Selasa, 28 April 2015

Elaun Guru Kafa Selangor Akan Ditambah Jika Ada Keperluan

    9:00:00 PG   3 comments
guru-kafa-selangor

Kerajaan Selangor tidak akan menaikkan elaun guru Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) untuk tahun ini, dan sekiranya ada keperluan, elaun itu akan dinaikkan tahun depan.

Perkara itu sedang diteliti semua pihak termasuk perbendaharaan negeri, kata Menteri Besar Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata kerajaan negeri buat masa ini sedang mengkaji keperluan menaikkan elaun itu agar bersesuaian dengan bebanan tugas yang dipikul guru berkenaan. 

"Kerajaan negeri pada prinsipnya telah bersetuju menaikkan elaun itu, tetapi persetujuan tersebut mesti diasaskan kepada keperluan bilangan guru dan peruntukan terlibat.

Juga adakah adil kita naikkan elaun sehingga RM1,500 dalam keadaan mereka (guru) ajar antara dua hingga tiga jam.

"Perkara ini mesti diteliti sebab ini wang rakyat yang perlu dibelanjakan dengan berhemah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan RM100,000 kepada Maahad Tarbiyah Islamiah Al Ansar di Kampung Kuantan di sini, yang rosak akibat angin kencang pada 17 April lepas.

Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas desakan seorang guru Kafa, Ekhsan Bukharee Badarul Hisham yang menuntut kerajaan negeri Selangor segera menaikkan elaun itu seperti dijanjikan dalam manifesto pakatan pembangkang pada PRU13.

Pada PRU13, kerajaan gabungan DAP, Pas dan PKR dalam manifesto mereka berjanji menaikkan elaun guru Kafa di Selangor daripada RM1,300 kepada RM1,500 sebulan.

Dalam perkembangan lain, Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR, berkata keengganan Dewan Pemuda Pas Negeri Pulau Pinang membantu gerak kerja pakatan pembangkang dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh tidak menimbulkan masalah.

Katanya ini kerana keseluruhan pimpinan Pas pusat termasuk timbalan presiden dan setiausaha agung menyatakan sokongan kepada calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pemuda Pas Pulau Pinang bertindak demikian kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan Angkatan Muda Keadilan negeri itu yang masih enggan memohon maaf kerana didakwa menghina Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu hudud.

Mengulas mengenai kenyataan Adun Hulu Klang Shaari Sungib bahawa pakatan pembangkang perlu menyingkirkan Pas jika kajian bebas mendapati parti itu tidak lagi sesuai berada dalam gagasan itu, Azmin berkata pimpinan Pas yang perlu membuat ketetapan berhubung perkara itu. - Bernama

SMKA Maahad Hamidiah Kajang Sedang Menanti Masa Untuk Dirobohkan

    1:31:00 PG   2 comments
azizah-kipas-meja
 
Lebih 250 ibu bapa serta penduduk di sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad Hamidiah mengadakan piket secara aman, di sini, bagi membantah pembinaan pangsapuri perkhidmatan yang terletak 50 meter dari sekolah berkenaan.

Piket yang dianjurkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMKA Maahad Hamidiah berlangsung lebih 30 minit sambil membawa beberapa sepanduk tertera ‘Kami Bantah Pembinaan’, ‘Batalkan Projek Pembinaan’, ‘Warga Maahad Hamidiah Membantah’ dan beberapa lagi tulisan lain.

Yang Dipertua PIBG SMKA Maahad Hamidiah, Jazlan Ahmad berkata, bantahan itu dibuat bukan saja kerana projek pembinaan itu terletak begitu hampir dengan sekolah berkenaan, malah didakwa melanggar Garis Panduan Piawaian Perancangan Negeri Selangor berhubung pembinaan pangsapuri perkhidmatan.


“Garis panduan itu menetapkan pembinaan pangsapuri perkhidmatan mesti dibina di dalam zon pusat bandar, terletak berhampiran terminal pengangkutan, kawasan institusi pengajian tinggi (IPT) dan kawasan pembangunan semula bandar.

“Jika dilihat kepada garis panduan diberikan, pembinaan pangsapuri itu langsung tidak menepati syariat ditetapkan kerajaan negeri.

“Kami mendesak supaya pemaju segera menghentikan pembinaan dan pihak berkaitan perlu mengambil tindakan,” katanya selepas piket yang diadakan di hadapan SMKA Maahad Hamidian, di sini, semalam.

Selain pelanggaran garis panduan itu, Jazlan berkata, pihaknya bimbang aspek keselamatan ibu bapa serta pelajar di sekolah berkenaan yang menghantar serta mengambil anak mereka berikutan laluan itu turut digunakan jentera pembinaan.

“Laluan itu amat sempit, jika berselisih sesama kereta pun akan menghadapi kesukaran, apatah lagi apabila laluan itu turut digunakan jentera besar pembinaan.

“Kami tidak mahu apabila ada kemalangan yang meragut nyawa, baru tindakan diambil. Sebelum terjadinya perkara tidak diingini, kami berharap pihak bertanggungjawab dapat melakukan sesuatu tambahan pula lokasi pembinaan terlalu hampir dengan sekolah,” katanya.

