermula kerana beliau tidak menerima sebarang notis daripada pihak bank mengenai pengisytiharan muflis.

raja-bahrin-isteri hot
Kasi tunduk lagi Jah!
"Saya tidak terlibat dalam mana-mana kes mahkamah baru-baru ini, dan tidak menerima sebarang surat daripada bank, jadi saya tidak tahu bagaimana untuk memberi respon terhadap khabar angin ini.

"Lagipun, proses untuk mengisytiharkan seseorang itu muflis boleh memakan masa bertahun-tahun. Bagaimana adanya kesimpulan di mana tak ada apa-apa pun yang berlaku," katanya.

Raja Kamarul berkata, satu pemeriksaan dengan timbalan pendakwa raya di sebuah mahkamah mendedahkan bahawa tiada kes yang difailkan terhadapnya pada Selasa.

Tambahnya, beliau akan mengadakan sidang media di Parlimen pada Rabu bagi memberi penjelasan berhubung perkara itu.

Sumber

Berita Baik!! Izreen Azminda Kini Sah Bergelar Janda

    9:59:00 PTG   No comments
Izreen-Azminda-Aznam
Wak J: Sila beratur, tolong jangan potong barisan. Tak akan lari 'gunung' dikejar. Alangkah seronok kalau ada kuasa ajaib boleh bertukar jadi baby seperti dalam gambar tu..Kepada Izreen wak ucapkan 'welcome to the club'.

Pelakon, Izreen Azminda, 29, sah diceraikan dengan talak satu oleh Muhammad Riza Baharuddin di hadapan hakim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, pagi semalam.

Perbicaraan kes cerai mereka berlangsung dalam keadaan tenang, malah tiada wakil media yang hadir ketika sebutan kes berlangsung.

Sebelum ini, beberapa sumber pernah melaporkan menerusi sumber bahawa Riza, 31, dilaporkan melafazkan cerai ke atas Izreen di Pulau Pinang pada 16 Mei lalu ketika pelakon itu menjalani penggambaran drama Kerana Terpaksa Aku Relakan, siaran TV3.

Bagaimanapun, Riza kemudian tampil mempertikaikan apa yang terjadi.

Ketika dihubungi petang tadi, Izreen menjelaskan beliau tidak menuntut apa-apa daripada bekas suami, selain kebajikan untuk anak mereka, Adrian Umar.

“Kami juga takkan berebut soal menjaga anak. Riza boleh ambil Umar bila-bila masa beliau mahu. Yalah, kami bekerja dalam bidang yang sama, jadi memang kerja tidak mengikut waktu. Cuma secara mutlaknya, hak jagaan anak adalah milik saya," katanya.

Izreen mengaku lega kerana semua kemelut dapat diselesaikan dengan baik. Demi anak, Izreen dan bekas suami juga sepakat untuk terus berkawan.

“Cuma apa yang saya minta sekarang, hentikanlah cerita bukan-bukan, yang mengaitkan diri saya mahupun Riza dengan perkara tidak benar. Ada yang kononnya mengaitkan saya dengan pelakon lelaki lain, yang dikatakan antara punca kami berpisah. Tidak kurang juga yang mengatakan Riza ada perempuan lain.

“Berilah ruang kepada kami untuk meneruskan hidup dan membesarkan anak dengan cara berasingan. Dengan apa yang terjadi, saya juga enggan memikirkan soal pengganti,” katanya.

Izreen dan Riza berkahwin pada 31 Ogos 2012 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak lelaki, Adrian Umar, 10 bulan.

Sumber

Isnin, 9 Jun 2014

Pindaan Rang Undang-Undang LPHJ Diluluskan Setelah Dapat Bantahan

    8:04:00 PTG   9 comments


lpjh-mb-johor-lulus

Wak J: Alhamdulillah..Harap nasib orang Melayu lebih terbela selepas ini. Kepada pihak yang menentang sebelum ini baik dari pro Kerajaan atau pro Pembangkang dapat menerimanya dengan hati terbuka dan redha. 

NUSAJAYA: Pindaan terhadap Rang Undang-Undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) 2014 telah diluluskan sebulat suara di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Isnin.

Rang Undang-Undang itu diluluskan dengan undi majoriti 38 dari Barisan Nasional (BN) manakala 18 undi pembangkang walaupun terdapat bantahan daripada pembangkang yang meminta supaya ia dikaji dengan lebih lanjut.

Ia diluluskan pada pukul 5.20 petang selepas Dr Boo Cheng Hau (DAP-Skudai), Yeo Tung Siong (DAP-Skudai) dan Wong Shu Qi (DAP-Skudai) mencadangkan supaya keputusan untuk meluluskan pindaan Rang Undang-Undang itu ditangguhkan.

Hanya 29 undi diperlukan untuk meluluskan Rang Undang-Undang tersebut.

