Wak J: Sejak pengumuman Kerajaan tentang kenaikan kadar Tol lebuhraya pada tahun hadapan, para pengguna jalanraya yang biasa menggunakan jalan bertol sudah mula menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap langkah kerajaan itu.
Ada yang berpendapat, pentadbiran Najib hari ini semacam ada yang tidak kena. Najib dilihat gagal mengawal gelagat para penasihat yang berada disekelilingnya. Pada zaman Tun Mahathir dulu ada juga berlaku kenaikan dan pengurangan subsidi, tetapi tidak lah berturutan sebegini di mana kuasa beli rakyat juga disesuaikan dan difleksibelkan.
Sebarang kenaikan dan pengurangan subsidi adalah perkara normal dalam sistem ekonomi bagi mana-mana negara pun. Langkah Kerajaan me'rasionalisasi'kan harga barangan dan perkhidmatan selepas PRU13, seolah-olah Kerajaan tidak lagi dapat menahan dan ingin dihambur keluar segalanya setelah sekian lama diperam sebelum pilihanraya.

Dengan isu kenaikan yang berlaku, akan menyebabkan Barisan Nasional (BN) yang menjadi kerajaan hari ini tumbang pada PRU14 akan datang. Setelah kehilangan sokongan masyarakat Cina pada pru lepas, adakah BN mahu kehilangan undi orang Melayu pula pada pru akan datang akibat dari tindakan 'rasionalisasi' yang tak rasional ini!
Jangan selepas ini ada pak menteri yang gatal mulut berkata...'Jangan naik kereta kalau tak nak bayar tol'..mampuiiii..
KUALA LUMPUR: Kenaikan kadar tol yang dijangka berlaku tahun hadapan tidak dapat dielakkan memandangkan perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata telah tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan, memandangkan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.
"Bagaimanapun kadar itu tidak dinaikkan dan kerajaan membelanjakan RM400 juta untuk membayar pampasan untuk mengekalkan kadar sedia ada, yang boleh digunakan untuk perkara lain.
"Telah tiba masanya untuk mengotakan perjanjan yang telah dipersetujui," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah pertandingan mewarna dan melukis sambutan ulang tahun ke-50 Bangunan Parlimen di dataran Parlimen di sini, Sabtu.
Abdul Wahid juga memberitahu kenaikan itu pada tahun hadapan, dapat mengelakkan daripada berlakunya peningkatan secara mendadak yang lebih membebankan rakyat, apabila masa untuk menyemak semula kadar baharu tiba.
Petikan BERNAMA

Tajuk kau membayangkan seolah olah seorang menteri telah membuat kenyataan tersebut tetapi ianya cuma satu andaian jahat penulis sahaja.. Buruk sangat lah cara penulisan sebegini...
BalasPadamApa-apa pun, bila kerajaan buat projek untuk rakyat. Biarlah rakyat mendapat kemudahannya. Jangan menekan rakyat hanya kerana untuk mendapat keuntungan. Apa guna projek berbilion jika rakyat tidak dapat menggunakannya. PLUS dan konsesi dah untung berbilion hasil sokongan rakyat yang menggunakan perkhidmatan, berterima kasihlah pada rakyat dan rakyat juga bersyukur atas kemudahan dan nikmat yang diberi. Barulah dikatakan menang menang.
BalasPadamtahun depan tarif elektrik naik, tambang lrt naik, tol naik, tambang bas naik dan harga barang keperluan juga pasti akan naik secara pakej. semuanya diatur secara berturut-turut. bagaimana pm kita sebagai kepala negara mengawal penasihat-penasihatnya? tidakkah dijangkakan episod kenaikan kos hidup yang berturut-turut tahun depan akan menyebabkan rasa sayang sebahagian rakyat kepada kerajaan bertukar menjadi meluat? jangan sampai transformasi oleh kerajaan najib bertukar menjadi reformasi oleh rakyat yang sakit hati. ingatan kepada pemerintah agar beragak dan berfikir serta memandang ke bahagian dasar majoriti rakyat.
BalasPadamSuami saya dan saya mempunyai kredit yang sangat buruk apabila kita mendalam kepada ahli hukum kewangan sehingga sejauh mana kita memohon kebankrapan, kita mempunyai sedikit atau tidak ada wang untuk menghantar anak perempuan kita ke emily ke kolej yang kita tidak mampu. Kami mengawal pinjaman gaji (syarikat pinjaman), yang telah membantu orang seperti kita, mendapat perubahan gadai janji. Setiap syarikat yang dihubungi kami mahu bayaran sebelumnya $ 1,000 hingga $ 2,000 yang kami tidak mampu. Kerana kami fikir kami tidak mempunyai harapan memilih untuk menjual atau kehilangan rumah anda dengan menutupnya. Kemudian saya berjumpa dengan majalah tempatan dan penutupnya ialah Perbadanan Ikatan Pinjaman. Tiga langkah utama; 1. Anda menghantar permohonan elektronik. E-mel: albakerloanfirm@gmail.com 2. Sediakan cara pengenalpastian yang betul sama ada warga negara anda memegang kad pengenalan atau lesen memandu dan maklumat akaun bank anda. 3. Pinjaman diproses, diluluskan dan dihantar. Cerita panjang dipendekkan, mereka membantu mendapatkan pinjaman pada kadar tetap 4% dan diubahsuai dengan pembayaran yang disemak semula. Mereka juga memberikan pinjaman anak-anak perempuan mereka untuk menyelesaikan gaji penuh kolej saya. Kami bekerja dengan pinjaman Lasson, yang memberi amaran kepada kami tentang kemajuan seluruh dunia. dia melakukan semua dokumen, panggilan telefon, dll. Mereka melakukan semuanya dan kami mendapat pinjaman yang kami terima. Apabila saya bersetuju dengan terma pinjaman mereka dan saya menyerahkan butiran bank saya, saya membayar harga yang berpatutan untuk perkhidmatan ini. Kita tidak akan mampu untuk mendapatkannya semudah dan berpatutan kerana melalui proses transformasi mereka dengan pengetahuan kita. Saya tidak mempunyai masa untuk mengucapkan terima kasih, jadi TERIMA KASIH! Saya tidak dapat meminta pasukan yang lebih baik. Saya dikemas kini dengan pembiayaan semula. Terbaik untuk anda, gadai janji bergerak Jika anda mempunyai masalah seperti kami, hubungi syarikat penyelesaian pinjaman. Mereka boleh bekerja. Yang ikhlas, Timothy dan Maria mengadopsi pada 15 Mac 2018 di Columbus, GA
BalasPadam