Rabu, 6 April 2016

Tuduhan Liar Azmin Terhadap Bekas MB Selangor Bermotifkan Dendam

    8:41:00 PG   2 comments

azmin-ali-dendam

Bekas Menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim meluahkan rasa terkilan terhadap pengantinnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dianggap tidak matang serta mempunyai unsur dendam ketika persidangan Dewan Negeri Selangor.

Menurut Khalid, setelah melemparkan tuduhan yang tidak berasas kepadanya ketika membuat ucapan penggulungan pada minggu lalu, Azmin enggan membenarkan beliau untuk mengambil peluang dalam Dun bagi menjelaskan tentang perkara sebenar.

“Dalam kenyataan beliau sebelum ini, antara lain beliau mendakwa saya telah menawarkan aset lebihan bernilai RM460 juta secara rahsia kepada Puncak Niaga Sdn Bhd hingga menyebabkan nilai pengambilalihan ekuiti melonjak dari sekitar RM1.5 bilion kepada RM2.01 bilion.

“Oleh kerana saya tidak hadir atas faktor kesihatan pada waktu tersebut, saya terus menyatakan kesediaan untuk membantu Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) sekiranya mereka mengambil keputusan untuk membuat siasatan kerana rakyat berhak mendapat kebenaran hakiki,” katanya menerusi laman sosial Facebook hari ini.

Sebelum ini, Azmin menggesa siasatan terhadap Khalid dilaksanakan susulan dakwaan penawaran aset secara rahsia kepada Puncak Niaga Holdings Sdn Bhd.

Dalam pada itu, Khalid turut menegaskan bahawa beliau tidak pernah sama sekali membuat sebarang tawaran rahsia malah tatacara pengambilalihan Syabas dan Puncak Niaga hanya melibatkan aset air Syabas manakala aset lain dipulangkan kepada Puncak Niaga Sdn Bhd.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak turut memaklumkan bahawa pendekatan ini dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan kerana sebelum tahun 2007, Kerajaan Negeri telah memberi kebenaran kepada Puncak Niaga dan Syabas untuk meneruskan aktiviti perniagaan masing-masing yang tidak melibatkan industri perkhidmatan air.

“Kerajaan Persekutuan bersetuju agar Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) menyalurkan RM2 bilion kepada Selangor bagi menanggung bayaran pampasan ekuiti kepada keempat-empat syarikat air.

“Saya sebenarnya agak curiga dengan semua kenyataan dan tindak-tanduk beliau (Azmin) yang dilihat menjurus kepada cubaan mencari justifikasi untuk membayar pampasan lebih tinggi kepada Syarikat Pengeluaran Air Selangor Sdn Bhd (Splash) iaitu satu-satunya syarikat konsesi yang masih berdegil untuk diambil alih oleh Kerajaan Negeri,” katanya.

Tambah beliau, proses penstrukturan semula industri air Selangor perlu diselesaikan dengan segera pada harga keseluruhan tidak boleh melebihi RM9.65 bilion kerana ia bakal membebankan rakyat.

Unknown

Tentang Unknown

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
2 ulasan:
Write comments
  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    BalasPadam
  2. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.