Jumaat, 1 Julai 2011

Nik Ajis: Bye..Bye Ambo Nak Pi Makan Angin Dulu...Selamat Berdemo...

    1:42:00 PG   1 comment

Dikhabarkan, satu rombongan delegasi khas dari Kelantan yang dikepalai oleh menteri besarnya, Nik Ajis Nik Mat telah berlepas ke Uzbekistan dengan menaiki persawat dari lapangan terbang KLIA.

Lawatan 'Makan Angin' itu juga turut membawa beberapa orang wakil rakyat Kelantan. Antara wakil rakyat yang turut serta dalam rombongan itu ialah  Adun Limbongan, Drs Zainudin Awah Hamat, Adun Meranti Nasaruddin Daud yang juga Speaker Dun Kelantan, Adun Kemumin Mohd Amar Nik Abdullah yang juga Exco kerajaan Kelantan dan Adun Lanas, Abdullah Yaacob. Seronok sakan la depa ramai-rami ni...

Menurut sumber, lawatan Nik Ajis ke sana bertujuan untuk menziarahi makam Imam Bukhari dan Imam Termizi yang terletak di negara berkenaan. Tidak dapat dipastikan sama ada rombongan ini memepunyai misi lain tertentu selain dari hanya menziarahi makam tersebut, seperti mencari peluang pelaburan baru atau menarik pelabur-pelabur dari Uzbec melabur di Kelantan.

Setelah selesai sesi ziarah makam dua imam tersbut selama dua hari, Nik Ajis dan rombongan 'makan anginya' dijadual akan berlepas ke Dubai sebelum menuju ke Madinah untuk melakukan ibadah Umrah

Beruntung benar wakil rakyat Kelantan dapat makan angin sambil menunaikan umrah bersama-sama dengan menteri besarnya. Sudah tentu segala perbelanjaan mereka ke sana ditanggung oleh kerajaan negeri, atau lebih tepat dengan duit RAKYAT Kelantan.

Mudah-mudahan pada masa akan datang  Rakyat Kelantan yang terpilih pula akan dibawa bersama-sama oleh menteri besar dalam lawatanya ke luar negara. Semoga Nik Ajis panjang umur dan dikurniakan kesihatan yang baik pada masa itu nanti.

Dijangka rombongan Nik Ajis  akan pulang ke tanah air pada 10hb Julai setelah selesai menunaikan ibadah umrah. Sehari sebelum itu juga telah berlangsung satu upacara besar dalam kalender Pakatan Haram iaitu Perhimpunan Haram Bersih 2.0. Ini bermakna Nik Ajis tidak dapat bersama-sama yang lain dalam barisan hadapan pada hari perhimpunan haram yang bakal diadakan.

Dengan ketidak hadiran Nik Ajis semasa perhimpunan haram itu nanti, sudah pasti akan megundang cakap-cakap belakang yang mempersoal kenapa barisan kepimpinan utama PR tidak turun sama berdemo di jalan raya Kuala Lumpur. Adakah Nik Ajis cuba mengelak dari terlibat dengan demo haram ini. Persolan inilah yang sedang bermain dibenak fikran ahli-ahli Pas apabila mendengar berita keberangkatan Nik Ajis bersama rombongannya makan angin ke luar negara.

Sudah tentunya penyokong-penyokong Pas di seluruh pelusuk negara berharap sangat agar Mursidul Am Pas yang menjadi sanjungan selama ini dapat berarak bersama di atas jalan sambil melaungkan takbir bersama mereka. Mungkin dengan kehadiran Nik Ajis di atas jalan raya KL sudah pasti dapat menaikan semangat para pendemo haram untuk melawan pihak Polis dan FRU jika berlaku sebarang kekecohan pada waktu itu nanti. Kalau nak harapkan Anwar Ibrahim, tunggu demo tamat barula dia ni muncul sambil menujukkan kehebatan "kotei bengkok"nye.

Wak doakan semoga pemergian Nik Ajis dan rombongan ke luar negara bukanlah pemergian untuk selama-lamnya. Kalau boleh, minta disingkatkan tempoh lawatan yang belum tentu lagi akan membuahkan apa hasil serta faedah yang bermanfaat pada rakyat Kelantan, agar wakil  rakyatnya dapat turun bersama RAKYAT berdemontrasi di jalan raya. Harap tiada masalah yer...hehehehe.

Wak J: Orang lain sibuk berdemo, berguling atas jalan, cederah parah di pukul Polis dan FRU, boleh pulak wakil rakyat pergi makan angin..Memang spesis hamPAS betul...

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Similar Posts

1 ulasan:
Write comments
  1. Kenapa suka buat fitnah siasat la dulu . Wak engkau ni org jawa kan bukan melayu lebih baik engkau balik indon tegur pemimpin sana yg munafik mcm awak

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.