Salah seorang dari Ahli Majlis Tertinggi Umno mendakwa motif serangan Dr Mahathir terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bukan sahaja untuk menggulingkan kepimpinanya tapi dalam pada masa yang sama juga mahu anaknya, Mukhriz menjadi perdana menteri.
Dakwaan yang disuarakan oleh Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi itu dibuat kerana bekas perdana menteri itu tidak menyebut siapa bakal menjadi pengganti sekiranya Najib meletak jawatan.
Menurutnya, Dr Mahathir terlalu taksub dengan agenda Mukhriz menjadi perdana menteri sehingga sanggup melempar fitnah terhadap Najib dan duduk semeja dengan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.
Mohd Puad turut mengingatkan Mukhriz bahawa tidak ada jalan pintas untuk menjadi presiden Umno dan perdana menteri.
Jumaat lalu, Dr Mahathir, yang keluar daripada Umno untuk kali kedua pada 29 Februari lalu, mengetuai tindakan menandatangani apa yang dinamakan mereka deklarasi rakyat, menyokong penyingkiran Najib daripada jawatan perdana menteri.
menteri2 yg bg statement semuanye cuba alih isu. pasal Mukriz nak jd PM lah, Tun M bersekongkol dgn DAP lah..... tp isu yang sebenarnya tidak diselesaikan. ISU 1MDB dan isu "Derma" masih lagi tergantung. Tiada jawapan yg bernas diberikan.
BalasPadamTak payah cakap banyak lah fuad. Aku ahli umno batu pahat tetapi aku dan keluarga telah bersumpah tidak akan mengundi awak pada pru 14.
BalasPadamtak payah sumpah kang, terpangkah BN, kena makan sumpah nanti.
BalasPadam