Rabu, 29 Disember 2010

Lembu Pas Menyondol Ladang Sawit FELDA Lagi

    4:53:00 PG   No comments

  
Jeng..jeng..jeng.. Tu dia.. seperti yang wak kata dalam entri sebelum ini tentang tiga ekor lembu Pas yang ditugaskan khas untuk menyondol FELDA. Kali ini seekor lagi dari tiga kawanan lembu Pas tersebut telah muncul keluar dari ladang kelapa sawit Felda. Setelah beberapa hari lembu Pas yang bernama Mazlan Aliman ini bersembunyi sambil menuggu mangsa untuk disondol, kini mangsa yang dinanti telah muncul iaitu Tan Sri Isa Samad yang baru sahaja dilantik sebagai pengurusi Felda bagi menggantikan Tan Sri Yusof Noor.

Dengan lubang hidung yang kembang serta dengusan yang kuat, Lembu Pas ini cuba menggertak PM supaya menarik semula perlantikan Isa Samad sebagai Pengurusi Felda, atas alasan beliau (Isa) pernah terlibat dalam sedekah wang politik pada pemilihan UMNO 2004 yang lepas. Dengan menggunakan alasan latar belakang Isa Samad yang terdahulu, Persatuan Anak Lembu Pas Kebangsaan (ANAK) akan membuat satu pungutan suara iaitu referendum sejuta tanda tangan untuk diserahkan kepada perdana menteri sebagai tanda memperotes perlantikan Isa samad selaku pengurusi Felda.


Persatuan Anak Lembu Pas juga tidak akan teragak-agak untuk memohon campur tangan Yang diPertuan Agong dalam isu perlantikan ini, sekiranya bantahan dan kempen sejuta tanda tangan yang bakal dianjurkan ini tidak dipedulikan oleh kerajaan dan juga rakyat. Ini merupkan satu lagi amaran keras yang keluar dari mulut lembu puaka terhadap kerajaan, yang pada akhir kita sediri tahu perbuatan ini hanyalah perkara yang sia-sia, boleh juga diumpakan seperti tahi lembu yang baru keluar dari lubang najis jatuh melepek di atas jalan raya dilenyek lori hantu.

Buat warga Felda, suka dingatkan supaya tidak terlibat dengan perkara-perkara bodoh seperti ini, yang ideanya datang dari pemimpin pembangkang berotak cerdik lebih sedikit daripada lembu. Tak guna kita melalak ke sana sini seperti anjing menyalak bukit, Isa Samad tak turun, anak tekak anda pula yang sakit, gara-gara terikut-ikut dengan perangai Lembu puaka Pas yang diberi nama Mazlan Aliman. Daripada anda dok sibuk melayan kerja-kerja bodoh pembangkang, ada baiknya anda jaga ladang kelapa sawit dari ditumbuhi lalang dan semak samun sebelum ia menjadi tempat babi bersarang serta jin bertendang

Kepada Tan Sri Isa Samad, laksanakan tugas dan amanah yang digalaskan di bahu anda dengan sebaiknya. Jangan sia-siakan harapan kami yang ingin terus melihat FELDA membantu rakyat terutama sekali orang Melayu dalam mempertingkatkan mutu dan kualiti hidup mereka. Barang yang lepas biarkan ia berlalu dan dapat dijadikan sebagai pengajaran kepada kita semua. Bertitik tolak dari kemenangan Dun Bagan Pinang yang lalu, ia merupakan satu tanda aras penerimaan oleh rakyat terhadap kepimpinan Tan Sri. Blog Wak Jengkol selaku suara anak Felda, menyokong penuh Tan Sri Isa Samad selaku Pengurusi Felda yang baru..Wasslam.

Wak J: Lepas ni kita tunggu giliran lembu Pas yang bernama Din Pudu pula mengambil alih tugasan sondol-menyondol

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Similar Posts

Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.