Katanya, kerja pembinaan pangsapuri berkenaan sudah dihentikan buat sementara waktu selepas Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) melakukan pemeriksaan serta mendapati terdapat banyak pelanggaran aspek keselamatan di tapak binaan itu.

Ahad, 26 April 2015

TMJ Sindir PAFA Dan Penyokong Bola Sepak Perak Masih Lagi Tinggal Di Atas Pokok

    6:45:00 PTG   5 comments
jdt-perak

Tindakan paling tidak bertanggungjawab sejak tahun 2013 ini jelas menunjukkan sikap yang tiada ketamadunan. Setelah mencetuskan pergaduhan dan membaling objek, kemudiannya takut dan terus membuat laporan.

Sedar atau tidak bahawa tuduhan yang dilemparkan kepada penyokong JDT tersebut adalah datangnya dari rata-ratanya bersama keluarga dan anak kecil. Dan yg mengiringi penyokong keluar adalah Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Mengapa tidak tanya sendiri kepada PDRM, adakah kami yang mulakan dahulu? Lagu JDT Bangsat mula berkumandang dinyanyikan oleh penyokong Perak yang 90% penuh di stadium malam itu.

Cadangan kepada badan induk iaitu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), kalau hendak mengambil tindakan lebih berkesan dendalah pasukan, bukan penyokong. Kerana penyokong tidak peduli kepada bayaran denda yg dikenakan. Dendalah mata pasukan, itu adalah tempias paling berkesan yang akan dirasai oleh semua pasukan termasuk JDT.

Kronologi insiden selepas tamat perlawanan :

Penyokong Perak berkumpul dan memenuhi lobi utama stadium dan hanya bersurai selepas dikerahkan oleh pasukan keselamatan.

Jalan utama menuju ke stadium turut dibanjiri penyokong Perak sehingga menghalang laluan kenderaan.

Dua bas JDT telah dibaling dengan objek keras.

Perbincangan diadakan oleh pengurusan JDT dan Ketua Polis Daerah Ipoh untuk mendapatkan kebenaran menggunakan trak FRU bagi menjamin keselamatan pemain.

Penyokong JDT yang berada di stadium diarahkan berkumpul di grandstand dan padang.

Peberapa penyokong Perak meluru masuk ke dalam stadium dari arah bertentangan grandstand dan membaling objek keras ke arah penyokong JDT.

Pada jam 1.00 pagi, penyokong JDT diiringi pasukan keselamatan berjalan kaki ke Kem FRU Sg. Senam (berjarak 300-400 meter).

Penyokong menaiki bas dan diiringi pasukan keselamatan sehingga jalan masuk ke lebuhraya.


Saya paling pantang menegakkan orang yang bersalah. Sebagai contoh saya telah bubarkan Inter Johor Firm (IJF). Kenapa pasukan lain tidak membubarkan anasir-anasir negatif ini.

Kepada pahlawan kekunci dan juga kepada semua penyokong bola sepak dari mana-mana negeri, janganlah setakat berani berbunyi di alam maya. Kalau tidak berpuas hati, janganlah membaling batu kepada penyokong JDT. Balinglah kepada Presiden PBNJ kerana sayalah yang merevolusikan pembangunan bola sepak negeri Johor. Sila beritahu saya tarikh dan tempatnya, dan saya akan datang.

Teringat pula satu kisah semasa saya kecil dahulu orang-orang tua Johor berkata. Dahulu semasa manusia bermesyuarat dan duduk di atas pokok, di Johor, orang-orang Johor sudah mula memandu Rolls Royce.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Nurul Izzah Mahu Banduan Jenayah Seperti Bapanya Diberi Hak Mengundi

    4:00:00 PTG   1 comment
izzah-show-nenen

Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi pelepasan untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi pada Pilihan Raya (PRK) Parlimen Permatang Pauh, 7 Mei ini.

Pengarah Pilihan Raya PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, pelepasan kepada bapanya itu yang kini menjalani hukuman penjara boleh dijadikan perintis kepada usaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membolehkan banduan mengundi pada pilihan raya.

“Saya menyambut baik saranan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan mencadangkan agar PRK Permatang Pauh menjadi projek rintis dengan membenarkan Anwar yang ditahan sebagai tahanan politik, dibenar keluar mengundi,” katanya pada Ahad.

Beliau berkata demikian pada sidang media harian PKR di Yayasan Aman di sini.

Pada Julai 2013, Ahmad Zahid dilaporkan berkata, KDN akan mencari mekanisme yang boleh diguna pakai bagi membolehkan banduan mengundi pada pilihan raya akan datang.

Bercakap ketika kempen PRK DUN Kuala Besut, Ahmad Zahid berkata, perbincangan berterusan akan diadakan antara pihak terbabit seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan banduan menunaikan hak sebagai pengundi.

