Isnin, 22 Disember 2014

Keikhlasan Pas Minta Umno Sokong Hudud Di Kelantan Diragui

    9:11:00 PTG   No comments
PAS-Hudud

PAS berkata parti itu masih memerlukan musuhnya Umno untuk melengkapkan perjuangan mereka untuk melaksanakan undang-undang jenayah Islam atau hudud.

Parti itu juga percaya rang undang-undang persendirian mengenai hudud ke parlimen akan menjadi ujian terakhir keikhlasan Umno terhadap orang Islam.

Menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah - satu-satunya pemimpin dalam PAS yang dibenarkan bercakap tentang hudud kepada media - tidak ada jalan bagi PAS Kelantan untuk melaksanakan hudud tanpa Umno membuka jalannya.

Tanpa sokongan daripada DAP dan PKR mengenai hudud, PAS kini tidak hanya memerlukan agensi kerajaan seperti polis dan Jabatan Penjara, parti itu juga amat memerlukan sokongan anggota parlimen Umno bagi memastikan rang undang-undang persendirian itu diluluskan bagi membolehkan pelaksanaan undang-undang itu.
Bagaimanapun, Amar, yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan, menegaskan bahawa parti itu tidak akan menyertai Umno dan BN.

"Kami tidak sesekali menghulurkan tangan menyertai Umno - kami tidak akan terperangkap dengan Umno buat kali kedua - cukuplah keperitan yang kami lalui sebelum ini," katanya.

Pada 1973, PAS bekerjasama dengan Umno dalam BN, tetapi berpecah kepada empat kumpulan serpihan yang dianggap hampir membawa kepada hukuman mati dalam politik ketika itu.

Ahad, 21 Disember 2014

Hadiah Ladang Babi Terbesar Dan Termoden Sempena 100 Hari Azmin Menjadi MB Selangor

    11:49:00 PG   No comments
azmin-babi-moden
Kerajaan negeri akan tetap meneruskan projek penternakan khinzir moden di Kuala Langat biarpun banyak pihak tidak bersetuju.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, bantahan adalah adat biasa dalam sesuatu pembangunan bagaimanapun kerajaan negeri sentiasa terbuka menerima pandangan .

“Mana-mana isu pembangunan mesti akan ada bantahan. Tapi kita akan mendengar dan mendekati pihak-pihak berkuasa, penduduk setempat, NGO sebelum sebarang keputusan diambil,” katanya ketika sidang media pada Majlis Penyampaian Hak Milik Pemilik Bangunan Perniagaan Lestari dan Penyerahan Notis 5A di Taman Subang Permai, semalam.

Azmin menyifatkan isu berkenaan bukan masalah besar kerana pelaksanaannya menggunakan teknologi khusus bagi mengatasi masalah pencemaran di situ.

“Pada saya ini bukan masalah luar biasa bagi sebuah kerajaan yang mengamalkan demokrasi dan kita hormati pandangan rakyat.

“Di dalam isu ini, kita ada teknologi baru untuk diselesaikan dan sudah tentu ia melibatkan kos. Kita akan bincang dengan pihak-pihak yang mengusahakan ternakan babi bagi kepentingan rakyat dan faktir kebersihan,” katanya.

Sebelum ini, projek penternakan khinzir itu mendapat tentangan pelbagai pihak, penduduk Melayu dan Perkasa.

Difahamkan projek penternakan khinzir moden memasuki fasa baharu apabila ia dibentangkan di Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, katanya kerajaan negeri akan meneruskan dasar mengutamakan pembayaran premium tanah terhadap pemaju sebelum melaksanakan sebarang projek pembangunan.
Dasar itu bertujuan mengelak pembeli terbeban sekiranya projek terbengkalai.

“Pemaju atau tuan tanah tidak dibenar memulakan kerja sehingga mereka selesaikan hal-hal tanah terlebih dahulu.

“Ia termasuk menjelaskan bayaran premium tukar syarat tanah serta lain-lain bayaran, termasuk caruman kubur dan parit bagi mengelak pembeli hadapi masalah dapatkan hak milik bla projek terbengkalai.

“Kegagalan pemaju atau pemilik membayar premium menyebabkan bangunan tidak mendapat hak sah,” katanya.

Dengan pengeluaran hak milik individu di Lestari Perdana beliau berkata, penantian 10 tahun disebabkan kegagalan pemaju menjelaskan bayaran premium mengikut ketetapan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Surat hak milik wajib dimiliki bagi urusan urusan jual beli, pindah milik akibat kematian ataupun gadaian kepada institusi kewangan mengikut peruntukan Kanun Tanah Negara,” katanya.

Menurutnya, hak milik di Lestari Perdana  diselesaikan secara berperingkat bermula 2008 melibatkan pembeli rumah teres di Zon 6, 7 dan 9.

