Ahad, 28 November 2010

PKR : Bau badan sendiri macam bangkai..Salahkan orang lain pula tak mandi

    6:55:00 PG   1 comment


Media arus perdana kini dipersalahkan lagi kerana sengaja hendak memburuk-burukkan PKR semasa berlangsungnya pemilihan PKR tempoh hari, dengan menyiarkan gambar-gambar serta lapuran berita yang pasti membuatkan PKR panas bontot melihatnya. Itulah realiti sebenar yang menggambarkan situasi yang berlaku dalam pemilihan PKR itu sendiri, yang memang kita telah sedia maklum semua yang ada dalam parti tersebut sudah expired, buruk dan busuk macam bangkai. Tak usah menuding jari dan menyalahkan  pada pihak lain kerana memaparkan segala penyelewengan yang berlaku dalam pemilihan PKR kerana itu memang sudah kerja mereka. Macam lah media pro pembangkan tidak pernah berbuat demikian.

Tidak perlu bersusah payah nak cover up cerita penyelewengan yang berlaku dengan menokok tambah cerita yang kununya terdapat segelintir ahli PKR yang buta huruf sehingga tidak tahu membaca dan mengeja nama serta senarai calun yang bertanding terlalu ramai. Ingatkan dalam PKR semuanya 'celik-celik' belaka, rupanya masih ada yang buta kayu, mereka 'buta'  bukan sebab tidak pernah belajar, tetapi tidak pernah melihat secara jelas bahawa parti yang mereka anuti sekarang, penuh dengan segala macam penyelewengan dan hanya untuk memperjuangkan agenda pribadi individu tertentu.

Apa yang berlaku dan tersiar di media arus perdana memang sudah jelas menunjukan Parti Keadilan Rakyat betul-betul merupakan sebuah parti yang penuh dengan segala masalah, Dari pringkat atasan sehingga ke peringkat akar umbinya. Diharap rakyat terbeliak biji mata melihat bertapa rapuh dan rakusnya parti PKR yang selama ini angkuh mendabik dada bahawa hanya parti mereka  yang mengamalkan sistem demokrasi yang terpimpin lagi telus dan lodos.


Wak J: Biar muka buruk..janji hati jangan busuk..tak gitu

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Similar Posts

1 ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.