Khamis, 14 Jun 2012

Tak Mampu Jana Pendapatan Sendiri, Aset Milik Kerajaan Negeri Selangor Digadai Lagi

    12:30:00 PTG   No comments


Benarkah kerajaan Selangor hendak jual tanah Universiti Selangor (Unisel) bagi menampung kos pendidikan pengajian di unitersiti tersebut atau sebenarnya untuk menampung kerugian yang dialami oleh IPTS milik kerajaan negeri itu.

Persoalan tersebut dibangkitkan oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang mahu Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan tujuan utama mahu menjual tanah dan memperuntukan kira-kira RM30 juta untuk tabung pendidikan Unisel.

Khalid Ibrahim juga dicabar supaya segera mengumumkan kedudukan kewangan Unisel kerana corak pentadbiran kerajaan negeri menimbulkan rasa curiga dan ditambah langkah tersebut dilihat merugikan rakyat negeri itu.

“Ini cara politik kerajaan negeri yang cuba menangguk di air keruh, apabila Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kata tangguh pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar Unisel dan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis), baru-baru ini.

“Sebagai reaksi, mereka kata akan cairkan aset bernilai RM30 juta untuk tampung pendidikan pelajar, tapi kita mahu mereka jawab adakah mereka betul-betul mahu tampung pendidikan atau untuk tampung kos kerugian yang ditanggung Unisel,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, pada Rabu.

Menurutnya, kerajaan negeri tidak layak melabelkan diri sebagai juara dalam membela pendidikan rakyat negeri itu disebabkan beberapa isu yang telah berlaku sebelum ini.

“Mereka sanggup runtuhkan asrama Yayasan Selangor demi kepentingan untuk jual tanah Yayasan Selangor di Kampung Pandan dan kini nasib pelajarnya seolah-olah tiada pembelaan.

“Tindakan mereka itu seperti menafikan hak dan peluang pendidikan yang selama ini diperjuangkan Yayasan Selangor terutama untuk anak-anak luar bandar, mereka juga berdosa dengan rakyat Selangor kerana menolak penubuhan cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di negeri itu,” katanya.

Abdul Khalid pada Februari lalu berkata, kerajaan negeri bersedia mendedahkan kepada umum kedudukan kewangan semasa Yayasan Selangor dan Unisel.

Katanya, institusi milik kerajaan negeri iaitu Yayasan Selangor diaudit setiap tahun sejak pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran di negeri itu.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Similar Posts

Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.