Seramai 215 orang pembeli daripada 334 orang telah memperoleh hak milik individu , manakala 119  lagi  masih belum mengemukakan permohonan untuk proses.

Jumaat, 19 Disember 2014

Dollah Yakin Harimau Malaya Mampu Bangkit Benam Thailand

    10:37:00 PTG   2 comments
harimau-malay-aff-suzuki

KETUA  jurulatih skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh yakin anak buahnya mampu menewaskan Thailand pada perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.

Beliau berkata, kehadiran penyokong yang ramai pada perlawanan itu sudah tentu akan memberi tonik tambahan kepada pemain negara untuk menampilkan aksi terbaik di laman sendiri.

"Saya mengakui bukan tugas mudah berdepan pasukan Thailand yang mempunyai kelebihan dari segi stamina, selain mereka juga mempamerkan corak permainan pantas. Namun beraksi di tempat sendiri, kita mesti tampilkan sesuatu kepada penyokong," katanya pada sidang media praperlawanan berkenaan di Petaling Jaya, hari ini.

Pengendali skuad kebangsaan itu berkata, beliau akan membuat sedikit rombakan dalam kesebelasan utama selepas pemain berpengalaman Indra Putra Mahayuddin terpaksa disisihkan berikutan kecederaan pada kaki kirinya.

Sementara itu, ketua jurulatih Thailand, Kiatisuk Senamuang optimis pasukannya mampu meraih kejuaraan keempat kejohanan bola sepak serantau itu dengan berbekalkan kelebihan dua gol daripada perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional Rajamangala di Bangkok, Rabu lepas.

Bekas pemain kebangsaan Thailand yang lebih dikenali sebagai 'Zico' itu berkata, pasukannya akan mengekalkan corak permainan menyerang seperti yang dipamerkan pada perlawanan akhir pertama yang lepas.

"Perlawanan esok sudah tentu hebat kerana saya difahamkan tiket perlawanan sudah habis terjual. Kami belum selamat walaupun mempunyai kelebihan dua gol," katanya.

Kiatisuk berkata, beliau membariskan ramai pemain muda pada kejohanan berkenaan bagi mempersiapkan mereka menghadapi tiga kejohanan utama tahun depan iaitu Sukan SEA di Singapura, pusingan kelayakan Sukan Olimpik Rio 2016 dan pusingan kelayakan Piala Dunia 2018.

"Sebab itu, saya memberi mereka (pemain muda) peluang dan saya berpuas hati mereka menampilkan permainan yang baik," katanya.

Pada perlawanan akhir pertama Rabu lepas, Malaysia tewas 0-2. Skuad Harimau Malaya muncul juara edisi 2010 di bawah bimbingan Datuk K. Rajagobal.

Sementara, Thailand menjuarai kejohanan berkenaan pada 1996, 2000 dan 2002.  - Bernama

Isnin, 15 Disember 2014

Bakar Patung VC, Tidak Mustahil Penyokong Anwar Sanggup Bakar Universiti Selepas Ini

    10:13:00 PTG   3 comments
um-bakar-patung-vc

Kerana kecewa, sekumpulan mahasiswa yang menjadi penyokong kuat Pakatan Pembangkang petang tadi bertindak membakar patung Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Rohana Yusof selepas beliau gagal memberi respons terhadap tuntutan mereka supaya tuduhan terhadap "UM8" digugurkan.

Menurut Presiden Persatuan Pelajar Islam (PMI), Khairul Najib, mahasiswa terbabit juga turut membawa plakad, yang antara lain berbunyi, 'See you in court'.

Anak didik Anwar itu juga turut memberi amaran jika pihak universiti tidak menggugurkan tuduhan tersebut, mereka akan membawa perkara itu ke mahkamah.

Kumpulan mahasiswa tersebut berkhemah di hadapan pejabat Jabatan Hal Ehwal Pelajar universiti itu dan kemudian berpindah ke bangunan Canselor apabila mendapat tahu yang Rohana (kiri) kini di Johor.

abang-k-1mdb
Siapa Abg K nak jatuhkan Najib? Klik sini

Mahasiswa itu juga menampal plakad pada tingkap bangunan itu, tetapi ia kemudiannya dibuang oleh pengawal keselamatan.

Bagi pihak pentadbiran, Timbalan VC (Akademik dan Antarabangsa), Mohd Hamdi Abd Shukor, keluar menerima memorandum daripada pelajar.

Dilaporkan sebentar tadi, Naib Canselor UM, Mohd Amin Jalaludin akan mengadakan perbincangan dengan Persatuan Pelajar Universiti Malaya jam 8 malam ini untuk "membincangkan tentang UM8", kata Khairul Najib ketika dihubungi oleh sebuah portal berita online yang mendapat tajaan Yahudi.

