Rabu, 15 Mei 2013

Langgar Aku Janji..Khalid Gagap Sedia Direjam Dengan Lembing

    12:56:00 PG   8 comments

khalid-gagap-akujanji-lembing

Sejarah terukir di Selangor MB Khalid Ibrahim terpaksa mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar dengan memegang lembing sebagai simbolik taat setia kepada Sultan dan rakyat Selangor serta terpaksa melafazkan akujanji agar menjaga kepentingan agama dan bangsa.

Khalid mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar tanpa kehadiran rakan-rakan dari DAP,PAS mahupun PKR lainnya...Perbezaan angkat sumpah 5 tahun dulu dan kini yang jauh berbeza dulu tak pegang lembing kenapa kini Khalid Ibrahim kena pegang lembing..kenapa ye...

Sumber fB | Ee Si Kucing

KLANG - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, di sini pagi ini.
 
Pada istiadat itu, Abdul Khalid sambil memegang sebatang tombak yang matanya berbalut kain kuning, turut melafazkan 10 Aku janji Jawatan Menteri Besar untuk dilaksanakan sepanjang tempoh perkhidmatannya.
 
Aku janji itu termasuk akan menjunjung tinggi prinsip Rukun Negara, memelihara dan melindungi kesucian serta keagungan agama Islam sebagai agama
negeri, mematuhi kedaulatan institusi Raja dan mempertahankannya daripada digugat oleh mana-mana pihak serta melaksanakan tugas beliau dengan integriti yang tinggi, penuh rasa tanggungjawab, amanah, jujur dan ikhlas.
 
Menteri besar juga berjanji untuk memelihara keistimewaan orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, mendahulukan rakyat selagi ia tidak menjejaskan kepentingan kestabilan, kemakmuran dan keselamatan negeri; memelihara hubungan baik kerajaan persekutuan dan negeri-negeri lain dalam Persekutuan serta memastikan perpaduan antara kaum dengan menitikberatkan semangat muhibah dan kerjasama antara kaum.
 
Istiadat angkat sumpah itu, yang disaksikan Hakim Utama Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, berlangsung di Balairong Seri Istana itu pada pukul 10 pagi

Turut hadir isteri Abdul Khalid, Puan Sri Salbiah Tunut, dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Khusrin Munawi.
 
Abdul Khalid mengangkat sumpah pertama kali sebagai Menteri Besar pada 13 Mac 2008, empat hari selepas PRU12 2008.
 
Beliau merupakan orang pertama dalam kalangan pemimpin pembangkang yang dilantik sebagai Menteri Besar Selangor. Kesemua 13 MB Selangor sebelum ini ialah daripada Umno, parti komponen utama Barisan Nasional (BN).
 
Pada PRU13, gabungan parti PAS, PKR dan DAP (PR) memenangi 44 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
  
PKR memenangi 14 kerusi berbanding DAP dan PAS yang masing-masing memperoleh 15 kerusi. Barisan Nasional (BN) pula memenangi 12 kerusi.  - Bernama

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
8 ulasan:
Write comments
  1. Sultan Selangor memang terbaik...Mampuihh Khlaid Gagap, tak pasal2 lembing tu makan tuan....

    BalasPadam
  2. Ini kali lah nampak lebih gempak ! dont play play Khalid !

    BalasPadam
  3. nak sula nuar, stopa dan bibik sekali

    BalasPadam
  4. Alahmdulillah..inilah SULTAN yang memahami dan 'alive' sbg tonggak kedaulatan negara. Sekurang2nya Sultan Selangor sudah laksanakan kapasitinya sbg Raja untuk menjamin kedaulatan Islam, Melayu, Raja2, rakyat berbilang kaum dan negeri dr kerosakan dajjal2 DAP-Anwar. DAULAT TUANKU!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. *Alhamdulillah. (maaf kesalahan ejaan)

      Padam
  5. Ketiadaan wakil daripada parti-parti pakatan rakyat jelas menunjukkan pengaruh DAP dengan keangkuhan mereka untuk tidak tunduk kepada Raja-raja Melayu.

    BalasPadam
  6. malaysia tak perlu undi cina....cina boleh pegi singapore kalau tk puas hati...duduk ramai2 kat apartment macam reban ayam...khalid tak jaga melayu mmg kena sula ngan lembing tu. cina boleh balik china naik air asia...melayu boikot air asia.

    BalasPadam
  7. Raja baru tahu macamana nak gunakan kuasanya.

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.