Selasa, 5 Jun 2012

'Pilih Sampah' Kerajaan Pakatan Selangor Kutip Sampah di Kawasan Yang Dimenanginya Sahaja.

    12:30:00 PTG   No comments



Masalah sampah di Selangor bukanlah sesuatu yang baru. Seperti biasa, bila pemimpin Kerajaan Pakatan lebih suka mempolitikkan sesuatu isu dari berkhidmat kepada rakyat, maka isu yang melibatkan kebajikan dan keselamatan rakyat dipandang ringan sahaja.

Hari ini, kita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri memperuntukan beberapa buah lori sampah kepada Majlis Bandaraya Shah Alam. Sekali lagi, tindakan Kerajaan Negeri ini yang hanya retorik dan bermain politik semata-mata menjelang Pilihanraya akan datang.

Bagaimanapun, sebagai rakyat yang bersyukur, kami tetap ingin mempertikaikan tindakan Kerajaan Negeri yang memberikan lori sampah hanya di kawasan Shah Alam sedangkan melalui Pusat Khidmat Rakyat (PAKAR) Barisan Nasional Selangor, kami menerima berpuluh aduan mengenai masalah sampah yang tidak selesai dan majoritinya berlaku di luar Shah Alam seperti Klang dan Kota Raja. Tindakan Kerajaan Negeri juga boleh dianggap membazir dan hanya memenuhkan poket kroni sahaja apabila lori-lori sampah sebelum ini tidak digunakan sepenuhnya apabila mereka menamatkan konsesi tersebut.

Masalah sampah, longkang tersumbat dan semak samun terutamanya di kawasan projek terbengkalai mengakibatkan masalah lain timbul seperti kes demam denggi yang meningkat dengan begitu singnifikan sekali. Penafian bahawa isu sambah bukanlah punca masalah denggi di Selangor oleh pemimpin Pakatan menunjukkan bahawa mereka masih lagi cuba bermain politik dan mengelirukan rakyat. Semua kita maklum bahawa kawasan sampah yang tidah diselia boleh menjadi punca pembiakan nyamuk. Fakta sahih ini pun masih lagi cuba dinafikan oleh pemimpin Kerajaan Negeri.

Hakikatnya, jika masalah ini dikatakan berjaya ditangani oleh Kerajaan Negeri, kenapa PAKAR masih menerima aduan dari rakyat Selangor mengenai isu ini. Bagi pihak Barisan Nasional, PAKAR turut menghantar surat kepada pihak PBT bersama-sama dengan maklumat aduan agar tindakan boleh dilakukan dengan segera demi kepentingan rakyat. Salinan surat yang dihantar akan turut diberikan kepada pengadu sebagai bukti bahawa tindakan telah diambil. Terpulang kepada pihak Kerajaan Negeri samada masih ingin bermain politik atau bersungguh-sungguh berkhidmat kepada rakyat.

Barisan Nasional berjanji akan memberikan perkhidmatan yang baik dan tidak memandang ringan soal keselamatan dan kebajikan rakyat. Kelekaan dan sikap acuh tidak acuh Kerajaan Negeri ini sebenarnya boleh mengundang padah apabila wabak penyakit mula timbul sehingga mampu meragut nyawa.

Terima kasih.

Sayangi Selangor, Yakini BN.

Dato Sri Ir. Mohd Zain Mohamed
Koordinator BN Selangor


WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.