Rabu, 6 April 2016

Tuduhan Liar Azmin Terhadap Bekas MB Selangor Bermotifkan Dendam

    8:41:00 PG   2 comments
azmin-ali-dendam

Bekas Menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim meluahkan rasa terkilan terhadap pengantinnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dianggap tidak matang serta mempunyai unsur dendam ketika persidangan Dewan Negeri Selangor.

Menurut Khalid, setelah melemparkan tuduhan yang tidak berasas kepadanya ketika membuat ucapan penggulungan pada minggu lalu, Azmin enggan membenarkan beliau untuk mengambil peluang dalam Dun bagi menjelaskan tentang perkara sebenar.

“Dalam kenyataan beliau sebelum ini, antara lain beliau mendakwa saya telah menawarkan aset lebihan bernilai RM460 juta secara rahsia kepada Puncak Niaga Sdn Bhd hingga menyebabkan nilai pengambilalihan ekuiti melonjak dari sekitar RM1.5 bilion kepada RM2.01 bilion.

“Oleh kerana saya tidak hadir atas faktor kesihatan pada waktu tersebut, saya terus menyatakan kesediaan untuk membantu Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) sekiranya mereka mengambil keputusan untuk membuat siasatan kerana rakyat berhak mendapat kebenaran hakiki,” katanya menerusi laman sosial Facebook hari ini.

Sebelum ini, Azmin menggesa siasatan terhadap Khalid dilaksanakan susulan dakwaan penawaran aset secara rahsia kepada Puncak Niaga Holdings Sdn Bhd.

Dalam pada itu, Khalid turut menegaskan bahawa beliau tidak pernah sama sekali membuat sebarang tawaran rahsia malah tatacara pengambilalihan Syabas dan Puncak Niaga hanya melibatkan aset air Syabas manakala aset lain dipulangkan kepada Puncak Niaga Sdn Bhd.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak turut memaklumkan bahawa pendekatan ini dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan kerana sebelum tahun 2007, Kerajaan Negeri telah memberi kebenaran kepada Puncak Niaga dan Syabas untuk meneruskan aktiviti perniagaan masing-masing yang tidak melibatkan industri perkhidmatan air.

“Kerajaan Persekutuan bersetuju agar Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) menyalurkan RM2 bilion kepada Selangor bagi menanggung bayaran pampasan ekuiti kepada keempat-empat syarikat air.

“Saya sebenarnya agak curiga dengan semua kenyataan dan tindak-tanduk beliau (Azmin) yang dilihat menjurus kepada cubaan mencari justifikasi untuk membayar pampasan lebih tinggi kepada Syarikat Pengeluaran Air Selangor Sdn Bhd (Splash) iaitu satu-satunya syarikat konsesi yang masih berdegil untuk diambil alih oleh Kerajaan Negeri,” katanya.

Tambah beliau, proses penstrukturan semula industri air Selangor perlu diselesaikan dengan segera pada harga keseluruhan tidak boleh melebihi RM9.65 bilion kerana ia bakal membebankan rakyat.

Isnin, 4 April 2016

Insiden Penculikan Sepupu Ahli Perlimen DAP Lanang Hanya Satu Sandiwara?

    6:15:00 PTG   1 comment
Alice-Mp-DAP

Portal berita milik Yahudi, Malaysiakini melaporkan salah seorang daripada empat rakyat Malaysia yang diculik di perairan Semporna, Sabah malam semalam merupakan sepupu kepada Ahli Parlimen Lanang Alice Lau Kiong Yieng dari DAP.

Menurut laporan protal itu, dua lagi mangsa yang diculik, Wong Teck Pang dan Wong Teck Chi, adalah saudara-mara Lau dari Sibu, manakala mangsa keempat, Wong Hung Song merupakan rakan mereka.

Bimbang akan nasib suadara-maranya yang ntah hidup atau mati itu, Alice telah mengearahkan Ketua DAP Sarawak dan Ahli Parlimen Kuching Chong Chieng Jen, supaya membuat usul tergempar esok di Parlimen.

Menurut Chong, usul tergempar tersebut hanya boleh dibahaskan pada lusa kerana mengikut peraturan mesyuarat, setiap usul terggempar hendaklah dikemukakan kepada speaker sehari sebelum diabahaskan

Tambah beliau, sekiranya usul tersebut melibatkan kepentingan awam dan menepati tiga kriteria yang ditetapkan, barulah usul itu dibahaskan.

Insiden penculikan yang berlaku di Sabah semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini selepas pertemuan  Nurul Izzah dengan anak perempuan kepada ketua Pengganas Sulu, Jacel Kiram pada awal November tahun lepas.

