Khamis, 27 November 2014

Tak Jadi Mansuh Akta Hasutan, Pembangkang Dakwa Telah Diperdaya Najib Razak

    10:34:00 PTG   12 comments
najib-razak-akta-hasutan

Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak dalam ucapanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Umno 2014 di PWTC petang tadi telah mengaskan bahawa Kerajaan mahu Akta Hasutan 1948 dikekalkan dengan beberapa penambahbaikan.

Pengumuman Najib itu telah menyebabkan impian Pembangkang yang mahu melihat undang-undang tersebut dihapuskan berkubur apabila Perdana Menteri tidak melayan tuntutan mereka.

Selain Akta Haustan 1948 dikekalkan, beberapa perkara turut dimasukkan ke dalam undang-undang sedia ada untuk memperkukuhkan akta tersbut. Antaranya, akta perlindungan khas bagi melindungi kesucian agama Islam dan agama-agama lain supaya tidak dihina.

Najib juga turut mengumumkan untuk meperkenalkan satu akta atau undang-undang khas supaya tindakan boleh dikenakan terhadap sesiapa sahaja yang cuba menghasut supaya Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Azmin Ali menyifatkan tindakan Najib mengekalkan Akta Hasutan 1948 sebagai mengmukiri janji. Abang kepada Azwan Ali itu juga turut melahirkan rasa kecewanya kerana janji Najib sebelum ini untuk memansuhkan akta tersebut sebagai modal politik untuk meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya.

zahida rafik
Apa lagi tak kena dengan minah ni. Klik foto

Pengumuman pengekalan Akta Hasutan 1948 yang dilakukan semasa Perhimpuanan Agung UMNO turut dipersoal oleh seorang lagi pemimpin Pembangkang. Adun DAP, Teng Chang Khim menyifakan pengumuman Najib itu sebagai satu taktik politik untuk mendapatkan kembali sokongan orang Melayu.

Presiden Umno itu dilaporkan pada 11 Julai 2012 apabila beliau berkata Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan dan diganti dengan Akta Keharmonian Nasional sebagai sebahagian daripada program transformasi kerajaan.

Setahun selepas berjanji, Najib memberitahu BBC World News pada 2 Julai 2013, kerajaan akan meminda akta berkenaan tetapi mahu memastikan Malaysia aman dan harmoni.

Ahad, 23 November 2014

Hapus Subsidi Petrol Berperingkat Atau Serta-Merta Sama Sahaja Kesanya

    12:07:00 PTG   No comments
petrol-naik-harga

Berita penarikan balik subsidi terhadap Petrol dan Diesel kembali menjadi topik hangat di dada-dada akhbar serta media sosial. Bagi Pembangkang, berita ini bagaikan satu bonus atau rahmat buat mereka kerana selepas ini boleh menghasut orang kampung, orang bandar dan pekerja kilang supaya tinggalkan kerja, jangan cari duit dengan mengajak turun demonstrasi, berguling atas jalan setiap hari.

Penasihat Proton, Tun Dr Mahathir (Tun M) juga telah bersuara dan menyarankan supaya Kerajaan di bawah kepimpinan Najib Razak fikir masak-masak sebelum menghapuskan subsidi petrol serta-merta yang dijangkan akan memberi kesan pada rakyat.

Dari sudut lain, mungkin Tun M bimbang jualan kereta Nasional akan menurun kerana pembeli terpaksa berfikir dua kali sebelum membeli kereta disebabkan petrol tiada lagi subsidi.

Bagi wak pula, samada penarikan balik subsidi ini dilakukan secara serta-merta atau beransur-ansur mengikut keadaan semasa, kesanya tetap juga sama untuk jangka masa pendek mahupun panjang.

Wak sebenarnya bukan suka sangat bila subsidi petrol ditarik balik, maklumlah, sepanjang hidup ini, wak bergantung harap pada subsidi macam yang lain-lain. Bila nikmat subsidi Allah tarik mahu tak terkesan. Tapi bila difikir sedalam-dalamnya, sampai bila nak hidup macam ini?

