Ahad, 10 Disember 2017

Azmin Tak Perlu Gelabah Kalau Tak Buat Salah

    3:08:00 PTG   No comments

azmin-azwan-umi

Bila terkena batang hidung sendiri pandai pula Azmin marah dan kecam pihak yang cuba membuat serangan berbaur politik terhadap diri dan ahli keluarganya.

Bagi penulis, isu serangan peribadi berkaitan pemimpin politik ini sememangnya sudah menjadi lumrah dalam kitaran politik di Malaysia atau di mana-mana sekalipun.

Sekiaranya Azmin merasakan dirinya atau saudara maranya bersih dan bebas dari melakukan sebarang perkara mungkar sepanjang dia menjadi menteri besar, kenapa perlu mengelabah tak tentu hala.

Sekarang, pandai pula dia mengata dan menyalahkan pihak lawan sengaja menabur fitnah kononya untuk memburukkan imejnya selaku menteri besar. Masakan pokok boleh bergoyang kalau tak kerana monyet-monyet belaan Azmin sendiri yang menggongcang.

SPRM baru-baru ini menahan anak saudara timbalan presiden PKR itu berhubung isu perlombongan pasir di Selangor. Bagaimananapun SPRM menafikan tindakan itu bermotifkan politik.

Tidak lama kemudian, Ketua Bahagian Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos pula mengancam akan mendedahkan satu video sulit yang didakwa melibatkan ahli parlimen Gombak itu.

Azmin tidak perlu bepura-pura atau berlakon seperti insan suci, kerana selama ini dia lah antara pemimpin Pembangkang yang merestui segala tindakan para pengikutnya membuat serangan peribadi ke atas mana-mana pemimpin yang menjadi seteru politiknya.

Tidak mustahil segala perkara jelik dan aib yang menimpa batang tubuh Azmin dan keluargnya hari ini boleh dianggap sebagai balasan Tuhan di atas dosa-dosa yang perna dia lakukan sebelum ini.

Ada satu persoalan yang ingin penulis ajukan kepada rakyat Selangor. Apakah kamu ingin mengekalkan seorang pemimpin yang banyak dikaitkan dengan salah laku, penyelewengan dan skandal seks terus mentadbir negeri bertuah ini?

Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.