Banyak pihak mempercayai bahawa kes-kes penculikan yang berlaku di Sabah bukan sahaja bermotifkan dendam tetapi juga konspirasi terancang pihak tertentu yang cuba mewujudkan keadaan tidak tenteram di kalangan rakyat dengan tujuan untuk memberi tekanan kepada Kerajaan Malaysia.

Ahad, 3 April 2016

Najib Jadi Sasaran Fitnah Pembangkang Untuk Gulingkan Kerajaan

    11:57:00 PTG   3 comments
najib-rosmah-mekah

Pembangkang menggunakan strategi menyerang kepimpinan dan peribadi Perdana Menteri, Dauk Seri Najib Tun Razak untuk‎ menjatuhkan kerajaan setelah pelbagai usaha yang dilakukan sebelum ini menemui jalan buntu.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, taktik kotor itu dilakukan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 selepas mereka gagal mengambil alih pemerintahan negara daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Kini mereka menyerang kepimpinan dan peribadi perdana menteri pula dengan pelbagai isu termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun telah diputuskan beliau tidak terbabit, katanya.

“Mereka mengasak dengan pelbagai isu bertujuan untuk mempengaruhi rakyat agar membenci kerajaan dan pemimpin BN dengan harapan mereka boleh menang pada PRU ke-14," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Umno  cawangan Temerloh di sini hari ini. Turut hadir Ketua Umno Bahagian, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin.

Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata,  lebih malang lagi apabila bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut terperangkap dengan mainan politik yang dilakukan oleh pembangkang apabila bersekongkol dengan mereka mengadakan Deklarasi Mahathir.

Ismail Sabri berkata, bekas presiden parti itu dilihat sudah tidak boleh mengawal tindakannya sehingga 'bersahabat' dengan pembangkang sedangkan sebelum ini beliau sendiri mencemuh pemimpin dan dasar politik yang diperjuangkan oleh pembangkang.

“Rakyat sebenarnya sudah muak dengan sikap pembangkang kerana apa saja yang dilakukan perdana menteri untuk kebaikan rakyat dan negara semuanya salah pada pandangan mereka,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat agar tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang sengaja menimbulkan pelbagai isu untuk menghancurkan perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Dalam masa yang sama, beliau turut menggesa pemimpin dan anggota parti kembali merapatkan saf dan terus bersatu demi keamanan dan kesejahteraan negara. - Bernama

Jumaat, 1 April 2016

Pemeberian Air Percuma Terpaksa Dikaji Kerana Rakyat Selangor Suka Membazir

    6:11:00 PTG   1 comment
azmin-percuma-selangor

Kerajaan Selangor tidak menolak kemungkinan untuk menyemak semula dasar pemberian air percuma 20 meter padu selepas proses penstrukturan semula industri air di negeri itu selesai sepenuhnya.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, memandangkan kos pengambilalihan menelan kos begitu tinggi maka wajar kerajaan negeri mempertimbangkan supaya pemberian air percuma hanya diberikan kepada rakyat yang berpendapatan rendah.

"Ini antara pandangan yang banyak kita terima dalam beberapa tempoh lalu (pemberian air percuma kepada rakyat berpendapatan rendah sahaja). Program yang begini baik dan menelan kos yang besar dapat dimanfaat oleh golongan yang benar-benar memerlukan.

"Bagaimanapun, pada ketika ini kerajaan negeri masih memutuskan untuk teruskan (program air percuma) bagi 2016, namun setelah selesai penstrukturan industri perkhidmatan air yang juga menelan kos begitu tinggi, maka amat wajar cadangan dikemukakan diberikan perhatian serius supaya kos dikeluarkan ini dapat tepati kumpulan sasaran ini," katanya.

Mohamed Azmin (PKR-Bukit Antarabangsa) berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Saari Sungib (Amanah-Hulu Klang) yang ingin tahu sama ada kerajaan negeri bercadang melaksanakan program pemberian air percuma itu hanya kepada rakyat berpendapatan rendah.

Menteri Besar berkata, sejak mula dilaksanakan pada 1 Jun 2008 sehingga 31 Disember 2015, program pemberian air percuma menelan kos sebanyak RM1.1 bilion dan ia ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri. Beliau dalam pada itu menyeru rakyat Selangor supaya mengamalkan sikap berjimat cermat apabila menggunakan air. 

"Statistik mendapati kadar penggunaan air dianggarkan 235 liter bagi setiap individu setiap hari dan kadar penggunaan ini adalah sangat tinggi jika dibandingkan dengan kadar penggunaan di Singapura yang hanya guna 170 liter seorang sehari dan piawaian dikeluarkan oleh WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) hanya 150 liter seorang sehari," katanya. - Bernama
Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.