Rabu, 21 Disember 2016

Negeri Kaya Tapi Air Tak Ada Itulah Selangor

    3:25:00 PTG   4 comments
jamal-yunos-air

Masalah air yang berlaku di Selangor bagaikan tiada penghujungnya. Sejak Pakatan Pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan negeri, masalah keperluan asas terpenting ini semakin menjadi-jadi.

Hari ini, seluruh warga Netizen dikejutkan dengan berita seorang pemimpin Politik di negeri ini sanggup bertuala sambil membawa peralatan mandi di hadapan pejabat menteri besar sebagai tanda protes di atas kegagalan kerajaan negeri mengurus air di Selangor.

Nampak macam lucu tetapi ini lah hakikat sebenar yang dihadapi rakyat Selangor bila setiap kali mengalami masalah bekalan air bersih yang sering tidak mencukupi di negeri ini.

Isnin, 19 Disember 2016

Reputasi MAS Jahanam Angkara Mahathir

    12:40:00 PTG   1 comment
MAS-Mahathir-Jahanam

MAS telah diuruskan dengan baik dan sentiasa membuat keuntungan kepada syarikat dan  mempunyai reputasi yang baik.

BNM adalah pemegang saham terbesar dalam MAS dengan 32% yang diperolehi dari MOF pada tahun 1988. 

Selepas BNM kehilangan sehingga RM30 bilion dalam FOREX di awal 1990-an, BNM diminta menjual kepentingan ini kepada Tajuddin Ramli MHS untuk RM8 sesaham (apabila harga pasaran adalah RM3.50) untuk membuat tempahan keuntungan serta-merta pada tahun 1993. (itulah sebabnya Tajuddin terus mengatakan beliau telah diminta untuk melakukan khidmat negara ketika itu). 

Ini dilakukan untuk membantu menutup sebahagian daripada kejatuhan besar rahsia dari perjudian FOREX. 

Selepas MHS mengambil alih, prestasi MAS jatuh dan mengalami kerugian yang besar sehingga syarikat itu perlu diselamatkan berkali-kali oleh kerajaan. 

Pada akhir tempoh perkhidmatan beliau, Madey telah berjaya memusnahkan industri Tin kami (juga disebabkan oleh perjudian), UMNO terdahulu, kebebasan badan kehakiman, Bank Bumiputra (yang terpaksa diambil alih oleh Bank of Commerce) dan telah mengakibatkan kejatuhan MAS dan BNM . 

Beliau juga telah menswastakan 5 projek pengangkutan yang berbeza untuk 5 pihak yang berbeza dengan 5 sistem yang berbeza yang tidak bersepadu - 4 daripadanya dapat diselamatkan oleh Kerajaan manakala sebuah projek lagi secara berterusan diberi subisidi selama 30 tahun oleh Malaysia Airports melalui cukai lapangan terbang sama ada penumpang yang menggunakan ERL atau tidak. 

Beliau juga telah menswastakan Indah Water kepada Vincent Tan dan kemudian terpaksa menggunakan Kerajaan untuk menyelamatkanya. 

Beliau juga mencipta Proton dimana perlu diselamatkan oleh Petronas dan kemudian oleh Kerajaan baru-baru ini secara langsung. 

Rekod yang luar biasa. 

Dia menggunakan wang Petronas membayar Ananda, pekerja dari Argentina, Jepun, Korea dan Indonesia untuk membina KLCC - kebanggaan Malaysia. 

Sekarang, semua orang yang tanggungjawab di atas kini berada di kem pembangkang - Mahathir, Anwar, Sanusi, Liong Sik, Daim, A Kadir, orang yang tak tahu Inggeris, Mat Tyson. 
Semua dikutip pembangkang. 

Sekarang  Najib perlu memperbetulkan semua ini, yang sering diserang oleh mereka yang sebenarnya bertanggungjawab di atas semua ini. 

Berhadapan dengan saman RM589 juta oleh Danaharta, tokoh korporat berprofil tinggi suatu masa dahulu, Tan Sri Tajudin Ramli pernah menyaman balas dan menuntut sebanyak RM13.46 bilion serta membuat kejutan dalam dokumen mahkamah.

* Beliau telah diarahkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin untuk membeli saham dalam MAS untuk membantu Bank Negara pulih daripada kerugian pertukaran asing pada tahun 1994

Sumber : LSS

Sabtu, 10 Disember 2016

Lucut Kerakyatan Jika Tidak Mahir Bahasa Kebangsaan

    1:29:00 PG   No comments
dap-bahasa-melayu

Beberapa wakil rakyat DAP hari ini melenting setelah nama dan gambar mereka menjadi bahan jenaka serta kutukkan netizen kerana tidak faham dan tidak fasih berbahasa Melayu menjadi viral di laman sosial.

Kata mereka, dakwaan tersebut merupakan serangan lapok serta propaganda murahan UMNO bertujuan memburuk-burukkan pemimpin DAP terutama sekali pada pandangan orang Melayu.

Bagi penulis, apa yang sedang viral mengenai diri mereka itu memang ada kebenarnya jika dilihat dari gelagat serta kenyataan mereka sebelum ini samada di Parlimen atau kepada media.

Penulis juga tertanya-tanya bagaimana pemimpin DAP ini boleh menjadi warganegara dan dipilih menjadi wakil rakyat sedangkan penguasaan bahasa kebangsaan mereka sangat lemah malah lebih teruk dari pekerja Bagladesh yang baru enam bulan datang ke Malaysia.

