Jumaat, 30 September 2016

Tuan Ibrahim Sudah Buang Tebiatkah?

    11:13:00 PG   No comments
Tuan Ibrahim Pas

PAS dijangka tidak menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti pembangkang termasuk sekutu lamanya, PKR, yang didakwa hanya mahu memperkudakan mereka.

Tanpa menamakan mana-mana individu atau parti, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim berkata, pihaknya lebih selesa bekerjasama dengan parti yang menerima baik ideologi dan agenda mereka.

"Bagi PAS, lebih mudah bekerjasama dengan sekutu yang jujur berbanding mereka yang mahu mengambil kesempatan ke atas kami," katanya menerusi satu kenyataan Rabu malam.

Tuan Ibrahim turut menyindir sebuah "pakatan politik" yang berbuat demikian semasa Pilihan Raya Negeri Sarawa sebelum ini dan pilihan raya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

"Terdapat parti sekutu ini yang mengerahkan semua calon mereka tetapi jentera parti langsung tidak kelihatan.

"Lebih buruk lagi, parti itu menyuruh kami sendiri memasang semua poster calon dan bendera parti mereka di kawasan PAS.

"Kami tidak kisah jika parti itu baru berusia setahun atau dua tahun tetapi parti berkenaan sudah lama dan hanya muncul ketika pilihan raya," ujar beliau.

Tuan Ibrahim turut berasa hairan dengan parti pembangkang itu yang mahu PAS bersetuju dengan pembahagian kerusi, tetapi turut menuduh pihaknya bekerjasama dengan UMNO.

"PAS dijadikan "punching-bag" (karung tinju), kami diserang dengan segala penipuan yang mendakwa kami akan bekerjasama dengan UMNO dan kami adalah "dedak" daripada UMNO.

"Ketika kami diasak sebegitu, mereka masih berharap untuk bekerjasama dengan kami. Sungguh menghairankan," katanya.

PAS kini tidak lagi berfungsi dalam Pakatan Rakyat ekoran perbalahan dengan DAP tetapi masih lagi bersekutu dengan PKR yang memerintah kerajaan Selangor bersama.

Selepas pembentukan Pakatan Harapan yang menggandingkan PKR, DAP dan serpihan parti PAS, Parti Amanah Negara (PAN), PAS menjalinkan kerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).

Namun situasi semakin rumit apabila parti baharu yang dipimpin bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) ditubuhkan.

Tun Mahathir menyeru semua parti pembangkang termasuk PAS untuk bekerjasama bagi menewaskan Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang.

PAS bagaimanapun enggan menyerahkan mana-mana kerusi mereka kepada Pribumi.

Khamis, 29 September 2016

Pakatan Harapan Pilih Pencinta Lubang Kunyit Sebagai PM

    11:29:00 PG   No comments
anwar-lubang-kunyit

Ah! Potong betul..Impian ahli Parlimen Pagoh, Muhyiddin Yassin yang bercita-cita hendak menjadi perdana Menteri bakal terhalang sekali lagi apabila Pakatan Harapan tetap memilih pencinta lubang kunyit iaitu Anwar Ibrahim untuk jawatan berkenaan.

Menurut Ketua Sekretariatnya, Saifuddin Abdullah berkata, Pakatan Harapan memilih bekas ketua pembangkang, Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri jika kemenangan PRU14 berpihak kepada mereka.

Tambah beliau, sekiranya pilihan itu terhalang kerana Anwar sedang dipenjarakan, perdana menteri sementara perlu dilantik.

Beberapa hari lepas, bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad membayangkan kemungkinan besar Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin dipilih menjadi perdana menteri jika pembangkang menang pada PRU14.

Bagaimanapun, bekas perdana menteri itu  menjelaskan bahawa pemilihan bekas Timbalan Presiden Umno itu sebagai perdana menteri perlu mendapat restu dari pimpinan parti Pembangkang yang lain.

Sampai Bila Masalah Air Di Selangor Akan Selesai

    10:56:00 PG   No comments
masalah-air-selangor

Sejak kerajaan Negeri Selangor mengambil alih SYABAS, gangguan bekalan air bersih yang kerap berlaku di negeri terkaya di Malaysia ini memang cukup menyusahkan dan memenatkan.

Sampai bila agaknya masalah gangguan bekalan air yang berlaku akan selesai sepenuhnya agar rakyat negeri ini dapat menjalani kehidupan yang lebih tenang.

Setiap kali berlaku gangguan, rakyat terpaksa berbelanja lebih bagi memastikan bekalan air untuk kegunaan harian di rumah tidak terputus. Termasuk lah membeli air mineral berkotak-kotak.

Penulis ramalkan, gangguan bekalan air yang sedang menghantui rakyat Selangor ini tidak akan selesai sampai bila-bila memandangkan pemimpin yang dipilih  memanjang sibuk bermain politik.

Difahamkan sejak beberapa hari lalu, lebih 337,000 akaun pengguna Syabas yang melibatkan hampir 1.5 juta rakyat mengalami gangguan bekalan air.

Manakala, maklumat terbaru yang penulis terima mengatakan gangguan bekalan air yang berlaku sejak 22 September lalu akan pulih sepenuhnya hari ini.

Harap-harap semuanya kembali seperti biasa mengikut apa yang dijanjikan. Memang seksa rasanya bila ketiadaan air, kalau setakat tak mandi beberapa hari masih ok lagi. Cuma, bab nak basuh kencing, berak yang menjadi masalah besar.

