18sx : Rahsia Pisau Cukur & Tenaga Batin Lelaki


Hari ini wak tak mahu bercerita bab politik. Tapi cerita kali ini lain sedikit, bukan sahaja orang biasa suka dengar cerita ni, malah orang politik pun turut sama suka, tak kira lah dari mana parti politik yang mereka wakili. Erm.. Dah beberapa hari wak tak update blog, disebabkan tuntutan kerja yang mendesak. Maklum lah dah masuk hujung tahun, kena kerja lebih masa sikit. Nanti bila gaji hujung bulan dicampur dengan bonus tahunan, pasti lumayan. Mesti ramai yang tertanya-tanya, apa kena mengena pisau cukur dengan tenaga batin lelaki. Bagi mereka yang sudah "PERNAH" pasti tahu apa rahsianya. Dalam entri kali ini, wak akan ceritakan serba sedikit mengenai teknik perubatan tradisional (cara kampung) yang menggunakan kaedah pisau cukur dalam menguatkan dan mengekalkan keseimbangan tenaga batin lelaki.

Setelah mendapat persetujuan Pak Mertua wak, akhirnya wak keluarkan entri ini, untuk diwar-warkan kepada umum. Untuk pengetahuan anda semua, Pak Mertua wak merupakan seorang pengamal perubatan tradisional cara kampung, specialist dalam hal-hal sakit tuan. Pada mulanya wak tak biasa dan malu-malu dengan benda-benda ni semua. Tapi bila wak tengok ramai yang datang berubat dengan cara ini, baru wak paham. Wak pun tak tahu dah berapa ramai yang berubat dengan beliau sebelum ini.

Teknik perubatan tenaga batin ini sangat mudah, tidak memerlukan anda menjalani proses urutan (massage) dan lain-lain lagi seperti yang selalu diamalkan oleh pengamal perubatan tenaga batin yang lain. Ia hanya memerlukan sebilah pisau cukur dijadikan sebagai syarat dan sedikit arahan untuk dijadikan panduan. Sekiranya anda melakukan dan mengikut arahan dengan betul, dengan izin Allah ia pasti akan memberikan kesan. Jenis pisau cukur pula bukan jenis yang sembarangan seperti yang biasa kita lihat di kedai-kedai atau pasaraya. Yang ni pisau cukur model lama. Mungkin susah sikit nak mendapatkanya di pasaran sekarang. Nak tahu rupa bentuk pisau tersebut ia seakan atau hampir sama dengan gambar pisau cukur yang wak tunjukan di bawah ini.


Kaedah perubatan ini hanya untuk lelaki yang beragama ISLAM sahaja. Terbuka kepada semua peringkat umur dan status. Yang dah berkahwin boleh, lagi digalakkan dan bagi yang belum atau bakal kawin tak lama lagi pun boleh juga turut sama berubat tetapi dengan "SYARAT". Bagi yang belum berkahwin kesanya akan dapat anda rasai setelah sah diijab kabulkan. Bagi mereka yang datang berubat dengan berniat jahat atau niat dengan tersebunyi yang tertentu, ia tidak akan memberikan kesan pada diri tuan punya badan. Tujuan perubatan ini hanyalah untuk kebaikan dan kebahagian rumah tangga.

Bagi anda yang sudah mempunyai tenaga batin yang cukup kuat, pun boleh datang berubat. Sebenarnya teknik perubatan ini bukan hanya untuk menguatkan tenaga batin semata-mata. Ia juga bertujuan untuk menstabilkan stamina dan mengekalkan kadar tenaga yang sedia ada. Mungkin ada yang tak percaya dengan apa yang wak tulis ni. Tapi itulah hakikatnya, Wak berani tulis entri ini sebab wak pernah lihat sendiri dengan mata kepala wak, dan kebanyakan yang datang berubat berusia hampir separuh umur. Wak sekadar nak mewar-warkan sahaja, mungkin bagi mereka yang sudah habis ikhtiar dan berhabis banyak wang semata-mata nak "POWER". Apa salahnya cuba kaedah rawatan tradisional ini. Sekiranya anda ingin berurusan dengan wak, boleh la calling-calling di nombor telefon yang tertera pada banner iklan dalam blog ini. Segala maklumat anda akan dirahsiakan..itu yang pasti.

Wak J: Siapa-siapa yang dah baca entri ni sampai habis, jangan ingat wak nak jual ubat kuat pula. Wak cuma nak menolong sahaja bagi sesiapa yang memerlukan. Lagi pun bukan senang nak berubat cari ini. Sebab ilmu perubatan ini hanya diwarisi secara turun temurun dan tak ramai yang mengamalkanya lagi sekarang ini. Selagi Pak Mertua wak masih sihat, tak rugi kalau cuba.Bila dah power nanti, boleh la pasang angan-angan nak berbini lebih dari pada satu sekiranya syarat yang ditetapkan untuk berpoligami dituruti. Suka nak dingatkan di sini, hanya ALLAH sahaja mampu menyembuhkan segala jenis penyakit. Sebagai manusia, kita hanya perlu berikhtiar serta bertawakal dan selebihnya kita serahkan kepada Allah SWT...mudah-mudahan..

TOLONG klik butang LIKE di bawah supaya info berguna ini dapat kita kongsikan bersama..
Previous
Next Post »

9 comments

Click here for comments
jibeng
admin
10 Januari 2011 10:27 PG ×

salam wak, camno tu nak contact utk appointment?? brp pengerasnye wak??

Reply
avatar
mzfansuri
admin
1 Januari 2013 9:15 PTG ×

Salam. Macam mana nak jumpa wak. Mintak no tel wak.

Reply
avatar
mohd narizam
admin
3 September 2013 7:17 PTG ×

Salam wak, mohon no telefon..

Reply
avatar
Wak Jengkol
admin
3 September 2013 8:59 PTG ×

Salam..

No telefon ada pada banner iklan bahagian kiri atas sekali..

Reply
avatar
ahlee
admin
27 September 2013 8:08 PG ×

Ni ganti CAKAR RIMAU ya Wak?

Reply
avatar
semalu7
admin
26 Jun 2014 8:21 PG ×

takde pun wak nombor telefonnya

lokasi di mane ni?

Reply
avatar
Tanpa Nama
admin
6 Ogos 2014 12:43 PTG ×

Wak saya dah cuba dapatkan no tel Wak, tapi tak ada. Haraf dapat berikan dengan jelas.

Reply
avatar
Apai
admin
17 Oktober 2015 11:54 PTG ×

Wak..masih ada lagi ke perubatan tersebut..no contactnya wak..pls...

Reply
avatar

Wak tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya mewakili pendirian Wak selaku pemilik blog.

Sila guna bahasa dan ayat yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan melambangkan ciri keperibadian diri anda sendiri. ConversionConversion EmoticonEmoticon