Jumaat, 9 Disember 2016

PAN Rayu PAS Nyata Pendirian

    3:46:00 PTG   No comments

Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Dr Mujahid Yusof Rawa hari ini merayu supaya PAS menetapkan pendirian mereka dalam percaturan semasa politik negara.

Mujahid turut memberi kata dua kepada PAS dengan memberi tempoh sehingga akhir tahun ini bagi membuat keputusan samada akan berkerjasama dengan Pakatan Harapan atau menjadi sekutu Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Jelas Mujahid lagi, PAS dianggap sebagai musuh sekiranya enggan bekerjasama dengan Pakatan Harapan.

Mujahid adalah antara 18 "DAP Running Dog" yang meninggalkan PAS selepas mereka ditendang perwakilan dalam muktamar parti itu tahun lalu.

PAS bekerjasama dengan parti pembangkang utama - PKR dan DAP - membentuk Pakatan Rakyat bagi menghadapi BN pada PRU ke-12, membolehkan pembangkang memenangi banyak kerusi pilihan raya.

Bagaimanapun selepas PRU ke-13 gabungan itu berakhir apabila wujud perseteruan antara PAS dan DAP. Ia kemudian membawa kepada penubuhan PAN yang membentuk Pakatan Harapan.

Khamis, 8 Disember 2016

Kenapa Sultan Kelantan Tak Berapa Berkenan Dengan Mahathir

    3:18:00 PTG   No comments
lamborghini-diablo-sultan-kelantan

Sekitar tahun 1992, usaha menggugat Kerajaan PAS Kelantan telah melalui tahap yang lebih mencabar apabila berita tentang kereta Lamboghini Daiblo 'dilarikan' oleh Sultan Kelantan didedahkan kepada umum.

Isu kereta Lamboghini ini telah berbangkit kerana permusuhan Umno dengan Istana Kelantan yang menyebabkan baginda Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra bertindak membawa keluar kereta tersebut dari Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Subang pada 19 Mac 1992, tetapi mula disensasikan pada 23 Mac 1992.

Serangan peribadi terhadap Sultan Kelantan ini berkait rapat usaha Umno menggugat Kerajaan PAS Kelantan yang dituduh oleh mereka menang kerana campur tangan Sultan Kelantan dalam politik kepartian.

Isu Lamborghini ini bermula apabila Sultan Kelantan bertitah kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan dalam bulan November 1991 tentang hasrat baginda untuk membeli kereta tersebut dari Itali dengan wang baginda sendiri dengan dikecualikan cukai import.

Pada 2 Mac 1992, ketika kereta tersebut telah tiba di Subang, Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengarah Kastam enggan membenarkan kereta tersebut dikeluarkan dari Kompleks Kargo sehingga Sultan Kelantan membayar duti import yang dianggarkan bernilai RM2.6 juta.

Usaha Sultan Kelantan untuk berunding dengan pihak kastam dan Menteri Kewangan telah gagal sehingga 16 Mac 1992, yang menyebabkan baginda bertindak pada 19 Mac 1992 untuk mengambil sendiri kereta tersebut di Kompleks Kargo Subang itu.

Isu Sultan Kelantan dimainkan oleh Umno sejak akhir 1990 apabila mereka tewas dalam Pilihan Raya Umum Kelapan pada 21 Oktober 1990 yang didakwa berpunca dari pergeseran Sultan Kelantan dengan Umno dan hubungan rapat baginda dengan pakatan PAS-APU.

Pada 1 Disember 1990, Perhimpunan Agung Umno telah meluluskan usul untuk menyekat Raja-raja Melayu dari terlibat dalam politik, yang diikuti oleh siri-siri penghinaan terhadap Sultan Kelantan seperti perhimpunan haram di hadapan Bangunan Umno Kelantan diketuai Ahli Majlis Tertinggi Umno, Ibrahim Ali yang diikuti pula oleh kenyataan Ketua Penerangan Umno Kelantan, Che Alwi Che Ahmad yang menuduh Sultan Kelantan berpolitik.

Far Eastern Economic Review pada 28 November 1991 melaporkan serangan Umno terhadap Sultan Kelantan dan Raja-raja Melayu secara terbuka di media.

Untuk melegitimasikan tindakan Umno terhadap Sultan Kelantan dalam usaha mereka menggugat Kerajaan PAS Kelantan ini, maka isu kereta Lamboghini ini menjadi senjata terbaik Umno.

Walaupun isu ini pada asalnya hanyalah isu pentadbiran antara Istana Kelantan dengan Kerajaan PAS Kelantan dan Menteri Kewangan, tetapi pada 23 Mac 1992, rakyat Kelantan dikejutkan oleh pendedahan kepada media kononnya Sultan Kelantan telah 'melarikan' kereta tersebut tanpa membayar cukai.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 24 Mac 1992 ketika mengulas isu ini menyifatkan ia adalah satu penganiayaan terhadap Sultan Kelantan sekali gus memalukan Kerajaan PAS Kelantan, sedangkan sejak 2 hingga 21 Mac 1992 Kerajaan Kelantan telah berusaha untuk berunding dengan Menteri Kewangan, tetapi ia tidak dilayan.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
23 Mac 2016 - HARAKAHDAILY 23/3/2016
Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.