Ahad, 31 Ogos 2014

Akar Umbi Pas Selangor Mahu Calon Sendiri, Tolak Isteri Anwar Jadi MB

    6:29:00 PTG   2 comments
akar-umbi-pas-demo

Tindakan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat memilih isteri Ketua Pembangkang Malaysia, Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru telah mengundang bantahan  dari ahli akar umbi parti itu.

Pada 17 Ogos lalu, Jawatankuasa Pas Pusat yang bermesyuarat pada hari itu telah sebulat suara mencalonkan isteri Anwar Ibrahim bagi mengisi jawatan Menteri Besar Selangor yang bakal dikosongkan Khalid Ibrahim dalam masa terdekat.

Ketika ditemui dalam satu perhimpunan aman yang dianjurkan di hadapan Masjid Jamek, Kuala Lumpur, ahli akar umbi Pas Selangor mendesak kepimpinan tertinggi parti itu supaya membatalkan keputusan pencalonan Wan Azizah  sebagai Menteri Besar Selangor yang baru kerana dilihat tidak selari dengan keputusa Majlis Syura Pas yang dibuat sebelum itu.

Dalam pada masa yang sama, ahli akar umbi Pas turut menyifatkan keputusan Pas Pusat mencalonkan isteri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sebagai satu tindakan yang  memalukan. Mereka juga menuntut supaya Majlis Syura Ulama bangkit dan bersuara dalam perkara tersebut.

Menurut jurucakap bagi kumpulan akar umbi Pas yang berhimpun di situ, sekiranya Pkr dan Dap tetap berkeras mahu mencalonkan nama Wan Azizah sebagi Menter Besar, maka adalah wajar jika jawatan tersebut diserahkan kepada Adun Pas yang layak di negeri itu.

Ahli akar umbi Pas turut menasihati dan berharap agar Pas Pusat mentaati titah Sultan Selangor supaya menghantar dua nama Adun bagi mewakili parti itu untuk dipertimbangkan bagi mengisi jawatan Menteri Besar Selangor.

Perhimpunan aman yang turut disertai oleh ahli akar umbi Pas kawasan Shah Alam, Sabak Bernam, Tanjung Karang , Sepang dan Ampang  berkahir dengan aman setelah diarahkan bersurai.

Sabtu, 30 Ogos 2014

Pas Muktamad Mahu Isteri Anwar Sebagai Calon Tunggal MB Selangor?

    10:54:00 PG   No comments
mustafa-ali-pas

Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali dalam satu kenyataan medianya semalam telah menafikan sekeras-kerasnya beberapa laporan dari portal berita tertentu yang mendakwa bahawa parti politik yang menggunakan label Islam itu akan menghatar beberapa nama calonya untuk dipersembahkan  kepada Sultan Selangor berhubung isu perlantikan Menteri Besar (MB) Selangor yang baru.

Pada Selasa lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menitahkan supaya setiap parti politik dalam Pakatan Rakyat (PR) yang dianggotai Pkr, Dap dan Pas mencadangkan lebih dari dua nama untuk dipertimbangkan sebagai calon MB Selangor yang baru.

Dalam pada itu, Mustafa Ali menegaskan bahawa Pas hanya akan menamakan dua nama Adun dari Pkr sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru. Jelas Mustafa lagi, Pas tidak akan mencalonkan nama Adun dari partinya di Selangor walau Sultan sudah bertitah supaya berbuat demikian.

Menurut Mustafa, jawatan Menteri Besar Selangor adalah milik mutlak Pkr dan Pas akur serta telah berjanji akan menghormati keputusan tersebut yang dicapai sebelum ini.

Tindakan Pas tidak menamakan calon partinya sebagai MB Selangor seperti yang dititahkan oleh Tuanku Sultan Selangor mendapat kritikan hebat dari penyokong sendiri. Menurut beberapa komentar yang dipetik dari laman sosial menyatakan tindakan Pas tidak mencadangkan nama ahlinya untuk jawatan tersebut sebagai bacul dan hanya menjadi 'pak turut' dalam Pakatan.

Ada pendapat lain mengatakan, inilah masanya untuk Pas membuktikan kepada Pkr dan Dap bahawa parti itu berkemampuan untuk  mentadbir sebuah negeri yang kaya sekaligus menepis dakwaan banyak pihak termasuk rakan sekutunya dalam PR yang turut memperlekeh kepimpinan Pas  bahawa ahli-ahli dari parti itu hanya layak memberi ceramah, memacak bendera dan mengutip derma.

Sabtu, 23 Ogos 2014

PKR Label PAS Sebagai Pencuri Dalam Pakatan Rakyat

    10:09:00 PTG   4 comments
Kongres PKR-10

Persidangan Kongres Parti Keadilan Rakyat (PKR) kali ke 10 yang sedang berlangsung sejak beberapa hari lepas telah dijadikan medan untuk meluahkan rasa kecewa dan marah para perwakilanya terhadap parti lawan dan juga parti kawan yang menganggotai gabungan Pakatan Rakyat (PR).

