Sabtu, 24 Januari 2015

Matinya Seorang Raja Sebagai Rakyat Biasa

    11:59:00 PG   3 comments
raja-abdul-aziz-kubur-tak-bertanda

RIYADH: Jenazah Raja Abdullah Abdulaziz selamat disemadikan di sebuah kubur tidak bertanda di tanah perkuburan awam di Al-Aoud, di sini selepas solat Jumaat.

Jenazah baginda disemadikan tanpa keranda mengikut istiadat Islam yang tidak membezakan antara raja yang memerintah dan rakyat jelata apabila seseorang itu meninggal dunia.

Terdahulu upacara pemakaman dimulakan dengan solat jenazah yang turut disertai oleh beberapa pemimipin dunia, antaranya Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif di Masjid Imam Turki bin Abdullah.

Raja Bahrin, Raja Hamad bin Isa al-Khalifa; Emir Qatar, Sheikh Tamim Bin Hamad al-Thani dan Emir Kuwait, Sheikh Sabah al-Ahmad al-Sabah turut hadir pada majlis pemakaman tersebut.

Tiada tempoh rasmi berkabung diumumkan di Arab Saudi dan bendera kerajaan negara itu juga dikibar seperti hari-hari biasa.

Walaupun populariti baginda jelas di kalangan rakyatnya, namun tidak ada perhimpunan besar-besaran di jalanan di sekitar bandar sebagai menandakan pemergian beliau.

Pejabat-pejabat kerajaan, ditutup seperti biasa pada hujung minggu di Timur Tengah iaitu hari ini dan esok serta akan dibuka semula seperti biasa pada Ahad.

Solat Asar turut dibuat terlebih dulu sebelum majlis pengebumian Almarhum dan pengebumian jenazahnya juga dibuat tiada sebarang acara rasmi.

Raja Abdullah Abdulaziz, mangkat kira-kira jam 1 pagi Jumaat, pada usia 90 tahun akibat radang paru-paru, menurut kenyataan Agensi Saudi Press.

Adik tirinya yang Putera Mahkota, Salman, 79 hari ini diisytiharkan sebagai Raja Arab Saudi yang baharu bagi menggantikan Almarhum.

Rabu, 7 Januari 2015

Nurul Izzah Mengaku Fitnah, Bersiap Sedia Untuk PRK Lembah Pantai

    10:34:00 PTG   1 comment
Wak J: Matlamat tidak menghalalkan cara. Angkara gemar membuat dan menyebar FITNAH, seekor demi seekor pemimpin atau wakil rakyat parti Pembangkang bakal tersungkur. Wak harap Shahrizat dan keluarga teruskan saman. Bak kata si Ketum..lawan tetap lawan.

nurul-izzah-sex

Naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar mengakui bahawa beliau tidak membuat pengesahan dengan bekas menteri Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berhubung dakwaan mengenai pembelian lapan unit kondominium mewah di KL Eco City.

Beliau juga mengaku tidak membuat pengesahan dengan suami Shahrizat, yang juga pengerusi National Feedlot Corporation (NFC) Datuk Seri Mohd Salleh Ismail dan juga Public Bank sebelum membuat dakwaan terbabit.

MP Lembah Pantai itu mengaku demikian di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau menganggap dokumen bank yang diperolehi pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli pada masa itu sudah memadai.

Nurul Izzah ditanya oleh peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Salleh, sama ada beliau mengutus surat atau berhubung dengan Salleh atau bertanya kepada Shahrizat mengenai pembelian tersebut, mahupun kepada Public Bank mengenai pinjaman berkenaan.

MP tersebut berkata, beliau tidak berbuat demikian kerana kebimbangannya adalah mengenai dana kerajaan yang diberikan kepada NFC.

"Saya tidak fikir saya mengesahkannya dengan plaintif (Salleh) kerana beliau tidak mesra dan ia akan jadi sangat sukar,” katanya.

Shafee: Tidakkah anda boleh hantar surat atau dengan serahan tangan sebelum mengumumkannya (dalam sidang media)?

Nurul Izzah: Saya tidak percaya begitu, kerana peranan saya sebagai ahli Parlimen, bukan sebagai peguam.

Shafee: Tidakkah penting untuk dengar penjelasan pihak satu lagi?

Nurul Izzah: Keutamaan saya adalah pada dana. Berapa banyak surat berdaftar saya hantar untuk dapatkan penjelasan?

Beliau memberi keterangan dalam kes saman fitnah yang difailkan ke atasnya dan ke atas PKR oleh Salleh dan NFC.

Selasa, 6 Januari 2015

Bekas Kakitangan Khalid Ibrahim Enggan Pulang Wang Pampasan RM2.6 Juta

    10:50:00 PTG   1 comment
faekah-husin

Bekas ketua pegawai eksekutif Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) Faekah Husin mendakwa laporan audit berhubung pampasan RM2.6 juta kepada kakitangan Tan Sri Khalid Ibrahim adalah cacat, dilakukan secara tidak profesional dan berniat jahat.

Dakwanya, dokumen itu cacat kerana dibuat tanpa penjelasan bekas pegawai menteri besar dan Khalid sendiri sebagai menteri besar ketika kejadian.

"Laporan audit yang kononnya menjadi asas tuntutan adalah satu laporan yang cacat, tidak dilakukan secara profesional dengan menurut tatacara pengauditan yang betul serta berniat jahat.

"Tindakan tidak profesional dalam memanipulasikan audit cacat tersebut telah mewujudkan prasangka yang dahsyat terhadap semua pihak yang terlibat membuat keputusan termasuk para penerima pampasan," katanya.

Faekah berkata beliau mengarahkan peguamnya melihat laporan itu daripada sudut undang-undang dan membuat tuntutan balas ganti rugi dan kerosakan termasuk "penghinaan" yang mereka alami.

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali sebelum ini mengarahkan bekas kakitangan Khalid mengembalikan pampasan yang diterima kerana tidak mematuhi tatacara dan peraturan kewangan berhubung syarat dan kontrak penggajian mereka.

Dakwanya, surat tuntutan itu gagal menyatakan dengan jelas undang-undang dan tatacara kewangan dan dakwaan salah laku ketika pembayaran dibuat.
Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.