Selasa, 9 Disember 2014

Kerajaan Patut Lantik Mahfuz Jadi CEO MAS

    9:47:00 PTG   10 comments
mahfuz-lepasan-srp

Pelantikan Christoph R Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAS didakwa bukti kegagalan kerajaan BN dalam merealisasikan slogan Malaysia Boleh.

Ketua Penerangan Pas, Mahfuz Omar berkata, pemilihan warga asing itu juga membuktikan rakyat Malaysia tidak layak menerajui syarikat penerbangan itu walaupun dibantah banyak pihak termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed sebelum ini.

"Dengan pelantikan warga asing sebagai peneraju baru MAS membuktikan kegagalan Malaysia dalam melahirkan tokoh pengurusan korporat tempatan.

"Ini menjadikan slogan Malaysia boleh adalah slogan palsu," katanya dalam satu kenyataannya, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas keputusan Khazanah Nasional Berhad yang melantik Mueller sebagai CEO MAS, berkuat kuasa 1 Januari depan.

Mueller yang kini CEO Aer Lingus, iaitu syarikat penerbangan kebangsaan Ireland juga dinamakan sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Lembaga Pengarah MAS.

Pelantikan Mueller dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam pada itu, Mahfuz berkata lagi, pelantikan itu juga membentuk sikap kepercayaan rakyat Malaysia terhadap kebolehan anak Malaysia untuk diberi tanggungjawab besar untuk masa depan negara.

"Adakah ini bermakna kerajaan bercadang untuk menyerahkan jawatan menteri kewangan yang disandang oleh Datuk Seri Najib juga warga asing yang lebih berkeupayaan untuk pemulihan ekonomi negara yang lebih baik?

"Adakah orang luar ini lebih berkeupayaan untuk memulihkan ekonomi negara susulan beban hutang negara yang begitu besar serta kejatuhan nilai ringgit Malaysia?" soalnya.

Sabtu, 6 Disember 2014

Najib Lagi Lembik Dari Rafizi Jika Tarik Balik Saman

    4:08:00 PTG   No comments
rafizi-ramli-fitnah-cincin

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengalu-alukan kemungkinan dirinya akan diseret ke mahkamah oleh Perdana Menteri dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung dakwaan fitnah berkenaan sebentuk cincin bernilai jutaan ringgit.

Rafizi yang juga merupakan MP Pandan turut menyatakan kesediaanya untuk berdepan dengan Najib dan Rosmah dan akan mempertahankan dirinya di mahkamah apabila perbicaraan berhubung isu cincin ini bermula kelak.

Kata Rafizi lagi, isu cincin tersebut menjadi satu tanda tanya selama bertahun-tahun dan dia yakin ramai peguam Pembangkang mahu menyoal balas Rosmah.

Dalam satu kenytaannya kepada sebuah portal berita yang ditaja oleh pelobi Zinonis, Rafizi dengan nada angkuh berkata tidak akan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri dan juga isterinya sepeti yang diminta.

jilboobs
LIKE FB Jilboobs Malaysia. Klik sini

Bekas Pengarah Strategi PKR yang menyebabkan Khalid Ibrahim tersungkur dari kerusi Menteri Besar Selangor turut menyatakan tidak akan membeli iklan dalam akhbar untuk tujuan memohon maaf kepada Rosmah dan Datuk Seri Najib Razak. Sebaliknya, sedang mempertimbang untuk membeli iklan bagi menyatakan keengganannya untuk memohon maaf.

Dengan menunjukkan mimik muka seperti lelaki lembut, Rafizi berkata "Kita tengoklah akhbar mana yang sanggup terbitkan iklan tersebut,"

Khamis, 4 Disember 2014

Matinya Anwar Kelak Akan Dikenang Sebagai Al-Juburi Bukan Datuk Sri

    10:47:00 PTG   2 comments
anwar-al-juburi

Darjah Kebesaran Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSSA) yang membawa gelaran Datuk Seri yang diberikan kepada Anwar Ibrahim pada 1992 ditarik balik berkuat kuasa 3 November lalu.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan, hari ini.

“Penarikan darjah kebesaran itu adalah berasaskan kepada tindakan dan perlakuan Anwar sejak akhir tahun lalu yang mempersoalkan kewibawaan serta kuasa Sultan Selangor dan Institusi Raja dalam menyelesaikan kemelut pelantikan Menteri Besar Selangor pada tahun ini dan hal yang berkaitan dengan Islam,” katanya.

Menurutnya, seperti sedia maklum Sultan mempunyai kuasa eksekutif dan sebagai Ketua Agama seperti mana yang termaktub di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

"Tindakan dan perlakuan beliau adalah tidak lagi seorang yang sesuai untuk memegang darjah kebesaran itu," katanya lagi.

Bagaimanapun katanya, Anwar masih bergelar Datuk yang dikurniakan dari negeri Perak, Perlis, Sabah, Negeri sembilan, Pulau Pinang, Melaka, Pahang termasuk Selangor.
Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.