Penarikan serta-merta subsidi petrol 1 Disember depan jika jadi kenytaan, wak memang setuju benar, sebab dah banyak sangat bantuan kerajaan ini tiris ke tempat lain.  Selepas ini tidak lagi kedengaran suara-suara orang merungut 'minyak naik lagi' bila setiap kali pengumuan penarikan subsidi dibuat. Sekiranya, Pembangkang nak anjurkan demo saban hari, saban minggu kerana subsidi petrol pun tidak mengapa, kita tengok sampai bila dia orang boleh bertahan buat kerja tak berfaedah tu.

kantoi cium mulut
Klik sini. Siapa artis kantoi cium mulut
Cuma satu sahaja yang wak harap sangat dari Kerajaan (itu pun kalau dia orang nak dengar lah) iaitu tolong pantau harga barangan  keperluan pengguna selepas ini, tidak kira dengan apa cara sekalipun. Jangan tunggu aduan dari rakyat, baru terhegeh-hegeh nak ambil tindakan.

Apa yang wak dapat bayangkan dalam kepala tentang masa depan Najib dan Barisan Nasional selepas 1 Disember ini hanya dua perkara sahaja, samada ini penggal terakhir dia jadi Perdana Menteri dan Barisan Nasional lingkup pada Piliharaya Umum ke-14 akan datang ATAU kerajaan sekarang kekal  menjadi pemerintah sekiranya dasar baru yang bakal diperkenal selepas ini betul-betul efektif (bukan cobaan) dan mampu meringankan beban rakyat.

Setiap hari dalam hidup kita, pasti akan berlaku bermacam-macam kejutan. Rancangan menarik balik pemberian subsidi petrol dan diesel ini adalah sebahagian daripadanya. Memang perit bila rasa kehilangan. Itu lah hakikat yang perlu kita terima TAPI tolong jangan guna alasan 'Rakyat belum bersedia' terima ini semua sedangkan MATI pun boleh terjadi bila-bila!

Sabtu, 8 November 2014

Anwar Umpama 'Todak' Yang Sedang Merodok Punggung 'Hang Nadim'

    9:22:00 PG   4 comments
pelajar-um-ditodak-anwar

Ketua Umum (KETUM) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim merayu pihak Universiti Malaya (UM) supaya bertindak profesional dengan  tidak mengenakan hukuman terhadap pelajar yang didakwa merusuh dalam satu perhimpunan haram.

Anwar yang merupakan bakal banduan penjara Sg. Buloh kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantu pembancuh kopinya berkata, dirinya tidak kisah dipenjara sekali kerana kesalahan meliwat yang dilakukan tetapi tidak sanggup melihat masa depan sembilan pelajar UM yang menjadi penyokong tegarnya gelap begitu sahaja.

Anwar turut mengibaratkan nasib malang yang menimpa sembilan orang pelajar itu sama seperti nasib Hang Nadim, seorang kanak-kanak yang bijak seperti mana yang diceritakan dalam sebuah hikayat Melayu berjudul Singapura Dilanggar Todak.
"Nadim budak baik dan bijak hendak selamatkan Singapura, namun dek kerana sikap orang Istana yang tidak sukakan Nadim mereka hasut Raja sampai Raja termakan hasutan tersebut, jadi kita tidaklah mahu begitu" - Anwar

Menurut beberapa komentar yang dipetik melalui laman sosial, menyanggah kenyataan Anwar dengan menjelaskan bahawa tindakan sembilan pelajar itu menganjurkan perhimpunan haram dan merosakkan harta benda awam tidak sama seperti kisah Hang Nadim yang menyelamatkan negaranya dari serangan todak.

Apa yang berlaku di UM pada masa itu hanyalah tindakan sekumpulan penyokong tegar yang mahu menyelamatkan seorang Peliwat dari dipenjarakan semula kerana didapati bersalah melakukan persetubuhan luar tabi'e terhadap pekerjanya.
ina-blog
Saya Ina, suka mengira. Jom ke blog saya

Menurut salah seorang komentar di laman sosial tersebut turut mengulas bahawa Anwar lah punca masa depan segelintir mahasiswa hari ini menjadi kelam kerana terikut-ikut dengan rentak permainan Ketua Pembangkang PR yang dimulakan sejak dari zaman belajarnya dahulu.

Sambil mengelarkan pelajar tersebut sebagai '9 Jahanam', komentar tersebut turut berpendapat, biar sembilan orang pelajar itu dibuang dari universiti dari  terus merosakkan, meliwat minda sembilan juta pelajar lain yang sedang mengikuti pengajian dengan matlamat untuk menggengam segulug ijazah selain memenuhi impian ibu bapa yang mahu melihat anak-anaknya berjaya.

