Selasa, 9 November 2010

Terima Kasih TM (Telekom Malaysia)

    2:03:00 PG   2 comments


Salam..

Wak J kini kembali..Sebelum memulakan bicara, wak ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat rakan bloger yang selama 13 hari bertungkus lumus siang malam membuat litas langsung di blog, walau ada yang terpaksa tinggal anak bini di rumah, semata-mata untuk memastikan kekalahan Pakatan Rakayat di Dun Galas di Kelantan dan Parlimen Batu Sapi di Sabah, dalam pilihan raya kecil yang diadakan baru-baru ini.. Masih panas lagi

Lama rasanya wak tak update blog. Bukanya tak mahu menulis tapi disebabkan tuntutan kerja yang lebih mendesak dan perlu diberi keutamaan terlebih dahulu. Kalau tak siap, wang tak masuk. Terpaksa balik kerja sampai lewat malam, nak buka dekstop pun dah naik malas, tidor lagi syok. Dalam kesibukan kerja, sempat juga wak curi-curi ziarah blog member untuk mengikuti perkembangan politik semasa tanah air. Rasanya dah banyak wak ketinggalan..Huhuhu..

Berbalik pada tajuk utama di atas, kali ini wak kembali dengan membawa satu transformasi yang cukup drastik. Tapi sebelum tu wak nak ucapkan ribuan serta jutaan TERIMA KASIH kepada pihak TM (Telekom Malaysia) kerana telah berjaya menyediakan kemudahan talian tetap dan internet (Streamyx) di kediaman wak. Segala maklum balas pantas yang diberikan oleh pihak TM amat wak hargai. Jika diulang tayang kembali pada posting wak bertarikh Sep 27.2010.. baca sini. Setelah satu hari artikel ini keluar di blog, keesokan tengah harinya pihak TM telah menghubungi wak untuk bertanyakan masalah yang wak hadapi berkaitan permohonan talian tetap TM..Dalam hati wak berkata "berkesan juga blog aku nih"..hehehehe.

Dari situ lah bermulanya transformasi yang wak cakapkan tadi. Kini rumah wak telah dilengkapi kemudahan internet Wi-Fi dengan kelajuan yang boleh dibanggkan walaupun pakej yang wak langgan ini adalah pakej standard (1MB). Namun ia belum lagi pernah mengecewakan wak, berbanding dengan Beruk Band yang pernah wak guna sebelum ini. Selamat tinggal Beruk Band ku sayang..Masih ada lagi dua bulan kontrak sebelum wak tamatkan perkhidmatan broadband tersebut pada hujung Disember ni. Sekarang ni beruk band wak tengah menganggur cari tuan baru. Kalau siapa-siapa nak pinjam beruk band ni kenalah pandai mengorat (untuk perempuan) & slow talk (untuk lelaki) wak kalau ada bran la..huhuhu..mungkin wak bagi pinjam free je. Kalau kena bayar pun, suku daripada jumlah asalnya. Cepat-cepat masa terhad..hehehe.


Buat sahabat bloger yang bekerja dilapangan dan berada berhampiran dengan kediaman wak, kalau nak update blog ke, apa ke tapi tak ada kemudahan internet. Asal anda nampak SSID Jengkol-Group maknaya anda berada di kejiranan Wak Jengkol. Walaupun internet ni free, kana ada password kalau nak masuk. Apa password tu, kena tanya wak sendiri. Macam mana nak tanya wak, hang pikir la sendiri kalau memori 100TB. Peringatan kepada sahabat-sahabat wak, kalau ingin datang bertandang atau ziarah wak & famili di rumah, jangan lupa bawa laptop atau netbook bersama, sambil berbual-bual kosong boleh surf internet sekali & tak perlu beli McD..huhuhu

Wak berharap pihak TM akan terus meningkat mutu perkhidmatan mereka ketahap yang lebih cemerlang lagi dalam merealisasikan keperluan dan kehendak pelanggan, di samping itu juga dapat menyahut seruan kerajaan Malaysia supaya menajadikan rakyat di dalam negara ini celik dalam bidang IT. Sekiranya masih ada permohonan yang lambat diproses, wak minta jasa baik pihak TM untuk mempercepatkan proses permohonan mereka itu, terutama sekali bagi mereka yang tinggal diluar bandar. Untuk pengetahuan semua, promosi untuk pakej interner jalur lebar dan netbook percuma telah tamat. Bagi anda yang miss tu, gigit jari la. Nasib wak cepat.

Wak J: Killing machine wak pertama yang didatangkan oleh TM akan tiba tak lama lagi berupa 'Netbook HP'. Killing machine wak yang kedua kini sedang dalam pembikinan, dijangka awal tahun baru baru siap. Command Center Wak Jengkol akan beroperasi sepenuhnya pada awal tahun depan. Untuk sekarang ni terpaksa lah guna killing machine lama, nampak dari luar macam buruk tapi dah banyak berjasa.. Jom berblog sampai mata lebam..

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Similar Posts

Previous
Next Post
2 ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.