Ahad, 8 Februari 2015

'Jokomin' Selar Penduduk Tempatan Bantah Projek Datum Jelatek Sebagai Rasis

    10:31:00 PG   1 comment

azmin-datum-jelatek

Projek kondominium mewah Datum Jelatek tetap diteruskan meskipun di bantah malah Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menegaskan kerajaan negeri tidak akan melayan sebarang bantahan bersifat perkauman dan ekstremisme sempit.

Menurutnya, protes yang dicetuskan kumpulan penduduk terhadap projek perumahan Datum Jelatek itu didalangi kumpulan pendesak Melayu yang sengaja membangkitkan ketegangan kaum di Selangor.

“Saya sedia bertemu dengan semua pihak sekiranya ada bantahan tetapi bantahan itu mestilah tidak menjurus kepada sentimen perkauman.

“Kita telah berkali-kali adakan perbincangan, saya sendiri turun ke kawasan dan bertemu wakil penduduk, wakil masjid dan surau begitu juga pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tetapi sentimen kaum yang sempit terus dimainkan mereka,” katanya ketika sidang media selepas majlis penutupan International Youth Gathering 2015 kali ke-12 di sini, semalam.

Beliau turut memberi mesej kepada rakyat Selangor bahawa tiada ruang untuk orang yang fanatik dan rasis.

“Jangan main sentimen kaum dan agama kerana ia tidak membantu pembangunan sama ada peringkat negeri atau negara.

“Sekiranya ada cadangan yang baik boleh membantu pembangunan, kerajaan negeri sedia mendengar pandangan dan teguran,” katanya yang mahu membangunkan negeri untuk rakyat Selangor dan serius mempertahankan mereka yang memerlukan perumahan.

25 Januari lalu, seramai 100 penduduk berarak ke tapak projek dan bertindak memecahkan zink malah sebahagian lagi menceroboh masuk ke  tapak projek kondominium mewah itu.

Terkini, Badan Bertindak Datum Jelatek (BBDJ) melantik peguam membantu mereka dalam mengendalikan kes bantahan terhadap projek pembangunan berkenaan.

Projek Datum Jelatek bermula pada 2008 di atas tapak seluas 2.4 hektar di sebelah Stesen LRT Jelatek, melibatkan pembangunan empat blok bangunan kondominium mewah, hotel, pejabat dan pusat beli-belah.

Pembangunan itu dilaporkan akan diteruskan pada hujung November lalu selepas ditangguhkan sementara berikutan bantahan penduduk yang mahu ia dibatalkan kerana tidak mengikut peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 1972).

Mereka mendakwa projek itu bertujuan menukar kawasan majoriti Melayu itu menjadi kawasan Cina kerana ia hanya mampu dimiliki kaum itu dan warga asing dari China.

Dalam perkembangan lain, beliau meneruskan saman terhadap lapan bekas pegawai Pemerbadanan Menteri Selangor (MBI) yang disifatkan ingkar dan angkuh dalam tuntutan pemulangan pampasan berjumlah RM2.6 juta.

Katanya, keengganan lapan bekas pegawai bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan berdepan proses perundangan kerana mereka enggan membayar balik wang rakyat, malah menuntut lebih daripada sepatutnya.

“Kita dah ambil tindakan undang-undang (saman) terhadap mereka dan akan melalui prosesnya,” katanya.

Sebelum ini, MBI memberi tempoh dua minggu kepada lapan pegawai terbabit untuk memberi maklum balas terhadap tuntutan itu.

Bagaimanapun, Bekas Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Faekah Husin menegaskan kesemua mereka sepakat tidak akan memulangkan semula pampasan yang dituntut.

Sementara itu, berhubung desakan DAP yang menuntut pilihan raya PBT, beliau berkata, perkara itu akan diselesaikan dan memberi manfaat kepada PR.

“Kita telah adakan beberapa siri perbincangan pada minggu lalu, malah saya turut berjumpa dengan wakil DAP dan Pas.

“Kita bincang berhubung komposisi ahli majlis, ketua kampung dan jawatan lain. Susulan itu, saya percaya kesefahaman antara ketiga-tiga parti akan membuahkan hasil yang memberi manfaat dan menyelesaikan perkara ini,” katanya.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
1 ulasan:
Write comments
  1. Si mamat-amat-BANGSAT-jokomin dari PKRSODOM ni jgn. nak BERDRAMA mcm. si PENGGANAS KAPIRDAJAL RASIS DAPBANGKAI pula!

    Tak habis-habis nak MENGGADAI Tanah pusaka/hak BUMIPUTERA Islam/Melayu kat P. Pinang dan Selangor - sekrg. punya BANGSAT, si PEROMPAK Islam/Melayu-LIBERAL ni nak pi tuduh BUMIPUTERA Islam/Melayu rasis?1! Aku akan doa pd. ALLAH SWT MENGHUKUM si PENGKHIANAT bangsat mcm. pengikut SYAITAN ni, supaya depa dan KETURUNAN depa yg. juga DAJAL mcm. ni, jadi PAPA KEDANA - jgn. ingat asyik nak MEMIJAK ISLAM/umatnya!

    Nek Tempoyak.

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.