Selasa, 5 Jun 2012

Rakyat Selangor Tak Perlu Bimbang Jika Tariff Air Naik Kerajaan Pakatan Akan Tanggung Semuanya

    10:00:00 PG   No comments



Pada tahun  2014, dijangka seluruh negeri Selangor dan Kuala Lumpur bakal berdepan dengan masalah kekurangan bekalan air bersih yang sangat dahsyat sekiranya tiada sebarang tindakan awal diambil.

Dalam pada masa yang sama, disaat rakyat Selangor sedang menzahirkan rasa bimbang terhadap masalah kekurangan bekalan air yang bakal melanda hidup mereka, kerajaan Pakatan cuba mengalih kebimbangan yang dizahirkan itu dengan menyatakan bahawa tarif  air akan naik 100 peratus sekiranya pembinaan logi Langat 2 dibina sekarang.

Kerajaan Pakatan Selangor lebih bimbang akan kenaikan tarif air  dari memikirkan kesan buruk yang bakal menimpa seluruh rakyat jika bekalan air bersih yang mencukupi tidak dapat disalurkan ke kawasan kediaman dan juga sektor industri.

Dalam pada itu kerajaan negeri menegaskan bahawa bekalan air bersih di Selangor mencukupi untuk beberapa tahun lagi tanpa perlu pembinaan logi Langat 2. Ini bermakna kerajaan Pakatan Selangor tidak dapat memberi jaminan sampai bila penyaluran air bersih kepada rakyat Selangor dapat dibebkalkan.

 

Mengikut maklumat yang dipetik dari Selangor Daily, sekiranya keperluan guna air bersih (selepas diproses dan dirawat) adalah 3 juta liter sehari (JLH), dan loji-loji yang sedia ada hanya mampu memproses sebanyak 2 juta liter sehari (JLH), apalah makna sekiranya empangan-empangan di Selangor mampu menampung 10 juta JLH sebagai “reserve”?

Menurutnya lagi simpanan  air mentah di empangan sekitar Selangor hanya boleh bertahan selama 3 bulan sekiranya digunakan terus menerus.

Jika apa yang diramalkan seperti di atas benar, memang wajar seluruh rakyat Selangor merasa bimbang sekarang dan mendesak agar kerajaan Pakatan Selangor meneruskan pembinaan logi Langat 2 yang sudah sekian lama tertangguh.

Sesuatu perlu dilakukan, kerana sekarang ini rakyat Selangor hanya mempunyai dua pilihan, samada mendesak agar kerajaan negeri berkerjasama dengan kerarajaan persekutuan untuk meneruskan pembinaan logi Langat 2 atau menukar kerajaan sedia ada kepada kerajaan yang baru pada PRU13 akan datang.

Published with Blogger-droid v2.0.4

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.