Ketika membahaskan ucapan dasar presiden, bekas calon PKR DUN Pengkalan Kubor, Saharun Ibrahim telah melabelkan Pas sebagai 'pencuri' kerana menyebabkan PKR kalah teruk di Kelantan pada pilihanraya umum ke-13 yang lalu.

Upacara 'mebelasah' Pas di pentas Kongres PKR diteruskan hari ini apabila perwakilan dari Terengganu, Azlan Che Man meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap kepimpinan Pas negeri itu yang diterajui oleh Hadi Awang.

Azlan berkata, PKR dan Pas di negeri itu tiada kesepakatan untuk membuat keputusan bersama, malah Pas sering membelakangkan PKR sehingga mengguris perasaan rakan parti mereka.
Pasangan lesbo kantoi cium mulut. Klik foto

Tindakan beberapa orang perwakilan PKR memburuk-burukkan rakan sekutunya dalam persidangan parti milik keluarga Anwar Ibrahim itu telah mengundang rasa kurang senang  ahli Pas yang mengikuti persidangan ini.

Beberapa komentar yang dipetik melalui laman sosial milik ahli Pas mendakwa perbuatan PKR menghentam dan menyalahkan Pas dalam persidanganya dianggapa  sebagai satu perbuatan yang biadap, tidak sedar diri dan tidak menghormati parti itu selaku rakan dalam PR.

Isnin, 18 Ogos 2014

NIk Aziz Tolak Khalid, Sokong Isteri Anwar Ibrahim Jadi MB

    11:09:00 PTG   9 comments
khalid-nik-aziz-u-turn

Bekas Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengubah pendirianya sekali lagi dengan menyokong perlantikan Wan Azizah yang juga isteri kepada Anwar Ibrahim sebagai calon Menteri Besar (MB) Selangor.

Nik Aziz berkata, keputusan menyokong pemlihan isteri kepada Ketua Umum PKR  itu sebagai calon MB Selangor dibuat selepas berpuas hati dengan penjelasan yang disampaikan oleh Presiden Pas, Hadi Awang dan Setiausaha Agung parti itu dalam satu pertemuan tertutup di pejabatnya

Nik Aziz yang pernah mengeluarkan kenyataan tiada penyatuan antara Pas dan Umno selagi beliau masih hidup itu turut menzahirkan rasa bersyukurnya kerana Pas masih kekal dalam Pakatan Rakyat (PR) setelah banyak spekulasi timbul mendakwa parti Islam itu akan keluar dari Pakatan sekiranya Ketua Umum PKR (KETUM), Anwar Ibrahim terus berdegil mahu melantik isterinya menjadi menteri besar.

Ketika menjawab pertanyaan wartawan kenapa tiba-tiba mengubah fikiran menyokong Wan Azizah, Nik Aziz menjelaskan keputusan menarik balik sokongan terhadap Khalid ibrahim yang dibuat sebelum ini adalah kerana MB Selangor itu bukan lagi ahli PKR.

Pada Ahad lepas, Jawatankuasa Kerja PAS pusat telah mencapai kata sepakat mengenepikan keputusan Majlis Syura Ulama parti itu sebelum ini dengan mengekalkan Wan Azizah dan turut mencadangkan nama Azmin Ali sebagi calon Menteri Besar bagi menggantikan Khalid Ibrahim.

Ahad, 17 Ogos 2014

Majlis Syura Ulama Pas Ubah Pendirian, Sokong Wan Azizah Jadi MB Selangor

    9:54:00 PTG   5 comments
Majlis Syura Ulama Pas

Majlis Syura Ulama Pas melalui wakilnya Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata keputusan Jawatankuasa Pas Pusat yang menamakan Azmin Ali dan mengekalkan isteri kepada Ketua Pembangkang Malaysia, Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor (MB) selari dengan keputusan yang dibuat sebelum ini.

Menurut Nik Zawawi, keputusan mengekalkan Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor yang dibuat oleh Majlis  Syura Ulama Pas sebelum ini kerana pada ketika itu beliau masih lagi ahli PKR dan tidak bercanggah dengan keputusan yang dibuat oleh Pas Pusat.

Sebelum ini, Majlis Syura Pas sebulat suara mahu kedudukan Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai menteri besar selagi tiada pelanggaran terhadap amanah yang dipegangnya. Namun keputusan tersebut terpaksa diubah setelah mejoriti kepimpinan Pas Pusat mahu mengekalkan isteri Anwar Ibrahim sebagai calon menteri besar.
Pada petang tadi, Jawatankuasa Pas Pusat turut mencadangkan nama Azmin Ali untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor sebagai calon menteri besar. Namun cadangan tersebut telah ditolak oleh Timbalan Presiden PKR itu kerana mahu menghormati keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Pimpinan PR.

Sementara itu Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu berkata, Pas akur dengan keputusan Anwar Ibrahim yang bertegas mahu menamakan isterinya sebagai calon menteri besar.

