Jumaat, 27 Februari 2015

Sanggupkah Agong Minum Teh Bersama Seorang Peliwat?

    10:56:00 PTG   3 comments

agong-anwar-minum-teh

Banduan jenayah liwat, Anwar Ibrahim perlu dibenarkan menghadiri sidang Dewan Rakyat bulan depan, termasuk menghadiri majlis minum petang diraja bersama Yang di-Pertuan Agong selepas acara pembukaan, kata anaknya.

"Bapa saya perlu dibenarkan memenuhi jemputan Seri Paduka Baginda untuk minum petang bersama. Ada tempat khas untuk bapa saya dalam majlis itu," kata Nurul Izzah, juga ahli parlimen Lembah Pantai.

Dalam sidang media di pejabat PKR hari ini, Nurul yang pernah dikaitkan dengan skandal 'blowjob' bersama seorang professor lelaki di sebuah pusat pengajian tinggi tempatan, menunjukkan kad jemputan ke sidang Parlimen pada 9 Mac sehingga 9 April ini daripada yang dipertua dewan.

Surat rasmi itu dihantar menggunakan sampul surat bertulis 'Urusan Seri Paduka Baginda', tambah Nurul Izzah.

Menurutnya, surat undangan kepada Anwar dihantar selepas beliau dijatuhkan hukuman lima tahun penjara pada 10 Februari.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam berkata kuasa untuk membenarkan Anwar keluar untuk menghadiri sidang mulai 9 Mac terletak pada peguam negara.

Menurutnya lagi, pandangannya itu berbeza dengan timbalannya, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Wan Junaidi sebelum ini berkata Anwar boleh membuat permohonan kepada Kementerian Dalam Negeri jika mahu menghadiri sidang Parlimen.

Walaupun bersalah dan layak dilucutkan jawatan, Anwar masih lagi sah sebagai ahli parlimen Permatang Pauh sementara menunggu keputusan Lembaga Pengampunan.

Keluarganya menfail petisyen pengampunan diraja awal minggu ini.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
3 ulasan:
Write comments
  1. Jangan harap lah...Anwar akan datang ke Parlimen...

    Agong akan pastikan si peliwat terus meneruskan hukuman di penjara atas kesalahan dia sendiri...

    Agong akan bagi keputusan sebelum 9 March...percayalah!!!


    Hairan bin Ajabi, biasanya kes untk pengampunan DiRaja hanya untuk kes hukuman mati atau penjara seumur hidup......INi kes moral dan dihukum 5 tahun pun nak mintak pengampunan DiRaja.....hehehe

    Sah akan stay kat Penjara....dapat makan minum tinggal free utk 5 tahun

    BalasPadam
  2. Belum ada mana mana negara berdaulat sistem beraja dalam komenwealth , england ka, brunei ka spain ka belanda kan , yang aman raja mereka akan miunm tea atau bersrapan dengan seorang banduan.
    Jika agung kita meneriam undangan , maka ialah akan menjadi satu sejarah bagi dunia ini

    BalasPadam
  3. Takan YDP Agung nak minum teh dgn peliwat/ penjenayah ?

    Allah pun murka dgn peliwat. Lihatlah apa jadi dgn kaum Nabi Lut.

    Allah musnahkan. Harap2 peliwat ini pun Allah musnahkan juga.........

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.