Mengulas lanjut, Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR berkata, permintaan supaya Anwar diberi pelepasan mengundi adalah sejajar dengan pernyataan dan syor Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

“Justeru saya menyeru agar KDN melaksanakan prinsip asas dengan membenarkan hak kewarganegaraan dilunaskan oleh Anwar  pada 7 Mei ini,” katanya.

Sebelum ini, pakatan pembangkang turut mendesak supaya KDN memberi kebenaran kepada Anwar menghadiri sidang Parlimen sebelum status keanggotaannya sebagai Ahli Dewan Rakyat digugurkan pada 16 Mac lalu.

PRK Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja Anwar sekali gus menyebabkan ketua pembangkang itu hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Permatang Pauh diadakan pada 7 Mei ini, manakala pengundian awal pada 3 Mei.

Penamaan calon telah diadakan pada 25 April lalu yang menyaksikan saingan empat penjuru membabitkan calon Barisan Nasional, Suhaimi Sabudin, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan

Sabtu, 25 April 2015

Nenek 63 Tahun Calon PKR Permatang Pauh

    11:37:00 PG   3 comments
wan-azizah-nenek-kipas

Selepas mengumukan diri sebagai calon, Dr Wan Azizah Wan Ismail segera menepis tanggapan negatif berhubung pemilihannya mewakili Parti Keadilan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

Dalam nada tegas, isteri kepada banduan jenayah liwat itu menyatakan kesediaannya untuk kembali bertanding di kerusi berkenaan dibuat atas dasar tanggungjawab.

“Diumumkan saya pegang tanggungjawab ini, bukan saya nak main-main atau nak seronok-seronok,” katanya di sini, Jumaat malam.

Nurul Izzah bersalaman dengan ibunya, Dr Wan Azizah sebelum bergambar kenangan bersama barisan kepimpinan pakatan pembangkang.

Terdahulu, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mengumumkan Dr Wan Azizah sebagai calon pakatan pembangkang dalam satu majlis yang dihadiri pimpinan kanan PKR, DAP dan PAS di Seberang Perai Arena di sini.

Dr Wan Azizah, 63, yang juga ibu kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar akan berhadapan calon Barisan Nasional (BN) iaitu Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Suhaimi Sabudin, 43.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang di Selangor pernah menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh selama tiga penggal berturut-turut bermula 1999 hingga 2008 selain pernah menyandang jawatan sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

Selain itu ketika menyampaikan ucapan ringkas selepas diumumkan sebagai calon, Dr Wan Azizah memberitahu bahawa beliau sempat menemui Anwar yang kini dipenjarakan kerana kesalahan meliwat bagi memohon restu.

Khamis, 9 April 2015

Berjayakah Mahfuz Memperbodohkan Mahathir Seperti Penyokong PR?

    9:54:00 PTG   1 comment
tun-m-piah-sirul
Selepas berjaya menemukan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan ibu Sirul Azhar Umar, pembangkang seterusnya mahu bekas Perdana Menteri itu memberi tekanan kepada pihak berkuasa supaya melakukan siasatan semula terhadap kes berprofil tinggi itu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, pihaknya mahu mengaturkan pertemuan kedua dengan Dr Mahathir, kali ini bagi memberi ruang kepada Sirul yang didapati bersalah membunuh model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu menjelaskan sendiri kedudukan sebenar kes tersebut.

“Saya percaya Tun Mahathir boleh beri tekanan supaya siasatan semula dapat dilakukan. Saya harap Sirul akan menceritakan segala-galanya kepada Tun Mahathir.

“Jika Sirul berjaya menceritakan kepadanya, saya percaya Tun Mahathir tahu apa yang harus beliau lakukan,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, Khamis.

Pada Rabu, ibu Sirul, Piah Samad mengadakan pertemuan tertutup dengan Dr Mahathir di bangunan Yayasan Perdana di Putrajaya yang turut dihadiri Mahfuz dan bapa saudara Sirul, Mustafa Samad.

Menurut Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, beliau merancang untuk memberi ruang kepada Sirul bercakap sendiri dengan Dr Mahathir menerusi telefon.

“Saya percaya Tun Mahathir akan bercakap sendiri dengan Sirul nanti.

"Saya harapkan Sirul akan dapat ceritakan segala-galanya kepada Tun Mahathir melalui perbualan telefon yang akan saya aturkan sekali lagi bersamanya,” katanya.

Sirul dan bekas rakan sepasukannya dalam Unit Tindakan Khas, Azilah Hadri, disabitkan kesalahan pada 13 Januari tahun ini, atas dakwaan membunuh Altantuya di Shah Alam, pada 2006.

Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Sirul tanpa kehadirannya kerana beliau ketika itu berada di Australia.

Dr Mahathir dalam blognya sebelum ini berkata, tidak adil jika Sirul dan Azilah dikenakan hukuman gantung kerana mereka hanya bertindak mengikut arahan.

Bekas Perdana Menteri itu menggesa polis memandang berat kenyataan Sirul itu dan menjalankan siasatannya memandangkan setakat ini motif pembunuhan itu masih tidak dikenal pasti.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengatakan polis sudah menyiasat perkara itu sebelum ini.
Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.