Sumber

Ahad, 8 Jun 2014

Kazim Sanggah Fatwa Al-Qaradawi Halal Guna Produk Berasaskan Babi

    6:49:00 PTG   6 comments
Yusuf Al-Qaradawi-babi-halal

Wak J : You are what you eat! Haram tetap haram Sheikh. Akibat terlalu banyak makan makanan yang mengandungi DNA Babi, perangai nanti pun serupa babi juga. Sikit-sikit nak menyondol macam Anwar Ibrahim dan penyokong Pakatan Pembangkang. Babi betul!
 
SHAH ALAM - Fatwa yang dikeluarkan oleh ulama terkenal dunia, Dr Yusuf Al-Qaradawi yang mengatakan gelatin haiwan termasuk babi adalah halal untuk digunakan, termasuk di dalam produk makanan setelah ia ditransformasikan menjadi bahan yang lain mendapat sanggahan daripada pendakwah terkenal, Mohd Kazim Elias.

Mohd Kazim berkata, hukum melibatkan makanan haram dan halal merupakan isu yang besar dan tidak patut diperkecilkan oleh mana-mana pihak.

"Ni yang terbaru dia kata DNA babi halal dimakan, sebab dah diproses menjadi lain, dah pening kepala dah, dah keluar dah Facebook dah keluar dalam tulisan dia dah," katanya.

Menurutnya lagi, umat Islam harus berpegang teguh kepada ketetapan Islam yang digariskan oleh mazhab yang selama ini menjadi ikutan kepada Muslim di negara ini.

"Keempat-empat mazhab Islam berpegang teguh bahawa apa sahaja yang berkaitan dengan babi tidak boleh dimakan, setiap benda makanan haram yang masuk dalam badan akan jadi daging.

"Kalau makanan itu makanan haram, nerakalah tempatnya bagi kita, kalau makanan itu halal maka syurgalah tempatnya untuk kita," tambahnya.

Beliau dalam pada itu turut menjelaskan bahawa DNA yang terdapat dalam vaksin yang digunakan terhadap jemaah haji ialah DNA lembu, bukan DNA babi seperti yang didakwa sesetengah pihak.

"Kalau Majlis Fatwa Perak dapat tahu vaksin DNA babi disuntik ke dalam badan jemaah haji, sudah lama Majlis Fatwa Perak keluarkan hukum haram ke atas jemaah haji yang mahu ke Makkah," tegasnya.

Sumber

PAS Menentang Keras Rang Undang-Undang Perumahan Johor

    6:27:00 PTG   No comments
mat-sabu-tentang-rru-johor

KUALA LUMPUR: Pimpinan PAS Pusat berkata sebarang percubaan untuk mengheret pemerintah ke dalam hal ehwal eksekutif negeri adalah sesuatu yang bertentangan kerana ia akan menjejaskan imej negara yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan.

"Walaupun Rang Undang-undang ini masih belum dibentangkan, PAS tidak menyokong mana-mana undang-undang yang boleh mencemarkan imej demokrasi negara itu dan perlembagaannya," Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu memberitahu pemberita di sini, Ahad, merujuk kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ).

Mohamad Sabu berkata pembentangan Rang Undang-undang itu perlu ditangguhkan sehingga satu kajian yang betul dijalankan.

"Pada masa ini, perkara-perkara tanah adalah di bawah kuasa eksekutif di negeri ini, dan ia boleh dikritik dan diperdebatkan oleh pembangkang. Amalan itu mesti dikekalkan.

Beliau berkata parti-parti komponen Pakatan Rakyat akan mengadakan pertemuan untuk memutuskan pendirian rasmi mereka mengenai perkara itu.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Mazlan Aliman berkata pembangkang di Dewan Undangan Negeri menyokong konteks umum Rang Undang-Undang kerana ia adalah serupa dengan undang-undang yang diluluskan di Selangor dan Pulau Pinang.

"Apa yang menjadi masalah bagi kita adalah penglibatan Sultan, yang tidak harus menjadi sebahagian daripada undang-undang.

"Kami akan mendesak penangguhan sebelum Rang Undang-Undang itu dibentangkan esok (Isnin)," kata Mazlan.

Angelina Jolie Dedah Rahsia Kecantikan Walau Payudara Tinggal Sebelah

    6:15:00 PTG   1 comment
Angelina-Jolie

Pelakon Hollywood Angelina Jolie seringkali dijadikan sebagai idola kerana mempunyai wajah yang cantik.

Pelakon ini melalui Daily Mail mendedahkan rahsia kecantikannya iaitu dengan melakukan perawatan wajah Traid Facial yang dilakukan oleh pakar kulit David Colbert.

Bagaimanapun, dia memberitahu terpaksa membelanjakan hampir RM3,000 untuk sekali rawatan.
Katanya, pakar akan memberi langkah rawatan seperti midrodermabrasion, laser dan glycoloic peel.

Selain Jolie, bintang-bintang seperti Naomi Watts, Rachel Weisz dan Michelle Williams juga menggunakan kaedah tersebut.

Sabtu, 7 Jun 2014

Bawa Sabah Keluar Dari Malaysia, Penghasut Wajar Dikenakan Tindakan Tegas

    10:55:00 PTG   10 comments
KOTA BELUD - Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menggunakan media sosial untuk menghasut rakyat membawa Sabah keluar dari Malaysia.
  
