Wak J: Para penganut fahaman Syiah yang sealiran dengan Mat Sabu selama ini bersembunyi dalam Pakatan Pembangkang mula timbul di permuakaan dan memberanikan diri tanpa segan-silu membela idola mereka.
Pendedahan yang dibuat KDN baru-baru ini tentang fahaman Syiah yang dianuti Mat Sabu betul-betul telah membuatkan pengikut Syiah kepanasan seperti cacing kerawit yang dipaksa keluar dari lubang burit......mah!.
Dengan 10 bukti yang dikeluarkan KDN bahawa Timbalan Presiden PAS itu adalah penganut Syiah, maka Mat Sabu juga perlu tampil dengan 10 bukti yang kukuh untuk membela dirinya sekaligus menafikan dakwaan KDN itu tidak benar.
Tapi..beranikah Mat Sabu berhujah secara ilmiah apabila berdepan ulama ASWJ atau Mat Sabu terpaksa menggunakan khidmat peguam Kafir seperti Karpal Singh bila kes ini dibawa ke mahkamah kelak?
KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu hari ini diminta
tampil mengemukakan bukti jika dirinya tidak terlibat dengan fahaman
Syiah.
Pegawai Agama Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dr Zamihan Mat Zain Al Ghari berkata, Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu juga perlu berhujah secara ilmiah bagi menafikan 10 bukti yang dikeluarkan KDN semalam yang mengaitkannya dengan fahaman syiah.
"Kalau kata bukti-bukti ini tidak cukup kuat, (Mohamad) sila jawab secara ilmiah untuk menafikan 10 bukti berkenaan. Tidak kiralah sama ada secara bersemuka dengan KDN, jawab dalam YouTube atau dalam surat khabar," katanya kepada Bernama selepas ditemu bual dalam program Ruang Bicara terbitan BernamaTV di Wisma Bernama di sini, malam ini.
Zamihan berkata, KDN sentiasa bersedia untuk bermuzakarah dengan Mat Sabu bagi mencari kebenaran berdasarkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan di negara ini.
"Nak cari kebenaran mesti berdasarkan Sunnah Wal Jamaah, kalau Syiah tidak akan ada titik pertemuan. Untuk menganalisis bukti pun boleh kerana kami ada saksi dan rekod.
"Pihak kami dengan jelas mempunyai bukti Mat Sabu hadir kelas Syiah, bersama ustaz Syiah, jumpa dengan tokoh Syiah, melawat negara Syiah, memuji tokoh Syiah dan negara Syiah," katanya.
Selain itu, Zamihan berkata, 10 bukti mengenai pembabitan Mat Sabu dengan Syiah yang dikemukakan Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi semalam, dikategorikan sebagai Gred B.
"KDN ada lagi bukti eksklusif Gred A yang akan dikeluarkan kepada umum sekiranya keadaan memerlukan," katanya.
Terdahulu semasa ditemu bual dalam program itu, Zamihan berkata, KDN tidak pernah menyasarkan individu atau parti tertentu, sebaliknya bertindak untuk kepentingan umat Islam di negara ini.
"Ini soal akidah, kita tidak lihat individu, kedudukan atau pengaruh sebaliknya kita kena lihat kebenaran. Apabila dah kata doktrin atau kefahaman ini (syiah) sebagai sesat, maka tak kira siapa atau parti apa, kena patuh," katanya.
Ditanya tindakan susulan yang boleh diambil terhadap Mat Sabu, Zamihan berkata, isu berkaitan agama adalah di bawah tanggungjawab jabatan agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau jabatan agama negeri untuk bertindak.
"Pendedahan telah dibuat. Pihak berkuasa agama boleh ambil tindakan melakukan siasatan dan bawa ke muka pengadilan. Kita boleh lihat bukti kedua-dua pihak dan jika bersalah, parti kena merelakan pemimpin politik dikenakan tindakan," katanya.
Zamihan seterusnya menasihatkan parti politik untuk memastikan akidah seseorang individu sebelum dilantik menjadi pemimpin supaya 'akidah pemimpin itu tidak dilihat cantik di luar, tetapi seperti biskut kering yang lembik apabila dicicah air panas'.
Beliau juga menasihatkan mana-mana individu yang terbabit dengan doktrin Syiah supaya membuat 'pusingan u' dan kembali semula kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang merupakan pegangan majoriti umat Islam negara ini.
Beliau juga tidak menafikan adanya pensyarah universiti tempatan yang terlibat dengan penyebaran ajaran Syiah kepada pelajar, dan menyifatkan ia perkara serius yang perlu dibanteras segera kerana ia mengancam perpaduan ummah. - Bernama

Tiada ulasan:
Write commentsSila komen yang murni-murni saja di sini..