Jumaat, 27 Mac 2015

Hadi Beri Amaran Pada DAP Jangan Ganggu Urusan PAS

    11:34:00 PTG   1 comment
hadi-dap-amaran

Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyerahkan nasibnya kepada ahli PAS dalam menentukan kedudukannya sebagai Presiden PAS pada pemilihan parti itu Jun depan.

Justeru kata beliau pihak di luar PAS seharusnya tidak mencampuri urusan pentadbiran parti itu yang diterajuinya kini.

"Ahli PAS yang menentukan kedudukan saya dalam kepimpinan PAS, itu hak ahli parti.

"Orang PAS ada pendirian masing masing, orang lain tidak sepatutnya mencampuri urusan pentdbiran PAS," katanya menerusi posting di laman Facebook pada Jumaat.

Kenyataan itu dilihat sebagai peringatan kepada sekutu PAS dalam pakatan pembangkang khususnya DAP yang tidak mengiktiraf kepimpinannya sebagai Presiden PAS.

Menjelang pemilihan kali ini, wujud usaha untuk menggulingkan Hadi oleh golongan profesional dalam PAS ekoran beberapa keputusannya sebelum ini yang dikatakan membelakangi pakatan pembangkang.

Malah Hadi sendiri sebelum ini berkata beliau sedia dicabar pada muktamar tahunan parti ke-61 Jun depan sekiranya pertandingan itu mendapat sokongan anggota parti.

Beliau berkata selaras dengan Fasal 25 (2) Perlembagaan PAS, jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan tiga orang Naib Presiden hendaklah dipilih dan dilantik pada Muktamar Tahunan PAS setiap dua tahun.pembangkang.

Pada 9 Mac lepas, PAS kawasan Kota Baharu mencalonkan Naib Presiden parti itu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk jawatan presiden.

Tuan Ibrahim menolak pencalonan itu dengan mengatakan Hadi tidak perlu ditukar.

Rabu, 25 Mac 2015

Hasan Malek Tubuh 'War Room' Pantau Harga Barang

    10:42:00 PTG   1 comment
hasan-malek-war-room

Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menubuhkan 'war room' atau bilik gerakan bagi memantau aduan pengguna dan menyelaras tindakan susulan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April ini.

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, bilik gerakan yang bertempat di bangunan kementerian itu di sini akan beroperasi 24 jam dengan dikendalikan 40 petugas secara bergilir bagi mendapatkan situasi kesan pelaksanaan cukai berkenaan.

Bercakap pada sidang media selepas melancarkan penerbitan semula Buku Kod Etika Perniagaan Malaysia (EPM) di sini hari ini, beliau berkata bilik gerakan itu akan memastikan setiap aduan diberi perhatian untuk ditangani segera oleh 2,000 anggota penguatkuasa kementerian yang bersiap siaga di seluruh negara.   

"Dalam war room itu kita tempatkan segala kemudahan dan peralatan yang membolehkan setiap laporan yang diterima berhubung tindakan peniaga dikumpul sebelum disalurkan kepada bahagian penguatkuasaan di negeri atau kawasan berkenaan untuk tindakan lanjut," katanya.   

Pelaksanaan GST pada kadar enam peratus adalah bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang berkadar keseluruhan 16 peratus.   

"Kita lakukan demi kebaikan rakyat dan kementerian memerlukan kerjasama daripada pengguna untuk menyalurkan laporan bagi membolehkan tindakan diambil," katanya, sambil menambah bilik gerakan yang akan dilancarkan dalam masa terdekat itu boleh dihubungi di talian 03-88826245.  

Hasan berkata, beliau yakin hubungan dan kerjasama erat yang diterima pihaknya daripada semua peringkat perniagaan memberi isyarat majoriti peniaga sudah sedia untuk bersama-sama kementerian menjayakan pelaksanaan GST.

Katanya 'engagement' yang dibuat kementerian dengan semua peringkat peniaga telah menghasilkan banyak kebaikan dan manfaat kepada rakyat seperti Kempen Penurunan Harga 2015 yang disertai beberapa pasar raya besar di seluruh negara.   

"Selain itu, kita juga telah melancarkan Buku Panduan Harga, melaksanakan Op Catut dan terkini menerbitkan semula buku EPM...ini semua dibuat untuk pastikan pelaksanaan GST tidak dijadikan alasan untuk menaikkan harga barang," katanya.   

Mengenai EPM, Hasan berkata, buku yang mengandungi 10 prinsip etika dalam perniagaan itu merupakan terbitan semula daripada buku kod etika perniagaan Malaysia yang pernah dikeluarkan kementerian pada November 2007 dengan ditambah baik supaya lebih 'mesra pembaca' serta disesuaikan dengan semua jenis perniagaan.   

Beliau berkata, antara tujuan Kod EPM adalah bagi menggalak dan memberi bimbingan kepada peniaga dan pekerja agar mengendali perniagaan secara beretika dan berintegriti.   

Buku tersebut diterbitkan dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (IIM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kebangsaan. - Bernama

Selasa, 10 Mac 2015

Kerajaan Pusat Tetap Komited Selesai Isu Air Selangor

    9:57:00 PTG   2 comments
MoU-Air-Selangor-putrajaya
 
Kerajaan Persekutuan menafikan dakwaan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali bahawa kerajaan negeri menyerahkan aset tanahnya kepada Kerajaan Persekutuan dalam usaha melaksanakan penstrukturan industri bekalan air di negeri itu. 
 