Jumaat, 7 November 2014

Anwar Ibrahim Adalah Ahli Politik Yang Gemar 'Meliwat'

    11:17:00 PTG   2 comments
anwar-liwat-2

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menegaskan kes liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bermotifkan politik seperti yang dicanang Ketua Pembangkang itu.

Menurut peguam terkenal itu, berdasarkan pengalamannya, Anwar adalah salah seorang ahli politik yang sering menjadikan alasan kononnya setiap tindakan undang-undang terhadap dirinya adalah bermotif politik.

"Kes ini melibatkan ahli politik tapi kes ini tidak berunsur politik. Setakat apa yang kita maklum, kes ini hanya melibatkan ahli politik," tegasnya.

Apa yang bersembunyi dekat belakang tu. Klik foto
Beliau ditemui selepas berakhirnya prosiding pendengaran rayuan terakhir Anwar terhadap hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Panel lima hakim yang mendengar prosiding itu bagaimanapun tidak menetapkan sebarang tarikh untuk mengumumkan keputusan terhadap rayuan tersebut.

Panel tersebut diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria.

Sebelum ini sepanjang prosiding yang berlangsung selama lapan hari sejak 28 Oktober lalu, Anwar secara konsisten menuduh pendakwaan terhadapnya adalah bermotif untuk menghancurkan masa depan politiknya.

Mengulas lanjut Muhammad Shafee memberi contoh bahawa terdapat seorang ahli politik senior yang bertindak profesional apabila berhadapan dengan tindakan mahkamah.

"Hanya satu kes sahaja yang saya tahu bila berhadapan dengan masalah, beliau tidak pernah cakap pendakwaan yang beliau hadapi itu adalah konspirasi politik.

"Malah, hakim yang lepaskannya berkata, beliau bercakap berdasarkan fakta. Beliau bersikap 'gentleman', pertahankan diri mengikut undang-undang dan orang itu adalah Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

"Tetapi semua ahli politik yang saya lihat, bila mereka dalam masalah selalunya akan cakap itu adalah konspirasi," katanya.

Isnin, 3 November 2014

Anwar Ibrahim Sekali Lagi Disahkan Meliwat Saiful Bukhari

    9:56:00 PTG   8 comments
anwar-sah-meliwat

Mahkamah Persekutuan pada Isnin diberitahu bahawa profil DNA yang diperolehi dari tiga barangan yang digunakan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sepadan dengan profil 'Lelaki Y' yang diambil dari pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ketua Pendakwaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, tiga barangan tersebut ialah tuala 'good morning', berus gigi dan botol air mineral yang diperoleh dari lokap ketika Anwar ditahan di Ibu Pejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur (IPKKL).

"Jabatan kimia peroleh DNA tertuduh dari tiga barangan tersebut. DNA inilah yang dikatakan 'Lelaki Y'. Ia kemudian dibandingkan dengan sampel 'Lelaki Y' yang dikeluarkan dari tubuh Mohd Saiful.

"Yang dikeluarkan dari tubuh Mohd Saiful...'Lelaki Y' juga. Jadi kita harus bandingkan profil itu dengan satu bandingan yang kita tahu adalah DNA kepunyaan perayu," katanya di hadapan barisan panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria di sini, Isnin.

Muhammad Shafee berhujah bagi pihak pendakwaan dalam rayuan Anwar terhadap pensabitan dan hukuman penjara lima tahun ke atasnya selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful di sebuah unit kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008.

http://www.infoanda.net/2014/11/bilik-untuk-disewa-di-sri-ria.html

Bercakap kepada pemberita di luar kamar Mahkamah Persekutuan, Muhammad Shafee berkata ketika hujahannya, beliau turut mematahkan hujah pihak pembelaan sebelum ini yang membangkitkan kesahihan profile DNA yang dikatakan milik Anwar.

Menurutnya, dakwaan kononnya Anwar diperangkap untuk diambil sampel DNA ketika ditahan di IPKKL adalah tidak berasas.

"Apa yang kita buat ialah bandingkan dengan exhibit-exhibit dalam lokap yang kita tahu orang lain tak gunakan. Hanya beliau yang gunakan. (Kaedah ini) sebab perayu tak beri beliau punya DNA.