Ini lah bahananya janji AIR PERCUMA

Rabu, 28 September 2016

Tak Salah Cari Rezeki Tapi Perlu Betul Caranya

    10:28:00 PG   No comments
awek-nasi-lemak-1

Sejak semalam viral kisah seorang peniaga Nasi Lemak tepi jalan yang cantik molek disaman pihak berkuasa tempatan kerana menjaja tanpa kebenaran.

Penulis perhatikan, sejak kisah tersebut viral di laman sosial, rata-rata Netizen meluahkan rasa simpati terhadap nasib malang yang menimpa awek berkenaan.

Tak kurang juga ada yang memaki hamun pihak berkuasa yang menjalankan tugas dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan seperti zalim, tidak bertimbang rasa dan macam-macam lagi.

Namun, penulis pula berpendapat sebaliknya.

Bagi penulis, tidak menjadi kesalahan bagi sesiapa pun hendak berniaga tapi, biarlah dengan cara yang betul.

Sebagai masyarakat pula, sekiranya kita tahu dan akui tindakan berniaga tanpa permit atau kebenaran itu salah kenapa perlu lagi bermati-matian mempertahan tidakan tersebut.

Lagi satu penulis nak pesan, jika kita hendak berniaga di kawasan orang kena lah bagi 'salam' dan lihat 'kiri-kanan' terlebih dahulu.

Jangan main taram asal nampak 'port' baik sikit terus bukan meja. Cara begini tidak betul, lain lah kalau kita berniaga dalam tanah atau premis sendiri.

Benda-benda asas seperti ini penulis lihat kita selalu ambil mudah. Apabila dikenakan tindakan, mula lah salah orang dan jual nama Melayu.

Kau fikir kau siapa...

Selasa, 27 September 2016

Mahathir Mahu Muhyiddin Dipilih Sebagai Perdana Menteri Dari Pakatan Harapan

    3:25:00 PTG   No comments
mahathir-muhyiddin-pm

Muhyiddin Yassin yang pernah dikaitkan dengan skandal bini orang menjadi pilihan utama Mahathir sebagai Perdana Menteri dari Pakatan Pembangkang selepas PRU14, itu pun jika parti Cap Bunga yang baru ditubuhkan berjaya menumbangkan Barisan Nasional.

Mahathir bagaimanapun berkata ia bergantung sama ada pemimpin penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dipilih sebagai presiden dan sama ada ia dipersetujui barisan pembangkang.

Menerusi kenyataan terbaru Mahathir ini, pastinya sedikit sebanyak memberi harapan kepada Muhyiddin kerana wakil rakyat dari Pagoh itu sebelum ini dilihat kurang menonjol, kurang wawasan, kurang tegas dan kurang disenangi kawan mahupun musuh politiknya.

Biarpun Mahathir secara berlapik menyatakan hasrat hatinya. Bagaimanapun, harapan bekas perdana menteri itu bakal mendapat tentangan yang hebat dari parti-parti Pembangkang yang lain yang telah sekian lama mengidam-idamkan jawatan berkenaan.

Sekiranya ditakdirkan Pembangkang menang PRU14,  Muhyiddin pula akan menuruti jejak Musa Hitam, Ghafar Baba, Anwar Ibrahim, Abdullah Badawi dan Najib Abdul Razak. Usahanya untuk menampilkan gaya kepimpinan tersendiri dalam Cap Bunga tidak mungkin akan berjaya memandangkan Muhyiddin kini dibayangi oleh Mukhriz Mahathir dan Nika Gee.

Kit Siang Akui Najib Razak Terlalu Sukar Ditumbangkan

    10:51:00 PG   No comments
lim-kit-siang-dap

Ahli Perlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang  dalam satu kenyataan di sebuah akhbar Cina mengakui bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terlalu sukar untuk ditumbangkan setelah pelbagai cara dilakukan termasuk bekerjasama dengan musuh ketatnya iaitu Dr. Mahathir.

Wakil Rakyat dari DAP itu berkata selain perlu menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) untuk menggantikan Barisan Nasional (BN). Pakatan Harapan (PH) juga perlu memastikan tiada lagi 'Najib kedua' dalam pentadbiran kerajaan baru Malaysia.

Kit Siang berkata, beliau menyokong penuh PH menjadi pakatan yang lebih kuat untuk menjatuhkan BN dan Najib Razak.

"Pakatan Harapan bukan sahaja mahu menggantikan BN dan cipta Malaysia Baharu, ia juga mahu memastikan Najib turun dan tidak ada lagi 'Najib kedua' dalam Malaysia.

"Saya harap rakyat bukan sahaja sokong DAP, malahan turut sokong Pakatan Harapan yang sedia bekerjasama dengan Bersatu," katanya pada jamuan malam sempena ulang tahun ke-50 DAP di Pulau Pinang, kelmarin.

Dalam satu kenyataan berasingan, Pengerusi Amanah Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof juga berharap semua parti pembangkang perlu memperkuatkan kerjasama untuk menentang BN.

"Semua parti pembangkang perlu menyahut seruan Kit Siang untuk bekerjasama dengan Bersatu. Pakatan Harapan kini menjadi satu-satunya tempat untuk semua menyatupadukan semua parti pembangkang," katanya.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli pula berkata, Umno dan Najib jangan menyangka persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mewujudkan lebih banyak kerusi majoriti Melayu boleh memihak kepada mereka.

Menurutnya, sekiranya Pakatan Harapan dapat berusaha meningkatkan strategi untuk meraih sokongan Melayu, peluang untuk menjatuhkan BN adalah cerah.
Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.