Khamis, 27 Ogos 2015

MB Selangor Terus Membisu Berhubung Skandal DEIG

    11:59:00 PTG   2 comments
Azmin Ali Skandal DEIG
 
Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali terus 'mengunci mulut' berhubung status operasi Darul Ehsan Investment Group (DEIG) yang menimbulkan keraguan pelbagai pihak.

Semasa ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di sini, hari ini, Mohamed Azmin berkata maklumat mengenai entiti itu telah dijawabnya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor baru-baru ini.

 "Saya telah jawab dalam dewan (DUN) mengenai perkara ini. Tengok 'handouts' saya," katanya ringkas.

Pada persidangan DUN itu, Mohamed Azmin berkata, DEIG yang ditubuhkan bagi menguruskan pelaburan anak-anak syarikat di bawah Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), memberi fokus kepada sektor pelaburan, aset dan perniagaan semata-mata.

Beliau berkata, entiti yang dimiliki sepenuhnya oleh MBI itu ditubuhkan untuk mengurangkan impak dan risiko perniagaan secara terus terhadap kerajaan negeri.

"MBI pula akan memberi tumpuan kepada kerja-kerja kebajikan rakyat Selangor dan tanggungjawab sosial korporat," katanya.

Mohamed Azmin, bagaimanapun, berkata DEIG yang ditubuhkan pada Disember 2014, masih belum memulakan operasi, malah tidak terbabit dengan mana-mana transaksi sehinggalah pada awal 2016.

Namun, sebuah portal berita kewangan, baru-baru ini melaporkan syarikat pelaburan itu telah mengumumkan untuk mencari rakan kongsi bagi pelaksanaan pembangunan tanah di kawasan Shah Alam, Gombak dan Bukit Beruntung.

Ketika diminta mengulas laporan portal berita itu yang menyebut DEIG pernah melaksanakan proses Pernyataan Minat (RFI) dan Permohonan Cadangan (RFP) berhubung pelaksanaan pembangunan di tiga kawasan berkenaan, Mohamed Azmin menafikannya dan menjawab: "RFI atau RFP itu semua dilakukan oleh MBI."

Pada 8 Julai lepas, The Edge Financial Daily melaporkan pembangunan tanah di ketiga-tiga kawasan itu akan dilaksanakan DEIG Land yang menyasarkan nilai pembangunan kasar sebanyak RM10 juta bagi fasa pertama menerusi konsep usaha sama.

Laporan itu turut menyatakan bahawa DEIG membuka RFI selain akan memaklumkan RFP kepada pemohon yang disenarai pendek untuk pembangunan berkenaan. - BERNAMA
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali terus 'mengunci mulut' berhubung status operasi Darul Ehsan Investment Group (DEIG) yang menimbulkan keraguan pelbagai pihak. Semasa ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di sini, hari ini, Mohamed Azmin berkata maklumat mengenai entiti itu telah dijawabnya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor baru-baru ini. "Saya telah jawab dalam dewan (DUN) mengenai perkara ini. Tengok 'handouts' saya," katanya ringkas. Pada persidangan DUN itu, Mohamed Azmin berkata, DEIG yang ditubuhkan bagi menguruskan pelaburan anak-anak syarikat di bawah Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), memberi fokus kepada sektor pelaburan, aset dan perniagaan semata-mata. Beliau berkata, entiti yang dimiliki sepenuhnya oleh MBI itu ditubuhkan untuk mengurangkan impak dan risiko perniagaan secara terus terhadap kerajaan negeri. "MBI pula akan memberi tumpuan kepada kerja-kerja kebajikan rakyat Selangor dan tanggungjawab sosial korporat," katanya. Mohamed Azmin, bagaimanapun, berkata DEIG yang ditubuhkan pada Disember 2014, masih belum memulakan operasi, malah tidak terbabit dengan mana-mana transaksi sehinggalah pada awal 2016. Namun, sebuah portal berita kewangan, baru-baru ini melaporkan syarikat pelaburan itu telah mengumumkan untuk mencari rakan kongsi bagi pelaksanaan pembangunan tanah di kawasan Shah Alam, Gombak dan Bukit Beruntung. Ketika diminta mengulas laporan portal berita itu yang menyebut DEIG pernah melaksanakan proses Pernyataan Minat (RFI) dan Permohonan Cadangan (RFP) berhubung pelaksanaan pembangunan di tiga kawasan berkenaan, Mohamed Azmin menafikannya dan menjawab: "RFI atau RFP itu semua dilakukan oleh MBI." Pada 8 Julai lepas, The Edge Financial Daily melaporkan pembangunan tanah di ketiga-tiga kawasan itu akan dilaksanakan DEIG Land yang menyasarkan nilai pembangunan kasar sebanyak RM10 juta bagi fasa pertama menerusi konsep usaha sama. Laporan itu turut menyatakan bahawa DEIG membuka RFI selain akan memaklumkan RFP kepada pemohon yang disenarai pendek untuk pembangunan berkenaan. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/77777