"Oleh sebab itu kita harus ambil DNA yang kita perolehi daripada inisiatif kita," katanya.

Prosiding pada Isnin yang masuk hari kelima akan disambung semula pada Selasa dengan Muhammad Shafee akan meneruskan penghujahannya pada sesi pagi.

Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan menjatuhi hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar, 67, selepas didapati bersalah meliwat Mohd Saiful, 27, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Tuduhan itu, mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Ahad, 2 November 2014

Umno Selangor Lebih Selesa Dan Seronok Jadi Pembangkang

    1:20:00 PG   11 comments
umno-selangor

Wak J: Percayalah! UMNO Selangor langsung tak terkesan dengan sindirian Najib ni. Apa yang wak perhatikan, UMNO di Selangor lebih selesa dan seronok jadi pembangkang. Itu lah hakikat yang harus diterima oleh seluruh penyokong BN.

Tak payah fikir pasal rakyat mahupun perah otak untuk memikirkan strategi bagi menumbangkan Pakatan (PR) walau mereka berada dalam keadaan lemah dan paling syok sekali ada pemimpin UMNO Selangor sedang sibuk memikirkan cara untuk menambah bini.

Jika dilihat dengan keadaan UMNO Selangor sekarang ini, wak berani potong kuku, jika diadakan 10 kali Pilihan Raya (PRU) pun belum tentu UMNO mampu menawan kembali negeri itu. Nak-nak lagi bila Azmin Ali sudah mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri.

Hanya satu cara sahaja boleh mengembalikan zaman kegemilangan UMNO di Selangor, iaitu dengan membuat rombak terhadap kedudukan pemimpin tertinggi UMNO negeri dan digantikan dengan muka baru yang betul-betul mahu berjuang membela rakyat (tapi ada ke?) serta mesra dengan pengamal media seperti Facebookers dan Bloggers.

Itu pun kalau Najib berani?

selfie-mamat-lembu
Padan muka..tapi memang gila betul mamat ni. Klik foto untuk kisahnya

UMNO Selangor masih lembab memenangi hati rakyat dan pengundi - Najib

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak hari ini menempelak UMNO Selangor yang disifatkan masih lembab dalam pelbagai aspek untuk memenangi hati rakyat dan pengundi di negeri berkenaan.

Katanya, ketika Pakatan Pembangkang di Selangor bergolak dengan pelbagai isu, UMNO Selangor sepatutnya mengambil kesempatan ini untuk mendekati rakyat.

"Saya minta maaf sebab terpaksa bercakap dalam nada begini. Tetapi saya perlu berterus terang dan jujur," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen UMNO Selangor di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, tengahari tadi.

Najib yang beberapa kali mengulangi perkataan saya malu, saya perit dan saya letih dengan keadaan di Selangor meminta pemimpin sedia ada supaya segera bangkit dan beliau sendiri memberi jaminan akan membantu ke tahap maksimum untuk merampas semula Selangor.

Sabtu, 1 November 2014

Anjur Ceramah Anwar, Fahmi Bakal Dibuang Universiti

    4:01:00 PG   15 comments
anwar-liwat-fahmi

Presiden Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol berdepan sembilan pertuduhan atas kesalahan menganjur dan menyertai ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut laporan sebuah portal berita online, Fahmi menerima sepucuk surat pada Jumaat dan diminta untuk menghadiri sesi pendengaran Lembaga Disiplin di universiti tersebut pada 7 November ini.
Dia memberitahu portal tersebut bahawa lapan lagi pelajar lain yang terlibat dalam ceramah itu turut menerima surat daripada universiti berkenaan.

Pada Isnin, keadaan di UM pada perhimpunan haram menjadi huru-hara apabila sekumpulan mahasiswa dan orang ramai yang terdiri daripada penyokong Anwar bertindak merempuh pintu utama UM untuk menghadiri program pidato Ketua Pembangkang itu.

UM membantah penganjuran ceramah itu dan Timbalan Naib Canselornya (Hal Ehwal Pelajar UM), Prof Datuk Dr. Rohana Yusof berkata kakitangan universiti terbabit diarahkan untuk meninggalkan kawasan sekitarnya pada pukul 4 petang.

Pada pukul 7 malam, dua pintu pagar utama universiti tersebut dikunci dan dikawal ketat oleh anggota keselamatan.
Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.