Rabu, 30 Mac 2016

Prestasi Ringgit Semakin Mengukuh

    10:39:00 PTG   No comments

ringgit-malaysia-kukuh

Ringgit naik hari ini ke paras terkukuhnya pada 3.9385/9455, yang kali terakhir dicatatkan pada 11 Ogos 2015 setelah terdapat sokongan belian daripada pengeksport.

Ringgit menokok 575 mata asas untuk mencecah paras tertinggi dalam tujuh bulan berbanding 3.9960/9030 semalam.

Mata wang tempatan melepasi paras psikologi minggu lepas tetapi gagal mengekalkan momentum setelah tiada sokongan berterusan.

Sejak Isnin, mata wang mula naik setelah sokongan belian muncul kembali daripada pengeksport yang membeli ringgit pada penyelesaian akhir bulan.

Mata wang tempatan terus naik kepada 3.98 pada hari berikutnya selepas harga minyak mentah meningkat kepada US$40 setong.

Seorang peniaga berkata kenyataan Pengerusi Rizab persekutuan Janet Yellen berhubung dasar monetari juga membantu sentimen pasaran.

"Kenyataan beliau bahawa Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan berhati-hati dalam menyelaraskan dasar telah diterima baik pasaran," kata seorang peniaga, sambil menambah ini menunjukkan kenaikan kadar faedah AS perlahan pada masa depan.

Berbanding sekumpulan mata wang utama, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi.

Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 2.9157/9215 daripada 2.9185/9257 semalam dan meningkat berbanding yen kepada 3.5087/5159 daripada 3.5133/5204 sebelumnya.

Mata wang tempatan mengukuh berbanding euro kepada 4.4580/4667 daripada 4.4675/4770 dan naik kepada 5.6667/9776 daripada 5.6939/9059 berbanding pound pada Selasa. - Bernama

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.