Jumaat, 20 Ogos 2010

Sorry UMNO..ini surau & masjid PAS yang punya!

    12:53:00 PG   9 comments

Kami ingin memaklumkan satu program sempena Penghayatan Ramadhan telah berlangsung pada 15 Ogos 2010 (Ahad) anjuran Juara Rakyat 1Malaysia, Umno Bahagian Kota Raja, di Surau Islamiah, Taman Bukit Jati, Kampung Jawa, Klang, Selangor.

Umumnya, aturcara majlis ini memang sesuai dilakukan di rumah Allah dengan solat sunat, tadarus, musabaqah kanak-kanak dan masakan bubur lambuk.

Namun demikian, penganjur lupa akan perkara dan isu-isu berbangkit beberapa bulan yang lalu dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang ditentang dan didebat habis-habisan oleh Umno Barisan Nasional sendiri agar tidak bersiasah atau berpolitik di rumah Allah iaitu masjid atau surau.

Amat jelas, kehadiran pada hari tersebut adalah mereka dari kalangan ahli-ahli parti Umno sendiri dan memang ’sah’ mereka gunakan parti untuk berpolitik di rumah Allah tersebut. Dengan mewar-war kain rentang digantung di beberapa tempat di kawasan Parlimen Kota Raja tanpa menghiraukan sensitiviti masyarakat setempat untuk beribadah di surau tersebut.

Kami selaku Jawatankuasa JKKK juga kehairanan, ini adalah kerana semua surau-surau di bawah Jais berpayung dan induk kepada masjid berdekatan. Contohnya, surau berkenaan di bawah kariah Masjid Datuk Dagang, Kampung Jawa yang mana langsung tidak peka atau menghormati dengan program parti politik Umno BN yang telah mereka anjurkan. TEPAT DARI SUMBER?

Wak J say

Sepanjang wak hidup belum pernah lagi wak terdengar mana pemimpin-pimimpin politik dari UMNO membuat ceramah atau program politik di rumah Allah. Kalau program-program yang berkaitan dengan kemasyarakatan tu biasa-lah seperti menganjurkan majlis Maulidur Rasul, Qurban, ceramah berkaitan dengan agama. Tidak ada apa-apa yang perlu dihairankan bila UMNO buat program sebegini sempena bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.

Paku dulang, paku serpih, mengata UMNO tapi parti PAS  yang lebih-lebih. itu lah perumpaan yang sesuai untuk parti politik yang menggunakan jenama Islam sebagai alat mencapai matlamat untuk mendapatkan kuasa politik dan bukan untuk menegakkan syiar Islam. Oleh kerana Selangor ditadbir oleh pakatan rakyat maka seluruh rumah Allah yang ada di Selangor ini adalah milik PAS, pihak lain tidak boleh menggunakkanya tanpa kebenaran dari PAS atau PAS berasa bimbang sekiranya UMNO buat program sebegini di rumah Allah ia akan menarik minat penduduk setempat untuk bersama UMNO

Tidak kira mana-mana parti politik sekalipun yang menyalah gunakan masjid sebagai tempat berpolitik pasti akan mendapat batahan. PAS tidak perlu berbohong dan ramai yang dah tahu parti politik mana yang selalu menggunakan masjid sebagai tempat untuk menyampaikan kempen-kempen politik sempit mereka, Jangankan di luar perkarangan masjid dalam masjid pun puak PAS sanggup gunakan demi menyampaikan dakyah politik kebencian serta maki hamun orang lain. Apa lagi perkara yang PAS tidak pernah buat atau lakukan di masjid, semuanya pernah.

Oleh itu PAS tidak perlu berasa iri hati sekiranya UMNO atau pihak-pihak lain yang tidak sebulu dengan pegangan Agama PAS ingin mengadakan progaram-program keagamaan atau kemasyarakatan lebih-lebih lagi program yang akan diadakan itu berada di negeri yang ditadbir di bawah Pakatan Rakyat. PAS seharusnya tidak perlu rasa tergugat sekiranya parti PAS itu sendiri betul-betul ingin menegakkan syiar Islam dengan penuh keikhlasan. Wak menyokong segala progaram yang akan memberikan kebaikan dan mamfaat kepada orang ramai diadakan di masjid. RUMAH ALLAH FOR ALL MUSLIMS NOT ONLY FOR PAS..asalkan dengan niat serta tujuan yang baik..

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
9 ulasan:
Write comments
  1. Salam...Oh kalau UMNO buat tak boleh, kalau PAS berpolitik dalam Khutbah Jumaat pun takpe...

    BalasPadam
  2. sALAM

    uDANGGAlah

    Itu la pasal..dah songsang kut otak PAS ni

    BalasPadam
  3. kata berpolitik kat surau tak leh, tapi yang buat tazkirah politik tu tak pe ker..

    BalasPadam
  4. hahaha.. kene tukar nama surau kepada surau PAS n surau UMNO..

    BalasPadam
  5. banyak tempat lagi yg ada kalau nk berpolitik

    nonsens la depa ni

    BalasPadam
  6. Pemimpin-pemimpin UMNO kalau ada buat ceramah/berucap pun banyak di bawah kanopi dlm kawasan Masjid je.... tak pulak sampai macam pemimpin kafir PKR/DAP berceramah dalam Masjid...

    BalasPadam
  7. Saalam:

    Alhamdulillah sepanjang saya bermusafir dan bsmbahyang d masjid2 tak prnh lg dengar ceramah politik..ceramah agama ada la..
    lagipun tak minat nak dengar ceramah politik sbb bnyk sngt tokok tmbh,fitnah dan mengata..
    P/S: semoga kita sebagai umat islam d akhir zaman ini terhindar dr fitnah dunia..Amin

    BalasPadam
  8. Sidang dewan bawah pokok dah sudah. Bila pula nak buat sidang dewan dalam Mesjid? Ambil berkat bulan Ramadhan. Mesti tak da halangan punya di Pulau Pinang dan Selangor. Baru semua ahli politik boleh berhujah tak kira dari parti mana kerana bersidang hal rakyat bukannya hal politik.

    Yang sebenarnya mereka takut ustaz-ustaz yang bagi ceramah tu bagi ceramah yang sahih. hehehehe

    Aku Yang Bingai
    Erti Sebuah Kasih Sayang di Tendang Terajang

    BalasPadam
  9. Salam Wak;
    Harap dapat linkkan dgn blog saya:
    http://suaraperpaduanmelayu.blogspot.com

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.