Ahad, 12 Januari 2014

Kata Dr Mujahid...Umat Islam Minum 'Holy Water' Jadi Kristian Adalah Karut!

    12:56:00 PG   4 comments

Mujahid Holy Water

Wak J: Betul lah tu...Apa kata kita syorkan kepada Dr Mujahid ni minum air 'Holy Water' sebotol sebagai minuman harianya untuk buktikan pada kita jika minum air tersebut dia tak akan jadi kristian. Macam dah tak ada air lain nak diminum agaknya!

Dalam PAS dan Pakatan Pembangkang semuanya boleh..Dosa besar apakah yang tidak pernah dilakukan oleh pemimpin mereka?

Berzina dalam bilik Hotel, berkhalwat dan main punggung jantan, semuanya pernah dilakukan. Cuma sekarang ni pula cubaan untuk menggadai pegangan akidah umat Islam dengan mengatakan meminum 'Holy Water' tak akan menyebabkan kita menjadi Kristian.

Para pemimpin PAS yang beragama Islam hari ini dilihat lebih galak membela pihak kafirun dari pada mempertahankan pegangan akidah umat Islam yang kini diserang dari segenap penjuru oleh pihak-pihak tertentu yang ingin melihat Islam hancur di Tanah Melayu.

Jika dilihat dari sudut pandang politik..kenyataan pemimpin PAS yang teruja sangat membela pihak Kristian dalam isu Kalimah Allah sejak akhir-akhir ini bertujuan untuk menjaga hati puak-puak kafirun dan undi mereka.

Dunia sedang menuju ke akhir zaman, kita sebagai umat Islam perlu lebih berhati-hati dengan agenda pihak kafir yang sedang berusaha sedaya upaya menarik kita agar tercebur dalam api neraka bersama mereka.

PAS: Holy Water tak akan tukar Muslim jadi Kristian
 
Tanggapan bahawa seorang Muslim akan menjadi Kristian jika terkena 'holy water' (air suci penganut Kristian) atau menjejakkan kaki ke dalam gereja adalah karut, kata Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa.

"Tidak wujud langsung pergi ke gereja tiba-tiba jadi Kristian. Ini adalah karut.

"Ada yang kata kalau orang Kristian bagi 'holy water' - sekali minum, 'habis'.

"Kita mungkin ketawa, tetapi cuba fikir kembali berapa ramai di luar sana mempercayainya?" katanya dalam satu forum di ibu negara semalam.

Beliau bercakap kepada kira-kira 150 orang yang terdiri daripada penganut pelbagai agama di forum "Polemik 'Allah' dan rampasan Bible: Antara undang-undang dan sensitiviti agama, anjuran Dewan Pemuda PAS Lembah Pantai.

Mujahid yang merupakan ketua biro perpaduan nasional PAS berkata kerisauan yang sama turut wujud di kalangan orang Islam terhadap penggunaan kalimah 'Allah' oleh penganut Kristian.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Similar Posts

4 ulasan:
Write comments
  1. Wali dan teman org beriman adalah Allah swt, Rasullullah saw dan org beriman yg lain.
    Org beriman mencari redha Allah swt walau tak disenangi oleh manusia.
    Ada pulak org yg ngaku Islam mencari teman wali dr kalangan kafirun, menolak berteman wali sesama Islam, mencari redha kafirun dgn murka Allah swt. Konon membela kebebasan beragama dgn merelakan dan menyokong kemusyrikan.
    Alim la sgt dia mentang mentang ada title Dr dan jahil la org yg menyanggahi dia.

    BalasPadam
  2. Suruhlah Dr Mujahid minum air Holy tu jika hendak menikmati kelazatannya. Jangan cakap saja.

    BalasPadam
  3. Hatinya gelap sudah, kalau ikut kata ustaz orang begini mungkin telah bnyk melakukan kemaksiatan dan makan benda haram. sebab itu pintu hatinya tertutup, berpaling dr ajaran sebenar agama islam. Nauzubillah.

    BalasPadam
  4. Salam Bro,suruh dia bercakap di depan orang PAS di Kelantan,kalau dia berani !

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.