PAS 'U Turn' Disaat Akhir Bimbang Hilang Undi Cina di Selangor

    1:38:00 PTG   No comments
pas-uturn-mb-selangor

Jawatankuasa PAS Pusat yang bermesyuarat hari ini (Ahad) telah membuat keputusan  mengekalkan pecalonan Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.

Namun, dalam mesyuarat yang berlangsung di ibupejabat PAS itu juga turut mecadangkan nama Azmin Ali sebagai 'backup' sekiranya Tuanku Sultan Selangor menolak pencalonan Wan Azizah.

Mat Sabu dalam satu kenyataan medianya sebentar tadi telah menyatakan bahawa keputusan memilih Azmin Ali dan isteri kepada kepada ketua Pembangkang Pakatan Rakyat itu telah dibuat secara sebulat suara termasuk dari Presiden PAS sendiri, Hadi Awang.

Dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat itu juga, Mat Sabu menjelaskan kedudukan empat Exco Selangor dari parti itu yang masih berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan negeri dikekalkan dan menjalankan tugas seperti biasa.

Menurut beberapa analisis politik yang mengikuti perkembangan terbaru ini mendapati PAS tidak mempunyai banyak pilihan dalam membuat keputusan. Samada keluar Pakatan (PR) jika menyokong Khalid Ibrahim kekal menjadi menteri besar atau hilang sokongan (undi) dari kaum Cina.

Sabtu, 16 Ogos 2014

Teng Dedah Peruntukan RM2 juta Untuk Sekolah Persendirian Cina Setiap Tahun

    1:01:00 PG   5 comments
sekolah-persendirian-cina

Akibat terlalu geram dan marah terhadap Menteri Besar Selangor setelah dipecat dari jawatan Exco kerajaan negeri Selangor, Adun Sungai Pinang, Teng Cheng Kim, tanpa berselindung mendedahkan satu 'projek haram' kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) dahulu ysng pernah menyumbang sebnyak RM2 juta kepada semua sekolah persendirian Cina  di negeri itu.

Teng yang kini hilang punca pendapatan setelah dipecat dari jawatanya telah menyasarkan serangan ke atas anggota exco PAS yang masih setia pada Khalid Ibrahim kerana telah membatalkan pemberian peruntukan tersebut.

Menurut Teng, sebelum krisis pertukaran jawatan Menteri Besar Selangor berlaku, kerajaan negeri yang dinaungi PKR, PAS serta DAP telah sepakat dan berjanji untuk menunaikan permintaan DAP Selangor supaya setiap sekolah persendirian Cina di negeri ini diberi peruntukan sebanyak RM2 juta setiap tahun.

Namun hari ini, Teng menzahirkan rasa kecewanya apabila pemberian peruntukan tersebut pada tahun ini senghaja dilambat-lambatkan. Dalam nada bengang, Teng menyifatkan exco Hal-Ehwal Pendidikan Selangor, Dr Halimah Ali sebagai seorang munafik dan tidak boleh dipercayai kerana tidak tahu mengenai Rancangan Khalid untuk membubarkan DUN.
Tindakan Teng membuka pekung pantadbiran kerajaan negeri Selangor semasa di bawah Pakatan Rakyat yang dinaungi DAP, PAS dan PKR telah menimbulkan tanda tanya dari banyak pihak yang mempersoalkan pemberian tersebut yang dianggap tidak adil.

Malah ada pihak beranggapan, pemberian wang sebanyak RM2 juta kepada sekolah persendirian Cina itu sebagai tanda membalas budi terhadap undi kaum Cina di negeri itu yang telah memenangkan PR pada PRU ke 13 yang lepas.

Menurut pendapat pemerhati politik, aksi londeh-melondeh yang sedang berlaku antara pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya DAP dan PAS dilihat akan mengeruhkan lagi hubungan kedua-dua parti tersebut selain memberi kelebihan pada pihak lawan.

Jumaat, 15 Ogos 2014

Khalid Beri Bayangan DUN Selangor Akan Dibubarkan November Ini

    10:50:00 PTG   No comments
khalid-bubar-dun

Menteri Besar (MB) Selangor yang dipecat keahlianya dari PKR gara-gara tidak menuruti nafsu serakah Anwar Ibrahim yang mahu melantik isterinya menjadi MB, hari ini telah memberi banyangan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada November depan bagi memberi laluan kepada Pilihanraya Negeri (PRN).

Melihat pada situasi sekarang, Khalid Ibrahim tidak mempunyai banyak peluang dan ruang untuk mengekalkan kedudukanya sebagai Menteri Besar Selangor jika benar dakawaan Wan Azizah sudah mempunyai cukup mejoriti yang membolehkan berlakunya proses undi tidak percaya terhadap Adun Pelabuhan Klang itu.

Khalid ketika menjawab pertanyaan pemberita menjelaskan, pembubaran DUN Selangor hanya akan menjadi kenyataan apabila mendapat perkenan dari Sultan Selangor. Jelas Khalid lagi, buat masa ini pentadbiran kerajaan negeri berfungsi seperti biasa.

