Khamis, 31 Mac 2016

Banyak Pihak Lega Dr Mahathir Lepas Jawatan Pengerusi Proton

    11:15:00 PTG   1 comment
mahathir-undur-proton

Berita pengunduran mantan perdana menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad selaku Pengerusi Proton diterima baik semua pihak memandangkan negarawan itu tidak lagi menyokong kerajaan hari ini.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, tidak kira siapapun yang menjadi pengerusinya perjalanan syarikat pengeluar kereta nasional itu tidak akan terjejas sama sekali.

Jelas beliau, Proton dikendalikan oleh pihak pengurusan dan ahli lembaga pengarah, oleh itu tidak timbul sebarang masalah sekiranya pengerusinya mengundurkan diri.

"Mungkin beliau menyedari bahawa tiba masanya untuk beliau melepaskan jawatan itu kepada orang lain," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Mengenai sama ada peletakan jawatan Dr Mahathir boleh membawa kepada perubahan persepsi syarikat itu, Hamzah berkata, perkara tersebut bergantung.

"Tetapi mereka (di dalam Proton) fikir ia adalah baik untuk syarikat," katanya.

Hamzah berkata, perletakan jawatan itu merupakan hak Dr Mahathir jika keputusan berkenaan adalah berdasarkan kepada isu politik.

Kaki Clubbing Terbaik Asia Selar Sikap Hadi Awang

    10:21:00 PG   1 comment
Saddiq-Clubbing

Pendebat terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melahirkan kekecewaan terhadap sikap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tegas Syed Saddiq, parti Islam itu kini seolah-olah mengabaikan prinsip perjuangannya apabila gagal melihat kontroversi 1MDB sebagai salah satu skandal rasuah.

"Saya sejujurnya amat kecewa dengan PAS terutama sekali dengan Tuan Guru Hadi Awang. Selama ini saya fikirkan PAS merupakan sebuah parti yang tidak akan sekali-kali mengorbankan integritinya sendiri.

"Tapi apabila kita mengharapkan semua pihak bersatu, PAS memutuskan untuk hanya berada di tepi," katanya menerusi posting terbaharu di Facebook pada Rabu malam.

Tambah Syed Saddiq, perjuangan Islam yang sebenar bukanlah untuk menentang orang bukan Islam namun sebaliknya bagi melawan ketidakadilan.

"Isu 1MDB ini melibatkan korupsi, salah guna kuasa dan pelbagai lagi. Semua ini merupakan isu yang bertentangan dengan prinsip Islam.

"Apa yang PAS sedang lakukan? Islam menentang ketidakadilan. Ini adalah satu ketidakadilan. 1MDB adalah satu ketidakadilan. Di manakah kritikan mengenai penyalahgunaan kuasa?" katanya.

Selain itu Syed Saddiq yang sering mengkritik pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak turut memberi amaran kepada PAS bahawa parti itu akan dihukum oleh rakyat sekiranya gagal meneruskan agenda perjuangan mereka yang sebenar.

"Ahli keluarga saya yang sebelum ini merupakan pro-PAS pun sudah bertekad tidak mengundi untuk PAS lagi.

"Tolonglah. Saya merayu pada PAS dan Presiden PAS, kembalilah pada PAS yang kami kenali dahulu. Berjuanglah menentang ketidakadilan ini sebelum rakyat menentang ketidakadilan kamu," katanya.

Rabu, 30 Mac 2016

Prestasi Ringgit Semakin Mengukuh

    10:39:00 PTG   No comments
ringgit-malaysia-kukuh

Ringgit naik hari ini ke paras terkukuhnya pada 3.9385/9455, yang kali terakhir dicatatkan pada 11 Ogos 2015 setelah terdapat sokongan belian daripada pengeksport.

Ringgit menokok 575 mata asas untuk mencecah paras tertinggi dalam tujuh bulan berbanding 3.9960/9030 semalam.

Mata wang tempatan melepasi paras psikologi minggu lepas tetapi gagal mengekalkan momentum setelah tiada sokongan berterusan.

Sejak Isnin, mata wang mula naik setelah sokongan belian muncul kembali daripada pengeksport yang membeli ringgit pada penyelesaian akhir bulan.

Mata wang tempatan terus naik kepada 3.98 pada hari berikutnya selepas harga minyak mentah meningkat kepada US$40 setong.

Seorang peniaga berkata kenyataan Pengerusi Rizab persekutuan Janet Yellen berhubung dasar monetari juga membantu sentimen pasaran.

"Kenyataan beliau bahawa Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan berhati-hati dalam menyelaraskan dasar telah diterima baik pasaran," kata seorang peniaga, sambil menambah ini menunjukkan kenaikan kadar faedah AS perlahan pada masa depan.

Berbanding sekumpulan mata wang utama, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi.

Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 2.9157/9215 daripada 2.9185/9257 semalam dan meningkat berbanding yen kepada 3.5087/5159 daripada 3.5133/5204 sebelumnya.

Mata wang tempatan mengukuh berbanding euro kepada 4.4580/4667 daripada 4.4675/4770 dan naik kepada 5.6667/9776 daripada 5.6939/9059 berbanding pound pada Selasa. - Bernama

Zakaria Arshad Dilantik CEO Baharu FGV

    10:29:00 PTG   No comments
Zakaria_Arshad-CEO-FGV

Konglomerat perladangan, Felda Global Ventures Holdings Bhd, melantik Datuk Zakaria Arshad, 56, (gambar kecil) sebagai Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) yang baharu berkuat kuasa 1 April.

Beliau menggantikan Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah yang tempoh khidmat berakhir pada tarikh yang sama, kata syarikat itu dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Zakaria kini memegang jawatan sebagai Naib Presiden Eksekutif/Ketua Kluster Hiliran Sawit FGV.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Sains Sosial (Kepujian) daripada Universiti Sains Malaysia.

Isnin, 7 Mac 2016

Puad Dakwa Serangan Mahathir Terhadap Najib Kerana Mahu Anak Jadi PM

    4:41:00 PTG   3 comments
mukhriz-mat-sabu

Salah seorang dari Ahli Majlis Tertinggi Umno mendakwa motif serangan Dr Mahathir terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bukan sahaja untuk menggulingkan kepimpinanya tapi dalam pada masa yang sama juga mahu anaknya, Mukhriz menjadi perdana menteri.

Dakwaan yang disuarakan oleh Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi itu dibuat kerana bekas perdana menteri itu tidak menyebut siapa bakal menjadi pengganti sekiranya Najib meletak jawatan.

Menurutnya, Dr Mahathir terlalu taksub dengan agenda Mukhriz menjadi perdana menteri sehingga sanggup melempar fitnah terhadap Najib dan duduk semeja dengan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

Mohd Puad turut mengingatkan Mukhriz bahawa tidak ada jalan pintas untuk menjadi presiden Umno dan perdana menteri.

Jumaat lalu, Dr Mahathir, yang keluar daripada Umno untuk kali kedua pada 29 Februari lalu, mengetuai tindakan menandatangani apa yang dinamakan mereka deklarasi rakyat, menyokong penyingkiran Najib daripada jawatan perdana menteri.
Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.