Menteri Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menegaskan kerajaan pusat tidak pernah melanggar sebarang prinsip perjanjian dalam isu itu, sebaliknya komited mencari jalan penyelesaian jangka masa panjang berhubung isu air di Selangor. 
 
"Kita tidak pernah tambah sebarang terma baru...itu semua politik (dakwaan Azmin). Mereka tidak baca secara tertib definisi aset yang meliputi tanah," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat, di sini hari ini. 
 
Ongkili menjelaskan dua aset tanah yang terlibat dalam perjanjian utama penstrukturan industri bekalan air Selangor iaitu Semenyih dan Bukit Nanas merupakan milik kerajaan persekutuan. 
 
Katanya ini berdasarkan semakan semula dengan pesuruhjaya tanah yang mendapati kedua-dua aset itu dimiliki Kerajaan Persekutuan dan tidak sah untuk diguna pakai dalam perjanjian pajakan yang bakal ditandatangani Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (PASSB).
 
"Kerajaan akui tidak menyedari status kedua-dua aset ini sebelum perjanjian utama ditandatangani pada 12 Sept tahun lalu kerana difahamkan ia milik kerajaan negeri (Selangor)," jelas Ongkili. 
 
Beliau berkata perjanjian pajakan antara PAAB dan PASSB menjelaskan aset serta tanah itu akan diambil alih selama 45 tahun oleh Kerajaan Persekutuan sebelum ia diserahkan semula kepada kerajaan Selangor sebaik tempoh perjanjian itu tamat," katanya. 
 
Ongkili berkata, justeru kedua-dua pihak perlu meneliti semula inti pati perjanjian utama dalam menyelesaikan masalah itu serta mengemukakan sebarang isu berbangkit pada pertemuan selanjutnya.
 
"Sebelum ini tiada pertemuan antara saya dan Menteri Besar Selangor, (Azmin Ali), sebaliknya hanya perbincangan dengan pegawai khas. Maka kaedah perbincangan selepas ini perlu terperinci walaupun lebih 32 pertemuan diatur bagi menyelesaikan isu penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air Selangor," katanya.
 
Sementara itu, Mohamed Azmin berkata pihaknya terbuka untuk mengadakan perbincangan berhubung pajakan tanah yang terlibat dalam penstrukturan itu.
 
Bagaimanapun, beliau mendakwa perjanjian yang dimeterai itu tidak dinyatakan secara terperinci sebaliknya hanya menyatakan soal aset.
 
"Peruntukan itu sama-samar, hanya menyatakan aset yang boleh dipindahkan dan kekal. Tidak sebut tanah secara jelas. Sedangkan kami dalam perjanjian itu menyatakan secara jelas aset-aset kami," katanya. - Bernama

Ahad, 1 Mac 2015

Banduan Jenayah Liwat Digelar 'Singa' Sg. Buloh Sempena Tahun Baru Cina

    10:33:00 PTG   3 comments
anwar-singa-sungai-buloh.jpg

Wak lupa nak cerita pasal malam tadi punya hal yang berlaku di Penjara Sg. Buloh, di mana satu acara tarian singa telah diadakan sempena Tahun Baru Cina di samping meraikan kepulangan seekor  Singa Tua ke habitat asalanya.

Acara berlangsung meriah di luar 'Zoo' Sungai Buloh malam tadi ketika Singa Tua yang dinamakan sebagai Anwar merengkok untuk hari ke-19 di balik tirai besi akibat kesalahanya meliwat anak singa jantan lain.

Tarian singa yang dipersembahkan bersama paluan gendang Tahun Baru Cina di samping sekumpulan haiwan lain bersorak. Kelihatan emak dan anak-anak singa begitu teruja dengan paluan gendang yang dimainkan.

Malah kelihatan pegawai 'Zoo' Sungai Buloh turut memerhatikan gelagat anak beranak Singa Tua bersama kawanannya daripada perkarangan 'Zoo' Sungai Buloh.

Seekor babi hutan yang mahu dikenali sebagai Hafizan, menganggap acara tarian singa berlangsung itu adalah satu simbolik bagi memberi semangat kepada singa sebenar yang terkurung dalam  sangkar besi.

Selain babi hutan, seekor lagi anjing hitam berbulu lebat sanggup datang dari jauh semata-mata untuk memberi sokongan moral kepada 'Singa Tua' sambil menggonggong sebatang lilin untuk menunjukkan semangat setiakawan dengan si 'Singa Tua'.

“Saya terharu dengan sokongan berterusan pada Singa Tua walaupun sudah lebih dua minggu dikurung,” katanya sambil tersenyum

Sambutan Tahun Baru Cina dalam acara nyalaan lilin itu semalam dianjurkan oleh PKR Shah Alam dan Wangsa Maju.

Anak sulung kepada Singa Tua, Nurul Izzah yang hadir dalam upacara tersebut dalam nada sedih menyatakan dia tidak tahu samada papanya dengar atau tidak paluan gendang tarian singa yang dimainkan sambil mengeluh 'Zoo' Sungai Buloh terdapat banyak pintu besi.

The End
Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.