Isteri kepada Ketua Umum (KETUM) PKR yang juga calon MB Selangor bagi menggantikan Khalid Ibrahim dalam satu sidang media semalam mendakwa dirinya layak dipilih sebagai Menteri Besar setelah mendapat sokongan mejoriti dari 30 Adun Pakatan Rakyat termasuk dari dua Adun PAS iaitu Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).

Kedudukan terkini Dun Selangor yang memiliki 56 kerusi ialah Pas dan DAP masing-masing memiliki 15 kerusi, PKR (13), Barisan Nasional (12) dan Bebas (1).

Pada hari yang sama juga, Lajnah Politik PAS telah mengeluarkan ketetapan menolak sekeras-kerasnya pencalonan Wan Azizah sebagai MB Selangor yang baru kerana ia telah melanggar perinsip PAS yang menentang secara lantang sebarang bentuk amalan kronisme dan nepotsme dalam sistem pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Khamis, 14 Ogos 2014

Beranikah PAS Selangor Pecat 2 Wakil Rakyatnya Yang Sudah Melanggar Baiah?

    11:11:00 PTG   3 comments
penyembah-azizah-sungip

Tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selangor yang sanggup membelakangkan pendirian parti kerana terlalu taksub  menyokong isteri Anwar Ibrahim, Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru bagi menggantikan Khalid Ibrahim telah mendapat kecaman dari pelbagai pihak termasuk dari kepimpinan PAS Selangor sendiri.

PAS Selangor melalui setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman memberitahu bahawa pihaknya yang mewakili seluruh kepimpinan PAS di negeri itu menzahirkan rasa amat kecewa  apabila dua Adun Hulu Klang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin telah memilih untuk menuruti kehendak Anwar dan mengingkari arahan pimpinan PAS supaya terus menyokong pentadbiran kerajaan negeri sedia ada sehingga pendirian rasmi parti dibuat  pada Ahad ini.

Mohd Khairuddin Othman dalam satu kenyataanya sebentar tadi mengingatkan kepada seluruh ahli dan pimpinan PAS supaya menghormati pendirian  dan keputusan yang telah dibuat oleh PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama berhubung kemelut perebutan jawatan Menteri Besar Selangor.

Menurut setiausaha PAS Selangor itu lagi, tindakan gopoh dan sikap terlalu taksub yang ditunjukkan oleh dua wakil rakyatnya itu hanya akan merugikan PAS kelak. Turut dipersoalkan mengapa kedua-dua Adun-nya tidak boleh menunggu sehingga tamatnya mesyuarat PAS Pusat pada 17 Ogos ini?
Dalam satu sidang media bersama pemimpin PKR dan DAP, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin telah mengeluarkan satu kenyataan berbentuk ungutan bahawa mereka tidak  akan teragak-agak untuk keluar parti sekiranya pucuk pimpinan PAS memboikot Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar.

Sehubungan itu, jelas Mohd Khairuddin, PAS Selangor telah mengeluarkan arahan supaya kedua-dua wakil rakyat itu menarik balik pendirian mereka dalam tempoh masa 24 jam. Menurutnya, tindakan dua Adun PAS Selangor yang membelakangkan pendirian parti adalah perkara serius dan perlu diambil tindakan supaya tidak menjadi contoh tauladan pada pemimpin PAS yang lain.

"PAS Selangor memberi tempoh 24 jam pada mereka berdua untuk menarik balik pendirian dan tindakan yang di buat atau menghadapi kesan ekoran tindakan mereka," Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman

Sebelum itu, dalam satu kenyataan media lain, Wan Azizah hari ini telah mengumumkan dirinya sebagai Menteri Besar Selangor yang baru bagi menggantikan Khalid Ibrahim setelah 30 Adun Pakatan termasuk dua Adun PAS menyatakan sokongan penuh yang tidak berbelah bahagi kepadanya dan merancang untuk mengadap Sultan Selangor untuk menyatakan tentang perkara ini dalam masa terdekat.

Rabu, 13 Ogos 2014

Selapas Saifuddin, Lebih Ramai Pemimpin PKR Dan DAP Bakal Berdepan Tindakan Saman

    11:11:00 PTG   No comments
Saifuddin Nasution-saman

Setelah mendapat perkenan Sultan Selangor untuk memecat beberapa orang Exco DAP dan PKR, Menteri Besar (MB) Selangor, Khalid Ibrahim hari ini telah mengemukakan surat tuntutan maaf kepada Saifudin Nasution Ismail supaya menarik balik satu laporan berbentuk fitnah yang cuba mencemarkan imejnya.

Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan medianya turut memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya setiausaha agung PKR itu enggan menarik balik segala fitnahnya dengan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Orang kanan Anwar itu dilaporkan telah membuat satu kenyataan fitnah dalam satu laporan bertarikh 4 Ogos terhadap Khalid Ibrahim setelah Adun Pelabuhan Klang itu enggan menuruti kehendak  Ketua Umum (KETUM) PKR, Anwar Ibrahim yang mahu mencalonkan isteri kesayangan sebagai pengganti Menteri Besar yang baru.
Khalid mendakwa tuduhan yang dilemparkan Saifudin ke atas dirinya berhubung isu hutang Bank Islam, penstrukturan semula industri air Selangor, projek lebuh raya Kidex serta kutipan sampah di negeri itu bertujuan untuk menjatuhkan kredbilitinya selaku Menteri Besar Selangor.

Menurut beberapa sumber, Khalid Ibrahim dilaporkan akan mengemukakan lebih banyak surat tuntutan terhadap beberapa pemimpin PKR dan DAP yang didapati telah berkomplot untuk menjatuhkanya melalui penyebaran berita fitnah.

Selasa, 12 Ogos 2014

Anwar Enggan Letak Jawatan Penasihat Ekonomi 'Seringgit'

    10:15:00 PTG   2 comments
anwar-ketum

Disaat berita pemecatan 6 Exco Kerajaan Negeri Selangor dari DAP dan PKR  mula tersebar, Ketua Umum PKR (KETUM), Anwar Ibrahim yang juga merupakan penasihat ekonomi negeri  masih lagi belum meletakkan jawatanya setelah Menteri Besar (MB) Selangor, Khalid Ibrahim dipecat keahlianya dari PKR.

Menurut sumber, sebab utama Anwar Ibrahim enggan meletak jawatan sebagai penasihat ekonomi Selangor adalah kerana tidak mahu terlepas elaun RM1 serta beberapa kemudahan lain yang dinikmati sebelum ini selaku penasihat ekonomi negeri.

Khalid Ibrahim dilaporkan telah menghantar surat kepada Sultan Selangor bagi memohon perkenan untuk memecat tiga exco DAP dan tiga lagi exco dari PKR kerana telah berkomplot untuk menghadkan kuasanya selaku Menteri Besar yang sah.
Dalam kenyataanya lagi, Khalid Ibrahim menegaskan bahawa pemecatan keenam-enam exco itu berkuatkuasa serta-merta dan dibuat berdasarkan lunas undang-undang. Enam exco itu adalahTeng Chang Khim, Rodziah Ismail, Ean Yong Hian Wah, Wong Keat Ping, Dr Daroyah Alwi dan Ganabatirau Veraman.

Sebelum dipecat, enam Exco DAP dan PKR dalam satu kenyataan media bersama menjelaskan bahawa Menteri Besar Selangor dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) tidak boleh membuat sebarang keputusan termasuk memecat exco tanpa melalui proses undian.

Ahad, 10 Ogos 2014

Rafizi Dedahkan Ramai Pemimpin PAS Mahu Khalid Ibrahim Dipecat

    9:00:00 PTG   4 comments

Kepala KAJANG MOVE yang mahu mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor selepas Anwar Ibrahim gagal dan tidak mungkin akan menjadi Perdana Menteri Malaysia, Rafizi Ramli, sekali lagi melakukan pembohongan bersiri tanpa rasa malu, segan atau takut.

Dalam satu ceramahnya semalam, Rafizi memberitahu hadirin bahawa sebenarnya yang mengusulkan agar Khalid Ibrahim dipecat daripada menjadi Menteri Besar Selangor adalah PAS. Malah PAS jugalah yang membuat aduan tentang Khalid Ibrahim sehingga akhirnya PKR tidak ada cara lain, melainkan mendesak Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan, dan selepas Khalid gagal berbuat begitu, dia dipecat.

Kalau kita ingat balik, inilah modus operandi yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim setelah dia dipecat daripada jawatan Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri selain jawatan-jawatannya dalam UMNO. Pembohongan dilakukan secara berterusan dan dengan sebebas-bebasnya, malah tanpa segan dan malu, mengaitkan apa-apa sahaja untuk menunjukkan kononnya  mereka di kalangan orang yang benar.

rafizi-dedah-pas

Bagaimana Rafizi hendak menerangkan, masalah tentang Khalid Ibrahim bermula selepas Khalid Ibrahim enggan melepaskan konsensi kepada taukeh-taukeh DAP yang memberi komisyen kepada beberapa orang pemimpin PKR seperti Rafizi Ramli sekiranya SYABAS, ABAS, LUAS dan SPLASH berjaya diserahkan kepada penguasaan DAP.

Skandal SPLASH melibatkan pemimpin-pemimpin DAP seperti Teresa Kok dan Tony Pua masih belum dapat diselesaikan sehingga kini ekoran Khalid Ibrahim membuat keputusan untuk memeterai perjanjian dengan Kerajaan Persekutuan bagi pembinaan Loji Sungai Langat II.

Kandang babi mega yang merupakan buah fikiran DAP, terang-terang telah ditolak oleh Khalid Ibrahim meskipun secara zahirnya Khalid telah memberikan persetujuan kononnya Kerajaan Negeri Selangor di bawah kepimpinannya akan membina kandang tersebut. Kegagalan Khalid meneruskan projek mega itu, menyebabkan DAP rugi beratus-ratus juta Ringgit.