Khamis, 20 Ogos 2015

PAS Shah Alam 'Bungkus'

    9:39:00 PTG   No comments
pas-shah-alam-bungkus

Yang Dipertua (YDP), timbalan dan naib YDP PAS Shah Alam mengemukakan perletakan jawatan mereka dalam parti.

Perletakan jawatan YDP, Azli Yusof; timbalan, Zulkifli Mohf Nani naib YDP, Mohamad Jamil Abd Rahim dan bersama 18 ahli jawatankuasa yang lain bagi sesi 2015-2017 berkuat kuasa pada Rabu.

Ketua sayap Dewan Muslimat PAS, timbalan ketua, naib ketua dan 11 lagi ahli jawatankuasanya turut meletakkan jawatan.

Keseluruhan jawatankuasa adalah dari Dewan Himpunan Penyokong PAS Shah Alam (DHPP) turut meletakkan jawatan mereka.

"Pengumuman rasmi dibuat semasa mesyuarat bahagian PAS kelima untuk sesi 2015-2017 yang diadakan pada Rabu. Tugas-tugas diserahkan kepada setiausaha PAS Shah Alam dalam keadaan yang saling memahami," menurut satu kenyataan bersama.

"Perletakan jawatan itu bukan berniat untuk melemahkan jentera PAS Shah Alam, tetapi untuk memperjuangkan Islam dalam cara yang kita lebih yakin untuk melakukannya," kata kenyataan itu lagi.

Terdahulu, tiga belas anggota dari 22 individu dari jawatankuasa sayap Pemuda PAS kawasan Shah Alam meletakkan jawatan mereka dalam keadaan politik semasa yang menjadi antara punca perletakan jawatan mereka.

Ketua Pemuda, Timbalan Ketua Pemuda, Naib Ketua Pemuda dan 10 lagi ahli jawatankuasa meletakkan jawatan pada 11 Ogos lalu.

Timbul spekulasi perletakkan jawatan mereka merupakan permulaan kepada penghijrahan dari PAS ke kumpulan Gerakan Harapan Baru (GHB).

Masih bergerak sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO), GHB dijangka melancarkan parti politik tidak lama lagi di bawah nama Amanah.

Isnin, 17 Ogos 2015

Justo Dipenjara 3 Tahun, Pembeli Maklumat Curi Masih Bebas

    10:16:00 PTG   2 comments
imdb-justo

Bekas eksekutif teknologi maklumat (IT) PetroSaudi, Xavier Andre Justo dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun kerana cuba memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi International.

Pegawai mahkamah berkata, hakim Mahkamah Jenayah Selatan Bangkok memutuskan warga Switzerland yang berusia 49 tahun itu menjalani hukuman serta-merta dan dipenjarakan sepenuhnya di penjara Thailand.

Difahamkan hukuman penjara enam tahun dikurangkan kepada tiga tahun selepas mempertimbangkan pengakuan bersalah Justo.

Justo didakwa di bawah Seksyen 338 Kanun Keseksaan Thailand, yang membawa hukuman penjara antara setahun dan 10 tahun, serta denda antara 2000 baht dan 20,000 baht.

Pegawai mahkamah berkata, Justo mempunyai tempoh selama 30 hari untuk mengemukakan rayuan.

Peguam Lawyer, Pranot Kalanuson ketika dihubungi berkata, beliau akan mengadakan rundingan dengan anak guamnya mengenai langkah seterusnya.
Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.