Kazim Sanggah Fatwa Al-Qaradawi Halal Guna Produk Berasaskan Babi
6:49:00 PTG
6 comments
Wak J : You are what you eat! Haram tetap haram Sheikh. Akibat terlalu banyak makan makanan yang mengandungi DNA Babi, perangai nanti pun serupa babi juga. Sikit-sikit nak menyondol macam Anwar Ibrahim dan penyokong Pakatan Pembangkang. Babi betul!
SHAH ALAM - Fatwa
yang dikeluarkan oleh ulama terkenal dunia, Dr Yusuf Al-Qaradawi yang
mengatakan gelatin haiwan termasuk babi adalah halal untuk digunakan,
termasuk di dalam produk makanan setelah ia ditransformasikan menjadi
bahan yang lain mendapat sanggahan daripada pendakwah terkenal, Mohd
Kazim Elias.
Mohd Kazim berkata, hukum melibatkan makanan haram dan halal merupakan isu yang besar dan tidak patut diperkecilkan oleh mana-mana pihak.
"Ni yang terbaru dia kata DNA babi halal dimakan, sebab dah diproses menjadi lain, dah pening kepala dah, dah keluar dah Facebook dah keluar dalam tulisan dia dah," katanya.
Menurutnya lagi, umat Islam harus berpegang teguh kepada ketetapan Islam yang digariskan oleh mazhab yang selama ini menjadi ikutan kepada Muslim di negara ini.
"Keempat-empat mazhab Islam berpegang teguh bahawa apa sahaja yang berkaitan dengan babi tidak boleh dimakan, setiap benda makanan haram yang masuk dalam badan akan jadi daging.
"Kalau makanan itu makanan haram, nerakalah tempatnya bagi kita, kalau makanan itu halal maka syurgalah tempatnya untuk kita," tambahnya.
Beliau dalam pada itu turut menjelaskan bahawa DNA yang terdapat dalam vaksin yang digunakan terhadap jemaah haji ialah DNA lembu, bukan DNA babi seperti yang didakwa sesetengah pihak.
"Kalau Majlis Fatwa Perak dapat tahu vaksin DNA babi disuntik ke dalam badan jemaah haji, sudah lama Majlis Fatwa Perak keluarkan hukum haram ke atas jemaah haji yang mahu ke Makkah," tegasnya.

Sumber