Namun skandal yang paling besar, melibatkan ramai pemimpin PKR sekaligus mendedahkan tentang rasuah, penyalahgunaan kuasa serta penyelewengan kewangan terbesar dalam sejarah Selangor adalah skandal tanah Kerajaan Negeri yang telah dijual kepada Tropicana yang kemudian dijual pula oleh Tropicana kepada Eco-World.

Tropicana merupakan milik penuh Danny Tan dan Vincent Tan yang merupakan penyumbang dana terbesar kepada DAP dan PKR.

Rafizi dan Saifuddin Nasution cuba menjadikan skandal tersebut satu kesalahan kepada Khalid Ibrahim sedangkan yang membuat keputusan tentang penjualan tanah tersebut adalah Ahli-Ahli Lembaga Pengarah GLC yang terdiri daripada pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya PKR dan DAP.
Lain-lain masalah yang dibangkitkan contohnya Lebuhraya KIDEX, secara jelas merupakan pembohongan terancang dengan alasan-alasan tersebut diada-adakan. INi adalah kerana Lebuhraya KIDEX adalah lebuhraya aya yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan. Par apemimpin DAP dan PKR yang cuba mengaut keuntungan dengan cara mudah, berang apabila mendapat tahu, Khalid Ibrahim tidak menggunakan kuasanya untuk melantik syarikat-syarikat proksi PKR dan DAP menjadi pemegang konsesi dalam pembinaan lebuhraya tersebut.

PAS pula telah menzahirkan sokongan kepada Khalid Ibrahim. Tanpa sokongan daripada PAS, amat mustahil PKR boleh memenuhi hasrat dan kehendak Anwar Ibrahim untuk menjarah, merompak dan menyeleweng wang Selangor sebanyak RM3 bilion hasil kerja keras Khalid dan peninggalan Kerajaan Barisan Nasional dahulu.

Disebabkan itulah, dalam ceramahnya, Rafizi Ramli cuba mengaitkan PAS dan cuba meyakinkan para pendengar bahawa KAJANG MOVE adalah buah fikiran PAS, sedangkan semua itu berlaku selepas Anwar Ibrahim gagal dalam usahanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas Pakatan Rakyat hanya memperolehi 89 kerusi Parlimen dan tidak layak menguasai Putrajaya kerana majoriti mudah yang diperlukan adalah 112 kerusi Parlimen.

Tidak syak lagi, Rafizi Ramli sebenarnya cuba memberikan tekanan kepada PAS agar PAS terus bersetuju dengan rancangan jahat Anwar Ibrahim.

Wan Azizah Sudah Bersedia Ikut Jejak Suami Masuk Neraka

    5:00:00 PTG   No comments
anwar-zizah-mb-selangor

Isteri kepada bakal banduan Penjara Sg. Buloh yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataanya kepada media semalam mengakui bahawa dirinya tidak mempunyai pengalaman untuk mentadbir sebuah kerajaan negeri.

Namun, ibu kepada Nurul Izzah menegaskan bahawa misi pertukaran Menteri Besar Selangor yang direncanakan oleh suaminya melalui projek Langkah Kajang perlu dilakukan demi kebaikkan Pakatan Rakyat dan manfaat seluruh rakyat Selangor.

Menurut Wan Azizah, pertukaran jawatan menteri besar di Selangor bukan menjadi keutamaanya. Namun, di atas desakkan suami membuatkan ADUN Kajang itu tidak mampu menolak pencalonan terhadap dirinya sebagai Menteri Besar yang baru menggantikan Khalid Ibrahim.

Dalam satu ceramah yang dianjurkan PKR baru-baru ini, Wan Azizah turut menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa pemilihan dirinya sebagai calon Menteri Besar Selangor itu bukan bersifat nepotisme atau menjadi boneka kepada suaminya yang bakal dipenjarakan tidak lama lagi di atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadi.

"Ini bukan nepotisme sebab saya pernah dilantik oleh Anwar mengetuai gerakan reformasi semasa suami saya berada di penjara pada 1998," katanya.
Sejak berita pencalonan isteri kepada Ketua Umum PKR (KETUM) sebagi MB Selangor yang baru diumumkan oleh Majlis Pimpinan Pusat PKR pada tanggal 21 Julai lalu telah mengundang reaksi kurang senang dari pelbagai pihak terutamya dari penyokong PKR sendiri yang melihat senario pemecatan ADUN Pelabuhan Klang itu sebagai satu tindakkan yang zalim dan rakus.

Anwar Pernah Puji Khalid Antara MB Selangor Paling Berjaya Dan Berintegriti..Tapi Itu Dulu!

    9:00:00 PG   1 comment
anwar-pecat-khalid

Wak J: Masa laporan berita di bawah ini disiarkan berbakul-bakul pujian diberikan kepada Khalid Ibrahim oleh penyokong Pakatan Pembangkang. Pada masa itu, apa sahaja cerita buruk tentang MB Selangor ini pasti akan disanggah dan dinafikan habis-habisan walaupun benar.

