Advertise Here

Hiburan

Isnin, 11 Disember 2017

Sultan Selangor Puji Khalid Lebih Setia Berbanding Azmin

    10:24:00 PG   1 comment
sultan-selangor-khalid

Dalam satu wawancara dengan akhbar berbahasa Inggris semalam, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah meluahkan rasa terkejut beliau apabila Khalid Ibrahim tiba-tiba disingkir dari jawatan menteri besar pada 2014.

Tuanku Sultan turut meluahkan rasa bosan dengan muslihat dan keadaan kucar kacir politik yang berlaku di Selangor sejak Pakatan Pembangkang mengambil alih tampok pentadbiran negeri itu dari Barisan Nasional.

Pada sesi temubual sempena Hari Keputeraan Baginda ke -72, Sultan Selangor secara terbuka memuji kesetiaan dan kepimpinan Khalid Ibrahim semasa menjadi menteri besar dahulu.

Apa yang diluah dan pujian terhadap kestiaan Khalid Ibrahim oleh Sultan Selangor itu bagi penulis adalah satu sindiran atau peringatan kepada menteri besar Selangor sekarang iaitu Azmin Ali supaya tidak mengikut telujuk mana-mana pihak terutamanya DAP dalam hal pentadbiran kerajaan negeri.

Pujian terbuka terhadap Khalid Ibrahim itu juga seolah-olah menggambarkan bahawa Sultan Selangor tidak begitu selesa dan berkenan dengan corak pentadbiran kerajaan negeri sekarang serta pemilihan Azmin sebagai menteri besar.

Ahad, 10 Disember 2017

Azmin Tak Perlu Gelabah Kalau Tak Buat Salah

    3:08:00 PTG   No comments
azmin-azwan-umi

Bila terkena batang hidung sendiri pandai pula Azmin marah dan kecam pihak yang cuba membuat serangan berbaur politik terhadap diri dan ahli keluarganya.

Bagi penulis, isu serangan peribadi berkaitan pemimpin politik ini sememangnya sudah menjadi lumrah dalam kitaran politik di Malaysia atau di mana-mana sekalipun.

Sekiaranya Azmin merasakan dirinya atau saudara maranya bersih dan bebas dari melakukan sebarang perkara mungkar sepanjang dia menjadi menteri besar, kenapa perlu mengelabah tak tentu hala.

Sekarang, pandai pula dia mengata dan menyalahkan pihak lawan sengaja menabur fitnah kononya untuk memburukkan imejnya selaku menteri besar. Masakan pokok boleh bergoyang kalau tak kerana monyet-monyet belaan Azmin sendiri yang menggongcang.

SPRM baru-baru ini menahan anak saudara timbalan presiden PKR itu berhubung isu perlombongan pasir di Selangor. Bagaimananapun SPRM menafikan tindakan itu bermotifkan politik.

Tidak lama kemudian, Ketua Bahagian Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos pula mengancam akan mendedahkan satu video sulit yang didakwa melibatkan ahli parlimen Gombak itu.

Azmin tidak perlu bepura-pura atau berlakon seperti insan suci, kerana selama ini dia lah antara pemimpin Pembangkang yang merestui segala tindakan para pengikutnya membuat serangan peribadi ke atas mana-mana pemimpin yang menjadi seteru politiknya.

Tidak mustahil segala perkara jelik dan aib yang menimpa batang tubuh Azmin dan keluargnya hari ini boleh dianggap sebagai balasan Tuhan di atas dosa-dosa yang perna dia lakukan sebelum ini.

Ada satu persoalan yang ingin penulis ajukan kepada rakyat Selangor. Apakah kamu ingin mengekalkan seorang pemimpin yang banyak dikaitkan dengan salah laku, penyelewengan dan skandal seks terus mentadbir negeri bertuah ini?
Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.