Anggota Majlis Tertinggi Umno dan Setiausaha BN Sabah itu berkata perbuatan membuat kenyataan yang mempunyai elemen berbau hasutan sedemikian amat berbahaya dan boleh mengancam keselamatan negara serta perlu dibanteras segera sebelum menjadi lebih serius.
  
"Sejak kebelakangan ini, saya dapati banyak 'posting' di Facebook yang agak keterlaluan, yang boleh dianggap sebagai kegiatan subversif atau melanggar Akta Hasutan, terutama yang ada kaitan dengan perbuatan membakar semangat atau mengajak rakyat untuk mengeluarkan Sabah daripada Malaysia atau Persekutuan.


"Kita kena ingat bahawa sejarah sudah terpahat bahawa Persekutuan Malaysia ini telah dipersetujui oleh pejuang kemerdekaan kita terdahulu dan saya kira tidak betul dan tidak harus ia dirungkai semula sehingga menyebabkan kita berpecah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Pesta Kaamatan
Peringkat Mukim Timbang di Rumah Kebudayaan Tobilung dekat sini hari ini.
  
Beliau berkata oleh itu, semua posting di media sosial yang mengandungi unsur hasutan mesti disiasat dan diambil tindakan segera kerana dikhuatiri akan menjadi lumrah selain boleh mengelirukan serta mempengaruhi pemikiran rakyat.

Abdul Rahman berkata masa depan Sabah ialah dalam Malaysia dan pihak yang mempunyai masalah harus mennyelesaikannya mengikut saluran undang-undang, bukan memilih jalan menghasut rakyat kerana tindakan sedemikian tidak akan menyelesaikan apa-apa.
  
Beliau berkata semua pihak harus menerima hakikat majoriti rakyat Sabah masih menyokong BN untuk menerajui kerajaan dan menganggap mereka yang cuba mengeruhkan suasana aman yang dinikmati penduduk Malaysia berbilang kaum, etnik dan agama di negeri ini adalah mereka yang kecewa dalam pilihan raya.
  
Katanya, pihak yang memilih untuk berbuat demikian adalah tidak rasional serta kurang bijak mencari penyelesaian masalah sedangkan ruang perbincangan dan rundingan sentiasa terbuka sama ada di peringkat negeri atau persekutuan.
  
Sementara itu, Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud berkata kawasan parlimen berkenaan akan menubuhkan sebuah jawatankuasa antara agama bagi mempertingkat interaksi dalam kalangan pemimpin pelbagai agama dan kaum.
  
Beliau menyarankan agar perjumpaan pemimpin agama di kawasan parlimen itu diadakan selepas Hari Raya Puasa bagi membolehkan jawatankuasa berkenaan ditubuh. - Bernama

Jumaat, 6 Jun 2014

Kuasa Eksekutif Tetap Milik Menteri Besar - Khaled

    9:33:00 PTG   3 comments
Khalid-Nordin-mb
KULAIJAYA - Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menegaskan penglibatan Sultan Johor Sultan Ibrahim dalam Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor yang akan ditubuhkan kerajaan negeri bukan menjadi satu isu kerana kuasa eksekutif dipegang Menteri Besar.

Mohamed Khaled berkata Menteri Besar adalah pengerusi secara automatik dan apa-apa tindakan Sultan Johor adalah atas nasihat Menteri Besar.

"Apa pun keputusan yang dibuat mengenai pentadbiran negeri ini masih dibuat oleh saya kerana kuasa eksekutif adalah di bawah Menteri Besar.

"Menteri Besar akan menjadi Pengerusi lembaga manakala Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai timbalan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Pelan Induk Pelancongan Johor dan pameran 'Explore Johor Fest' 2014, di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, di sini hari ini.

Menurut laporan sebuah portal berita, kerajaan Johor akan membentangkan satu rang undang-undang baharu di Dewan Undangan Negeri Johor, Isnin ini untuk membentuk satu lembaga perumahan dan hartanah yang memberi kuasa meluas kepada Sultan tentang isu perumahan.

Tambah portal tersebut, ia merupakan enakmen pertama seumpamanya yang akan dibentangkan dengan Sultan Johor diberi kuasa untuk melantik ahli lembaga, menyelia akaun dan juga untuk membubar lembaga berkenaan.

Menurut beliau, penubuhan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor adalah sama seperti penubuhan Johor Corporation (JCorp) yang secara automatik peranan pengerusi dipegang oleh Menteri Besar.

Katanya, usaha untuk menubuhkan lembaga itu juga bukan sesuatu yang baharu kerana sebelum ini pendekatan yang sama digunakan untuk menubuhkan JCorp atau yang sebelum itu dikenali sebagai Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor (PKENJ).

"Kita mengikut enakmen sama seperti penubuhan Johor Corporation (JCorp) dahulu dan akta ini mesti dibaca bersama-sama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor," katanya. - Bernama
Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.