Tapi itu dulu punya cerita!

Sekarang apa sudah jadi? Segala kisah gelap, pekung busuk dan keburukan MB Selangor yang selama ini cuba disembunyikan oleh penyokong Pakatan akhirnya didedahkan sendiri oleh para pemimpin mereka. Ini bermakna Pemimpin Pembangkang tidak lah sesuci mana malah lebih teruk lagi dari pemimpin parti lawan seperti apa yang mereka gambarkan selama ini.

Untuk menghiburkan hati yang sedang berduka ekoran dari pemecatan Khalid Ibrahim dari keahlian PKR, maka seni kata lagu d ibawah adalah pengubatnya. Jangan sedih naaa..

Ku yang dulu bukanlah yang sekarang...
Dulu disayang, sekarang ku ditendang...

Anwar: Khalid MB Selangor Paling Berjaya

SHAH ALAM - Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor paling berjaya kerana kekuatan integriti beliau, sepanjang hampir lima tahun menerajui negeri itu.

Anwar berkata, tuduhan bahawa sesetengah individu yang terlibat dalam bidang politik mengundang kekayaan untuk kepentingan peribadi diakui berlaku di negara ini, namun kebanyakannya dikaitkan dengan pemimpin Barisan Nasional (BN).

“Bagi saya, ukuran pertama yang penting (sebagai pemimpin) ialah integriti. Ada jawatan, dia tidak akan ambil tanah, balak, syarikat dan komisen daripada projek negeri. Orang boleh kritik dia (Abdul Khalid) kedekut, itu saya setuju, tetapi kekuatannya ialah integriti. Selangor mempunyai lebihan wang negeri RM2 bilion.

“Sebab itu integriti moral perlu ada dalam politik negara dan antarabangsa. Masalah kita dalam negara apabila orang masuk politik untuk cari kekayaan. Bila pemimpin ada integriti, dia mampu mentadbir negara,” katanya pada majlis Makan Malam Keadilan Selangor 2012, kelmarin.

Bekas ADUN Kajang Dedah Pekung PKR

    2:06:00 PG   5 comments
lee-pekung-anwar

Setelah berita pemecatan Khalid Ibrahim dari Parti Keadlian Rakyat (PKR) tersebar dan menjadi viral di laman sosial hari ini, tiba-tiba muncul pula bekas ADUN Kajang, Lee Chin Cheh cuba menjadi hero dengan menggesa Menteri Besar Selangor supaya meneladani dirinya kerana sentiasa setia dan patuh pada arahan parti atau lebih tepat lagi arahan Anwar Ibrahim.

Secara tidak langsung, tindakan Lee mendedahkan kisah perletakan jawatanya sebagai wakil rakyat telah membenarkan segala dakwaan sebelum ini bahawa bekas ADUN Kajang itu melepaskan jawatanya semata-mata untuk memuaskan nafsu Anwar Ibrahim yang sangat gila hendak berkuasa.

Menurut Lee, Menteri Besar Selangor itu sudah dimaklumkan dengan arahan perletakkan jawatan sebelum berlakunya Pilihanraya Kecil DUN Kajang lagi.

Passat W
Kereta mewah tapi bulanan rendah. Klik pada foto kalau nak tahu

Dalam satu kenyataan lain, bekas Adun Kajang itu menyatakan bahawa 'kecurangan' dan keingkaran  Khalid Ibrahim terhadap Ketua Umum PKR telah bermula sejak tahun 2009 apabila MB Selangor itu enggan menurut perintah Anwar untuk 'membantu' parti dan ketaatanya pada Sultan Selangor berhubung isu rampasan Bible versi bahasa Melayu yang mana telah menyinggung hati pihak tertentu.

Kemunculan semula Lee di tengah-tengah kemelut penukaran jawatan MB Selangor setelah sekian lama bersembunyi sejak melepaskan jawatan ADUN Kajang, telah membuka satu lagi pekung Anwar dan PKR.

Pengumuman pemecatan Khalid Ibrahim dari PKR terpaksa dilakukan setelah Majlis Pimpinan Pusat PKR sebulat suara mendapati ADUN Pelabuhan Klang itu telah mengingkari arahan Anwar Ibrahim yang mahu memilih isterinya, Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.

Sabtu, 9 Ogos 2014

Anwar Ingatkan Majlis Syura Ulama PAS Jangan Masuk Campur Urusan PKR

    8:34:00 PG   2 comments
Bakal penghuni penjara Sg. Buloh, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menegaskan bahawa keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS yang mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya kekal sebagai Menteri Besar Selangor tiada sebarang kaitan dengan Parti Keadlian Rakyat (PKR).

