Wak J: Warga Putrajaya tak cukup hiburan ka sampai nak kena buka Hard Rock Cafe di sana. Cukup lah pusat maksiat tu berada di Kuala Lumpur..Siapa lah yang cadang idea bodoh ni. Menyusahkan betul!
15 tahun lalu, Kerajaan berhadapan krisis meyakinkan rakyat bahawa pembinaan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya satu keperluan dan kemudahan untuk rakyat pada masa akan datang. Selepas berjaya meyakinkan rakyat yang melihat sendiri kejayaannya, hari ini rakyat dihadapkan satu krisis baru iaitu mengisi pembangunan di sini.
Tanpa disangka, Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat, dalam keghairahan untuk memeriahkan Putrajaya pada sebelah malam telah mengumumkan kehadiran franchise arak, hiburan dan motor besar bernama Hard Rock Cafe di Putrajaya yang akan dibuka beberapa bulan lagi.
Namun pengumuman ini menjadi masalah besar sejak semalam berikutan bantahan yang semakin besar ke atas pembukaan Hard Rock Cafe (HRC) Putrajaya kira-kira 500 meter dari Masjid Tuanku Sultan Mizan, Presint 3, Putrajaya. Ini memaksa beliau mengeluarkan kenyataan bahawa ia masih di peringkat cadangan.
Serentak itu, satu pelan kecemasan untuk menyelamatkan keadaan telah muncul secara mendadak sebelum Menteri Wilayah Persekutuan masuk bertugas esok hari.
[https://www.facebook.com/pages/Rakyat-Malaysia-Menentang-Hard-Rock-Cafe-dan-Kelab-Malam-di-Putrajaya/249117548586909 ]
Strategi yang digunakan ialah mengumumkan HRC ini tidak akan menjual sebarang arak dan mengadakan sebarang hiburan. Sebaliknya, ia hanyalah membuka outlet menjual barangan cenderamata (merchandise) HRC.
Mereka mendakwa dengan membuka outlet HRC ini akan memberi imej dan liputan yang besar kepada Putrajaya ke seluruh dunia.
Sebenarnya, Putrajaya perlukan HRC atau HRC perlukan Putrajaya?
Memang benar HRC mempunyai peminat tersendiri termasuklah orang Islam yang merasakan Allah bukan zalim untuk menghukum mereka kerana mempromosi franchise arak ini. Hendak ketawa pun tidak, hendak marah pun tidak. Terserahlah antara mereka dengan Allah, walaupun panduan dan perintah sudah diturunkan sejak beribu tahun lalu.
Mereka ini sebenarnya keliru dengan tujuan penubuhan Putrajaya. Ia dibina sebagai pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan kerana Kuala Lumpur telah sesak. Ini memudahkan hal-hal kerajaan diuruskan di suatu tempat lain sebagai kemudahan kepada rakyat dan juga anggota kerajaan.
Justeru tidak penting Putrajaya tidak “happening” atau “tidak boleh pening” pada waktu malam. Bukan itu tujuan dan matlamat Putrajaya. Putrajaya dibina menggunakan duit rakyat bukan, seperti alasan Aseh Che Mat yang menyatakan matlamat HRC, untuk menarik mat-mat motor besar melepak di sini, tapi untuk kemudahan pentadbiran negara.
Tarikan pelancong di Putrajaya memadai sebagai pusat pentadbiran negara yang berkonsepkan seni bina Islam. Jika pelancong tidak mahu datang ke Putrajaya pun bukan masalah besar. Kita punya Kuala Lumpur yang telah mempunyai segala macam aneka hiburan termasuklah HRC ini.
Menghina Putrajaya
Alasan sesetengah penyokong HRC di Putrajaya bahawa pembukaannya akan memberi promosi kepada Putrajaya sangat menghina Putrajaya dan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang memberi inspirasi pembinaannya.
Putrajaya telah lama terkenal seiring dengan imej Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Sebaliknya, Hard Rock Cafe memang tergila-gilakan tempat-tempat seperti ini untuk meningkatkan lagi imej antarabangsa mereka. Ramai yang tergila-gilakan T-Shirt HRC kerana ia berunsur koleksi bandar-bandar besar dan tempat-tempat terkenal.
Dengan membenarkan HRC membuka outlet di Putrajaya ia sebenarnya lebih menguntungkan franchise ini darpada Putrajaya sendiri. HRC akan menjual T-shirt dan segala barangan cenderamata menggunakan nama Putrajaya.
Akhirnya, Putrajaya, bandar ikon pentadbiran Islam moden sudah berjaya dijajah oleh franchise hiburan dan arak yang terkenal!
Kita bukan anti hiburan. Kita tiada masalah dengan pelbagai hiburan di Kuala Lumpur dan pusat perjudian di Genting Highland kerana ini negara berbilang kaum dan zaman globalisasi yang setiap negara sudah menjadi seperti satu keperluan mempunyainya baik atas alasan masyarakat majmuk mahu pun keperluan pelancong dan ekspatriat.
Malangnya, kita tiada rasional untuk membenarkan sebarang bentuk premis hiburan barat dan arak dibuka di Putrajaya. Alasan yang muncul hanyalah alasan dangkal dan tidak masuk akal.
“Bola” di kaki Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

kesiannya aseh che mat. main cakap tak buat homework dan main hentam sebelum solat. adakah aseh che mat ni terlalu bebal sehingga tidak tahu bagaimana operasi perniagaan hard rock dijalankan? tidakkah beliau tahu bahawa perniagaan hrc berasaskan hiburan, minuman keras dan merchandise? ketiga-tiga elemen itu adalah wajib. tidak boleh ada hrc jika tiada arak! jika aseh che mat bebal tidak tahu langsung bagaimana hrc beroperasi, kira boleh maaflah. maksudnya beliau memang tak pernah masuk mana2 premis hrc di seluruh dunia. tapi jika beliau lupa bahawa arak @ minuman keras adalah haram dan najis untuk diminum, bolehkan beliau dimaafkan? seperkara lagi, adakah putrajaya dibina berasaskan tujuan pelancongan? adakah tanpa kehadiran mat-mat motor besar, putrajaya gagal berfungsi sebagai pusat pentadbiran kerajaan persekutuan? rekayasa helah bela diri selepas dihentam teruk menambahkan lagi syak wasangka rakyat bahawa jika sudah mula lupakan tikar sembahyang, maka turut terlupa halal dan haram.
BalasPadam