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didapati bersalah oleh Mahkamah baru-baru ini kerana meliwat bekas pembantu pribadinya menjelaskan bahawa PAS tidak boleh membuat keputusan bagi mewakili PKR berhubung isu perebutan jawatan Menteri Besar Selangor.
 
anwar-ibrahim-syura-pas

Suami kepada Datin Seri Wan Azizah dalam kenyataan lain  turut mengingatkan PAS agar mengohormati keputusan yang dibuat PKR mengenai penggantian Khalid Ibrahim kerana Majlis Syura Ulama PAS bukan Majlis Syura Pakatan.

Pada malam Rabu lalu, Majlis Syura Ulama PAS telah sepakat menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim mengekalkan jawatanya sekaligus menolak cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu melantik isterinya sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.

Khamis, 7 Ogos 2014

Undi Tak Percaya Perlu Disegerakan Jika Mahu Khalid Letak Jawatan MB

    9:33:00 PTG   1 comment
Sham-Rahayu-Krisis-MB
SHAH ALAM - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih boleh mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor walaupun digantung atau digugurkan sebagai ahli PKR.

Penganalisis Perundangan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia, Prof Madya Dr Sham Rahayu Ab Aziz berkata, tidak termaktub dalam amalan demokrasi di negara ini individu yang digugurkan dalam parti tidak boleh jadi menteri besar.

“Jika dilihat dari sudut perundangan, seseorang yang digantung atau dipecat dalam parti tidak ada masalah untuk menjadi Menteri Besar Selangor kerana beliau adalah Adun.

“Jadi tiada masalah jika Abdul Khalid enggan melepaskan jawatannya kerana beliau masih mendapat sokongan majoriti daripada ahli dewan,” katanya berhubung krisis perebutan kerusi Menteri Besar Selangor.


Beliau berkata, sekiranya PKR nekad mahu Abdul Khalid melepaskan jawatannya, ahli dalam dewan negeri perlu meluluskan usul atau membuat undi tidak percaya.

“Kalau parti tidak gembira dengan Abdul Khalid, ahli dewan negeri boleh guna alternatif itu.

“Hanya cara ini saja boleh memecat Abdul Khalid dan perkara ini tidak sepatutnya dilengah-lengahkan oleh PKR,” katanya.


Menurutnya, segala serangan berbentuk politik yang PKR lakukan ketika ini sebenarnya tidak sedikit pun menjejaskan Abdul Khalid kerana tindakan tersebut tidak berkaitan dengan amalan perundangan negara ini.

“Kalau hendak menggunakan tekanan politik untuk Abdul Khalid bersara...itu isu lain kerana perkara itu tiada kena mengena dengan isu undang-undang,” katanya.


Jelas Sham Rahayu, jika Abdul Khalid meletakkan jawatannya secara sukarela maka peletakan jawatan itu sah di sisi perundangan.

Selasa, 5 Ogos 2014

Pulau Pinang Jadi Hub Bogel Di Bawah Pimpinan 'Khalifah Umar Abd Aziz'

    11:39:00 PTG   4 comments
lge-hub-bogel

Berita penyebaran video aksi lucah dari laman Vimeo yang bertajuk Malaysia Nude Sports Games 2014 yang didakwa berlaku di Pulau Pinang telah membuatkan Ketua Menteri negeri itu yang terkenal dengan gelaran 'Khalifah Umar Abd Aziz' mengambil pendirian tidak tahu terhadap perkara yang berklaku.

Aksi lucah yang dipamerkan oleh pengunjung pulau tersebut benar-benar  telah menguji tahap keimanan 'Khalifah Umar Abdul Aziz'  apabila banyak pihak menyalahkan sikap terlalu terbuka kerajaan negeri di bawah pentadbiran DAP yang didakwa terikut-ikut  dengan budaya sonsang dari negara jiran iaitu Singapura.

Video berdurasi 5 minit 25 saat yang diterbitkan oleh Albert Yam Production  itu menunjukkan aktiviti peserta berketurunan Cina yang bermula awal pagi hingga ke tengah malam dan semuanya dilakukan dalam keadaan bertelanjang.

Beberapa media tempatan melaporkan, acara sukaneka yang mengaibkan itu dikatakan telah mendapat persetujuan dari kerajaan negeri Pulau Pinang dan difahamkan juga  bahawa aksi bertelanjang itu tidak dimasukkan dalam senarai acara kerana dikhuatiri penganjuran program tersebut akan dibatalkan jika melanggar syarat yang ditetapkan.

Bagi menutup malu, kerajaan negeri dilaporkan telah mengarahkan portal berita atas talian milik Yahudi iaitu Malaysiakini untuk memutarkan isu tersebut dengan menyalahkan blog pro UMNO sebagai punca peyebaran video tersebut di laman sosial bertujuan untuk mencemarkan imej Ketua Menteri yang sebelum ini dianggap sebagai 'khalifah' oleh penyokong sebuah parti Islam.

Sebahagian besar rakyat Malaysia kecuali penyokong Pakatan Pembangkang berpendapat, perkara memalukan sebegini tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah negara yang sangat menitikberatkan soal adab dan nilai-nilai  budaya masyarakat setempat.
Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.